Awareness.. That's All - Dayang Deno

27.10.13

Awareness.. That's All

.

LUPUS Awareness..

Semasa deno mula-mula sakit pada tahun 1999, tak terlintas deno akan sakit. Sakit di usia muda, nak main macam kawan-kawan pun tak boleh. Mula-mula dengar perkataan Systemic Lupus Erythematosus (SLE) pun sangat blur. Apa tu? Macam nama alien pun ada.. Apatah lagi masa tu baru berumur 10 tahun. Lama-kelamaan, deno faham apakah SLE. Doktor pun pernah cakap deno ada tempoh 5 tahun sahaja. Tapi DIA menentukan segalanya.. Alhamdulillah tahun ini genap 14 tahun berasam SLE.

Deno share tentang SLE sebab deno nak semua orang kenal SLE, betapa bahayanya SLE dan ianya boleh membawa maut. Betapa ramai tak sedar gejala-gejala SLE sebab gejalanya lebih kurang dengan sakit biasa sedangkan ianya SLE! Itulah ramai tak sedar. SLE boleh merosakkan apa-apa sahaja organ kita, adakah orang tahu? Dan ramai juga orang yang  tak percaya kami sakit, suka mengata, mengejek kami pesakit ini sebab dari luarannya nampak sihat sedangkan bila SLE aktif sakitnya tak tertahan, kering air mata menahan sakit, kadang-kadang ada yang tenat sehingga ada yang boleh "pergi" dengan tiba-tiba. Cuba bayangkan perasaan kami yang mungkin pagi esok bernafas atau tidak.. 

Deno berkongsi info tentang SLE bukan untuk "menunjuk-nunjuk"... jauh sekali nak minta simpati. My main purpose in sharing the info of LUPUS disease is to create awareness, that's all.


p/s: don't judge me if you don't know me and don't ever try to judge me if you don't know what i've been through! =.'= 


11 comments:

  1. truklah kalau ada yg berfikiran negatif mcm tu, bg sy usaha Deno ni bgus sgt..bt pesakit SLE yg bru, pasti info2 mcm ni plu bg diorang..skit mmg boleh bt mood seseorang tu down..tp bila ada yg bca kisah2 mcm Deno ni, mgkin smgat nk hidup tu ada blik..teruskn je share =) sy skong sgt..yg pntg niat kita ikhlas utk berkongsi..smoga ceria2 selalu dan cepat sihat

    ReplyDelete
  2. morning dear..... singgah di pagi hari.... selamat ber"blogwalking"......
    baca di sini...

    ReplyDelete
  3. semoga deno di beri umur yang panjang k..aminnn..kuatkan semngt..

    ReplyDelete
  4. deno ada share pasal gejala+ SLE tak? minta link..sy nak tahu lebih lanjut pasal SLE ni..

    ReplyDelete
  5. tp BL tengok Deno ni mmg tabah..salute kat deno

    ReplyDelete
  6. sabar k deno..org tak paham mmg mcm tu..cuma seorang sahabat akak bg semangat dia bila dia tau akak ada SLE even dia pun tak clear sgt psl ni..yg dia tau its a fatal disease..dia selalu pesan jaga la diri takut apa2 jadi..mmg pesakit SLE perlukan sokongan..takde sokongan mmg boleh down..kdg bila kita kije org atasan tak paham dgn keadaan kita,push kita sampai kita stress...bila stress akak tak layan sgt la sbb pkr nnt SLE flare..

    ReplyDelete
  7. Perkara2 spt ini mmg patut dikongsikan terutama daro org2 yg mengalaminya sendiri.. sy setuju bukan sbb utk menunjuk, jauh sekali meraih simpati.. sebagai Islam, perkongsian ilmu itu adalah satu tuntutan.. ia membawa berkat yg amat besar & ini satu peluang dari Allah utk Deno kongsikan secara terus dari hati utk kefahaman msykt seluruhnya... Teruskan usaha.

    ReplyDelete
  8. sabar ya deno, org mmg xle nak tutup mulut dia, mengata sebarang je

    ReplyDelete
  9. sabaq kak :') i know what you have been through, plus, i really understand you ! keep on sharing about SLE

    ReplyDelete
  10. Herm.. penyakit SLE memang berbahya.. tapi.. alhamdullilah sebab kak dayang masih dapat bertahan .. buktinya.. kak dayang x prnh brputus asa mlwn penyakit kak dayang :)

    *dont give up and always be strong girl Kak Dayang* ;)

    ReplyDelete
  11. nice sharing mydear :) akak fhm skit2 tntg SLE sjak2 knal deno..akak pn xtahu ada pyakit tu,,tp akak kagum ngn deno tabah mnempuh shngga skg :)

    ReplyDelete