Maybank2u Masih Selamat Untuk Digunakan - Dayang Deno

18.10.13

Maybank2u Masih Selamat Untuk Digunakan

Dua tiga hari ni kecoh laman web google kena hack kan. Ada juga deno terbaca pada facebook tentang laman web Maybank2u juga digodam oleh hackers.


Hari ni, Malayan Banking Bhd  atau Maybank nafi bahawa laman Maybank2u.com.my jadi sasaran penggodam seperti yang tersebar kat laman sosial. Menurut Maybank lagi, laman Maybank2u.com.my masih selamat digunakan.

Tapi pengguna pun kena hati-hati bila buat urusan perbankan online ni, sebab hacker ni ada macam2 cara nak godam kan.. Jadi kita kenalah hati-hati..

Apa yang perlu kita buat?

1- jangan dedah kata laluan
2- kerap tukar kata laluan
3- elak simpan kata laluan dalam komputer
4-masa kita layari sesebuah laman web, semak URL dan pastikan URL bermula dengan https dan pastikan imej kunci tertutup terdapat dekat bar status pelayan web.
5- kita mesti kerap menyemak butir-butir atau rekod transaksi dan penyata yang dihantar oleh bank.
6- jangan tinggalkan komputer kalau kita masih dalam online perbankan internet.
7- sentiasa log keluar sebaik saja selesai dengan urusan transaksi dan padamkan peti memori serta rekod transaksi selepas log keluar dari laman web.
8- lindungi komputer dengan sistem keselamatan anti virus dengan memasang `firewall’ yang dikemaskini.
9- jangan biarkan pelayar lain terbuka masa buat transaksi online.
10- pastikan kita tak aktifkan ciri-ciri `perkongsian’ dalam sistem pengendalian kita.




p/s: hati-hati setiap kali online maybank2u

5 comments:

  1. beringat sebelum terkena.

    kawan kembar akak baru je hilang duit gaji sbb sistem gaji anm kena ceroboh

    ReplyDelete
  2. nad punye acc kena sekat sbb da lama x guna hehe

    ReplyDelete
  3. tu kadang nak pakai online banking kena hati hati...kalau setakat nak bayar bil ok kot tp kalau nak transfer duet bayar sewa ke bayar duet kete mmg tak berani la...

    ReplyDelete
  4. Benda libatkan duit ni memang kena sentiasa hati2.

    ReplyDelete
  5. Mmg risau klu acc bank ni kene hack.. boleh jadi muflis tiba2 huhu..

    ReplyDelete