Walk-A-Payung

Walk-A-Payung 2013

October 02, 2013,35 Comments

Yeay! Walk-A-Payung!!! :)

Kenali Walk-A-Payung^^ Walk-A-Payung adalah satu program yang diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang Systemic Lupus Erythematosus(SLE), sejenis penyakit yang terjadi akibat gangguan oleh sistem imuniti badan yang menyerang tisunya sendiri. Selain itu, ia bertujuan menyedarkan masyarakat bahawa pesakit mesti mengelak dari terkena matahari. Ia juga untuk mengutip dana untuk aktiviti-aktiviti kebajikan bagi pesakit SLE. 

29 September 2013, awal pagi dah bersiap sebab program bermula 7pagi.. Satu family ke program ni! Tahun ini tahun ke tiga deno menyertai program WAP dan kali ini di Johor! Program di Johor ni deno rasa yang paling best!!!! ^_^

WAP Johor 2013 awesome!

mula walk-a-payung!! yeay! 

deno pun semangat jalan2 ni.. pagi tu hujan renyai2, cuaca tak panas :)
bila cuaca sejuk deno makin sihat.. hihihi^^

semua ada... patient ada, family patient ada!

ramai! semua support Lupus patient! :)

apa yang kaklong buat tuuu?? haha :p

dah sampai..... ramai lagi kat belakang tuu....

sampai kat atas je, tiba-tiba deno dapat belon daripada clown! hihihi^^
saya kanak-kanak ribena! yeay dapat belon! ^_^

Emcee yang sangat ceria dan best! deno dah lupa nama abang comel sebelah kak sabariah ni.. hihi^^ dua-dua best! ops! lupa nak bagitahu kak sabariah ni pun Lupus patient tau... tapi akak super gorgeous, super positive and super awesome!

soalan >> adik dari mana? deno : "terengganu .." nama adik? deno : "dayang"
tiba-tiba kak Sabariah... "yeah! dayangdeno from terengganu!!"
eh? akak kenal deno la..... segannya........

deno bersama rakan SLE, mummy ayda:)

super aktif! ^_^

tiba-tiba ada kanak-kanak kat situ.. siapa tu? hihi^^

gwiyomi pun ada.... cute!

lucky draw! 

dari kiri (Setiasusaha PSLEM) kak Cecilia Wong, deno, Dr, Pagalavan (Consultant 
Physician & Rheumatologist Columbia Asia Nusajaya) dan Dr, Benjamin Cheah (Presiden PSLEM)
Moment inilah yang buat deno rasa happy sangat-sangat! ^_^ deno dapat jumpa Presiden Persatuan SLE Malaysia, Dr. Benjamin Cheah :) First time jumpa rasa nervous tau! But doc very friendly.. hilang nervous deno.. hehe..

Seronok! Syukur sangat Allah bagi deno keluarga yang penyayang dan supportive :) Insyaallah, deno nak join lagi Walk-A-Payung next year ^_^



p/s: Lupus, learn about it :)



You Might Also Like

35 comments:

  1. femes pulak deno kat sane kan . hehehe

    ReplyDelete
  2. nak jugak jalan2 pakai payung :D

    ReplyDelete
  3. Seronok pulak akak tengok WAP nie..macam nak join jerk program macam nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je kalau nak join, pergi je program ni... buat sumbangan sikit dapat baju limited edition WAP, payung, goodie bag.. boleh join sekali aktiviti dalam program ni :)

      Delete
  4. rajin ek deno ikut ... seronok je akak tgk....

    ReplyDelete
  5. merah je...comel kak deno :) bestnya... :D

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum deno. wah bestnya. dekat Johor ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam.. yup! program ni di Johor.. sebenarnya banyak tempat ada WAP ni seperti di KL, Kuching, Pulau Pinang.. biasanya deno join WAP di KL tapi bulan lima baru-baru ni deno konvo, jadi deno join WAP di Johor :)

      Delete
  7. wow kenangan terinda la ni deno
    beznye dpt mengenali rakan baru di luar sana
    mmberi kita semanagt kan
    pic bersama president sle tu..mmg terbaik la..kenangan yg akan diingat sampai bila2

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes! memang ini adalah kenangan terindah buat deno :) dapat jumpa presiden pula tu.. hihi^^ first time jumpa presiden nervous sangat-sangat!!

      Delete
  8. Ada juga dapat baju walk-A-Payung ni..
    Ada juga orang tanya apa itu SLE, saya bagitahu saja. SLE, Learn about it...Always support..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sherlyanna minta orang cari apa itu Lupus.. bagus!^^

      btw, semua dapat baju WAP.. siap dengan payung WAP sekali :)

      Delete
  9. comel plak jalan ramai2 pegang payung..hehe

    ReplyDelete
  10. Meriah prog ni. Deno cute cam budak.sebb tu dpt belon. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti clown tu ingat deno budak2... hihi^^

      Delete
  11. waah, comel je jalan guna payung reramai. :)

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. takde.. kat kl dulu ada DJ, zherr fly.fm.. kali ni CM dari Toastmaster dan patient sendiri, kak sabariah tu... :)

      Delete
  13. Bestnya dik. Kalau ada buat kat KL tahun depan, Insha Allah, akak cuba join ya

    ReplyDelete
  14. Best je tgok =) femes juga ye Deno ni..he3..Alhamdulillah la cuaca ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde femes pun fais.. entah dari mana kenal deno ni.. huhu^^

      Delete
  15. unutng la jadi org femes..pergi mana2 orang kenal..hu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak femes pun.. deno pun tak sangka ada orang kenal.. hihi^^

      Delete