Cuti Jumaat & Sabtu Atau Sabtu & Ahad - Dayang Deno

13.11.13

Cuti Jumaat & Sabtu Atau Sabtu & Ahad


Mana anda prefer? Cuti pada hari jumaat & sabtu atau sabtu & ahad?

Deno lebih prefer cuti pada hari jumaat dan sabtu.. Lebih2 lagi negara kita majoritinya umat islam terutamanya kaum lelaki yang perlu solat jumaat. Tak perlu mereka tergesa-gesa ke masjid, tak kalut...   dapat pergi ke masjid pada awal waktu.. Then, dapat solat dengan tenang tanpa risau dah dalam hati nak masuk office cepat ke apa... Seperti pelajar-pelajar juga, tak perlu nak bergegas untuk masuk ke kelas ... 

Selain daripada tu, setiap bapa pun dapat ke masjid bersama anak-anak.. Ada terbaca salah satu komen seorang bapa mengenai cuti ini.. Di Johor, dulu tahun 1993, semasa cuti masih dibuat hari jumaat dan sabtu, ramai bapa solat jumaat bersama anak-anak.. tetapi setelah dibuat cuti hari sabtu dan ahad, kebanyakan bapa dan anak solat jumaat secara berasingan... Solat jumaat pun secara tergesa-gesa.. Jadi nilai didikan pun kurang..

Ini sekadar pendapat deno.. Deno yang tinggal di Terengganu dah biasa cuti hari jumaat dan sabtu.. :) 



p/s: sebagai negara yang majoritinya islam deno prefer cuti pada hari jumaat dan sabtu.. tapi masing-masing ada pendapatnya sendiri kan? ^_^


15 comments:

  1. Kalau kite dah biasa sabtu dan ahad

    ReplyDelete
  2. ouh saya pulak..tak kisah dua2..sebab rumahsaya di kedah..tapi study kat selangor..so macam boleh je dua2..tak kisah..asalkan jalankan tanggungjawab solat tu. :D

    ReplyDelete
  3. aefa pon prefer jumaat dan sabtu. pekerja2 pon xde alasan keluar awal or masuk ofis lambat. sbb selalu nampak yg lelaki ni keluar awal singgah minum dulu -.-''

    ReplyDelete
  4. Kak YUS setuju dengan deno.. lebih banyak kebaikan cuti pada hari Jumaat & Sabtu.. :D

    ReplyDelete
  5. akak pun rasa lebih baik kalau cuti jumaat sabtu..

    ReplyDelete
  6. akak tak kisah hari apa pun. tapi sebab dah terbiasa dengan sabtu ahad, so sabtu ahad pun okay.. :)

    ReplyDelete
  7. saya dah terbiasa cuti sabtu ahad jadi kalau tukar jadi jumaat sabtu mesti pelik sikit. tapi tak kisah pun mana-mana, sabtu ahad ke, jumaat sabtu ke, janji ada cuti dua hari dalam seminggu. kalau cuti sehari seminggu itu baru ye nak mengamuk :D

    ReplyDelete
  8. cuti Jumaat, Sabtu dan Ahad. alangkah indahnya! ihik!
    yup, better cuti Jumaat tu biar umat Islam dan kaum Adam boleh tunaikan kewajipan :)

    ReplyDelete
  9. Mmg betul Deno, sy pun bersekolah di johor & waktu itu mmg cuti jumaat & sabtu.. sy mmg langsung x bersetuju bila ditukarkan ke sabtu & ahad, tp waktu tu sy dah habis sekolah. Mmg menyusahkan sbb terkejar2 utk ke sekolah & solat jumaat. Hubungan nikmat bersama ayah & adik beradik lelaki ke masjid renggang. Khamis malam jumaat pun x dpt lama ke masjid sbb esoknya sekolah. Lebih baik cuti jumaat & sabtu sbb jumaat tu hari mulia kita bukannya ahad.. :)

    ReplyDelete
  10. saya tak kisah hari apa pun....tapi okey jugak cuti jumaat&sabtu kan?

    ReplyDelete
  11. dah biasa sabtu n ahad
    teringin gak nak merasa cuti umum hari jumaat

    ReplyDelete
  12. noe dh biasa sabtu n ahad...tp apa yg deno katakan tu mmg betul...especially bab bapak bawak anak g solat jumaat...klu cuti hari jumaat...senang...x ada la anak nk ponteng g solat jumaat

    ReplyDelete
  13. kelebihan cuti hari Jumaat ialah banyak ibadah yg blh kita buat .

    ReplyDelete