Healthy Yogurt Chicken Roll - Dayang Deno

18.11.13

Healthy Yogurt Chicken Roll

Sponsored Post Opportunity : NESTLE Natural Set Yogurt

Deno dapat sponsored post daripada Nuffnang!! OMG! Excited! Dah dua tiga hari fikir tapi tak ada idea...Tapi tiba-tiba tadi dapat idea! Emmm... sedapnya! Dalam kepala dah ada bahan-bahan.. Terus pergi beli bahan-bahan!

Inilah hasil resipi "bidan terjun" iaitu Healthy Yogurt Chicken Roll! Tadaaaa....!! ^_^


Bahan A :
Sekeping dada ayam (dipotong dadu)
4 sudu besar NESTLE Natural Set Yogurt 
1 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa
1 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Bahan B
1/2  lobak merah dicincang dadu
1 biji tomato dipotong dadu
1 labu bawang besar dicincang halus
1 biji lada merah dipotong dadu

Bahan C
Sekeping roti totilla
Daun salad untuk hiasan

Cara-cara :
1. Bahan A digaul sehingga rata dan diperap selama 5 hingga 7 minit. 
2. Sementara ayam diperap, Bahan B ditumis dengan menggunakan sesudu kecil mentega sehingga naik bau dan ketepikan.
3. Kacau goreng Bahan A sehingga masak dan ketepikan.
4. Panaskan roti totilla di atas kuali tanpa minyak.
5. Gaulkan Bahan A dan Bahan B yang telah siap dimasak (inti)
6. Ambil sekeping roti totilla, letakkan daun salad dan inti tadi. Gulungkan. Sedia dimakan panas-panas :)

Alhamdulillah... Selain sedap, sihat pula tu! Dengan kebaikan NESTLE Natural Set Yogurt! ^_^


p/s: sihat dan sedap! cubalah! ^^


11 comments:

  1. hai deno..yong sggah sini pula n dh jd follower..terliur tgk resepi ni. next time nk try bt utk husband's breakfast..heehe

    ReplyDelete
  2. macam sedap je, macam lazat je.
    nak cuba buat lahh :)

    ReplyDelete
  3. So to those who have actually submitted your recipe, it WILL NOT BE counted as an entry as we have yet to select 50 bloggers. Selected/Chosen ones will only receive an email from us LATEST tomorrow (19th November 2013).

    nuffnang kata esok selasa baru dia announce siapa yang terpilih baru post recipe, kalau buat awal2 takkan dikira.. tp kenapa ramai dah buat awal2ni, confuse pulak?

    ReplyDelete
  4. wah wahhh..sedap nii...akak nk buat jgk la nnt..

    ReplyDelete
  5. mama fana prnh masak :) seddaapp kan

    ReplyDelete
  6. makan utk breakfast pun best juga ni.. :)

    ReplyDelete
  7. SAYA DAPAT JUGAK SPONSOR POST NI.. TAPI TAK BUAT.. LUPA.. :)

    ReplyDelete