SLE, CYCLO, CAPD dan UPSR - Dayang Deno

14.11.13

SLE, CYCLO, CAPD dan UPSR


UPSR.. Bila bercakap tentang UPSR, mesti kita semua akan ingat kenangan UPSR kan? Sama seperti deno, takkan lupa sampai bila-bila.


Tahun 2001

Deno berusia 12 tahun pada tahun 2001, means ia adalah tahun ke tiga deno mengidap SLE. Yes, tahun ke tiga. Deno dah faham dengan SLE, doktor pernah cakap deno ada masa 5 tahun sahaja untuk hidup. Sejujurnya deno sedih, tapi deno tak nak putus asa, Apa deno nak ialah nak sihat, nak belajar rajin-rajin, nak masuk universiti. Seperti tahun sebelumnya, SLE tetap aktif. Deno mengidap SLE LN Class 4, means buah pinggang deno mengalami keradangan akibat serangan SLE. , deno terpaksa melalu rawatan Cyclophasphamide iaitu sejenis rawatan chemo 

Januari 2001, deno dah admit untuk chemo. Mungkin sebab deno masih muda, setiap kali chemo, deno tak sihat dan akan ditahan di wad untuk 2-3 hari. Biasanya sewaktu rawatan chemo, deno akan muntah yang teruk dan badan menjadi lemah. Ada juga pesakit yang sihat selepas rawatan dan terus dibenarkan discaj. Setiap pesakit memang berbeza kesannya.. Oh ya rawatan chemo juga membuatkan rambut banyak gugur.. Biasanya bangun pagi memang banyaklah kelihatan rambut di bantal dan juga katil.

Sewaktu di usia 12 tahun ini juga deno kerap sakit. Boleh dikatakan setiap hari demam, badan sakit, sendi sakit. Selalu sahaja tak dapat ke kelas sebab keadaan badan yang tak mengizinkan. Bila sakit, faham -faham sahajalah. Nak berjalan pun tak larat, apatah lagi ke sekolah. Boleh dikatakan setiap bulan hanya 5-6 hari sahaja ke sekolah. Selebihnya deno terpaksa rehat di rumah. Hospital pula dah jadi rumah nombor dua, masuk wad tu dah jadi perkara biasa. Deno hanya sempat ke sekolah 40 hari.

xxxxxx

Awal Jun 2001, deno ditahan lagi di Institut Pediatrik, HKL lagi... SLE kembali aktif. Deno masih simpan catatan doktor ~


Selepas 12 kali, doktor terpaksa hentikan rawatan chemo. Rawatan chemo tak berkesan, SLE lebih kuat.

Tak lama selepas tu, deno terpaksa melalui rawatan HD ( Hemodialysis ), doktor pasang satu chaterer pada leher. Ini bermakna ianya kali kedua deno buat rawatan HD, first dulu semasa tahun 1999 sewaktu mula-mula deno didiagnosis dengan SLE. Dengan wayar di leher, rasa macam robot pun ada. Baby Chong Ko Hong yang sakit sejak lahir di depan katil deno pun selalu gelak-gelak bila bermain dengan deno, agaknya dia pun ingat deno robot! Emm bila lihat baby Chong Ko Hong, rasa diri ini sangat bertuah sebab diberi nikmat kesihatan 10 tahun sebelum mula sakit. Imagine baby Chong Ko Hong sekecil itu dah sakit. Kuatnya baby Chong Ko Hong, walaupun masih kecil dia semangat nak sembuh! 

Selepas sebulan dengan rawatan HD, Dr. Lim cadangkan untuk rawatan CAPD. Sebenarnya Dr. Lim nak pasangkan fistula pada lengan deno, tapi lengan terlalu kecil. So Dr. Lim decide pasangkan tenchkhoff untuk rawatan CAPD tu. Sebabnya? Kedua-dua kidney dah rosak kerana SLE. Deno masih ingat sewaktu nak masuk operation room, tak takut sebab dalam kepala excited nak balik! Dr. Lim ada cakap kalau buat rawatan CAPD deno boleh balik rumah. Naik katil dalam operation room pun boleh senyum-senyum, terlampau excited. Tapi sekejap je rasa excited tu sebab selepas sedar dari bius, sakit dia memang tak dapat deno nak gambarkan. Deno tak dapat bangun seminggu, mungkin sebab badan lemah.. Bila dah boleh bangun, jalan pun perlahan sangat dan terbongkok-bongkok sebab sakit, dah macam nenek si bongkok tiga! Walaupun sakit, gagahkan diri, berlatih berjalan, kuatkan semangat sebab dalam kepala ingat nak balik je.

Mula-mula belajar buat CAPD deno rasa macam susah, tapi bila dah faham jadi mudah. Apa yang deno tak dapat lupa sampai sekarang ialah rasa sakit dalam perut masa mula-mula belajar buat CAPD, gengggam tangan kuat-kuat tahan sakit. Tapi bila lihat ada seorang adik yang baru berumur 3 tahun buat CAPD, deno jadi semangat! Bayangkan adik sekecil tu hadapi semua ini...

Genap seminggu, deno lulus latihan CAPD! Yeay happy sangat-sangat! Selepas 2 minggu, deno boleh discaj! Berbulan-bulan di hospital, akhirnya dapat balik ke rumah. Rasa syukur sangat dapat ke sekolah dan alhamdulillah deno dapat ambil UPSR bersama kawan-kawan.

xxxxx

Hari keputusan UPSR 2001

Malas sangat nak pergi sekolah ambil result. Takut.. Deno  ke sekolah lewat, kawan-kawan pun semua dah balik. Deno ke pejabat guru, tak seperti kawan-kawan lain yang mengambil keputusan di dewan. Tak ada semangat langsung. Tapi kuasa Allah, deno macam  tak percaya keputusan deno.. nangis kot masa tu, 5A! Speechless. 

Alhamdulillah :)



8 comments:

  1. Tabahkan diri ye adik DayangDeno. Semua ujian ada sebabnya. Yang penting, cara kita hadapi ujian itu ;)

    ReplyDelete
  2. Ya allah terharunya baca cerita akak .. Sungguh kak deno tabah sangat ..

    ReplyDelete
  3. Deno mmg org yg kuat semangat.. sy hormati kekuatan yg deno ada itu..

    ReplyDelete
  4. stay strong akak :) tahniah dengan kejayaan yang berjaya dicapai.

    ReplyDelete
  5. wahh tabahnye deno...bagus2...yang penting tabah dan usaha... semoga sehat dan berjaya di dunia dan akhirat ye:)

    ReplyDelete