Tak Tahu Apa Tak Kena - Dayang Deno

13.11.13

Tak Tahu Apa Tak Kena

Deno jarang tidur awal sebab biasanya deno buat CAPD last pukul 11pm atau 12pm.. Kadang-kadang kalau terlajak deno buat pukul 1am/2am.. Deno malas nak tidur awal-awal sebab deno tahu, kalau tidur awal dalam pukul 10pm macam tu, mesti abah kejut  balik untuk buat CAPD malam, deno dah la susah nak bangun kalau baru lelap.. huhu


Nak dijadikan cerita semalam deno tak tahu kenapa.. Apa yang tak kena dengan deno sebab petang tu badan rasa lesu sangat, dah rasa macam nak tidur.. Masa tu boleh tahan lagi sebab fikir nak buat order customer..

Last2, pukul 9pm tu terus tidur, penat betul badan tak tahu kenapa.. Macam buat kerja berat je ... Sampai CAPD malam pun tertinggal! Huhu.. My mum & abah tak tahu deno belum buat CAPD malam, sebab tu tak kejut.. Then, nampak deno letih semacam je....

Tapi yang hairannya tadi bangun rasa segar sangat-sangat! Tak macam semalam.. hairan betul! I'm very well this morning ^_^


p/s: entah kenapa la semalam tu..huhu :p


10 comments:

  1. tdo yg berkualiti, penat pun hilang,bgn jd segar

    ReplyDelete
  2. uik.. nape yea camtu..? yunk.. CAPD tu apa yea.. hee... sorry... x reti ..

    ReplyDelete
  3. biasa la 2, pkr order coustomer kot deno... by the way ok la kalau dah feel better kan?

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah .. Nasib tak jadi apa2

    ReplyDelete
  5. penat sangat, tu yang tidur tu. nasib baik takde apa-apa, stay strong kak :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...baguslah kalau kak deno rasa segar...hehe :D

    ReplyDelete
  7. take good care of yourself my dear

    ReplyDelete