Tidak Mengira Usia - Dayang Deno

12.11.13

Tidak Mengira Usia


Deno baru dapat tahu di group SLE ada seorang pesakit SLE yang baru sahaja mengidap SLE dan umurnya baru 7 tahun!!!

Deno mengidap SLE ketika bermumur 10 tahun, itu pun tak sanggup rasanya nak melaluinya... Bayangkan adik dina sekecil itu mengidap SLE.. Deno dapat bayangkan perasaan dan situasi adik dina kerana deno juga mula sakit di usia muda.. Rawatan yang menyakitkan di hospital, ubat-ubatan..  Ia menjadi seperti satu trauma bila kita berada di rumah, terbayang-bayang apa yang dilalui di hospital. **Seperti intubation yang deno lalui pada tahun 2011, deno ambil masa beberapa bulan selepas keluar icu untuk lupakan trauma itu sebab kesakitan yang melampau..

Paling stress bila sakit di usia muda ialah kita tak dapat buat apa yang kanak-kanak sebaya kita buat.. Nak bermain kuat-kuat tak boleh, nak bersukan tak boleh.. Bukan setakat zaman kana-kanak, zaman remaja pun sama.. Semua deno terpaksa lupakan. Lebih-lebih lagi deno mula buat dialisis pada usia 12 tahun, nak kayuh basikal pun tak dibenarkan kerana bimbangkan tiub di perut.. Alhamdulillah deno redha dengan sakit deno pada usia 12 tahun :') Deno pun tak sangka akan sakit, tapi deno tetap bersyukur sebab sebelum sakit, Allah dah bagi deno 10 tahun nikmat kesihatan :')

Zaman sekarang pesakit SLE tidak mengira usia, apa-apa pun boleh berlaku.. Kanak-kanak yang kecil pun boleh mengidap SLE.. Pernah juga dengar kes kanak-kanak semuda 5 / 6 tahun mengidap SLE. That's why deno nak orang tahu tentang SLE, orang kenal SLE, sebab SLE sangat berbahaya dan gejala SLE sukar untuk dikesan.. So, alert with SLE.....


p/s: LUPUS is invisible


9 comments:

  1. Speechless.. mmg kita semua patut tahu ttg SLE ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu,kita semua patut tahu ttg SLE ni...kesian adik dina tu..

      Delete
  2. tabahla ye deno. btw, deno study lagi ke? ke dah graduate? hikss..lama xdengar citer. :)

    ReplyDelete
  3. tak smua tahu pasal sle ni. harapya smua rakyat amek tawu. sbb ini penting.

    ReplyDelete
  4. Sakit mmg tak kenal usia. Apa yang diharapkan masyarakat kita lebih peka dan perihatin akan SLE ni.

    ReplyDelete
  5. Ann pun pernah lalui semua ni..Annie jz harAp org sekeliling kite sama ada fmly mau pun saudara mara n rakan jgn ejekkan cara kite jalan dan minta jgn paksa buat sst... sbb kite pun suka nak buat itu lah ini lah tp.. Annie kurang kuat dari segi fizikal.. kesakitan itu hanya kte org sje tau

    ReplyDelete
  6. Annie harap org sekeliling kite faham keadaan kte & tidak menyakitkan hati org.. ataupun jgn lah ejek cara I jalan ataupun paksa saya buat sst yg I mmg tak mampu buat.. sbb I pun nak hidup spt org biasa.. kesakitan tu hanya kte org sje tau sejauh mana kte lalui..

    ReplyDelete