15th Anniversary - Dayang Deno

17.12.13

15th Anniversary

17 Disember 2013

Hari ini genap 15 tahun deno bersama SLE :')

Alhamdulillah syukur kepada Allah , deno diberi peluang bernafas sehingga ke hari ini.. Banyak dugaan yang dilalui sepanjang 15 tahun ini... 

google.com


Hmmmm.... Pejam celik pejam celik tak sangka sekejap sahaja masa berlalu, dah 15 tahun deno bersama SLE. Ubat berpuluh-puluh biji setiap hari. Macam-macam lalui.. Blood test dan branula perkara biasa, rawatan chemo (cyclophosphamide) pernah dilalui 12 kali, HD, APD, CAPD, intubation, ryle tube, ICU dan pelbagai lagi. Mujur la deno ni kecil, bila deno sakit dan tak boleh bangun abahlah yang dukung! hihi ^_^ Sekarang deno masih mengambil ubat-ubatan dan melakukan rawatan CAPD, semuanya kerana SLE. Dah ikut rules pun tetap SLE datang, deno redha :) 

Deno rasa rindu.. Rindu dengan semua doktor dan nurse yang berjasa pada deno di WAD KK1 dulu... Dr. Lim Yan Ngo, Dr. Yap, Dr. Jazilah, Dr. Selva. Semua nurse di sana. Di HSNZ pula, deno rindukan Dr. Jimmy Lee Kok Foo, doktor yang deno anggap dah macam ayah deno sendiri, pernah deno tidur di pejabatnya kerana merajuk tak mahu masuk wad semasa darjah 5. Sangat sweet Dr. Jimmy yang faham deno, deno masa budak-budak dulu bila sebut masuk wad mesti menangis. Hihihi... Itulah zaman kanak-kanak dan remajaku, banyak habiskan masa di hospital.

Sekarang deno masih menerima rawatan di HSNZ bersama Dr. Zawawi, Dr. Zaiha dan Dr. Salmi yang sangat sporting! Doktor dah jadi bestfriend, nurse pula seperti kakak-kakak sendiri. Deno sangat bersyukur mereka semua sangat baik.. Banyak jasa mereka pada deno :')

Setiap kenangan dan pengalaman deno sepanjang 15 tahun bersama SLE sangat sukar untuk deno lupakan dan ianya akan terus kekal di dalam ingatan deno. Deno bersyukur mempunyai keluarga yang penyayang dan memahami deno. Deno harap akan terus kuat dan bersemangat dalam mengharungi kehidupan yang akan datang. Deno nak sihat, deno nak jaga ma dan abah pula. Ma dan abah dah banyak berkorban untuk deno.

"Semoga Allah memberiku peluang untuk berbakti kepada ibu dan ayahku.. Insyaallah ... Amin." 



p/s: i am SLE Lupus Nephritis Class 4.. syukur seadanya

24 comments:

  1. Tahniah deno.. semoga dipermudahkan segalanya dgn penuh keberkatan.. aamiin.

    ReplyDelete
  2. keep strong sis. may Allah granted your wish InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  3. semoga sentiasa dalam keadaan sihat kak deno. kena tabah ye :)

    ReplyDelete
  4. ya Allah dah 15 tahun da, sabar k. ada hikmah di sebalikna

    ReplyDelete
  5. Semoga deno kuat dan tabah selalu....

    ReplyDelete
  6. Allahhuakbar dah lama ek akak deno kena. Akak deno pakai cermin mata ke ? :D Comel

    ReplyDelete
  7. ini lah sbb nak countday tu ye...alhamdulillah dik...Kuasa Allah..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah, masih diberikan rezeki untuk terus menghirup udara.
    semoga sis deno terus tabah dan senyum selalu :)

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah deno masih shat...moga deno trus tabah menghadapi dugaan ini

    ReplyDelete
  10. sama mcm kawan saya deno..dia pun SLE

    ReplyDelete
  11. SEMOGA ALLAH MEMBERI KEKUATAN KEPADA DENO UNTUK MENEMPUH HARI-HARI MENDATANG.. SEMOGA KEAJAIBAN BERLAKU UNTUK MENYEMBUHKAN PENYAKIT INI..

    ReplyDelete
  12. semoga deno sentiasa sihat selalu :)

    ReplyDelete
  13. Semoga segala ujian Allah ada hikmah yang kita tidak duga di depan nanti....

    ReplyDelete
  14. "Semoga Allah memberi akak peluang untuk berbakti kepada ibu dan ayah akak .. Insyaallah ... Amin." :)))

    ReplyDelete
  15. 15 tahun deno masih tabah berjuang ! :)
    Semoga Allah memberi akak kekuatan agar terus berjuang...

    ReplyDelete
  16. Semoga kak deno terus tabah hadapi ni.. Ada hikmah di sebalik semua ni kan kak .. Semoga kak deno dapat jadi anak yg berbakti kepada ma dan abah kak deno

    ReplyDelete
  17. aaamin . semoga deno terus tabah dan Allah permudahkan segala urusan deno .

    ReplyDelete
  18. akak doakan deno semoga dipemudahkan segala urusan ya

    ReplyDelete
  19. selamat anniversari..

    semoga dugaan yang datang dapat ditempuhi dengan sabar dan kuat..
    dan Insyallah Allah mengiringinya dengan pahala yang besar atas ujian tersebut..

    #kartunster

    ReplyDelete
  20. Semoga Deno terus kuat dan tabah hadapi penyakit ni ya

    ReplyDelete
  21. tabah menghadapi dugaan ye kak :)

    ReplyDelete