PSLEM Ganu Kita - Dayang Deno

26.12.13

PSLEM Ganu Kita

Banyak hari juga fikir, nak buat warna apa, macam mana, nak letak apa.. Bimbang juga kan Presiden, Timbalan Presiden cakap apa.. Deno ada idea nak buat tema warna merah, hitam.. Macam warna Walk-A-Payung! Siap juga blog persatuan SLE bagi kumpulan sokongan ganu kita!

Alhamdulillah Presiden (Dr. Asmah), Timbalan Presiden (kakfiza) dan Setiausaha (Dr. Zaiha) suka! Lega betul.... :)

blog yang dah siap ^_^

Doodle deno buatkan ada bangsa melayu, cina dan india sebab pengidap SLE berbilang bangsa kan.. Doodle lelaki deno buat satu sahaja sebab 90% pesakit SLE ada perempuan. Nisbahnya pun 9 : 1. Jadi doodle perempuan yang tiga tu melambangkan pesakit perempuan yang lebih ramai...

Sepatutnya siap awal tapi banyak masa dihabiskan di hospital.. 2-3 hari ni banyak ke hospital pula.. Dengan order customer yang masih belum terusik, penin penin.... Email pun baru reply, minggu ni banyak pula nak kena jumpa doktor.. Esok deno nak sambung buat customer punya pula. Sekarang perlu pandai bahagikan masa bila dah ada tanggungjwab lain pula..Sebelum ni, deno fokus pada design dan blog je, sekarang makin bertambah... Nak blogwalking pun kena curi-curi masa. Deno minta maaf sangat-sangat pada rakan blogger yang belum sempat deno balas jejak.. Alahai kesiannya korang yang selalu datang sini support deno.. 


p/s: nak buat CAPD pulak... penatnyaaaaaa! =.'=


4 comments: