Pengomen Tegar Blog DayangDeno

Pengomen Tegar Oktober 2013 Blog DayangDeno

10:56 PM,16 Comments

Wahh... Mari kita lihat siapa yang jadi "hantu" komen blog dayangdeno untuk bulan Oktober!!:)


Tahniah kepada semua blogger di atas kerana berjaya masuk ke dalam list top komentar blog dayangdeno!^^ Semua blogger di dalam list di atas akan dimasukkan ke dalam bloglist di sidebar untuk bulan 10 :) Nanti bulan 12 kita lihat pula, siapa yang berjaya masuk ^^

Tak lupa juga, deno nak ucapkan terima kasih pada anda semua yang sentiasa support dayangdeno...terima kasih!  :)


p/s: esok deno update bloglist di sidebar dan akan umunkan pemenang 3000 SLE Supporters Giveaway :) Good luck!^^

16 SLE Supporters :):

Personal

Hari Ini

10:03 PM,9 Comments

Pheww... Hati teringat kat blog, hari ni sehari tak berupdate sebab kesibukan yang tak dapat dielak. Urusan di bandar lagi, petang baru sampai rumah. Bila sampai rumah, terkejar-kejar nak buat CAPD petang pula.. huhu

Sehari hari ni hanya menikmati milo dan roti tuna bersama telur hancur^^ Nak makan yang lain dah kenyang.. Entah tak selera sangat. Makan di T-Time cafe :)



Sekejap lagi nak update untuk pemenang 3000 SLE Supporters GA pula.. Nantikannn... Saiap agaknya yang menang ya? hihi^^^



p/s: sedang menonton Paranormal Activity 4 at CH HBO :)


9 SLE Supporters :):

Personal

Jadual Yang Padat

8:50 PM,17 Comments


OMG! OMG! Malam ni jadual padat..

Tengok list customer.. Erk! malam ni deno nak siapkan dua tiga customer punya.. Hold dulu blogwalking untuk malam ni..

Malam-malam datang idea lebih sikit... hihi^^



p/s: bw bloglist dan kawan-kawan yang ada di comment dulu.... weeeeee.....



17 SLE Supporters :):

Doodle Art

Random Doodle Art Di Dalam Notebook

7:06 PM,21 Comments

Dapat notebook daripada my kakngah, Dayang Ella :)

Hari ni rasmi notebook dengan melukis doodle. Kalau masa belajar dulu, penuh notebook dengan nota FA, CA, revenue, expenses, statement, preference share, ordinary share, debenture, depreciation, debit, credit dan semua berkenaan acc.. Bila dah habis tiba-tiba penuh dengan art... hehehe..


Abah tanya pasal depreciation tadi.. Mujur la masih ingat walaupun otak dah berkarat sikit dengan account.. Hihihi...  Mula la deno rindu zaman belajar dengan kawan-kawan di uitm.. Teringat acc, law, costing, tax, audit.. Wahhh rindunya!!! ^^ 


p/s: saya x-student acc yang minat art.. macam mana tu? muhehehe :p


21 SLE Supporters :):

Dialisate CAPD

Stok Dialisate CAPD Untuk Bulan November Dan Disember

6:40 PM,5 Comments

Dialisate CAPD dah sampai! :)


Sejak pihak hospital hantar terus ke rumah beberapa bulan yang lalu, ringan sikit beban abah.. Tak perlu abah sewa lori, angkat kotak-kotak air ubat yang berat ni...

Kalau dulu, bila sampai waktu ambil air ubat ni, mesti kena cari lori sewa untuk ambil ai-air ubat ni sebab banyak.. Kalau kereta tak muat, paling kesian kat abah, kena angkat kotak-kotak ni .. Kalau korang angkat dalam 10 kotak, nescaya korang sakit pinggang/ lenguh pinggang...Muhehehe.. Berat sangat! 

Deno kalau nak angkat pun sakit pinggang.. Deno pernah angkat sendiri tapi kena marah .. Deno tahu abah taknak deno sakit.. Abah pernah cakap "tak payah mintak tolong, ini memang tugas abah".. terharu dengar abah cakap macam tu.. :')


p/s: total bulan ni 40 kotak^^


5 SLE Supporters :):

Online Movie

The Lorax Full movie

4:46 AM,16 Comments

The Lorax! Salah satu animasi yang best :)

Mengisahkan bandar berdinding Thneed-Ville, di mana segala-galanya adalah tiruan dan juga udara adalah komoditi, Seorang remaja (Audry) ingin melihat pokok yang sebenar, apabila Tedmendapat tahu tentang dia ingin melihat pokok sebenar, Ted keluar ke luar bandar yang telah hancur tanpa sebatang pokok pun untuk menemui One-Ler, orang yang tahu kisah sebenar tentang apa yang terjadi pada pokok-pokok yang telah tiada...

 The Lorax, from the creators of Despicable Me!
Jom tonton online The Lorax ^^

Link :


p/s: hargai pokok dan alam sekitar


16 SLE Supporters :):

button badge design

Tersenarai Di Dalam Top 13 Botton Badge Design

2:02 AM,9 Comments

Deno baru ke blog HUDA :) Alhamdulillah design button badge deno masuk dalam senarai Top 13. Inilah design button badge yang deno, random doodle art^^


Tapi, belum tahu lagi siapa pemenangnya.. Heeee^^ Saingan semua hebat-hebat dan cantik-cantik! Geram deno tengok design button badge dari blogger-blogger lain..^^

Jom kita lihat 12 lagi design yang tersenarai di dalam Top 13 Design dengan klik SINI :)


p/s: boleh lihat semua design perserta di SINI


9 SLE Supporters :):

Giveaway

Easy Peasy Giveaway by FD Part 2

1:31 AM,3 Comments

Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Set Shawl Cinta Jannah x 2, Dress x 2, Inner Magic + shawl x 3, Topup RM30 x 1, Topup RM10 x 1, Topup RM5 x 1, Novel Love You Mr. Arrogant x 1, Button Badge Blogger x 6, Inner Bawal x 3, Miniature Watch x 1, Doodle x 1, dan Coklat Oreo x 1.

Easy Peasy Giveaway dianjurkan oleh Fatin Diana dan disponsor oleh Fatin Diana, Liliy Scarf, Blog Ieta, Daily Dress, Rubiey Scarf, LAC Touch Boutique, Miniature watch Malaysian Seller, Afifah Anuar, KAMI Banner Design, dan Chocolate A M.

Hadiah pilihan : Miniature Watch / Dress / Button Badge Blogger

Tamat 8 Nov 13, 10 malam

3 SLE Supporters :):

Bahasa.

Empat Bahasa

12:32 AM,4 Comments

Dulu hanya ada bahasa inggeris dan bahasa melayu untuk terjemahan azan di TV.. Sekarang dah bertambah bahasa kan?^^ 


Bahasa tamil dan mandarin pun ada . Ini secara tak langsung membolehkan bangsa lain pun faham dengan maksud azan.. Mana tahu kan, dengan izin Allah mereka juga tertarik dengan islam?^^


p/s: dulu hanya BM dan BI je...


4 SLE Supporters :):

Personal

Hari Yang Lesu

12:00 AM,6 Comments

Entah kenapa seharian hari ni lesu sangat.. baring je, tidur sebab badan yang lesu melampau. Kesian adam khaleef, deno tak main dengan dia hari ni..


Petang tadi nasib baik my mum kejutkan buat CAPD, tak sedar terus lesu macam berlari maraton! haha.. Deno pun hairan.. Sekarang dah okey dah :)

Sepanjang hari ni, tadi baru makan nasi, itu pun tak banyak. Entah la, tak rasa nak makan dan tak lapar... huhu..^^


p/s: dah okey dah^^


6 SLE Supporters :):

Lupus

Dia Boleh Bangun, Dia Boleh Tidur

11:25 PM,17 Comments

Pagi tadi 10 blood tube darah deno diambil..

google.com


Tiba-tiba rasa berdebar pula, macam mana agaknya result darah nanti. Adakah SLE masih tidur? Adakah SLE "bangun"?

By the way, mesti ada yang tak faham kenapa deno selalu sebut SLE "tidur" dan SLE "bangun". Sebenarnya SLE boleh sesuka hati aktif, means apabila SLE aktif biasanya deno akan sakit.. Kalau SLE tidur means deno sihat, biasa macam sekarang ni... Kali terakhr SLE aktif ialah pada tahun lepas, kepala deno hampir dibedah, hilang selera makan deno. Takut sangat sebab semasa deno ke Unit Surgical,  kebanyakan pesakit duduk di atas wheelchair, lumpuh.. Alhamdulilah rancangan pembedahan tak jadi sebab deno semakin pulih :')

That's why deno selalu berharap SLE akan terus "tidur"......


p/s: SLE boleh "bangun", boleh "tidur"....


17 SLE Supporters :):

Blogger

Terminologi Blog

9:53 PM,20 Comments

Istilah-istilah dalam dunia blog!^^

Kalau nak berkecimpung dalam dunia blog, kita perlu biasakan diri dengan istilah blog sebab korang akan banyak jumpa istilah-istilah ni semasa online^^


ANONOBLOG
- Blog yang kita tak tahu pemiliknya dan biasanya hanya guna nama pena

AUDIOBLOG
- Blog berasaskan audio

BIZ BLOG
- Blog bisnes

BLAWG
- Blog yang ditulis oleh peguam atau yang terlibat dengan perundangan

BLARGON
- Slanga blogging

BLOGGIES
- Anugerah Blogging tahunan yang tampilkan undian talian dan sambutan dalam beberapa kategori

BLOG MUTE
- Individu yangBlog sekali-sekala

BLOGROACH
- Pembaca yang terus-menerus meninggalkan komen dengan cara yang tak menyenangkan di web blog sebab tak setuju dengan kandungan post.

BLOGATHY
- Tak kisah dengan kandungan post hari tersebut

BLOGSNOB
- Blogger yang tak menerima komen selain kawan-kawannya.

BLOGSPOT
-  Pelayan hos Blog yang dijalankan oleh Blogger.com

BLOGOHOLIC
- Blogger yang terlalu gemar Blogging

FLOG
- Blog yang ada penulis kedua. Ada penulis lain selain pemilik sebenar. Selalunya digunakan oleh Blog Korporat



p/s: anda yang mana satu? hehe

20 SLE Supporters :):

Blood Test

10 Blood Tube For Today

5:23 PM,17 Comments

Pheww... baru update, badan letih hari ni..

Pagi tadi ke hospital, ramai betul patient.. Sampai penuh orang kat luar.. Patient je dalam bilik dengan nurse. Deno? deno macam biasa sampai sana terus jumpa nurse. Nurse dah nampak deno, terus beri deno blood tube.. Erk, terkejut deno! Banyaknyaaa! Hwaaaa.....

10 blood tube for me

Mati la deno...! Then nurse cakap 
"takpe, kita amik dulu darah dayang dulu, pastu kita tengok dayang mati ke tak.. hihi.. "

Akak buat lawak pulak, dayang dah nervous gila-gila sebab biasanya kalau banyak, memang kena cucuk banyak kali ni sebab urat deno halus! Susah nak dapat... baru je nurse tengok lengan.. Tiba-tiba.." dayang...!!! mana urat kamu,,?! "

Seperti yang deno agak, 3 kali cucuk baru dapat, itu pun dah guna butterfly needle yang paling halus!

First - lengan kiri : darah tak keluar langsung
Second - lengan kanan : dapat darah hanya untuk satu tube, then terus lebam
Third - lengan kiri kembali : nurse cucuk dalam sikit, yeay! penuh 2 syrinx!

Pheww.. lega sangat-sangat hanya 3 kali :) Balik rumah tiba-tiba je badan rasa letih sangat.. Alhamdulillah sekarang dah okey^^


p/s: sepanjang deno sakit 14 tahun ni, semua nurse baik dan macam kakak-kakak deno dah... alhamdulillah semua faham deno sakit macam mana, siap dapat "special service"! hihi.... ^_^


17 SLE Supporters :):

Hospital

My Second Home

2:22 AM,10 Comments

Bulan ini banyak kali ke hospital.. Blood test pun banyak bulan ni...


Awal pagi nanti ke hospital lagi.. Tak dapat dinafikan hospital my second home.

Blood test again. Bersedia untuk "lebam" lagi.. Haha.. Agak-agak berapa tiub pula darah kali ni sebab darah yang  iambil akan diterbangkan ke KL. Sebab tu perlu berada di hospital sebelum 8am.



p/s: tips semasa nurse cucukkan jarum ke dalam lengan, relax je walaupun..... erk! faham kan? hehe


10 SLE Supporters :):

Bonus

Dapat Bonus Juga!

12:48 AM,5 Comments


Bertuah kakitangan awam :) Bonus kakitangan awam diumumkan dalam bajet kan?

Macam deno yang susah nak dapat kerja sebab CAPD yang perlu dibuat 4 kali (pagi, tengahari, petang, malam) setiap hari.. tak merasa bonus duit2 ni...

Tapi,

Deno masih dapat bonus hari-hari dapat bersama ma abah, hari-hari dapat tengok wajah ma abah.. Itu adalah satu "bonus" buat deno yang tak dapat diberi oleh sesiapa pun :)



p/s: dapat bonus juga ^_^

5 SLE Supporters :):

Giveaway

Mini Giveaway By Nabila Medan

12:35 AM,4 Comments


CLICK BANNER!!

4 SLE Supporters :):

Personal

They Just A Piece Of Meat

5:04 PM,6 Comments


Yeah, they just a piece of meat!

Betul cakap my sis, orang yang suka menilai orang lain sedangkan mereka tak tahu apa-apa, mereka hanyalah secebis daging yang tidak ada apa-apa makna.. 


p/s: terima kasih atas support korang semua :')

6 SLE Supporters :):

Giveaway

Giveaway Me & My Family 2013

4:42 PM,4 Comments

klik banner


4 SLE Supporters :):

Majlis Merisik

Majlis Merisik

4:35 PM,8 Comments

Semalam majlis merisik anak sepupu deno, Syuhada. Syuhada sama umur dengan deno. Alhamdulillah... :) Majlis berjalan dengan lancar^^


Bakal tunang & suami dia seorang pilot di MAS.. Hensem. Heeee...^^ Wah nanti Syuhada terbang selalu la ya.. Semoga next majlis berjalan dengan lancar :)


p/s: yang paling tak boleh tahan kek yang Syuhada dapat.. perghhhhh kek fondant penuh alat makeup!!  Sayang nak makan, serius cantik kek tu^^


8 SLE Supporters :):

Lupus

Awareness.. That's All

3:39 AM,11 Comments

.

LUPUS Awareness..

Semasa deno mula-mula sakit pada tahun 1999, tak terlintas deno akan sakit. Sakit di usia muda, nak main macam kawan-kawan pun tak boleh. Mula-mula dengar perkataan Systemic Lupus Erythematosus (SLE) pun sangat blur. Apa tu? Macam nama alien pun ada.. Apatah lagi masa tu baru berumur 10 tahun. Lama-kelamaan, deno faham apakah SLE. Doktor pun pernah cakap deno ada tempoh 5 tahun sahaja. Tapi DIA menentukan segalanya.. Alhamdulillah tahun ini genap 14 tahun berasam SLE.

Deno share tentang SLE sebab deno nak semua orang kenal SLE, betapa bahayanya SLE dan ianya boleh membawa maut. Betapa ramai tak sedar gejala-gejala SLE sebab gejalanya lebih kurang dengan sakit biasa sedangkan ianya SLE! Itulah ramai tak sedar.... SLE boleh merosakkan apa-apa sahaja organ kita, adakah orang tahu? Dan ramai juga orang yang  tak percaya kami sakit, suka mengata, mengejek kami pesakit ini sebab dari luarannya nampak sihat sedangkan bila SLE aktif sakitnya tak tertahan, kering air mata menahan sakit, kadang-kadang ada yang tenat sehingga ada yang boleh "pergi" dengan tiba-tiba.. Cuba bayangkan perasaan kami yang mungkin pagi esok bernafas atau tidak.. 

Deno berkongsi info tentang SLE bukan untuk "menunjuk-nunjuk"... jauh sekali nak minta simpati... My main purpose in sharing the info of LUPUS disease is to create awareness, that's all.


p/s: untuk dia : "don't judge me if you don't know me and don't ever try to judge me if you don't know what i've been through!" =.'= 


11 SLE Supporters :):

Ayu Candy

Dear Bestfriend

4:38 PM,18 Comments

Dah siap lukisan tadi^^

Copyright@DayangDeno. Do not copy/grab/crop/edit my artwork. 
Any action without permission is strictly prohibited. Thanks!^^



p/s: she is ayucandy



18 SLE Supporters :):

Segmen

Mini Giveaway #2 By Nabila Medan

3:39 PM,5 Comments


CLICK BANNER!!

5 SLE Supporters :):

LUPUS fighter

Bergerak Ala-Ala JU-ON

3:20 PM,4 Comments

Kami pesakit SLE, kebanyakan mesti dapat juga keradangan sendi.. Deno pun pernah kena, bila dah kena, sampai tak boleh jalan! Tadi, di wall kak wanie, SLE patient jugak. Kak wanie sama dengan deno, SLE Lupus Nephritis Class 4, 14 tahun with SLE.

Kak wanie ni orangnya positive :) Betul kakwanie, tak boleh jalan pun, kita merangkak ala-ala "JU-ON" pun dah syukur^^


Heeee... tak pun jalan ala-ala sister ngensot je.. Tapi sambil tersenyum^^ :')


p/s: support Lupus patient :)

4 SLE Supporters :):

Tutorial Cari Kod ]]></b:skin>

Tutorial : Cari Kod ]]></b:skin> Secara Manual

2:14 PM,8 Comments

Tutorial ni deno nak bantu adik Aisyah :) Aisyah tak jumpa cari kod, search pun masih tak jumpa.. Bila ada masalah macam ni, biasanya deno akan buat secara manual.. Try and error, akhirnya jumpa jugak, yang pasti kod tu memang ada!^^

Aisyah nak kod ni :

]]></b:skin> 

Ok, search Ctrl F tak jumpa, kita buat manual! *klik gambar untuk lebih jelas

1. Log In > Dashboard > Edit HTML

2. Klik expend tick segitiga hitam kecik yang dalam kotak merah seperti kat gambar bawah ni.. tepi dia ada kod seperti yang dalam kotak hitam..

3. Lepas tu, keluar banyak kod kan? Macam gambar di bawah ni...

4. Haaaaa..... masa ni la nak buat manual :) Kita scroll slow2 ke bawah sampai jumpa kod ]]></b:skin>

Senangkan?

Sebenarnya kod tu ada, kadang2 kotak search ni tak detect semua.. Sebab tu kadang-kadang kita perlu cari secara manual :)


p/s: happy blogging^^


8 SLE Supporters :):

Ayu Candy

Guess Who??

12:40 PM,7 Comments

Again deno with her.. Deno bila rindu, deno akan lukis deno dan dia :) Nak tengok deno dan dia sebelum ni klik SINI ^^


Btw, hari ni banyak kenduri.. malam ni pun ada kenduri anak sepupu ada orang nak merisik pula, anak sepupu yang agak rapat juga, sama umur je dengan deno^^

Tahniah buat Syuhadah, tak lama lagi dapat suami :)


p/s: deno dan siapa dalam gambar di atas?


7 SLE Supporters :):

Tempahan

Malam

9:30 PM,13 Comments


Malam ni mesti siapkan juga...........

Deno biasanya pada waktu malam mesti datang idea dan imaginasi yang banyak.. Waktu siang tak berapa nak datang idea.. Mungkin sebab malam yang sunyi dan kurang bunyi2 kenderaan.. Biasanya waktu malam macam ni banyak bunyi cengkerik, santai je.. Macam waktu deno belajar, nak study mesti tempat yang sunyi.. Kalau tidak, study pun tak masuk.. huhu :p

Bila musim hujan macam sekarang ni, malam-malam disajikan dengan nyanyian encik katak dan puan katak... hihihi^^


p/s: hujan dan berhenti^^


13 SLE Supporters :):

Lupus

Koleksi Artikel Mengenai LUPUS

5:10 PM,3 Comments

Semalam deno luangkan masa cari artikel mengenai LUPUS aka SLE di dalam Online News.. Banyak juga deno dapat!^^ Macam-macam cerita ada mengenai SLE. Jadi, deno nak ajak anda semua luangkan masa membaca artikel-artikel ini....


klik link di bawah :

Deno berharap, dengan membaca artikel-artikel ini, anda akan lebih memahami SLE dan pesakit SLE :)



p/s: LUPUS is invisible



3 SLE Supporters :):

Giveaway

3000 SLE Supporters GA TAMAT!

7:00 AM,19 Comments

Dah tamat! yeay!


Alhamdulillah sebulan GA deno berlangsung tanpa ada apa-apa masalah :) Terima kasih kepada semua kerana support dan menyertai giveaway deno ini.. Kepada yang tak sempat nak join, insyaallah ada rezeki, deno buat lagi :)

Oh ya, nama pemenang deno akan umumkan pada 1 NOVEMBER 2013 :)

JOM blogwalking dan follow!


p/s: good luck semua! ^_^


19 SLE Supporters :):

Segmen

3000 SLE Supporters Giveaway

11:59 PM,241 Comments

Syarat-syarat :
1. Follow blog dan fanpage sponsor
2. Buat entri bertajuk "3000 SLE Supporters Giveaway"
3. Copy coding di bawah dan paste di ruang HTML entri.

Coding Entri :


Cara nak paste coding dalam entri :
*credit to kak MiaLiana

Follow blog sponsor :

Like fanpage sponsor :


4. Publish dan tinggalkan link di ruang komen ya :)

>> SENARAI HADIAH <<

✿  Senarai Peserta ✿ 


3000 SLE Supporters akan tamat pada 24 Oktober 2013, 12malam
GOOD LUCK!
*scroll down for da next entry :)

241 SLE Supporters :):

«Oldest   ‹Older     Newer›   Newest»
«Oldest ‹Older     Newer› Newest»

Lupus

LUPUS Ancam Nyawa

11:21 PM,8 Comments

Artikel Di Dalam Utusan


........ Presiden Persatuan SLE Malaysia, Dr. Cheah Tien Eang berkata, penyakit SLE boleh dikategorikan sebagai salah satu penyakit kronik yang berlaku apabila antibodi tubuh bertindakbalas dengan tisu badan seseorang.

Menurutnya, tindakbalas tersebut mengakibatkan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru dan sistem saraf lain terjejas.

"Penyakit ini boleh mengancam nyawa dan jika ia tidak segera di rawat ia boleh menyebabkan kematian kepada penghidapnya. .......

Baca artikel penuh :~


p/s: Lupus, learn about it


8 SLE Supporters :):

Cara lembutkan kulit kaki

Lembutkan Kulit Kaki Yang Kasar dengan Menggunakan Susu

10:15 PM,9 Comments

Setiap orang mahukan kulit yang lembut dan bersih kan? Bukan setakat kulit muka dan badan, bahkan kulit kaki pun mesti dijaga... Deno pasti ada di kalangan kita yang mengalami kulit kaki yang kasar dan pecah.. Lagi-lagi kalau tak pakai losen pelembap kulit, mesti kulit menjadi kasar kan?

Di sini deno nak kongsikan satu cara untuk lembutkan kulit kaki yang kasar dengan menggunakan susu:)


Mula-mula.. gosok kulit kaki dengan menggunakan scrub untuk buang kotoran dan sel kulit mati, then bersihkan kuku kaki..

Panaskan susu dengan api sederhana dan bila ia dah hangat sikit, masukkan susu dalam besen dan rendam kaki korang dalam susu  hangat tu dalam 20-30minit. Selepas selesai, bilas kaki dengan air suam dan sapukan losen/ pelembap :)

Cara ini bagus dilakukan sebelum tidur. Rajin2 amalkan setiap minggu^^


p/s: guna losen/pelembap kulit pun okey ^_^



9 SLE Supporters :):

PSLEM

Forum Awam 2013 Systemic Lupus Erythematosus

6:56 PM,5 Comments


Sesiapa yang tingal kat kl, selangor dan kawasan yang sewaktu dengannya.. Jom ramai2 kita ke Forum Awam SLE ni.. Dapat banyak info tentang SLE! 


p/s: Lupus, learn about it :)



5 SLE Supporters :):

Design blog

Tempahan : Full Blog Edit & Design For Health Beauty Belongs2us

6:32 PM,10 Comments


Personal and business blog
Full edit and design
Theme : Green
Link : http://www.healthbeautynaturally.com/

COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com


p/s: terima kasih percayakan dayangdeno :)

10 SLE Supporters :):

positive quotes

Stress

10:09 PM,13 Comments

Stress.

Perkara yang selalu deno nak elak. Kalau boleh taknak pun stress sebab bila stress, SLE mudah nak datang, SLE mudah aktif dan deno akan sakit.. Bila stress sampai ke tahap memuncak, air mata mesti mengalir atau bahasa mudah menangis.

Ajaib sangat menangis ni.. Bila menangis, apa yang dipendam dalam hati seolah-olah bebas.. rasa lega sangat-sangat... Kurang rasa stress, lama-lama stress tu hilang macam tu sahaja dan deno akan positive kembali. :')




p/s: positive things happen to positive people


13 SLE Supporters :):

Adventure Time

Iklan Milo Dalam Kartun

6:55 PM,8 Comments


Adam khaleef balik dari rumah pengasuh..

Bila dia balik, terus jadi king of remote! Cikcu ni tak berpeluang la pegang... huhu.. Asyik je dia tengok kartun Adventure Time, tiba-tiba ada iklan.. Bising dia...

"cikcu cikcu cikcu!  iklan milo dalam kartun!!!!"

Excited betul dia, dengan tersenyum-senyum lagi... Mula tu deno pun tak faham, iklan milo dalam kartun? Ohhh, bila tengok tv baru faham. Selama ni takde iklan milo kat CH616. Itu yang dia excited sangat tu....


p/s: suka minum milo ^_^


8 SLE Supporters :):

Tanah runtuh di Cameron Highlands

Tanah Runtuh Di Cameron Highlands

6:18 PM,9 Comments

Deno baru dapat tahu berlaku kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands!

Menurut sumber, kira-kira 80 buah rumah di Sungai Bertam dekat Cameron Highlands dihanyutkan arus deras apabila air di empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet yang dilepaskan, melimpah secara mendadak hari ni...

Dianggarkan kira-kira 100 kenderaan rosak dalam, 2 maut dan masih ada yang hilang. Seramai 243 anggota penyelamat yang tersiri daripada polis, pasukan bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahan Awam Malaysia (JPAM) terlibat dalam operasi menyelamat..

Sekitar gambar tempat kejadian....








p/s: harap mangsa tabah dengan dugaan ini


9 SLE Supporters :):

Nuffnang

Status Glitterati Hilang?

3:36 PM,16 Comments


Last 2 days, deno ke nuffnang,, Terkejut sangat-sangat sebab status glitterati hilang, jadi non-glittarati.. Hairan juga, deno tak pernah guna ads lain kat blog.. Deno cek satu2 kat blog dayangdneo ni takut2 ada terlepas pandang, dah betul dah deno hanya ada ads dari nuffnang!

Sepantas penunggang motor Zulfahmi Khairuddin! Deno terus hantar ticket pada pihak Nuffnang.. Alhamdulillah deno dapat balik status Glitterati deno :) Diaorang tersilap je tu... 


p/s: debbor kejap.. huhu :p


16 SLE Supporters :):

Hadiah Giveaway

Tragedi Oktober

7:00 AM,19 Comments

Cewahhhh... Tajuk vavavoom gituuu... Macam ada tragedi yang begitu menusuk kalbu kan.. hihi^^ Sebenarnya nak share berita gembira.. ^_^


Sepanjang deno jadi blogger ni kan, selalu juga masuk GA, contest.. Tapi jarang menang.. Dalam 4 tahun ada blog ni, deno tak ingat pun bila memang.. tak pernah menang rasanya..

Tapi macam ada keajaiban pula bulan Oktober tahun ni! Deno menang 4 GA daripada :

http://www.fatindiana.com - 2 hadiah dan salah satunya hadiah top referral

Dapat 4 hadiah..! Yang paling tak percaya tu macam mana la deno dapat jadi top referral sedangkan deno ni busy je memanjang nak promote GA ni.. Inilah dikatakan rezeki kan? Alhamdulillah.. :)


p/s: tak sabar nak dapat tudung hadiah top referral tu^^


19 SLE Supporters :):

Hotel Transylvania Full Movie

Hotel Transylvania Full Movie

1:45 AM,7 Comments


Hotel Transylvania salah satu animasi kegemaran deno! Walaupun filem animasi ni diterbitkan pada tahun lepas (2012), deno suka tengok filem animasi ni sampai sekarang ^_^

Ianya mengisahkan Dracula yang mengahwini seorang manusia biasa dan dapat seorang anak bernama Mavis. Isterinya mati kerana perbuatan manusia yang ingin bunuh Dracula tapi Dracula ni baik tau.. Dracula akhirnya membesarkan anaknya dan membina satu tempat iaitu Hotel Transylvania untuk melindungi anaknya dan juga rakan-rakannya. Bagi Dracula, semua manusia ni jahat.. Dracula sangat sayangkan Mavis dan dia tak sanggup nak lepaskan mavis untuk bebas.. Sehinggalah satu hari seorang manusia berjaya masuk ke dalam Hotel Transylvania....

Kita dapat tengok dalam filem animasi ni betapa sayangnya seorang ayah pada anaknya... Suara Dracula dimainkan oleh Adam Sandler dan Mavis pula oleh Selina Gomes! Lakonan Adam Sandle pun deno minat, apatah lagi suaranya dalam filem animasi ni... hehe ^_^

Ini part paling deno suka.. sweet je papa dracula ni *daddy's girl* :)


Jom tonton online Hotel Transylvania 2012 :)

Link :


p/s: tak silap deno..akan ada pula Hotel Transylvania2 pada tahun 2015! Excited!  ^_^

7 SLE Supporters :):

CAPD

Air Dialisate Yang Telah Dimasukkan Ubat

10:34 PM,7 Comments

sempat snap sebelum buat CAPD 

Inilah air dialisate CAPD yang nurse dah "cucukkan" ubat antibiotik sebab nak cepat deno tu.. hehe.. nurse tak marah, nurse nefro semua baik-baik! ^^ Sehari je ubat ni, next CAPD tak perlu dah sebab ianya hanya untuk langkah berjaga-jaga

Nampak tak? siap ada tulis petang, malam dan pagi esok.. hehe... Deno dah beritahu CAPD buat 4 kali setiap hari kan.. Yang satu lagi tu, deno dah buat CAPD kat hospital, sebelum tu, nurse dah cucuk kat air dialisate yang tergantung kat stand...

Wayar yang korang nampak tu dah memang bersambung tau.. Dulu masa mula2 deno buat CAPD, wayar lain, dialisate lain, tak bersambung.. Pastu sejak tahun ke berapa entah dah lupa, company Baxter dah upgrade dan lebih menyenangkan patient.. Heeeee... Senang tapi penat juga 4 kali sehari.. huhu

Tahun ni dah 13 buat CAPD :p



p/s: deno buat dialisis sebab SLE.. So? beware of SLE



7 SLE Supporters :):

amidanial.com

Belajar Buat Website Di amidanial.com

3:02 PM,9 Comments

Korang nak buat laman web (website) ?Macam mana nak buat?  Nak cari tutorial pun susah kan...

Tapi jangan risau, deno sarankan korang ke www.amidanial.com kerana amidanial sedia membantu sesiapa sahaja yang berminat untuk membuat website sendiri.. Di amidanial.com terdapat tutorial untuk membuat website. Semua tutorial adalah melalui video dan amidanial mengajar kita daripada A to Z atau daripada zero sehinggalah website terhasil :)


Yang paling seronok, korang boleh download video-video tutorial daripada amidanial secara PERCUMA! Diulang percuma! ^_^

Tak rugi kalau korang melawat www.aminadial.com.. Siapa tahu, dengan tutorial daripada en.amidanial ini, korang dapat buat website sendiri kan?



p/s: jom kita lawati www.amidanial.com

9 SLE Supporters :):