Personal

Penyakit Musim Hujan

November 28, 2013,18 Comments

Uhuk-uhuk... Tekak sakit, menelan perit

Tak pasal-pasal malam-malam makan aiskrim.. Tekak rasa sangat tak selesa, bangun pagi tadi pun terasa amat perit bila menelan.. Batuk-batuk sikit je, malam ni dah kurang batuk cuma tekak yang sakit..

Malam ni pula tiba-tiba selesema.. Bersin 2-3 kali, terus selesema..  Rasanya inilah penyakit musim hujan.. Selepas seminggu hujan dan cuaca yang sejuk, air yang macam ais, hari ni terasa tempiasnya dengan sakit tekak dan selesema.. Tadi badan pun panas semacam je... Harap-harap sekejap je la, dah la event PSLEM hari sabtu ni.. Alahai inilah penangan penyakit musim hujan^^


p/s: makan aiskrim malam-malam nak redakan perit di tekak

18 SLE Supporters :):

Giveaway

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

November 27, 2013,13 Comments

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

13 SLE Supporters :):

Percubaan

November 26, 2013,23 Comments

Deno baru belajar nak lukis dan menggunakan warna pastel.. Selama ni deno buat warna terang je... Sememangnya deno belum mahir guna warna pastel... Masih baru dan dalam percubaan...

ni mula-mula.. down gila sebab tak pandai nak buat kaler pastel

percubaan terbaru
Photo: lukisan malam ni.. tapi, tetap ada warna terang di situ... sabau je la :p

banyak lagi nak kena belajar dan banyak lagi latihan perlu buat =.=



p/s: bila la modem nak elok... maaf belum dapat balas jejak korang =.'=


23 SLE Supporters :):

Segmen

Segmen Blogwalking Cuti Sekolah Bersama AyuInsyirah

November 26, 2013,7 Comments






tamat pada hari sabtu

7 SLE Supporters :):

Personal

Hwaaaaaaaa Takut!

November 25, 2013,12 Comments

Hwaaaaa takut!!!!


Semalam Dr. Zaiha, Dr. Salmi dan Dr. Asmah minta deno buat speech pengalaman sakit untuk event hari keluarga PSLEM nanti ... Hwaaaaa takut!!

Walaupun sekejap je, deno tersangat takut sebab dari dulu kalau bercakap depan orang ramai jadi gugup.. Alahai deno dah berdebar, macam mana ni.. Dah la ramai, kalau suara deno tak keluar macam mana? Kena cucuk banyak kali pun tak rasa berdebar macam ni.... =.=


p/s: modem P1 ada masalah, segala kerja termasuk update blog tergendala.....

12 SLE Supporters :):

Family

Pelik

November 24, 2013,18 Comments

Kami keluar bertiga : my 2nd sister (kakngah), adam khaleef (nephew) and me 

Lama kami bertiga jalan-jalan di bandar Kuala Terengganu yang tak berapa bandar ni, makan-makan, santai sambil teman kakngah beli keperluan barang nak pindah rumah baru nanti.... Ada salah satu gambar pelik adam khaleef dan deno  ~


Gambar kat atas ni deno duduk sambil snap gambar.. Yang hairannya macam mana adam khaleef dapat buat badan dia terbalik dengan lurus.. Pelik kan? Kami tak baring pun, masa ni sedang menunggu pesanan makanan sampai... My kakngah pun cakap gambar ni pelik


p/s: budak-budak badannya memang lembut

18 SLE Supporters :):

PSLEM

Jom Sertai Hari Keluarga Pesakit SLE !

November 24, 2013,6 Comments

Jom sertai
Sambutan Hari Keluarga Pesakit SLE 

PERCUMA!!!! :)




p/s: kalau nak join boleh contact dayangdeno :)


6 SLE Supporters :):

Masterchef Malaysia ALL STARS 2013

Tonton Online Masterchef Malaysia ALL STARS 2013

November 24, 2013,6 Comments


Masterchef Malaysia kembali dan kali ini peserta kembali dengan hidangan pembalasan! Antara peserta yang berentap nanti ialah Azwan Ali, Karl Shafek, Soo Wincci, Raja Azmi, Kenchana Dewi, Celina Khor, Sharifah Shahora, Michael Ang, Syanie, Enot, Brian, Imelda, Zamir, Che Lah, Ah Hong, Along, Azlina, Azni, Ary Malik dan Shahriah dan Juri oleh Chef Zubir Md. Zain, Chef Johari Edrus dan Chef Adu Amran


Tonton online Masterchef Malaysia ALL STARS :

Minggu Pertama                      Minggu ke lima                     Minggu ke lapan                
Episod 1                                 Episod 13                             Episod 25
Episod 2                                 Episod 14  
Episod 3                                 Episod 15
Episod 4                                 Episod 16

Minggu Kedua                         Minggu ke enam
Episod 5                                 Episod 17
Episod 6                                 Episod 18
Episod 7                                 Episod 19
Episod 8                                 Episod 20

Minggu ketiga                         Minggu ke tujuh
Episod 9                                 Episod 21
Episod 10                               Episod 22
Episod 11                               Episod 23
Episod 12                               Episod 24




p/s: Azwan Ali +  Michael Ang = bergabung meletop! ^_^



6 SLE Supporters :):

Personal

Modem Yang Problem

November 24, 2013,10 Comments


Wah rindunya DayangDENO ni.. Ada ke yang rindu deno? Hahaha.. Ok, saya sangat perasan :p

Baru tak update beberapa hari dah rasa rindu! Inilah penangan personal online diary kan? Bila dah biasa update, sehari tak update pun dah rasa rindu^^

Btw, sebenarnya modem P1 deno ada masalah. Macam biasa kalau takde interenet means blog pun tak ber"update", segala order customer pun tergendala, email pun tak dapat bukak.. Sabau je la.. Muehehe...

So, minggu ni maybe siang je update, malam2 tak dapat la.... Bila modem nak sihat balik ni.. Hiks :p



p/s: cer komen doodle design baru deno kat atas tu...


10 SLE Supporters :):

Cuaca

Petanda

November 21, 2013,22 Comments

2-3 hari ni setiap hari hujan.. Hujan dari pagi sampailah malam..
Ini tandanya telah tiba musim bah di pantai timur.. Semalam hujan lebat berserta guruh dan kilat. Masih rasa sejuk walaupun dah selimut guna selimut tebal

Pagi tadi air pun macam ais! Sejuknya sampai ke tulang! Kepada adik-adik di luar sana, musim musim hujan ni, jangan mandi di pantai sebab laut sangat bergelora.. Abah deno pun pesan jangan bersantai  di pantai musim hujan ni....


p/s: hujan baru berhenti....

22 SLE Supporters :):

Raja Syahiran

Raja Syahiran, Rakyat Malaysia Pertama Berjaya Lepasi Ujibakat "Britain Got Talent"

November 21, 2013,19 Comments

Raja Syahiran, seorang pemuda yang sangat berbakat! Mungkin namanya tak begitu dikenali sepert artis-artis terkenal di tanah air kita, tapi sebenarnya Raja Syahiran merupakan rakyat Malaysia pertama yang terpilih untuk melepasi peringkat pertama ujibakat program realiti terkenal "Britain's Got Talent"!

Britain's Got Talent ialah satu rancangan realiti mencari bakat luar biasa yang diadili oleh juri terkenal iaitu Simon Cowell, Alesha Dixon, Amanda Holden dan David WIllioms. 

Raja Syahiran yang berusia 20 tahun mempunyai bakat meniru suara seperti "Chipmunk" dan juga dapat membuat bunyi "beatbox"! Awesome!



Pergghhhh.. Bakat yang jarang-jarang dimiliki^^ Cayalah! Semoga Raja Syahiran akan melepasi ke tahap seterusnya dan menjadi peserta akhir :)



p/s:  Raja Syahiran juga merupakan pemenang pertandingan bakat JOHARA pada tahun 2012


19 SLE Supporters :):

Creative

Kesian Budak Ni Tersepit Di Celah Batu

November 20, 2013,21 Comments


Kesiannya budak budak ni tersepit di celah-celah batu!!! 

Hehe.. Sebenarnya ianya bukan batu tetapi bantal yang direka khas berbentuk seperti batu! Unik kan? Kalau kita lihat pun rupa bantal -bantal tu pun memang macam batu! Sangat unik! Terlena atas bantal yang berupa batu .....


p/s: kreatif kan? nampak macam batu yang real^^


21 SLE Supporters :):

Quotes

Berhati-Hatilah Apabila Berkata-Kata

November 20, 2013,15 Comments






15 SLE Supporters :):

Slip ubat

Slip Ubat Bulan November

November 20, 2013,9 Comments

Deno baru ambil bekaan ubat-ubatan di hospital :) Macam biasa orang sentiasa ramai, tapi dah biasa situasi macam tu.. Heee... Buat apa nak merungut lambat? Dapat ubat pun dah syukur sangat, cuba tengok kat Afrika, nak dapat ubat pun susah kan?  Syukur sangat sejak dulu sampai sekarang ubat yang kerajaan bekalkan adalah percuma ^^ Thanks kerajaan Malaysia :)

Ini slip ubat Dayang deno ~


Ubat seperti biasa banyak, cuma yang bertambah ubat calcium jadi 12 biji untuk satu hari.. Perghhh banyak pulak ubat calcium kali ni.. Huhu.. Itu tak campur ubat lain lagi tu, takpe la, nak sihat makan ubat :)

Alhamdulillah dengan izin Allah, deno bertahan dengan ubat-ubatan ini :')


p/s: paling pahit ialah steroid dan folic acid! tak suka pun kena telan! hehe :p



9 SLE Supporters :):

Pencetus Ummah

Program Terbaru Astro Oasis Pencetus Ummah

November 20, 2013,8 Comments


Program terbaru Astro Oasis menggantikan Imam Muda iaitu Pencetus Ummah adalah satu program realiti islamik yang akan membawa kita kepada dakwah dengan cara yang kreatif oleh pendakwah-pendakwah muda. 

Dengan bertemakan "Duniaku Dakwahku", peserta akan berusaha dengan cara yang kreatif untuk berdakwah dan menyampaikan mesej Islam :) Siaran langsung Pencetus Ummah ini akan bermula pada 21 November 2013, Khamis jam 9 malam di Astro Oasis Saluran 106 dan ditayangkan seretak di Maya HD Saluran 135

12 peserta yang telah terpilih ialah  Attan Thowi Yusof, 31, Kedah; Fakhrul Islam Md Zarin, 24, Melaka; Mohd Fakhrurrazzi Mohd Hanapi, 29, Selangor; Muhammad Hafiz Mohd Haneefa, 32, Selangor; Mohd Hafidz Mohd Zawawi, 27, Kelantan; Hishammuddin Iberahim, 35, Kedah; Izzat Fathi Hisham, 24, Perak; Shahrul Hamid M.P.H. Seeni Md, 38, Pulau Pinang; Mohd Sufian Mohd Isa, 28, Selangor; Mohd Zainudin Mohamed Zaini, 32, Perak; Salman Maslori, 31, Kuala Lumpur; Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, 20, Kuala Lumpur.

Pengacara oleh Datuk Ridhuan Tee, Tenaga pengajar oleh Datuk Fadzilah Kamsah, Ustaz Zulkifli Mahat dan Ustaz Tarmizi. Juri tetap pula oleh Ustaz Hassan Mahmud Al Hafiz dan Abby Sinar.



p/s:  jangan lupa saksikan Pencetus Ummah yang akan bermula 21 November 2013 jam 9malam ^^ LIKE fb Pencetus Ummah di SINI



8 SLE Supporters :):

masterchef malaysia

Senarai Peserta Masterchef Malaysia ALL STARS

November 20, 2013,6 Comments


Kembali dengan hidangan pembalasan! Tak lama lagi Masterchef Malaysia ALL STARS akan menemui kita tak lama lagi! 

Antara peserta yang berentap nanti ialah Azwan Ali, Karl Shafek, Soo Wincci, Raja Azmi, Kenchana Dewi, Celina Khor, Sharifah Shahora, Michael Ang, Syanie, Enot, Brian, Imelda, Zamir, Che Lah, Ah Hong, Along, Azlina, Azni, Ary Malik dan Shahriah.

Juri pula seperti musim-musim yang lalu, oleh Chef Zubir Md. Zain, Chef Johari Edrus dan Chef Adu Amran 

Masterchef Malaysia ALL STARS ini akan mula bersiaran pada 23 November 2013, setiap Sabtu hingga Selasa jam 9malam di saluran Astro Ria.


p/s: selepas ni mesti akan selalu kedengaran ikan ni kat TV : "kukus grill panggang, kukus grill panggang, kukus!"



6 SLE Supporters :):

Lupus

Sesal Kemudian Tidak Berguna

November 19, 2013,14 Comments

Pengambilan supplement tanpa discuss dgn doktor..pemberhentian ubat tanpa arahan doktor adalah tidak digalakkan sama sekali...SLE tidak hilang...tapi ianya tak aktif..harap semua faham dan jelas mengenai istilah tersebut...dan..

sesal kemudian tidak berguna! think about it!




p/s: kepada rakan-rakan LUPUS di luar sana, jangan tinggalkan ubat hospital dari doktor anda ya^^

14 SLE Supporters :):

facebook chat

Baru Perasan

November 19, 2013,9 Comments

Selepas uzu mention kat fb, bary deno perasan fb chat ada lain sikit.. Ada keluar button hijau tu mobile dan web :) 



p/s: lain sikit je.. 



9 SLE Supporters :):

Personal

Naik Pangkat!

November 19, 2013,7 Comments

Baru dapat banner daripada rakan SLE, banner untuk event PSLEM Terengganu yang akan diadakan tak lama lagi.. Ada satu nama yang menarik perhatian deno la...


Baru-baru ni dapat jadi artis

Hari ni deno naik pangkat kepada puan! Deno duk fikir-fikir jap, bila deno kahwin ya.. Seingat deno, deno tak pernah bertunang dan bernikah.. Hiks

Hehe... Sebenarnya tersilap tu.. Saya masih single dan saya Cik Dayang :p





p/s: naik "pangkat" pula.. hehe.. btw, nanti deno share pasal event ni 

7 SLE Supporters :):

Nuffnang

Dah 5 Bintang!

November 19, 2013,7 Comments


First time dapat penuh 5 bintang untuk iklan large rec, ni..

Yang dua lagi masih takatt tiga dan empat, belum bergerak.. Harap tahun depan naik jadi 5 bintang! heeee.... 

Bila bintang makin tinggi, ada harapan kot nak dapat iklan ?Hehe.. Entahlah.. Buat masa sekarang ada 3 sahaja yang sedang berguling-guling di blog deno..  Best pula tengok blogger lain yang selalu dapat CPUV.. ada yang sampai 10, ada lebih daripada tu! Awesome kan?^^




p/s: ke petik bintang-bintang.... eceh nyanyi pulak.. heeee^^

7 SLE Supporters :):

nuffnangers

Nuffnangers Who Recently Viewed My Blog

November 19, 2013,8 Comments

Login acc nuffnang .  Kali ni bukan cerita mengenai earning tapi deno nak share bloggers^^


Jom kita terjah diaorang.. santai... :)

Nur Istimewa
Dojef
MimiAlya
AdikManja
Puan Gojes
KoeyLeow
KembaraMinda
Rosni Emilinda
Cerita Maya Persada
MawarBerduri
NanaKimie
Intan Berlian
Awesome Dreamer
Yumida
Cerita Tentang Kami
Blog Men2Men
Ainie Zulaikha
Si Galah Panjang
Aina Zairulnizam
Celoteh Cik farah


p/s: bw dan follow sekali^^


8 SLE Supporters :):

Segmen

MINI GA : Like Saya Dalam Contest 3B

November 19, 2013,5 Comments

Assalamualaikum



Mini GA ini dianjurkan bertujuan untuk mengumpul Like untuk Baby Zara Soffiya Di dalam Contest Baby Di Facebook.

Syarat syarat Penyertaan yang amat mudah iaitu :-

1-Like Fanpage  di sini >> 3B
2-Like Gambar Baby Zara di sini >> Facebook 
3- Buat Entry Bertajuk "Mini GA: Like Saya Dalam Contest 3B"
4-Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5-Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entry ini

Mini GA ini berlangsung pada 18hb November hingga 12.00pm 24 November.

Pemenang akan dipilih melalui Random.org

Terima kasih


5 SLE Supporters :):

Nasi Daun Pisang

Santai Nasi Daun Pisang

November 18, 2013,22 Comments

Setelah beberapa bulan tak pekena nasi daun pisang, akhirnya tadi dapat juga makan nasi daun pisang bersama family^^


Sekarang ni susah nak cari restoran yang sedia nasi atas daun pisang betul, biasanya atas "pinggan berbentuk daun pisang"

Special nasi daun pisang ialah nasi lebih jadi lebih sedap dengan aroma daun pisang..^^


p/s: deno suka keropok papadom



22 SLE Supporters :):

Segmen

Macam Hensem Je Macam Kacak Je

November 18, 2013,24 Comments

Petang-petang yang santai ni... Join segmen yang happening daripada MAK DARA :)

Bicara Mak Dara
klik banner untuk join^^

Deno tak pasti nak pilih gambar deno yang mana..Jadi deno pilih gambar anak buah deno, Adam Khlaeef! Deno suka tengok bila Adam Khaleef jeling deno.. Bak kata MAK DARA.. 

"macam hensem je, macam kacak je..."



p/s: jangan jeling lama-lama... hehe



24 SLE Supporters :):

NESTLE Natural Set Yogurt

Healthy Yogurt Chicken Roll

November 18, 2013,11 Comments

Sponsored Post Opportunity : NESTLE Natural Set Yogurt

Deno dapat sponsored post daripada Nuffnang!! OMG! Excited! Dah dua tiga hari fikir tapi tak ada idea...Tapi tiba-tiba tadi dapat idea! Emmm... sedapnya! Dalam kepala dah ada bahan-bahan.. Terus pergi beli bahan-bahan!

Inilah hasil resipi "bidan terjun" iaitu Healthy Yogurt Chicken Roll! Tadaaaa....!! ^_^


Bahan A :
Sekeping dada ayam (dipotong dadu)
4 sudu besar NESTLE Natural Set Yogurt 
1 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa
1 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Bahan B
1/2  lobak merah dicincang dadu
1 biji tomato dipotong dadu
1 labu bawang besar dicincang halus
1 biji lada merah dipotong dadu

Bahan C
Sekeping roti totilla
Daun salad untuk hiasan

Cara-cara :
1. Bahan A digaul sehingga rata dan diperap selama 5 hingga 7 minit. 
2. Sementara ayam diperap, Bahan B ditumis dengan menggunakan sesudu kecil mentega sehingga naik bau dan ketepikan.
3. Kacau goreng Bahan A sehingga masak dan ketepikan.
4. Panaskan roti totilla di atas kuali tanpa minyak.
5. Gaulkan Bahan A dan Bahan B yang telah siap dimasak (inti)
6. Ambil sekeping roti totilla, letakkan daun salad dan inti tadi. Gulungkan. Sedia dimakan panas-panas :)

Alhamdulillah... Selain sedap, sihat pula tu! Dengan kebaikan NESTLE Natural Set Yogurt! ^_^


p/s: sihat dan sedap! cubalah! ^^


11 SLE Supporters :):

Demam

Kenapa Ni....

November 17, 2013,19 Comments

Tiba-tiba badan rasa lesu...

Pernafasan rasa panas, rasa macam nak demam.. Tak tahu kenapa, sebenarnnya dari petang tadi rasa macam ni.. Tapi tak layan sangat ..



Sampai malam ni pun badan hangat. Mungkin sebab hari ni cuaca panas... Macam ni la sekarang, sekejap panas, sekejap hujan, sekejap panas.. Badan pun macam tak sihat.. Harap-harap tak melarat sampai esok...


p/s: nak tidur dah... goodnight :)



19 SLE Supporters :):

Family

Dah Tak Rindu

November 17, 2013,11 Comments

Anak buah, Adam Khaleef..

suka bila dia jeling.. haha

Semalam baru adam khaleef dengan mama papa dia balik dari kl sebab adam ada appointment doktor kat sana.. Kakngah cerita dia nangis sebab rindu cikcu.. tapi semalam on the way balik terengganu, mama dia tanya, rindu cikcu lagi?

jawapan dia:

"dah tak rindu sebab nak balik dah"

oh jadi bila jjauh je rindu ya... hehe.. semalam layan dia main belon dan melukis...


p/s: nanti sepupu johor balik rumah tok abah (mydad) sampai habis cuti sekolah, cikcu pun tak pandang.. hehe


11 SLE Supporters :):

sebab orang tak komen blog

Kenapa Orang Jarang Komen Blog Saya?

November 17, 2013,46 Comments


Kenapa... kenapa?? Kenapa orang jarang nak komen blog kita? Kenapa? Mengikut kajian deno.. orang jarang komen sebab ~

1- ada word verification 
ini paling geram sebab huruf dan angka kadang2 dah berulang kali letak masih salah

2- entri yang terlampau panjang sampai boleh buat novel 50 muka surat!
kadang-kadang blogger lain tak cukup waktu nak baca entri panjang-panjang.. boleh panjang tapi biarlah ia memberi ilmu

3- tulisan terlampau kecil
bukan taknak baca.. lebih-lebih lagi saya ni dahlah pengguna tegar cermin mata berkuasa tinggi, bila tulisan terlampau kecil sampai nak kena guna kanta pembesar!

4- font yang entah apa-apa
ini pun satu hal.. better gunalah font yang senang nak baca, tak salah nak cantikkan font dengan tulisan berangkai bagai.. tapi susah sikit nak baca la..

5- entri selalu berkaitan maki hamun
asal bukak blog dia je penuh dengan entri maki orang... ish3

6- cursor terlampau kecil dan blur
biasanya pengguna blogskin.. (bukan semua ya) deno selalu jumpa yang cursornya.. gila kecil sampai tak jumpa cari! nak klik ruangan komen pun tak boleh.. sah sah deno terus pangkah

7- hanya rakan anda yang berdaftar boleh komen
ini no komen la.. dia hanya nak orang dia kenal je komen... siapalah kita.. hehe

8- tak blogwalking dan komen orang
kalau ada masa terluang, rajin-rajinkan diri blogwalking dan komen di blog blogger lain..

9- loading terlalu lama
blog terlalu berat dengan widget yang tak diperlukan.. tak salah nak letak widget-widget lain yang mencantikkan blog tapi biarlah berpada-pada ya...

10 - awal-awal dah kena halau
ini selalu sangat deno jumpa.. contoh jumpa ayat ni kat sidebar "Welcome to my blog! Suka blog saya.. awww... tak suka? kau boleh BERAMBUS!" errr... awal-awal deno dah tekan 'X'.. budi bahasa kan budaya kita..... ^^

11 - ayat macam bahasa alien
ini paling tak suka.. ada ke guna ayat macam ni.. "kitew rasew kawn, kitew tak sukew diew lewww..." dah macam bahasa alien! tak salah nak guna bahasa santai tapi biarlah orang faham dan boleh baca.. ini tidak, alien pun tak faham! haha

12- kita tak update macam mana orang nak komen... muahahaha :p
semakin malas kita update blog, semakin malas orang komen.. eh2, dah macam hipotesis pulak! hehe


p/s: ini sekadar pandangan deno.. hehe....


46 SLE Supporters :):

Personal

Tak Bertanggungjawab!

November 17, 2013,13 Comments

Deno di perpustakaan .. Meja deno ada beberapa buku dan salah satunya ialah buku cara nak buat felt. Sebelum on laptop nak tengok dulu apa kandungan buku tu kan.. Tiba-tiba deno jumpa ini!


Pembalut gula-gula! Mula la diri ni rasa nak marah dan geram! Takde tanggungjawab langsung! Sedangkan tong sampah dekat je, punya la malas nak buang sampah kat tempat sepatutnya!

Inilah dikatakan orang yang tak bertanggungjawab! Kalau hal kecil macam ni pun tak boleh nak buat, apatah lagi hal lain.. Benci orang macam ni!


p/s: tak suka orang buang sampah di merata tempat!



13 SLE Supporters :):

Movies

Sambungan The Hunger Game

November 17, 2013,15 Comments


Wow! Akan ada sambungan filem The Hunger Games! 

Yang first dulu Katniss Everdeen dan Peeta Mellark menang game yang kejam tu dan berjaya balik ke kampung halaman masing-masing kan.. Apa pula akan terjadi pada Katniss dan Peeta ya.. Tak sabarnya nak tengok sambungan filem ni...^^



p/s: patut la banyak kali sangat ada ulangan kat HBO, rupa-rupanya nak ada sambungan ^^


15 SLE Supporters :):

Tempahan

Tempahan : Full Blog Edit & Design Bicara Hati

November 16, 2013,30 Comments

Personal Blog
Full blog edit & design
Link : http://sharfynarzmiss.blogspot.com

Background yang deno design nampak macam tile kan...? Sebenarnya background bukan macam tu, gambar pokok dan bukit hanya ada pada bahagian footer, awesome screenshot buat nampak macam tile.. hehe.. Korang boleh lihat keseluruhan blog dengan klik link blog di atas :)

COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com


p/s: terima kasih kerana percaya dayangdeno ^_^

30 SLE Supporters :):

Tempahan

Dah Selesai!

November 16, 2013,18 Comments

Phewww... Selesai satu blog! :) Deno siapkan juga, kesian kat adik sorang ni, deno terlebih masa untuk siapkan blog dia sebab line internet ada masalah, bila terlalu lambat memang semua kerja tergendala.. Semalam line laju, bila makin lewat makin laju pula... terpaksa berkerja lewat malam.. muehehe.. Alhamdulillah siap juga blog pemilik blog Bicara Hati :) 

Biasanya bila deno ada masalah line lambat atau deno tak sihat, deno akan inform cutomer awal-awal.. Mujurlah adik ni sangat-sangat memahami deno, thanks dik!^^

Banner blog ~



Lega sangat-sangat dah siap! Bolehlah rehat jap untuk hari ni.. Berpinar mata mengadap lappy nih, heeee... Okey, nanti deno kongsikan dengan korang ya :)


p/s: lega dah siap :)


18 SLE Supporters :):

Kura-kura kecil

Elmo Si Kura-Kura

November 15, 2013,16 Comments

My sister, Dayang Obie balik this week.. Siap balik dengan pet sekali... hihi... ELMO da tortoise^^


Cute sangat-sangat! Elmo ni besarnya hanya sebesar syiling 50sen!

Paling comel dengan sikap Elmo.. Dia pemalu! Elmo tak pernah jumpa deno, malu nak keluarkan kepala.. Bila kak Obie panggil nama dia.. "elmo...".. Tergedek-gedek jalan ikut kakObie.. Laju pula tu jalan! Cute sangat! :)


p/s: geram sebab terlalu cute!^^




16 SLE Supporters :):

Makan 5 Hingga 6 Kali Sehari Lebih Baik

Makan 5 Hingga 6 Kali Sehari Lebih Baik!

November 15, 2013,8 Comments


Sebenarnya makan 5 hingga 6 kali lebih baik!


Sebabnya? Kalau kita makan hanya 3 kali sehari, kita lebih cenderung nak makan lebih banyak berbanding kalau kita makan 5 hingga 6 kali sehari..

Kita boleh makan 5-6 kali sehari tapi dengan kuantiti yang sikit. dengan membahagikan jumlah makanan kita kepada 5 hingga 6 bahagian, sebenarnya kita dapat melepaskan insulin hingga gula dalam darah stabil dan rasa lapar lebih terkawal! :)


p/s: jaga makan :)


8 SLE Supporters :):

CPUV

CPUV Pertama Untuk November : Ford MACA Launch (NOV)

November 15, 2013,7 Comments

Deno baru je dapat CPUV untuk bulan November

Betul-betul sebulan! Sebelum ni deno dapat CPUV pada 14 Oktober, kali ini 15 November :)



Sekarang ada 3 ketul CPUV duk bergolek-golek dalam blog ni.. Harap2 mr. Nuffnang rajin-rajin bagi deno banyak CPUV.. hehe :p

Tq mr. nuff 





p/s: tarikh CPUV ni masuk blog deno sama dengan blog kak ida :)






7 SLE Supporters :):

Quotes

Play, Pause, Stop & Rewind

November 14, 2013,8 Comments



play the moments
pause the memories
stop the pain
rewind the happiness


:')


8 SLE Supporters :):

Personal

SLE, CYCLO, CAPD dan UPSR

November 14, 2013,8 Comments


UPSR.. Bila cakpa tentang UPSR mesti kiat semua ingat kenangan UPSR kan? Sama seperti deno, takkan lupa smapai bila2 :')

Tahun 2001

Tahun 2001 deno masuk darjah 6. It means ia adalah tahun ke 3 deno mengidap SLE.. Yes, tahun ke 3!!!. Deno dah faham dengan SLE, walaupun doktor cakap deno hanya ada peluang 5 tahun untuk hidup, deno tak kisah semua tu. Apa deno nak ialah nak sihat, nak belajar rajin-rajin, nak masuk universiti :) Seperti tahun sebelumnya, SLE tetap datang. Deno mengidap SLE LN Class 4, means buah pinggang deno mengalami keradangan akibat serangan SLE. , deno terpaksa melalu rawatan Cyclophasphamide iaitu sejenis rawatan chemo 

Masuk sahaja Januari 2001, dah admit untuk chemo... Mungkin sebab deno masih budak, setiap kali chemo, deno pasti ditahan di wad untuk 2-3 hari sebab waktu chemo deno akan muntah-muntah, muntah sampai kosong perut, tenaga pun hilang. rakan yang buat chemo sebelah katil dah boleh balik selepas habis ubat, deno seperti biasa tak boleh balik, sejak chemo pertama lagi pada tahun 2000. Menangis? Itu je mampu buat sebab deno tak suka tinggal di hospital. Mujur la ada ma abah yang selalu pujuk bila deno menangis nak balik. Nurse dan doktor pun sama pujuk..Hihi^^ Kesan chemo pun buat rambut gugur! Kadang-kadang tak boleh bangun.. Mujur la badan deno ni kecil dan ringan, abah selalu dukung...

Deno pun selalu sakit. Boleh dikatakan setiap hari demam, badan sakit-sakit, sendi sakit.. Sekolah? Terpaksa "ponteng" kelas sebab keadaan badan yang tak mengizinkan. Bila sakit, faham -faham sahajalah. Nak berjalan pun tak larat, apatah lagi ke sekolah.. Boleh dikatakan setiap bulan hanya 5-6 hari sahaja ke sekolah. Selebihnya deno terpaksa rehat di rumah... Hospital pula dah jadi rumah nombor dua, masuk wad tu dah jadi perkara biasa... Deno hanya sempat ke sekolah 40 hari...

xxxxxxxxxx

Awal bulan Jun 2001, deno admit di Institut pediatrik, HKL lagi.. Sebabnya? SLE flare teruk..Deno masih simpan catatan doktor ~

Selepas 12 kali cyclo, doktor terpaksa stopkanrawatan tu... Rawatan cyclo tak berkesan pun, SLE lebih kuat.

Tak lama lepas tu, deno terpaksa buat HD ( Hemodialisis ), doktor pasang satu chaterer pada leher .. Ini bermakna ianya kali kedua deno buat rawatan HD, first dulu semasa tahun 1999 semasa mula-mula deno didignos dengan SLE.. Dengan wayar di leher, rasa macam robot pun ada, hihi.. Kawan-kawan satu wad pun cakap deno macam robot. Baby Chong Ko Hong yang sakit sejak lahir di depan katil deno pun selalu gelak-gelak masa deno main dengan dia, agaknya dia pun ingat deno robot! haha..^^ Bila lihat baby Chong Ko Hong, rasa diri ini sangat bertuah sebab diberi nikmat kesihatan 10 tahun sebelum mula sakit.. Bayangkan baby Chong Ko Hong sekecil itu dah sakit, speechless. Kuatnya baby Chong Ko Hong, walaupun sakit, dia semangat nak sembuh! *masih ingat rupa baby Chong Ko Hong, deno harap sekarang dia membesar sihat :')

Selepas sebulan dengan rawatan HD, dr. Lim cadangkan deno untuk buat CAPD. Sebenarnya dr. lim nak pasangkan fistula pada lengan deno, tapi lengan deno terlalu kecil, berat pun hanya 24 kg masa tu.. Jadi dr. lim decide pasangkan tenchkhoff untuk rawatan CAPD tu.. Sebabnya? Kedua-dua kidney deno rosak kerana SLE.. Deno masih ingat lagi, masuk operation room tak berdebar pun sebab dalam kepala excited nak balik! Dr. Lim cakap kalau buat CAPD boleh balik rumah, sebab tu excited sangat-sangat! hihi .. Naik katil dalam dewan bedah pun boleh senyum-senyum, terlampau excited. Bila ingat balik rasa kelakar pun ada sebab boleh pula tersengih-sengih dengan wayar berselirat kat badan! :p Tapi sekejap je rasa excited sebab selepas sedar dari operation..  sakit dia memang tak dapat deno nak gambarkan. Deno tak dapat bangun seminggu, mungkin sebab masa tu budak lagi, badan lemah.. Bila dah boleh bangun, jalan pun perlahan sangat dan terbongkok-bongkok sebab sakit, dah macam nenek si bongkok tiga! Walaupun sakit, gagahkan diri, berlatih jalan, kuatkan semangat sebab dalam kepala ingat nak balik je.. haha :p

Mula-mula belajar buat CAPD deno rasa macam susah, tapi bila dah faham rasa senang pula. ... hehe.. Apa yang deno tak dapat lupa sampai sekarang rasa sakit dalam perut masa mula-mula belajar buat CAPD, gengggam tangan kuat-kuat tahan sakit. Tapi bila lihat ada seorang adik yang baru berumur 3 tahun buat CAPD, deno jadi semangat! Bayangkan adik sekecil tu hadapi semua ini...

Genap seminggu, deno semakin pandai buat CAPD dan akhirnya deno lulus latihan CAPD! Yeay! Gembira sangat-sangat! Selepas 2 minggu, deno boleh discaj! Dr. Lim pun ada cakap... "boleh la dayang ambil exam di sekolah....", dr. selva pun sama, bagi deno semangat! berbulan-bulan di hospital, akhirnya dapat balik ke rumah :) Deno happy sangat-sangat walaupun dapat ke sekolah sekejap je, deno dapat ambil exam bersama-sama kawan.. 

Masih deno ingat, satu paper sains deno tak dapat jawab dengan baik.. Paper tu deno tak tahu kenapa deno rasa macam susah sangat-sangat sedangkan paper lain deno dapat buat. Deno hanya dapat buat yang termampu... Balik rumah terus meraung menangis sampai bengkak mata. Puas ma pujuk tapi rasa sedih tak hilang-hilang sebab deno target nak score semua A! Menangis sahaja deno hari tu... sampai tertidur deno menangis.....

xxxxxxxxxx

Hari keputusan UPSR 2001

Malas sangat nak pergi sekolah amik result. Takut. Deno  ke sekolah lewat, deno sampai pun kawan-kawan dah takde.. Deno ke pejabat, tak seperti kawan-kawan lain yang mengambil keputusan di dewan. Semangat down

Tetapi... Kuasa Allah, deno macam  tak percaya keputusan deno.. nanges kot masa tu... it's 5A and i am speechless. Bila bila hospital, Dr. Selva senyum je, kite pun senyum je sebab happy sangat .


8 SLE Supporters :):

Baju Blogger

Baju I Am Blogger

November 14, 2013,6 Comments

Baju I Am Blogger, baju ke lima yang deno ada sepanjang ada blog :)
Baju ni sampai di rumah bersama baju semalam^^

 I love this, simple but very nice!


Baju ni pun ada link www.dayangdeno.com! ^_^ Tapi kat bahagian belakang... Heee^^

Saiz pun okey. Deno order baju ni dengan adik NabilaMedan. Senang berurusan dengn adik NM ni, service pun bagus :) Baju ni deno order dengan harga RM30, tambahan link akan dicaj RM10.

Sekarang ni deno tak tahu tempahan masih dibuka lagi atau tidak sebab hari tu NM cakap hanya terhad 200 orang sahaja.. Tapi tak salah korang nak cuba tanya NM.. Klik SINI :)


p/s: terima kasih adik nabila


6 SLE Supporters :):

Hospital

Super Awesome Result

November 14, 2013,14 Comments



Hari ni appointment doktor lagi... Awal pagi tadi dah sampai di hospital, biasanya deno memang sampai awal sebab patient agak ramai.. Kalau lambat, lambat pula jumpa doktor kan.. hihi.. Sebelum jumpa doktor, macam biasa perlu buat dressing depan nurse.. Dah selesai dressing, nurse puas hati, barulah jumpa doktor ^_^

Alhamdulillah result darah deno semua baik a.k.a super awesome! ...HB deno pun dah naik, syukur sangat-sangat...! Berat pun dah naik ke 36kg! Yeay! Walaupun tak capai target tapi berat dah naik 1kg! :) ...... dan yang paling penting mr. SLE tidur dengan nyanyaknya... hehe...^^  Terima kasih pada semua yang sentiasa doakan DayangDeno!

May Allah bless us!^^




p/s: Oh mr. SLE.. jadilah seperti sleeping beauty yang tidur forever! ^^


14 SLE Supporters :):

Giveaway

TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY

November 13, 2013,22 Comments


ASSALAMUALAIKUM

Dengan ini saya Hazwan hairy ingin melancarkan satu lagi contest di penghujung tahun 2013 ni kepada korang blogger dan followers blog hazwanhairy.com ni.. Untuk GA ni saya di wakilkan oleh pihak Tshirt Printing IH untuk menganjurkan Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy yang akan bermula dari 13/11/2013 sehingga 30/11/2013


SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini
2. LIKE page penaja : 
3. Tajuk : TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY
4. Copy Paste kod dalam entry korang
5. Link kan entry anda pada post entry ini..

Simple saja kan..

HADIAH :
1 helai baju I Love Blogging
2 helai baju Geek
2 Fridge Magnet Krabi
5 Keychain Krabi

Pemenang akan di pilih melalui Random.org
Senarai peserta akan di list untuk korang BLOGWALKING 

Dengan harapan korang semua dapat support GA simple dari Tshirt Printing IH dan juga saya blogger Hazwan Hairy..


22 SLE Supporters :):

Rumah

Tepat 7 Malam

November 13, 2013,9 Comments


Tepat 7 malam..

Lampu jalan depan rumah pun menyala.. kereta pun kurang.. Hanya bunyi cengkerik, angin sepoi-sepoi bahasa... Indahnya kampungku...

Jauh dari kebisingan kota bandar.. alhamdulillah :')


9 SLE Supporters :):

Baju Blogger

Baju I ❤ Blogging

November 13, 2013,15 Comments

Ada 3 parcel pos laju daripada posman.. deno senyum, posman pun senyum...
"banyaknya barang dapat......." deno senyum je, dalam hati excited sangat! hihi.

Salah satu barang yang deno dapat ialah baju  I ❤ Blogging. Ini ialah baju blogger yang ketiga dan ke empat deno ada. Tapi kali ni deno order 2 baju, satu berwarna hitam, satu putih. Simple tapi cantik... suka!^^

paling excited bila nampak nama sendiri dan link blog pada baju..
bertambah-tambah senyum, sampai ke telinga.. hehe  :)

Deno order baju ni dengan Hairy melalui FatinDiana :) Sangat senang berurusan dengan diaorang, tak rugi kalau korang nak order satu.. Ada macam-macam warna kita boleh buat pilihan.

Kalau berminat, korang boleh buat tempahan pada FatinDiana :)


p/s: terima kasih Hairy dan FatinDiana ^_^


15 SLE Supporters :):