Semangat Nur Damia - Dayang Deno

2.1.14

Semangat Nur Damia

Sangat kagum dengan semangat adik kecil ni :)


Di Hulu Terengganu, Adik Nur Damia Irsalina Daeng Malis sangat bersemangat nak ke sekolah! Awal-awal pagi lagi adik Damia dah bersedia nak ke sekolah.

Adik tabah ni teruja ke sekolah dan tak ada tanda bosan pun. Anak istimewa yang dilahirkan tanpa kaki dan tangan tu seolah-olah tak rasa ada perbezaan dengan rakan-rakan di kelas 1 Syafie dan perhatian mereka terhadapnya tidak menganggu tumpuan penerangan dan pengajaran gurunya, Nur Zaimah Lokman. 

Adik Damia atau lebih mesra dengan panggilan kaknik tak kekok menulis dan sangat petah bercakap, selain tidak teragak-agak menjawab soalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib dan Ahli Dewan Undangan Negeri Telemong, Rozi Mamat yang melawat sekolah tersebut.

Anak ketiga daripada empat beradik itu ditempatkan di sekolah harian biasa dan ramai yang membayangkan dia akan berdepan dengan kesukaran melalui hari-hari persekolahannya dengan keadaan fizikal sebegitu.

Tapi bagi ibunya, Rosnaini Mohamad, 36, seorang jururawat dan ayahnya Dr. Daeng Malis Ab. Kahar, 43,seorang pegawai perubatan di sebuah universiti di sini tak bimbang sebab dah buat  pelbagai persediaan.

Kisah adik Nur Damia Irsalina menjadi perhatian media apabila berkesempatan menemui pakar motivasi terkenal dari Australia, Nick Vijicic yang mengalami kecacatan sepertinya, semasa selebriti istimewa itu ke Kuala Lumpur pada Ogos lalu



p/s: pernah baca kisah pertemuan adik Damia dan Nick Vujicic pada Ogos lalu... OMG! teringin berjumpa Nick Vijicic, my inspiration!





7 comments:

  1. saya pun adan terbaca kisah penemuan adik damia dan Nick Vujicic. Sangat menyentuh jiwa. Semoga adik Damia terus tabah menuntut ilmu.

    ReplyDelete
  2. Subhanallah.. semoga Allah permudahkan segala kebaikan buatnya.. aamiin.

    ReplyDelete
  3. ada baca kisah adik ni. kuat semangatnya kan

    ReplyDelete
  4. sayu hati tengok semangat adik damia ni..rasa nak cium2 pipi dia..

    ReplyDelete
  5. tersentuh baca..tgk gaye die ni bakal jadi pelajar yg pndai n cerdik ni.. ;)

    ReplyDelete
  6. Ya allah kuatnyaa semangat dia .. Semoga dia tabah menghadapi hari2 yg mendatang .. Wah dia jumpa Nick Vujicic ?? Bestnyaaa

    ReplyDelete
  7. kuat betul semangat adik damia..kecil-2 dah trpaksa hdapi dugaan mcm ni..subhanallah.. :)

    ReplyDelete