Suka Menolong - Dayang Deno

16.1.14

Suka Menolong

Anak buah, Amir Amsyar suka sangat cuci pinggan mangkuk. Pantang sinki ada isi, mesti dia bising kemudian terus cuci..  Mujurlah sinki tak tinggi sangat...



Amir Amsyar a.k.a Amca suka menolong di dapur.. Cakap saja apa yang berkaitan kat dapur mesti nak tolong. Contoh kalau kita tengah masak kan, dia busy la nak tolong kacaukan lauk tu. Nak tolong letak rencah ke.. Nak tolong potong sayur la, nak tolong buat tu, buat ni... Ada minat dalam bidang memasak.

Katakan kita tak bagi tolong, mesti nak nangis. Jadi kalau apa-apa dia nak buat bagi je buat cuma kena perhatikan supaya dia tak cederakan diri.. 


p/s: Amca baru masuk darjah 1 tahun ni ^^


3 comments: