Trip Dialisate Kali Kedua - Dayang Deno

18.1.14

Trip Dialisate Kali Kedua

Deno continue stay sini sampai bulan depan... hihi,  awal bulan depan baru balik Terengganu!^^ Stok dialisate CAPD dah berkurang, jadi semalam dah report kat abah. Kira hari dan berapa bag air ubat tu, then abah poskan kotak ubat tru bas :)

Total air dialisate abah pos ialah 46 bag bersamaan 8kotak iaitu 92kg dialisate !!! Cukup-cukup sehingga awal bulan dua bekalan CAPD :)

Ini kali kedua bekalan ubat dipos menggunakan bas^^ Sampai dah kenal dengan abang bas SANI tu, abangdin. Dia baik sangat, senang berurusan. Sebelum bas sampai dia dah call awal-awal supaya kaklong dan abanglong dapat tunggu di bus station.

Macam ni la deno, pergi mana-mana mesti bawa bekalan dialisate ni... :)


p/s: CAPD dibuat 4 kali setiap hari.. diulang setiap hari...! dah nak masuk 14 tahun buat CAPD :p


5 comments: