Syukurnya Aku... - Dayang Deno

26.2.14

Syukurnya Aku...

Sedih tengok kisah adik Lily Syuhada di Bersamamu @ TV3 tadi... Dia ada tumor dan hilang penglihatan selepas operation... Deno teringat pula kenangan deno pada akhir 2012.. my SLE aktif dengan ESR 120 ++

Satu ketika betapa sakitnya badan ni sampai kepala pun sakit.. Lebih sakit dari migrain, berdenyut-denyut. Sangat-sangat sakit.. Bila sakit kepala dah hilang, sebelah kepala membengkak, tak tahu kenapa. Sebulan di hospital.. Selepas discaj, deno ditransfer ke pakar surgical. Bila diperiksa, doktor cakap ada kuman dalam kepala (di bahagian bengkak) dan doktor suggest untuk operate... Perasaan masa tu hanya Allah tahu betapa takutnya diri ini sebab di klinik SOPD, semua patient yang buat operation di kepala duduk di atas wheelchair, ada juga yang lumpuh...



Then ada seorang akak tu, anaknya baru 3 tahun, dia jumpa doktor sama dengan deno. Masa tu deno pun hairan kenapa pandangannya kosong, hanya ke depan dan dia duduk di atas wheelchair juga.. Bila dia jumpa doktor barulah deno tahu dia juga hilang penglihatan akibat operation di kepala akibat tumor, sama dengan adik Lily Syuhada.. kesian sangat dengan akak tu, deno pun tengok ada sorang MO masukkan jarum dalam kepala akak tu sedut cecair dalam kepala, deno nampak sebab masa tu deno pun dalam bilik doktor tu... Masa tu, selera makan terus hilang bila tahu doktor nak operate kepala deno.. Terbayang akibat yang macam-macam... Tapi abah minta tangguh 2-3 minggu dahulu sebab nak cuba berubat tradisional..


Alhamdulillah selepas 2 minggu bengkak di kepala makin surut.. Bila ke hospital semasa nak buat ct scan, doktor cakap tak perlu buat dah... Alhamdulillah lega sangat-sangat sebab operation tak jadi, syukur sangat-sangat...! Tadi bila lihat adik Lily Syuhada dalam Bersamamu, deno teringat kenangan kepala hampir dibedah.... 

Ya allah syukurnya aku......


p/s : semoga adik lily Syuhada tabah dalam menjalani kehidupan yang akan datang...........


7 comments:

  1. salam dira slalu jgk follow blog deno ni.
    ada instagram x? hari tu ad kawan dira cerita pasal SLE.
    dira syorkan dia baca blog deno.
    kwn dira ckp blog ni sgt membantu. :)

    ReplyDelete
  2. harap semuanya dimudahkan & dilindungi sentiasa

    ReplyDelete
  3. berat dugaan adik shuhada tu, tak pe, semuga Allah sentiasa di sisi adik shuhada, dan deno juga...

    ReplyDelete
  4. sedihnya....hilang penglihatan...moga dia lebih tabah..

    ReplyDelete
  5. deno kene kuat k =) Insyallah , Allah beri ganjaran di akhirat kelak ..

    ReplyDelete
  6. Aamiin... semoga semuanya tabah.. aamiin...

    ReplyDelete