Family

Sepetang

March 30, 2014,9 Comments

Seharian busy hari ni, cadangnya nak  pergi swimming dengan my sis a.k.a kak hanna a.k.a Dayang Hanna tapi postpone esok sebab kami ada"operasi" di luar rumah. Abah kurang sihat, jadi anakanda dua orang ni yang uruskan, abah rehat je^^


Sepetang jadi bibik, menyapu memberus membasuh mengemop.. Syok membasuh petang-petang sebab cuaca panas redup macam tu tapi tak la terasa bahang sangat kan^^ No need la bibik2 indon ni, anak-anak kan dah ada. Dulu mak ayah boleh jaga kita tanpa bibik, takkan la kita tak boleh buat kerja-kerja rumah sendiri tolong mak ayah kan. Jadi bibik 24/7 untuk mak ayah takpe :)


p/s: malam ni rehat tengok rancangan memasak.. minat betul dengan Nigella^^

9 SLE Supporters :):

Bubur Jagung

Santai Bubur Jagung

March 29, 2014,9 Comments

Petang tadi bersantai di restoran Sri Wangsa.. Bila waktu petang, sangat syok makan bubur. Deno pilih bubur jagung sebagai santapan santai petang tadi ^^


Jagung ni disertakan dengan sagu. Sangat sedap! Berlainan dengan cup corn yang dijual RM2 setiap cawan tu, bubur jagung ini kurang manis .. Elok-elok je rasanya, tak terlampau manis.

Satu mangkuk ni banyak, deno berkongsi dengan kakak.. Kalau deno sorang dah tentu tak habis! hihi^^


p/s: pernah tak makan bubur jagung bersama sagu? ^^


9 SLE Supporters :):

Design blog

Tempahan : Full Edit Blog CikRose

March 29, 2014,6 Comments

jom kita semua folo blog cik rose ^^

Personal Blog
Full edit and design
Theme : Pink + purple + pastel colour
Link : http://cikrosez.blogspot.com

COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com


p/s: gracias dear rosey ^_^


6 SLE Supporters :):

Doodle

Doodle Paling Banyak Dalam Satu Masa

March 28, 2014,7 Comments

Abang Firdhaus iaitu regular customer deno buat tempahan lagi.. Kali ini abang Firdhaus nak deno buat logo dan facebook cover. Deno buat seperti abang Firdhaus nak. Alhamdulillah abang Firdhaus suka :)

Tempahan ini ambil masa juga sebab banyak doodle yang dilukis! Inilah  tempahan doodle paling banyak deno lukis dalam satu-satu masa.... hihi^^ Ada 25 doodle dalam satu gambar!


klik gambar untuk saiz sebenar

Banyak kan? Sepatutnya dah siap awal tapi baru-baru ni tiba-tiba lappy "mati" sendiri masa deno duk syok2 lukis, tak sempat save.. Jadi terpaksa lukis semula... huhu... Ok doodle2 ni pakaiannya bertema hijau sebab ianya berkaitan Shaklee. Shaklee dan hijau tak dapat dipisahkan!^^

Terima kasih abang Firdhaus percayakan Dayang ^_^



p/s: phewww lega doodle2 ini dapat disiapkan :)


xxxxx



COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com
Instagram : @dayangdeno
Facebook Dayang Deno Art

7 SLE Supporters :):

Family

Abah Tak Sihat

March 28, 2014,8 Comments

Abah jarang tak sihat.. Tapi sehari dua ni abah tak sihat..

Abah demam dan batuk-batuk... Abah cakap sendi-sendi dan belakangnya lenguh.. Deno pun baru letak minyak angin belakang abah.. Kesian abah dah lewat macam ni masih belum dapat tidur.. Cek suhu, abah demam lagi....

Risau..
-google-

Harap-harap abah sembuh cepat...


8 SLE Supporters :):

Kolam Renang

Terjun!!!

March 27, 2014,4 Comments

Sehari dua ni cuaca super panas.. Petang-petang badan pun lesu je.. Biasanya deno pergi swimming dengan my sis tapi plaster kalis air deno dah habis... Pagi tadi, deno dah beli plaster kalis air tu.... Apa lagi kan, petang tadi terjun swimming pool!!! ^_^

- girl pool -

Swimming pool di Kompleks Akuatik Kuala Terengganu. Tadi deno dan  kak hanna je... Deno dah biasa ke kolam ni sejak deno umur 6 tahun lagi.. Kak Ton yang kerja kat sini masa deno kecik-kecik dulu pun masih berkerja kat sini ... Kak Ton kenal kami 5 beradik. My beloved 4 sister and me, selalu datang sini kecuali musim hujan... Sejukkk! :p  

Tadi mula-mula datang orang kurang, lama-lama makin ramai pula orang.. Penangan cuaca panas kan^^ Sampaikan bila berenang pun asyik nak eksiden je dengan orang! Lagi-lagi bila buat kuak lentang, kejenya nak langgar je... mana la kita nampak kan... Hihihi...^^ Hmmm next week nak pergi lagi la... plaster ada lagi!*sejak buat CAPD, nak berenang perlu ada plaster kalis air untuk protect techkhoff !


p/s: syoknya kalau ada swimming pool sendiri kat rumah .. huhu  *berangan!*


4 SLE Supporters :):

CPUV

CPUV Zinger Reloaded

March 26, 2014,9 Comments

Alhamdulillah dalam masa smeinggu dapat 34 CPUV secara berturut-turut!^_^ Ini yang sayang dengan mr. Nuff ni.. ^^Macam ada kena-mengena dengan deno je coz tengahari tadi, lepas balik dari hospital kak hanna belanja KFC. Tadi bukak Nuffnang, dapat CPUV KFC jugak! ^_^

** Zinger Reloaded


Special iklan ni kan, ada video blogger femes dan comel! Siapa tak kenal dengan Puan Yuyu Zulaikha! Eiiiii geram la dengan Puan Yuyu ni, comel! Makin comel Puan Yuyu bila dah "berbadan dua" sekarang ni kan^^ Bila video ni keluar, bolehlah klik dan lihat apa Puan Yuyu buat.. ahaks ^_^


p/s: sila la klik.. jangan segan-segan ya ~


9 SLE Supporters :):

Esok Ambil Ubat Lagi

March 26, 2014,9 Comments


Rutin setiap bulan ~

Awal pagi ke hospital lagi untuk bekalan my ubat setiap bulan... Patut la deno tengok ubat dalam bekas ubat dah kurang... Dah beritahu my sister, deno akan ke hospital bersama kak hanna. Deno tak boleh kalau tertinggal makan ubat. Kalau tak ambil ubat mesti deno akan sakit2 badan, sakit sendi, demam.. Silap haribulan mr. SLE "datang" ... Oh tidak tidak!

Walaupun belum ada ubat yang boleh menyembuhkan SLE, tapi masih ada ubat yang boleh membuatkan pesakit bertahan dan juga ubat yang bernama "doa" :)


p/s: ubat dah macam gula-gula

9 SLE Supporters :):

Lupus

Awareness

March 25, 2014,2 Comments


Alhamdulillah..

Forum SLE yang deno ceritakan baru-baru ni berjaya dengan baik :) Ramai juga peserta Forum yang terdiri daripada pesakit, keluarga pesakit dan doktor-doktor yang hadir.. Ramai yang support Forum SLE ni^^

Deno harap Forum ini akan diadakan lagi supaya lebih ramai tahu, kenal dan faham dengan SLE. Deno pun nak orang tahu bahawa ada penyakit bernama "SLE" di kalangan rakyat Malaysia selain daripada penyakit lain yang biasa kita dengar.. SLE, it's unexpected. Deno berkongsi info tentang SLE bukan untuk "menunjuk-nunjuk"... jauh sekali nak minta simpati... Just to create awareness, that's all.

JOM baca cerita Forum SLE, PSLEM Terengganu Chapter


p/s: LUPUS, learn  about it


2 SLE Supporters :):

Personal

Sekadar Luahan

March 25, 2014,4 Comments

Alhamdulillah semalam pukul 1pagi, deno selamat sampai rumah dari Kota Bharu ~

Semalam tidur pun lewat mengadap Astro Awani sebab terlepas pengumuman Datuk Seri Najib Perdana menteri kita mengenai pesawat MAS MH370 yang disahkan berakhir di Lautan Hindi..Hati terasa sangat sedih, rasa terkejut dan berduka di atas berita ini. Sangat sedih.. Pagi tadi bukak fb banyak status-staus mengenai perkara ini, masing-masing melahirkan rasa sedih dan takziah ..
Hmmm.. Paling terkejut ada juga status yang menyalahkan orang mengenai perkara ini, seperti perkara ini terjadi sebab salah kerajaan, salah MAS Airlines, salah Menteri Pertahanan, pendek kata perkara seperti ini pun dipolitikkan! Ada saja tohmahan dan cacian.. Sangat tidak patut! 

Bila Allah kata jadilah, maka jadilah ia... Banyak kapal terbang MAS Airlines tapi Allah nak kapal terbang MH370 yang hilang...  Kenapa tak kapal terbang lain? Tiada sebab kan? Hanya satu, Allah nak ia hilang dan mungkin semua ini ada hikmah di sebalik kejadian ini. Kita tak tahu, apa yang terjadi hanya DIA yang tahu.. Bukan di negara kita sahaja, di negara lain juga boleh berlaku dan pernah berlaku.  Kepada yang suka buat spekulasi, henti-hentikanlah. Tahukah anda orang yang suka buat fitnah ini, selagi orang percaya selagi itulah anda berdosa.. Ramai menjadi pendosa siber kerana suka menyebarkan fitnah, tuduh menuduh, caci-mencaci, menyebarkan berita tidak benar, berita yang kita tak tahu kesahihannya di dalam dunia siber ini dan dosa itu adalah dosa berkekalan kerana mereka boleh menyebabkan pergaduhan , perpecahan dan kebencian... Berhentilah menjadi pendosa siber. Ramai manusia tidak sedar dan lupa...Manusia selalu lupa tapi Allah tidak pernah lupa.. 

Malaysia, negara yang aman yang hidup dalam pelbagai bangsa.. Tiada peperangan, tiada rusuhan pemberontak, tiada gempa bumi, tiada tsunami, tiada gunung berapi yang meletus.. Tapi Malaysia diuji dengan jerebu, kemarau, kehilangan pesawat MH370... Allah nak kita sedar, Allah nak kita ingat padaNya... Muhasabah diri ~

Allahuakbar!


#sekadar luahan


4 SLE Supporters :):

Char Kuey Teow

Kuey Teow Simple Sedap

March 24, 2014,6 Comments


Ops!

Kuey teow ni bukan deno buat tau... Deno makan kat cafe di Kuala Terengganu petang tadi. Kuey teow ni simple je bersama fish cake, daun kucai, telur dan tauge. Walaupun simple rasanya lebih kurang je dengan kuey teow yang ada udang tu... Deno suka yang macam ni sebab less kicap!

Simple is much more.. itu yang best tuuuu..... ^_^


p/s: hari ni tak jadi ke Kota Bharu.. awal pagi esok bertolak^^ 


6 SLE Supporters :):

Kek Lapis Sarawak

Ini Pun Boleh La...

March 23, 2014,6 Comments

Kalau kat rumah, boleh godek-godek dapur.. Buat air milo ke, nescafe ke.. Tak pun makan roti, tapi bila menginap kat hotel .. Bila lapar awal-awal pagi macam ni, tak tahu nak godek apa dalam bilik ni. Bukak peti kecik, tengok ada Kek Lapis Sarawak yang abah dapat masa kenduri petang tadi ~

Kek lapis pun kek lapis la....^_^



Alhamdulillah habis kek ni deno makan masa taip entri ni.... hihi... Alahai tak cukup la pulak sebab sedap! Jarang dapat makan Kek Lapis Sarawak ni, biasanya hari raya je dapat makan sebab sepupu tinggal kat sana. Raya je mesti ada kek ni^^


p/s: siapa pernah makan kek ni angkat tangan! :)


6 SLE Supporters :):

Prinzpark Hotel

Berehat di PrinzPark Hotel, Kuala Terengganu

March 23, 2014,3 Comments

Alhamdulillah Forum berjalan lancar siang tadi^^ Sangat penat sampai tertidur lepas balik daripada Forum.. Sangat penat sampai nak ke kenduri rumah kawan pun tak larat dah.. Hari ni banyak sangat kenduri! Musim cuti sekolah.. Hehe

Btw kan, petang tadi my mum and abah ajak bermalam di PrinzPark Hotel.. Manjakan diri kat sini^^



Deno bernasib baik! Dapat bilik yang mengadap ke laut...  Dapat tengok view yang cantik sangat-sangat! PrinzPark ni bersebelahan dengan Terengganu Equestrian Resort (TER), tempat orang menunggang kuda.. So, kalau korang mai sini boleh la nampak orang tunggang kuda.. Tadi nampak ada orang photoshoot kahwin kat sini^^

Biliknya pun luas, inilah first time deno menginap kat sini. Cuma satu la, masa nak check in, services lambat. Yang lain rasanya ok la kot ^^


p/s: esok ke Kota Bharu! yeay! dah lama tak ke sana ...... terbayang nasi kerabu dengan ayam bakar...*OMG!!! tak sabarnya!*



3 SLE Supporters :):

Forum Pagi Ini

March 22, 2014,6 Comments

Pagi ni ada forum..

Seperti yang deno beritahu last week, hari ni ada Forum Systemic Lupus Erythematosus (SLE) di Auditorium, Kompleks Rawatan harian, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.. 

Ceramah daripada doktor-doktor pakar Rheumatology dan Nephrology.. Siapa yang jadi friend deno kat fb pun mesti tahu kan? Hari2 deno ajak^^ Jom! Free of charge... Hehe.. ^^


p/s: kena pergi awal, deno yang buatkan backdrop.. heheh^^ ahcooom! sorry cecema la pulak........


6 SLE Supporters :):

Segmen

Mini GA T-shirt Blogger

March 21, 2014,2 Comments


klik banner di atas

Syarat-syarat :

1-Like fanpage
2- Buat entry bertajuk Mini GA T-shirt Blogger
3- Letak link entri kat bahagian komen
4- Pemenang akan dumumkan pada 31 Mac 2014 :)


2 SLE Supporters :):

Recormon

Banyak Kali

March 21, 2014,4 Comments

Baru je lepas kena cucuk 2 jarum^^ Btw, tadi tengok kat kotak komen, uncle wafa nak tahu berapa banyak deno kena cucuk seminggu....


Ok bagi yang nak tahu ubat deno tu namanya Recormon. Ubat ni fungsinya untuk meningkatkan hormon sel darah merah (hemoglobin). Darah merah deno kurang, sebab tu kena ambil ubat ni... Haaaa... Ni dia jarum-jarumnya, dah sekali dengan ubat yang perlu inject tu.. Setiap bulan kena amik kat hospital ~


Okey, sebelum ni deno kena inject ubat ni 3 kali seminggu, jadi bila dah makin rendah HB deno, terpaksa la cucuk 4 kali seminggu... Soooo.. Korang kira la berapa kali sebulan deno kena inject ya.. Hihihi :p Deno tak inject sendiri, my bloved mama tolong inject. Dah macam nurse deno tengok ma, deno tak berani inject sendiri. Kalau CAPD and dressing deno boleh buat sendiri, bila berkaitan inject ni... Alahai tak berani! ^^


p/s: harap2 lepas ni HB naik la, bleh kurang kena inject kan... heheh.. :p


4 SLE Supporters :):

Hemoglobin

Menurun

March 20, 2014,7 Comments


Baru dapat result blood test terbaru 2 hari lepas.. Nurse call, beritahu HB deno makin rendah! Alahai.... Ingatkan dah naik rupanya menurun..  HB deno menurun dari 7.3 ke 7.1. Patut la mudah sangat semput dan penat bila buat kerja berat sikit

Jadi ubat akan bertambah... Huhu.. Takpe la bertambah pun, asalkan HB naik^^


p/s: nampaknya kena cucuk banyak kali la setiap minggu...  heeeeee :p


7 SLE Supporters :):

CPUV

CPUV Again!

March 20, 2014,3 Comments

Tadi ternampak ada iklan Digi guling-guling kat blog ni.. Eh, ni CPUV baru ke? Terus log in mr. nuff nak tengok... Eh? Alhamdulillah dapat lagi satu CPUV! :)

** DIGI - Project red



Untuk info lebih lanjut.
korang boleh klik iklan DIGI tu ye^^

thanks mr. nuff tak jemu bagi CPUV:)


3 SLE Supporters :):

Kenangan SLE

Allah Itu Maha Besar

March 20, 2014,2 Comments

Alhamdulillah tahniah kepada semua adik-adik yang ambil result SPM hari ni.... Tahniah tahniah!! Deno pula rasa rindu zaman belajar dulu  walaupun zaman belajar dulu selalu sakit...


Ahaks^^

Sekolah menengah dulu, takde ramai kawan pun.. Boleh kira dengan jari je kawan-kawan dulu.. Kawan-kawan yang rapat. Maybe sebab selalu sakit, selalu tak ke sekolah jadi kawan pun kurang..  Selalu jugak kena marah dek cikgu.. It's hard to explain yang kita sakit sebab orang tak faham dengan SLE, luarannya patient nampak sihat tapi bila sakit, Allah sahaja yang tahu rasanya macam mana.. Sampaikan PMR pun deno dapat pengecualian khas.. Betapa teruknya deno sakit masa tu, terus ke Form4 :p

Masuk Form4 pun dah lewat, lewat 2 bulan daripada kawan-kawan sebab sakit... Masa tu rakan yang rapat pun ada 3-4 orang je.... Caye tak? Tak ramai nak kawan kite.... Sob Sob...Tak lama lepas tu ada sorang budak comel dan lemah lembut pindah ke kelas deno dan menjadi sahabat deno sampai la sekarang.. Sahabat susah senang, deno nangis dia pun nangis sama... Awak, saya ingat lagi saya nangis dalam toilet sebab kena buli, awak temankan saya, saya "pinjam" bahu awak nangis... Terharu ingat kebaikan awak pada saya.......T_T

Masa kecik-kecik dulu pernah terfikir boleh ke berjaya SPM, boleh ke masuk U dengan sakit ni.. Asyik sakit je, asyik ponteng kelas je.. Allah itu maha besar,  alhamdulillah DIA izinkan deno capai impian deno masuk U dan grad  walaupun sepanjang tempoh belajar tu, terpaksa extend 4 kali semester, berkampung di hospital sebab SLE "datang"  ..... 


p/s: Allah takkan benarkan sesuatu perkara terjadi kepada kita jika ianya bukan untuk kebaikan kita  :')


2 SLE Supporters :):

CPUV

2 CPUV

March 19, 2014,10 Comments

Terbaru daripada Nuffnang, alhamdulillah dapat 2 CPUV ~

** McDonald Spicy Chicken Black Pepper
** Tesco Online March Mother's Day


 Thanks mr nuff^^

10 SLE Supporters :):

Nasi Goreng Kampung

Nasi Goreng Kampung Pedas

March 19, 2014,10 Comments


Dinner

Nampak macam biasa tapi super pedas! Sememangnya pedas tak dapat lari dalam hidup ni, kalau tak pedas takde mood nak makan.. Sebab pedas tu sedap! ^_^ 


p/s: tak pedas tak sah


10 SLE Supporters :):

Blood Test

Repeat Blood Test

March 19, 2014,4 Comments

Baru sempat ngadap blog ni^^ Semalam deno ke hospital untuk repeat blood test ... Baru-baru ni result tak berapa "cantik", dengan HB low, fosfat tinggi, calcium low.... Jadi doktor nak tengok balik result darah....

- gambar hiasan -

Nurse tahu je deno ni urat-urat halus.. Dia cari kat tempat urat besar sikit, dah la tempat tu sakit... Aduyaiiiii sabor je la... Nasib baik la satu tiub je. Kalau blood test biasa, perlu lebih dari 5 tiub. Pernah 10 tiub, kalau masuk wad lagi banyak, macam-macam test.. Macam mana la HB tak low, asyik bagi darah je kan... Hihi......


p/s: harap2 result makin baik^^

4 SLE Supporters :):

Malaysia Airlines MH370

Kanak-Kanak Pun Faham Dengan Situasi Sekarang

March 17, 2014,19 Comments

Anak buah deno demam (Adam).. So hari ni dia melukis, rehat dalam rumah je.. Dia nak melukis, deno bagi dia kertas, dia mintak deno lukis kapal terbang....Ok deno lukis tu je. Then, deno tinggalkan dia dengan kertas lukisan tu coz deno sambung kerja depan lappy ni... Adam sambung lukis...

Lepas 15 minit dia panggil cikcu dia ni tengok lukisan dia.. Deno terkedu sekejap...


Adam lukis laut dengan kapal, kapal selam dan paling tak sangka Adam tulis *MH370* pada kapal terbang tu...!!! Adam cakap kapal terbang yang hilang.... Ya allah kanak-kanak yang berumur 6 tahun pun faham dengan situasi negara kita sekarang....

All of Malaysia is hoping and praying...
For all on board MH370 and their families...
Pray for MH370


#mh370
#prayformh370
#doakanmh370


19 SLE Supporters :):

Personal

Edit Lagi

March 17, 2014,9 Comments


Dapat email dari kak Ceclia again, ada beberapa part perlu edit lagi.... Perlu siapkan yang ni dulu, baru sambung order... Alahai terasa ke"busy"an this week! Dengan Forum SLE lagi Sabtu ni... Tapi blog mesti singgah juga^^ Malam nanti baru balas jejak :)


p/s: ok sambung kerja, hari ni jugak nak email pada kak Ceci ^^



9 SLE Supporters :):

Personal

Alamak Terlepas!

March 17, 2014,9 Comments

Semalam pelik sangat.. Seharian badan rasa tak larat je, lembik semacam ... Deno pun tidur je macam takde tenaga... Niatnya nak buat kerja petang tu tapi tak dapat juga buat sebab rasa tak larat sangat-sangat!


Semalam pun abah pelik sebab deno tidur awal daripada biasa. Tidur "mati" tak sedar apa pun! Pagi tadi after CAPD, tertidur.. Terlepas nak ke hospital! OMG!!!!

Sepatutnya hari ni repeat blood test sebab HB deno low, tapi terlepas... Dah mesej nurse tadi, jadi esok pula  untuk blood test tu dan esok wajib ke hospital! Alhamdulillah hari ni rasa okey sikit :)


p/s: dah okey hari ni :)


9 SLE Supporters :):

Cuaca

Awal Pagi Ini

March 16, 2014,4 Comments


Burrr... Pagi yang sangat sejuk! Pagi-pagi hujan dah turun, hujan lebat... Alhamdulillah :) Deno baca status di fb, banyak juga tempat dah hujan.... Syukur.....

It's raining raining... ooo it's raining raining...... Hujan di awal pagi .......



p/s: tempat anda macam mana?





4 SLE Supporters :):

PSLEM

Forum Awam SLE

March 16, 2014,2 Comments

Haaaa.... Deno nak ajak korang ke Forum Awam SLE di Terengganu pada 22 Mac nanti....! Jom la kita semua pergi, dapat dengar info-info mengenai  SLE :)


Tarikh : 22 Mac 2014 (Sabtu)
Masa : 9.00pagi - 1.00tengahari
Tempat :
Auditorium, Pusat Rawatan Harian,
Hospital Sultanah Nur Zahirah

Kandungan ceramah :
  • Apakah penyakit SLE?
  • SLE dan Kehamilan
  • SLE dan Buah Pinggang
  • SLE dan cabaran yang dihadapi
  • Soal Jawab - pesakit dan doktor
Penceramah :

Pakar-pakar Rheumatology dan Nefrology daripada Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu



p/s: LUPUS, learn about it



2 SLE Supporters :):

Motivasi

Menghargai

March 15, 2014,5 Comments


Tadi deno ada dengar Motivasi kat TV3.. Apa yang deno nak share.. Sebenarnya menghargai orang lebih baik daripada kita rasa dihargai. Means walaupun kita tak dihargai takpe, janji kita menghargai orang lain, biar rang lain rasa penghargaan kita... Itu lebih baik...

Satu lagi janganlah kita terlalu berharap dengan penghargaan orang lain coz dah memang sifat manusia susah untuk  menghargai orang lain ~

5 SLE Supporters :):

Family

Sama Kecik

March 15, 2014,5 Comments

Alhamdulillah, semalam majlis berjalan dengan lancar ^^ Banyak snap gambar.. Ye la kan, Iffah 4 tahun di sana, jarang-jarang balik dah tentu nak juga ada gambar kenangan kan :)

Deno tua 5 tahun daripada dia tapi kami sama je keciknya.. hihi^^ Deno and ifa ~  


Nah bahasa Jepun untuk Iffah ~

がんばって ください!!!!!


p/s: cuaca sejuk hari ni :)


5 SLE Supporters :):

Hujan

Akhirnya!

March 15, 2014,5 Comments


ALhamdulillah setelah lama kemarau memanjang, akhirnya hujan lebat ..... Syukur sangat-sangat, rasa sejuk je petang ni... Semalam cuaca panas, hari ni Allah bagi hujan... :')


p/S; alhamdulillah :)


5 SLE Supporters :):

Personal

Bila Dah Bangun

March 15, 2014,4 Comments

Hari ni super exhausted! Hari ni cuaca panas,.. Seharian di rumah nenek, 8malam baru balik ke rumah... Sangat-sangat penat....

Lepas dah bersihkan badan, dah wangi, dah buat CAPD, deno tertidur kepenatan.. Deno jarang tidur awal, tapi sebab penat deno tidur awal. CAPD ke 4 belum buat lagi tapi dah tidur! Mujurlah my sis, Dayang Hanna dah kejutkan pukul 2.15am tadi.. ^_^ Tapi bila dah bangun, alahai mata pulak susah nak lelap balik!

Terkebil-kebil mata.. Ini yang tak suka kalau dah tidur lena tapi bila bangun, macam ni la jadinya....... Susah nak lena balik!


p/s: lapar la pulak........




4 SLE Supporters :):

Malaysia Airlines MH370

Genap Seminggu

March 14, 2014,12 Comments


7days

All of Malaysia is hoping and praying...
 For all on board MH370 and their families...

#prayformh370


12 SLE Supporters :):

Family

Esok Yang Busy

March 14, 2014,3 Comments

Awal-awal pagi dah ke rumah nenek... Esok busy sebab ada tahlil buat arwah atuk dan kenduri kesyukuran buat sepupu, Iffah yang akan ke Jepun pada 23 Mac nanti. Ifa dapat sambung belajar di Utsunomiya University di Tochigi :')


Iffah! I'm proud of you! Sekejap je masa berlalu... Baru je rasa macam semalam pergi mengaji bersama, main bersama, kayuh basikal bersama.. Sekarang Ifa dah nak ke Jepun... :') Tercapai impian Ifa nak ke Jepun sejak Ifa darjah 1 ^^ Ifa suka tau tulis bahasa Jepun kat FB, kakno pun tak faham... Ifa nak kena geget ni! Siap Ifa esok, kakno geget dia.... ^_^

Buat Ifa, semoga Ifa berjaya, segala urusan dipermudahkan, selamat di sana dan semoga Ifa selamat pergi dan pulang ke sini selepas berjaya nanti... amin! 



p/s: esok yang busy ...... genap setahun atuk pergi ..... al-fatihah


3 SLE Supporters :):

Anak Ikan Pari

Baby Rays

March 13, 2014,11 Comments




Anak-anak ikan pari ni unik kan? Comel ..... Rupa-rupanya ada juga orang bela dalam akuarium kat rumah.......


p/s: tengok lama2 seram pun ada sikit.. huhu

11 SLE Supporters :):

Resipi

Nasi Goreng Sempoi

March 12, 2014,17 Comments

Hai nasi goreng.. hai sungguh sedap, sungguh enak, sungguh sedap.. dimakan dengan dengan keropok terengganu.... Eceh deno tukar lirik pulak.. Hihi^^ Btw, deno share resipi nasi goreng sempoooooiiiiii...! Sempoi tadi sodap! ^_^


Nasi goreng ni nasi goreng favourite deno, tak banyak bahan tapi hasilnya super best!^^

Bahan super senang : 
** Nasi
** Cili kering : 16-18
** Bawang merah : 8 ulas
** Ikan selayang : 2 ekor (dipanggang )
** Telur : 2 biji
** Garam secukup rasa

Penyediaan  :
1- tanak nasi ( 2 setengah cawan )
2- potong cili kering dan cuci dengan air biasa, then rendam cili kering tu di dalam air panas
3- hiris bawang merah ( 8ulas )
4- tumbuk (guna lesung batu) cili kering yang direndam tadi, then tumbukkan sekali dengan bawang.. *jangan kisar*
5- ikan panggang tadi kita racikkan jadi kecik-kecik

Ok jom masak!!! ^_^
1- panaskan minyak , tumiskan bahan yang ditumbuk tadi ( cili dan bawang ) dan masukkan garam secukup rasa.. bila dah naik bau, masukkan ikan panggang yang kita dah racik tadi dan masak sampai ikan nampak garing sikit..
2- masukkan nasi putih, gaul rata
3- ketepikan nasi ke satu sisi kuali, then di satu sisi lagi kuali yang kosong tu, korang pecahkan telur dan hancurkan telur tu.. korang buat macam scramble egg tu..... 
4- gaul telur dengan nasi tadi sehingga rata.. perlahan api dan gaul lagi dalam 3-4 minit... Ok done
5- ok boleh hidang dannnnnn MAKAN!!!!^^



p/s: pssst2, sedap pulak tengok abe zamani masak Paella..... ^^


17 SLE Supporters :):

Personal

HE Has The Best Plan

March 12, 2014,20 Comments

Heart ... beats ... fast ...
Colors and promises
How to be brave
How can i love when i'm afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt
Suddenly goes away somehow .........





Eh ternyanyi pulak.. Hihi^^ Bangun pagi ni rasa sihat sikit, tak macam semalam.. Punyalah lenguh-lenguh badan sampai nak celik mata pun susah... Musim cuaca panas sekarang ni, mudah sangat nak demam..Suhu cuaca naik, suhu badan pun naik. Mujurlah tak melarat ... 

Btw, deno tolong ma buat nasi himpit tadi..... Pagi ni breakfast nasi himpit dengan sambal kelapa.. Besttttt, biasanya kuah kacang, sandwich sardin, sandwich telur, pulut......... Macam ni je la sarapan kat rumah, nasi lemak jarang2 sebab kami bertiga je kat rumah.. Kalau rasa nak ber"dating", kami bertiga bersiap sarapan di Chendering, ada satu kedai sarapan yang best^^ Maklum la semua kakak dah berumahtangga, kerja. Sebagai anak bongsu, sakit pulak tu .. Nak kerja orang pun taknak kita ni sebab selalu sakit, dialisis 4 kali setiap hari. Diulang 4 kali! (pagi, tengahari, petang, malam) Dapat tawaran kerja kat AmBank tapi awal2 dapat "lampu merah" dari abah. Abah risau deno sakit..  Ye la, dulu masa belajar pun sampai 4 kali extend sebab sakit, siap masuk icu.. Ingat dah "takde" dah masa tu.... Alhamdulillah Allah nak deno kat sini lagi :')

Takpe,. Deno faham abah ma sayangkan deno. My beloved kakak 4 orang pun tak bagi, better duk rumah.. Apa-apa kerja duk rumah sebab deno mudah sakit. Tiba-tiba je boleh sakit. Macam tahun lepas, elok2 sihat tiba-tiba malam raya aidilfitri admit hospital. Ohhh SLE! Memang mudah "datang"... Tapi itu la, orang kurang faham sebab nampak luarannya sihat, Kaklong pun cakap duk rumah je, buat design banyak-banyak (walaupun tak banyak pun.... huhu) Well.... it's hard for me to explain. Kadang-kadang terasa juga lihat sepupu.. kawan-kawan yang dah berkerja, seronok nak ke mana-mana pun boleh. Pendek kata, apa mereka nak buat mereka dapat. Ya pernah rasa sedih ......... Tapi, deno redha dan selalu ingatkan diri......


"Allah ada.... HE has the best plan for me" :')


p/s: one step closer.......... *eh sambung nyanyi pulak.. hehe*


20 SLE Supporters :):

Design blog

Bila Bendahari Buat Blog

March 11, 2014,7 Comments

 

Bila bendahari buat blog.....

Jawatan deno dalam PSLEM Terengganu Chapter ni sebagai bendahari.. Doktor yang lantik, alahai ramai pula yang setuju..Hihi^^ Agaknya dah memang deno ni orang nampak muka macam bendahari kot, dari zaman deno sekolah lagi, jadi bendahari jugak.. tak caye tanya BFF deno, AyuCandy .. hehe.. :p

Baru-baru ni Presiden PSLEM *Dr Benjamin Cheah* dan kak Ceclilia ada request deno designkan poster untuk event SLE for this 18 May.. OMG! Alahai ketar lutut sebab Presiden PSLEM yang the main chapter sendiri request! Erk... Segan oiiiiii... =.'=

Haaaa nanti apa-apa nanti berkaitan PSLEM, deno akan update juga dalam blog terbaru ni. Jom la folo blog PSLEM Terengganu Chapter :) Ops lupa, ini  the main PSLEM website : http://www.lupusmalaysia.org/

Full Design ( PSLEM Terengganu Chapter )
Link : http://pslemterengganu.blogspot.com


p/s: LUPUS, learn about it :)


7 SLE Supporters :):

Segmen

Segmen : Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

March 11, 2014,8 Comments


Segmen simple daripada abe ensem kite.. Siapa lagi kalau bukan blogger abe zamani .. Mudah je, cuma kat dalam segmen ni abe tak mention tarikh tamat segmen, maybe cepat or lambat.... So...... jom cepat2 join! ^_^


p/s: harap2 dapat powerbank tuuuu ^^

8 SLE Supporters :):

Ali Baba Bujang Lapok

Rehat Seketika

March 10, 2014,7 Comments


Rehat seketika... Habis Ali Baba Bujang Lapok, continue Astro Awani untuk mengetahui perkembangan MH370... Semoga segalanya dipermudahkan dalam gerakan mencari Pesawat MH370 ....


p/s: rehat seketika ....


7 SLE Supporters :):

Personal

Dah Tak Tahu Nak Nasihat Macam Mana

March 10, 2014,5 Comments

Luahan perasaan jap kat wall fb ~


Kadang-kadang bila orang dah terlalu berputus asa ni, kita pun dah tak tahu nak nasihat macam mana... Kita sayang dia tapi dia tak sayang diri sendiri susahlah kan... Dah tak tahu nak nasihat macam mana.... Alahai......


p/s: susah juga kan bila dah putus asa ni ...


5 SLE Supporters :):

Walk-A-Payung

Dah Settle

March 10, 2014,3 Comments

Semalam siapkan juga kerja edit-mengedit ...... Dah settle pun :)

event this may :)

Deno email terus pada kak cecilia.. Lega sebab nanti ada kerja pula untuk Forum SLE di HSNZ... Forum SLE di HSNZ pada 22 Mac 2014.. Nanti deno share dengan korang ya....^^


p/s: cuaca panas minum teh krisantimum sangat melegakan^^



3 SLE Supporters :):

Malaysia Airlines MH370

Rasanya Dia Turut Faham

March 10, 2014,3 Comments

Rasanya dia juga turut faham dengan situasi sekarang .......



Hari ketiga... Pesawat MH370 masih belum ditemui.... Hati ini belum berhenti berharap agar pesawat ditemui bersama penumpang dengan semua penumpang dalam keadaan selamat... Insyaallah ....


#mh370
#prayformh370
#doakanmh370


3 SLE Supporters :):