Banyak Kali - Dayang Deno

21.3.14

Banyak Kali

Baru je lepas kena cucuk 2 jarum^^ Btw, tadi tengok kat kotak komen, uncle wafa nak tahu berapa banyak deno kena cucuk seminggu....


Ok bagi yang nak tahu ubat deno tu namanya Recormon. Ubat ni fungsinya untuk meningkatkan hormon sel darah merah (hemoglobin). Darah merah deno kurang, sebab tu kena ambil ubat ni... Haaaa... Ni dia jarum-jarumnya, dah sekali dengan ubat yang perlu inject tu.. Setiap bulan kena amik kat hospital ~


Okey, sebelum ni deno kena inject ubat ni 3 kali seminggu, jadi bila dah makin rendah HB deno, terpaksa la cucuk 4 kali seminggu... Soooo.. Korang kira la berapa kali sebulan deno kena inject ya.. Hihihi :p Deno tak inject sendiri, my bloved mama tolong inject. Dah macam nurse deno tengok ma, deno tak berani inject sendiri. Kalau CAPD and dressing deno boleh buat sendiri, bila berkaitan inject ni... Alahai tak berani! ^^


p/s: harap2 lepas ni HB naik la, bleh kurang kena inject kan... heheh.. :p


4 comments:

  1. allah... hihi qila doakan cepat cepat naikkk <33333 inshaallah!! :)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah, berkat kesabaran deno, pasti cepat sembuh... :)

    ReplyDelete
  3. Deno seorang yg tabah... amat saya kagum & hormati ketabahan itu...

    ReplyDelete