HE Has The Best Plan - Dayang Deno

12.3.14

HE Has The Best Plan

Heart ... beats ... fast ...
Colors and promises
How to be brave
How can i love when i'm afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt
Suddenly goes away somehow .........





Eh ternyanyi pulak.. Hihi^^ Bangun pagi ni rasa sihat sikit, tak macam semalam.. Punyalah lenguh-lenguh badan sampai nak celik mata pun susah... Musim cuaca panas sekarang ni, mudah sangat nak demam..Suhu cuaca naik, suhu badan pun naik. Mujurlah tak melarat ... 

Btw, deno tolong ma buat nasi himpit tadi..... Pagi ni breakfast nasi himpit dengan sambal kelapa.. Besttttt, biasanya kuah kacang, sandwich sardin, sandwich telur, pulut......... Macam ni je la sarapan kat rumah, nasi lemak jarang2 sebab kami bertiga je kat rumah.. Kalau rasa nak ber"dating", kami bertiga bersiap sarapan di Chendering, ada satu kedai sarapan yang best^^ Maklum la semua kakak dah berumahtangga, kerja. Sebagai anak bongsu, sakit pulak tu .. Nak kerja orang pun taknak kita ni sebab selalu sakit, dialisis 4 kali setiap hari. Diulang 4 kali! (pagi, tengahari, petang, malam) Dapat tawaran kerja kat AmBank tapi awal2 dapat "lampu merah" dari abah. Abah risau deno sakit..  Ye la, dulu masa belajar pun sampai 4 kali extend sebab sakit, siap masuk icu.. Ingat dah "takde" dah masa tu.... Alhamdulillah Allah nak deno kat sini lagi :')

Takpe,. Deno faham abah ma sayangkan deno. My beloved kakak 4 orang pun tak bagi, better duk rumah.. Apa-apa kerja duk rumah sebab deno mudah sakit. Tiba-tiba je boleh sakit. Macam tahun lepas, elok2 sihat tiba-tiba malam raya aidilfitri admit hospital. Ohhh SLE! Memang mudah "datang"... Tapi itu la, orang kurang faham sebab nampak luarannya sihat, Kaklong pun cakap duk rumah je, buat design banyak-banyak (walaupun tak banyak pun.... huhu) Well.... it's hard for me to explain. Kadang-kadang terasa juga lihat sepupu.. kawan-kawan yang dah berkerja, seronok nak ke mana-mana pun boleh. Pendek kata, apa mereka nak buat mereka dapat. Ya pernah rasa sedih ......... Tapi, deno redha dan selalu ingatkan diri......


"Allah ada.... HE has the best plan for me" :')


p/s: one step closer.......... *eh sambung nyanyi pulak.. hehe*


20 comments:

  1. plg cepat dan simple, buat sambal kelapa berbanding kuah kacang.. klu kelantan, sambal tu manis

    ReplyDelete
  2. Akak yang denga ni raa hiba Deno tapi perancangan dia lebih hebat buat kita. Tak boleh kerja luar Allah bagi anugerah lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak... setiap yg berlaku pada kita ada hikmah di sebaliknya :)

      Delete
  3. Best.. lama tak makan nasi himpit dgn sambal kelapa... :)

    ReplyDelete
  4. sambal kelapa..?? macam mana rupanya Deno..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambal kelapa tu... isi kelapa yang diparut, then goreng ngan isi ikan, lada hitam sikit... emmm nanti deno share ya gambar ya ^_^

      Delete
  5. Replies
    1. oh ye ke... nanti deno share resipi dan gambar ya^^

      Delete
  6. feberet akak nasi impit kuah kacang..kalau raya memang akan ada terhidang atas meja....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, bila raya mesti ada kat atas meja :)

      Delete
  7. sedap nya nasi impit..dah lama x makan...mmg elok deno cakap family deno...diaorg lebih faham keadaan deno...mak ayah deno lg puas hati deno dekat dengan diaorg...take care ye deno

    ReplyDelete
  8. kalau difikir2 untung nya jadi Deno..:)

    ReplyDelete
  9. SUDAH TIBA MASANYA PIHAK KERAJAAN MAHUPUN SWASTA MEMPERKENALKAN PEKERJAAN DENGAN BERTUGAS DI RUMAH BAGI INSAN-INSAN SPERTI DENO DN SEWAKTU DENGANNYA..

    ReplyDelete
  10. I'd love you for a thousand moreee~~~
    Eh eh nyanyi sekali pulak :p
    hihihhih. <3333

    Allah has best plan for u kak :) dont worry lah ye <33333

    ReplyDelete