Sekadar Luahan - Dayang Deno

25.3.14

Sekadar Luahan

Alhamdulillah semalam pukul 1pagi, deno selamat sampai rumah dari Kota Bharu ~

Semalam tidur pun lewat mengadap Astro Awani sebab terlepas pengumuman Datuk Seri Najib Perdana menteri kita mengenai pesawat MAS MH370 yang disahkan berakhir di Lautan Hindi..Hati terasa sangat sedih, rasa terkejut dan berduka di atas berita ini. Sangat sedih.. Pagi tadi bukak fb banyak status-staus mengenai perkara ini, masing-masing melahirkan rasa sedih dan takziah ..
Hmmm.. Paling terkejut ada juga status yang menyalahkan orang mengenai perkara ini, seperti perkara ini terjadi sebab salah kerajaan, salah MAS Airlines, salah Menteri Pertahanan, pendek kata perkara seperti ini pun dipolitikkan! Ada saja tohmahan dan cacian.. Sangat tidak patut! 

Bila Allah kata jadilah, maka jadilah ia... Banyak kapal terbang MAS Airlines tapi Allah nak kapal terbang MH370 yang hilang...  Kenapa tak kapal terbang lain? Tiada sebab kan? Hanya satu, Allah nak ia hilang dan mungkin semua ini ada hikmah di sebalik kejadian ini. Kita tak tahu, apa yang terjadi hanya DIA yang tahu.. Bukan di negara kita sahaja, di negara lain juga boleh berlaku dan pernah berlaku.  Kepada yang suka buat spekulasi, henti-hentikanlah. Tahukah anda orang yang suka buat fitnah ini, selagi orang percaya selagi itulah anda berdosa.. Ramai menjadi pendosa siber kerana suka menyebarkan fitnah, tuduh menuduh, caci-mencaci, menyebarkan berita tidak benar, berita yang kita tak tahu kesahihannya di dalam dunia siber ini dan dosa itu adalah dosa berkekalan kerana mereka boleh menyebabkan pergaduhan , perpecahan dan kebencian... Berhentilah menjadi pendosa siber. Ramai manusia tidak sedar dan lupa...Manusia selalu lupa tapi Allah tidak pernah lupa.. 

Malaysia, negara yang aman yang hidup dalam pelbagai bangsa.. Tiada peperangan, tiada rusuhan pemberontak, tiada gempa bumi, tiada tsunami, tiada gunung berapi yang meletus.. Tapi Malaysia diuji dengan jerebu, kemarau, kehilangan pesawat MH370... Allah nak kita sedar, Allah nak kita ingat padaNya... Muhasabah diri ~

Allahuakbar!


#sekadar luahan


4 comments:

  1. Betul tu deno paling sedih ialah org Islam dok maki hamun sesama Islam.. Sungguh memalukan..

    ReplyDelete
  2. Betul tu deno paling sedih ialah org Islam dok maki hamun sesama Islam.. Sungguh memalukan..

    ReplyDelete
  3. Setuju denga pendapat Deno, berbanding negara lain Malaysia sangat sedikit ujian yg Allah beri. Semoga mereka segera bertaubat.

    ReplyDelete
  4. betul tu...
    kita xde ditempat mereka yg terlibat dlm misi SAR betapa payahnya letihnya...

    http://myaleo.blogspot.com/2014/03/maafkanlah-mereka.html

    ReplyDelete