Tersenyum - Dayang Deno

29.4.14

Tersenyum

Petang tadi...

"dik, poster yang adik design dah ada kat HKL....!"
Cepat-cepat deno tengok gambar yang my third sis whatsapp ~


First time deno design untuk event yang besar. Poster ni untuk event Walk-a-Payung yang akan berlangsung di KL pada 18 Mei nanti. Bukan patint je yang join, orang awam pun boleh join bagi menandakan sokongan pada pesakit-pesakit SLE / Lupus!^^

Tersenyum tengok design sendiri yang telah diprint. Rasa happy sangat! Biasanya deno design simple sahaja. Atas permintaan Dr. Cheah (Presiden PLSEM), kak Cecilia dan juga PSLEM, deno cuba walaupun memang tak confident pada mulanya. Alhamdulillah PSLEM suka^^ Emmm, tak sabar pula nak tengok banner bila PSLEM siap print nanti! Btw, deno akan join Walk-a-Payung di KL nanti, sesiapa yang join nanti beritahu la.. Mana tahu kita boleh jumpa kan kat sana :)


p/s; tersenyum lihat design sendiri ~


3 comments: