Idea Tercetus

May 31, 2014,4 Comments

Deno tak dapat pergi wedding kawan di Terengganu sebab sekarang masih di kl.. Sorry awak.! Insyaallah kita jumpa next time ya awak..... 

Hmmm.... Duk fikir wedding kawan yang tak dapat pergi tiba-tiba deno dapat idea wedding doodle..Bentuk dan rupa doodle lain daripada yang lain. Idea ni tiba-tiba je dapat pukul 2am tadi, my new doodle design^^ 

my new design


p/s: idea tercetus secara spontan


4 SLE Supporters :):

Koleksi Gambar

Lebih Bahaya Daripada Cadbury

May 30, 2014,13 Comments



bahayakan? hihihi :p


13 SLE Supporters :):

Doodle

Doodle Dan Nasi Arab

May 30, 2014,9 Comments

Abang Firdhaus dan Kak Iffah, regular customer deno sampai la sekarang dan mereka antara customer yang sangat senang kita nak berbincang.. Satu lagi pasangan suami isteri ni sangat sangat sangat baik hati! :')

Alhamdulillah abang Firdhaus dan kak Iffah beri kepercayaan pada deno lagi untuk buatkan doodle.. Kali ini abang Firdhaus  nakkan doodle bersama nasi arab berserta ayam panggang^^

Satu kelainan sebab deno tak pernah dapat tempahan macam ni. Cabaran lukisan ni ialah nasi.. Yes nasi!! Berapa ratus klik deno pun tak tahu tapi yang pasti beras nasi arab tu deno buat satu-satu.. Memang mencabar..^^ Deno lukis ni tengah malam, sambil tu update kat facebook sampaikan ada kawan ingat deno makan nasi arab tengah malam-malam buta.. hihi.. Haaaa yer memang masak nasi arab, masak dalam "laptop".. :p


p/s: salam takziah buat blogger Mak Dara atas pemergian suami tercinta, Allahyarham Martias Mohd Ali...


xxxxx


COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com
Facebook Dayang Deno Art

9 SLE Supporters :):

Aidijuma

Shopping Tudung

May 30, 2014,11 Comments

Lama rasanya tak shopping tudung.. Semalam shopping tudung bawal di Aidijuma, ia memang pilihan deno sebab harga yang murah dan berpatutan....^^


Walaupun pelbagai jenis tudung kat pasaran dengan macam-macam design, tudung bawal tetap menjadi pilihan deno! Deno memang pengguna tegar tudung bawal yang segi empat tu.. Sejak sekolah rendah sampai la sekarang tudung bawal sokmo, tak terpikat dengan tudung lain...

Macam tudung bawal di Aidijuma ni, dengan 4 helai tudung tak sampai pun RM50.. Kain dah la selesa, tak panas pula tu... Haaaa 31 Mei *esok ada sale tau, deno ada tengok kat insta. Moh le kite .. ^^


p/s: tudung bawal dihatiku ~

11 SLE Supporters :):

Doodle

Doodle Berhijab Moden

May 29, 2014,12 Comments


Order daripada Owner Wafico Shawls... Siap dalam masa sehari je sebab owner nak sebelum hari jumaat.  Semalam siapkan doodle, hari ni siapkan logo.. Doodle ni deno guna untuk logo Wafico Shawls. Alhamdulillah dah approved ^^


p/s: jarang-jarang lukis doodle macam ni^^


COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com
Instagram : @dayangdeno
Facebook Dayang Deno Art

12 SLE Supporters :):

Personal

Officially

May 29, 2014,19 Comments


Alhamdulillah.. 28 May i'm officially ........ haaa kira sendiri deno lahir tahun 1989 ^^

First time sambut birthday di perantauan... Eceh ayat memang nak kena geget! Muahaha... Sebenarnya ni first time deno sambut besday kat kl dengan my sister.. Setiap tahun mesti deno ngan ma abah kat Terengganu. Kali ni deno lama sikit kat sini, next week baru balik sana ~

Kaklong and kak hanna busy hari ni lewat sket balik kerja.. Walaupun malam kak hanna belikan juga kek.. Ahaks^^ Sebenarnya deno tak kisah takde kek pun, tapi dah jadi kebiasaan birthday je mesti ada kek biarpun kek tu kecil atau sepotong kek! Tapi kecik pun boleh share 4 orang makan kek tu... Best!^^

Deno harap tahun ini dan tahun-tahun akan datang deno terus kuat dan akan kekal sihat... sihat... sihat... sihat dan sihat.....   Insyaallah amin!^^


p/s: thanks to kak Ainim yang buat entri khas sempena besday deno...Deno pun nak ucapkan terima kasih pada semua yang wish besday dan mendoakan deno...Thanks a lot!! I really aprreciate it! ^_^


19 SLE Supporters :):

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday : Family Is Family

May 28, 2014,3 Comments





3 SLE Supporters :):

Family

Ubi Kayu Ke?

May 28, 2014,10 Comments


Alkisahnya bermula sebab kes ada DNA makhluk pink dalam coklat cadbury... Dalam duk bercakap-cakap pasal DNA b*** dengan my kakak... tiba-tiba anak buah si Amir Amsyar (7tahun)  mencelah tanya cikcu ni ha..

Dia tanya.. "apa tu cikcu.. ubi kayu je?"

Hahahaha... Kalau ada ubi kayu dalam cadbury bolehlah makan Amca oiii... Adoiiii sakit perut cikcu gelak, terpaksa memg"explain" pulak kat dia..  :p



10 SLE Supporters :):

Lupus. Lupus Symptoms

Wordless Wednesday : Only SLE Patients Truly Feel This

May 28, 2014,4 Comments




4 SLE Supporters :):

Segmen

Segmen Blogwalking By Izzati Amira

May 28, 2014,31 Comments

Assalamualaikum w.b.t

[ tekan banner untuk join ]

Aktiviti : Happy Blogwalking

Pemenang.
1st & 2nd Top Referral : Washi Tape 1x ( sorang satu  atau sorang dua maybe?? heee. )
4x Random :  '19Capri' button badge 1x

Tamat : 17 Jun 2014

Selamat join !


31 SLE Supporters :):

Cadbury

Wordless Wednesday : Cadbury Buta

May 28, 2014,5 Comments


5 SLE Supporters :):

Lupus

It's A Big Part In My Life

May 27, 2014,6 Comments

I don't post about my chronic illness to get "get attenttion"

I post about it beacuse it's a big part in my life
It has affected me in a huge way
It have change everything about my life


I post to spread awareness...... 


Sesetengah orang mungkin menganggap deno nak menunjuk-nunjuk, nak mintak simpati, nak dapatkan perhatian tapi sejujurnya deno just nak create awareness sebab ramai tak tahu Lupus / SLE...Sampai sekarang masih ada yang tak pernah tahu tentang SLE walaupun pesakitnya setiap hari bertambah.. 

Last week 2 orang rakan Lupus pergi mengadap Ilahi. Adakah masa deno semakin hampir? Itu rahsia Allah, tiada siapa pun tahu.. Yang penting sekarang, deno hanya nak sihat, nak hidup lama.. Nak balas jasa ma abah yang banyak berkorban untuk deno :')


p/s: Lupus, learn about it ^^

6 SLE Supporters :):

Personal

Hadiah Allah

May 26, 2014,17 Comments


Walaupun mengidap SLE dan belum ada ubat yang boleh menyembuhkannya tapi deno rasa bahagia, tak bimbang, tak rasa sedih.. Kenapa? Sebab REDHA. Betapa ajaibnya kuasa redha..... Deno tak rasa sakit tu membebankan deno tapi deno anggap ianya "hadiah" Allah untuk deno..

Tiada manusia di bumi Allah ni yang tiada ujian, dugaan cuma ujian kita berbeza.. Korang semua mesti dapat "hadiah" dari Allah juga kan? Deno redha, tapi bukan bermaksud pasrah dan menyerah... Allah tak zalim, setiap perkara yang berlaku kat kita ada hikmah di sebaliknya yang kita tak tahu.. Ujian yang tandanya Allah sayang kita, Allah rindu kita, Allah nak kita ingat padaNYA, Allah nak kita dekat padaNYA.. 

Redha.. Bila kita redha, sesusah manapun kita akan bahagia.. 

Dan benarlah Redha ertinya Bahagia -->> 


p/s: Allah is the best planner for us :')


17 SLE Supporters :):

Doodle

The Right Way

May 25, 2014,10 Comments




this is the right way :)


sekian.... ^_^

10 SLE Supporters :):

Giveaway

Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih

May 25, 2014,15 Comments

klik banner di atas

Hadiah-Hadiah Giveaway:

Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi adalah seperti berikut;
  • Tempat Pertama: 1 X RM100
  • Tempat Kedua: 1 X RM60
  • Tempat Ketiga: 1 X RM40
  • Hadiah Saguhati: 5 X RM20
 Ok. Mudah kan?


Due date : 4 Jun 2014 ^^


15 SLE Supporters :):

Doodle

Siap Jugak!

May 25, 2014,7 Comments


Tempahan ni dari last week..  Ada ke patut deno lupa! Memang betul betul betul lupa! Sepatutnya dah siap  awal tapi lupa terus! Lepas event Walk-a-Payung, then kat sini dengan anak-anak buah memang jadi lupa terus! Mujur la customer deno sorang ni faham.. Thanks awak!! Phewww lega sangat sebab yang ni dah siap boleh continue yang lain... ^_^


p/s: cabaran jugak nak lukis doodle dengan basikal.. huhu ^^


xxxxx


COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com
Instagram : @dayangdeno
Facebook Dayang Deno Art


7 SLE Supporters :):

Panggilan

May 24, 2014,18 Comments

Sebagai makcik bongsu, mesti ada panggilan kan.. Tapi bukan panggilan "ciksu" je sebab ada 3 panggilan untuk makcik bongsu ni haaa ~

Deno ada 3 orang anak buah, 2 orang di KL dan seorang di Terengganu. Anak buah di Terengganu (6tahun) panggil deno dengan panggilan "cikcu", anak-anak buah kat KL panggil dengan panggilan "ciksu"... Yang peliknya abang ipar deno sorang ni *abanglong* panggil deno dengan gelaran "cikshu".. Dari dulu sampai la sekarang abanglong panggil deno "cikshu" dah macam pelat bunyinya... muahahaha.... Macam-macam!^^


p/s: apa panggilan anak buah untuk korang? jom share^^


18 SLE Supporters :):

Segmen

Segmen : Cari Followers Mei !

May 24, 2014,6 Comments


klik banner


due date :

31 May 2013^^

6 SLE Supporters :):

Personal

Sambung

May 24, 2014,8 Comments


Tempahan kawan deno tu belum siap-siap lagi.. Ni baru sambung, niat nak siapkan terus sian kat Madie belum siap.. Mujur la Madie faham, thanks dear^^

Dua tiga hari ni sebelum mula design mesti deno akan lukis doodle dulu, doodle spontan je dan hasil spontan tu dapat doodle rekaan terbaru deno.. Biasanya deno tak plan pun.. Dikira macam warm up otak sebelum buat tempahan tu, mesti deno lukis doodle satu... Ok sambung kerja :)


p/s: waktu malam sel-sel otak berhubung ^^


8 SLE Supporters :):

Personal

Geramnya!

May 23, 2014,23 Comments

Alamak!
Awal pulak update pagi ni.. Hari ni on lappy awal sebab nak sambung tempahan kad daripada kawan deno^^ Btw kenapa geram??? Alkisahnya tadi la... Biasa sebelum publish komen deno akan ke blog pengomen tu dulu kan... Ok lepas tu konon nak klik publish la kan sekali terrklik "delete".. Aduhhh, geram!!!

Adeeehhhh la


p/s: kecuaian teah berlaku di pagi hari 


23 SLE Supporters :):

Pen

Ikhlas

May 22, 2014,4 Comments

Esok anak-anak buah deno ada Majlis Hari Guru di Sekolah Agama. Dari minggu lepas bising nak beli hadiah.. Kakak dan adik nak berikan pen untuk ustazah, dua-dua senyum sampai ke telinga cikcu tolong ikatkan ribbon pada pen ~


Jelas ianya seribu makna buat dua beradik ni, nampak kesungguhan dan keikhlasan nak berikan hadiah buat cikgu masing-masing sebagai tanda terima kasih. Pen-pen ni pun dah awal-awal kakak dan adik mintak tolong cikcu ni ikatkan... Walaupun hanyalah pen, yang penting ianya datang dari hati yang ikhlas kan ~


p/s: awal budak-budak tidur malam ni^^

4 SLE Supporters :):

Beautiful World

Inside The Wave

May 22, 2014,5 Comments








\
Cantik kan..... :)


5 SLE Supporters :):

Giveaway

Giveaway Cantik Bersama HESTA Facial Treatment

May 21, 2014,7 Comments


klik banner dia atas untuk peluang memenangi 
HESTA Facial Treatment Set Ajaib

Tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelbagai masalah kulit wajah boleh terjadi keatas diri anda. Ramai wanita di luar sana yang tidak sedar sebenarnya, mungkin termasuk diri anda sendiri. Untuk mendapatkan wajah yang cantik, bukanlah sesuatu yang mudah. Tak cukup dengan itu, untukMENGEKALKANNYA agar ianya mampu bertahan lama turut menjadi satu cabaran besar. Masalah-masalah yang biasa dihadapi :

  • Masalah jerawat dan parut jerawat mudah timbul
  • Masalah kulit kering, kasar & kusam
  • Masalah warna tona kulit tidak sekata
  • Masalah pori-pori terbuka
  • Masalah kurang keyakinan diri
  • Masalah kulit gelap & pigmentasi serta berjaragat
  • Masalah kelihatan kulit jauh lebih tua daripada usia

h4
Untuk mengatasi ke semua masalah di atas dan memastikan agar kulit wajah anda sentiasa cantik berseri, ada 4 pekara yang perlu anda ambil perhatian dan lakukan ….
1.Membersihkan Wajah
2.Menyegarkan Wajah
3.Melembapkan Wajah
4.Melindungi Wajah
HESTA® Facial Treatment Set
“Set Lengkap Rawatan & Penjagaan Kulit Wajah Yang TERBUKTI BERKESAN Serta Mendapat Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia!”
277 produk facial(Imej-imej di atas menunjukkan gambar sebenar produk Hesta Facial Treatment Set yang mengandungi 7 item dalam satu pakej)

Hesta Facial Treatment Set ini merupakan set rawatan wajah lengkap yang mampu 
  •  membantu menyelesaikan pelbagai masalah kulit wajah anda serta terus mengekalkan kesan positif tersebut untuk jangka masa lebih panjang
  • Ia terdiri daripada 7 item dalam satu pakej yang kandungannya terdiri daripada sumber bahan-bahan ekstrak tumbuhan semulajadi seperti ekstrak tumbuhan rosemary, chamomile, olive oil, aloe vera serta diperkaya dengan anti-oksida
  • Ianya dijamin selamat dan suci bebas daripada sebarang kandungan bahan-bahan kosmetik aktif berbahaya seperti hidrokuinion & merkuri
  • Diformulasikan khas menggunakan teknologi kecantikan daripada Perancis (France) yang telah mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk ini juga memang khas datangnya daripada France!
  • Fungsi utama Hesta Facial Treatment Set ini adalah memberikan rawatan dan melindungi kulit wajah anda daripada ancaman luaran seperti sinaran cahaya UV matahari berlebihan, debu, kotoran, suasana kering serta memulihkan kembali sel-sel dan tisu kulit wajah anda yang telah rosak
  • Dan yang menariknya, kesannya mampu anda mula lihat seawal sebaik sahaja anda selesai guna produk ini walaupun pada hari yang pertama! Dah ada bukti testomonial bagi menyokong kenyataan ini, nanti saya akan kongsikan bersama anda di bahagian bawah laman web ini
  • Produk ini amat sesuai untuk semua jenis kulit, dari normal sehinggalah yang mempunyai kulit berminyak
  • Kesimpulannya, produk set Hesta Facial Treatment ini lah penyelesaiannya kepada masalah kulit sensitif yang memerlukan penjagaan rapi serta rawatan yang secukupnya. Ia merangkumi 4 aspek penting dalam penjagaan kulit wajah seperti yang ada saya konsgsian di atas tadi iaituMembersihMenyegarMelembap dan Melindungi kulit wajah anda dalam satu masa sekaligus!
20 Kelebihan HESTA Facial Treatment Set!
  • Sesuai untuk semua jenis kulit yang normal
  • Menghilangkan masalah kulit kusam tidak bermaya
  • Menlenyapkan minyak berlebihan pada kulit anda bagi mengelakkan masalah jerawat
  • Bertindak merawat & memperbaiki sel-sel kulit wajah yang rosak dan kering
  • Membantu dalam pertumbuhan sel-sel kulit wajah yang baru dan sihat agar anda terus kelihatan kekal muda seterusnya melewatkan proses penuaan
  • Melindungi kulit wajah anda daripada masalah kekeringan
  • Bertindak merawat kegatalan kulit wajah akibat daripada masalah resdung
  • Bertindak mengatasi bintik-bintik hitam dan putih
  • Mengawal dan mengurangkan jerawat serta mengatasi kesan parut jerawat
  • Merangsang pertumbuhan kolagen pada kulit wajah anda secara semulajadi
  • Mampu menegang dan menganjalkan kulit wajah anda
  • Menjadikan kulit lebih cerah berseri
  • Melindungi kulit dari sinaran UV berlebihan
  • Salah-satu item dalam set ini iaitu Pearl Sunblock Foundation yang lembut mampu membebaskan kulit wajah anda daripada berminyak yang mampu bertahan sehingga 24 jam
  • Bertindak memudarkan dan menghilangkan jeragat
  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan agar anda sentiasa kelihatan awet muda
  • Perbezaan & kesan positif boleh dilihat dengan hanya sekali rawatan!
  • Meningkatkan keupayaan serta mengekalkan tahap kelembapan semulajadi kulit wajah
  • Mengekalkan wajah awet muda anda walaupun usia anda sudah lanjut
  • Menaikkan lagi seri wajah anda dengan sekali rawatan sahaja
TESTIMONIAL

blogger femes -- MAK DARA




481667_219791958155110_405911413_n
PROMOSI  HESTA!!!

Dapatkan 7 jenis produk dalam satu set dengan harga terhebat!
Cleansing gel
Cleansing milk
 Facial scrub
Aloe vera gel
Lighting soothing mask
Ph balancing toner
 Pearl sunblock foundation

HARGA SUPER HEBAT!
RM 169.90 (Semenanjung) & RM199 (Sabah/Sarawak)

 http://hesta1.blogspot.com
 http://hesta1stopbeauty.com
♥ Facebook : HESTA1STOPBeautyCenter
♥ Call/ Whatsapp/ SMS : 012-3384991


7 SLE Supporters :):

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday : Lhandsign

May 21, 2014,10 Comments


#Lhandsign for Lupus






10 SLE Supporters :):

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday : Interview?

May 21, 2014,10 Comments








10 SLE Supporters :):

Drama Fajar Aiman

Fajar Aiman

May 20, 2014,7 Comments


Sebelum ni deno jarang tengok drama waktu petang, then last week ada drama terbaru "FAJAR AIMAN". Deno tengok dari first episode sampai la hari ni dan deno rasa ceritanya menarik..

Ianya kisah Fajar dan Aiman yang merupakan adik-beradik yang sangat rapat.. Dari kecik Aiman jaga dan protect Fajar. Tapi lepas Aiman tahu dia anak angkat dan anak luar nikah, hubungan Aiman dengan keluarga angkat serta Fajar dingin.. Dia ketepikan family angkat dia...

Kesian pula family angkat Aiman.. Walaupun bukan mak ayah kandung, wajib menghormati mak ayah angkat kan..


p/s: rindu drama Be Careful With My Heart yang ada Maya dan Sir Chief... huhu  ^^


7 SLE Supporters :):

Walk-A-Payung

Dah Ada!

May 20, 2014,2 Comments

Wahhh... Excited pulak deno sebab peta untuk laluan Walk-a-Payung terengganu Chapter dah ada lakaran... Tadi baru deno tengok kat Group PSLEM Terengganu Chapter!^^


Dr. Asmah. Dr. Zaiha dan kak fiza dah tengokkan tempat.. PSLEM Team Terengganu akan adakan Walk-a-Payung juga tau pada 13 Jun nanti... Jom la join sambil support Lupus patients!!! ^_^



p/s: anything whatsapp / sms je deno ... :)


2 SLE Supporters :):

Segmen

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1

May 20, 2014,19 Comments

http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html
Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...

 
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah. 

Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss... 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.

19 SLE Supporters :):

Segmen

Segmen Geng Blogwalkers

May 20, 2014,14 Comments


klik banner

segmen dari blogger fae urang brunei..
mudah je segmennya.. semudah a b c... heeee^^


due : akhir bulan mei 2014

14 SLE Supporters :):

Walk-A-Payung

Walk-a-Payung 2014

May 19, 2014,8 Comments

 Walk-a-payung again!!^^

Kenali Walk-A-Payung^^ Walk-A-Payung adalah satu program yang diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang Systemic Lupus Erythematosus, sejenis penyakit yang terjadi akibat gangguan oleh sistem imuniti badan yang menyerang tisunya sendiri. Ia juga bertujuan menyedarkan masyarakat bahawa pesakit mesti mengelak dari terkena matahari. Ia juga untuk mengutip dana untuk aktiviti-aktiviti kebajikan bagi pesakit SLE. 


Sebagai Lupus patient tanggungjawab deno bukan sahaja jumpa doktor, makan ubat, jaga kesihatan tapi tanggungjawab untuk support rakan-rakan Lupus^^ 18 Mei 2014, seawal 7 pagi pagi dah bersiap sebab program bermula awal pagi di Taman Jaya, Petaling Jaya. Tahun ini tahun ke empat deno join Walk-a-Payung, tapi berbeza tau sebab tahun ni warna purple!! My favourite colour!(✿◠‿◠) 

Pendek cerita, jom layan gambar ~

L hand sign for Lupus! ^_^

senaman sebelum jalan

payung dibuka dengan serentak berserta bunyi honnnnn :p

i'm ready to walk for lupus / walk-a-payung^^

wahhhhh ramai!!

walk for awareness

walk for lupus

my sister and brother -->> kak hanna, kak obie and abang fique

kak hanna dan deno.. depan tu anak buah nak lumba konon ;p

finally.... FINISH! 

Nak letak gambar lebih-lebih deno takut korang muntah purple pulak tengok deno.. Hihihi... Haaaa, lepas walk ada persembahan dan lucky draw tapi deno pula balik awal. Anak-anak saudara nak balik cepat, sabar je la :p Kali ni peserta WAP ramai ... Deno tak sempat nak jumpa Presiden PSLEM ( Dr. benjamin Cheah )... Takpe doktor kita jumpa next time ya^^

Penat tapi happy sangat-sangat coz dapat support Lupus patients dan pada masa yang sama wujudkan Lupus awareness! Thanks to kaklong, abanglong, kak obiey, abang fique, kak hanna, sarah dan amca yang support cikcu dayangdeno.. hihi^^


p/s: next event --->> Walk-a-Payung Terengganu Chapter!!!! ♥ ♥ 


8 SLE Supporters :):