Rutin Bulanan - Dayang Deno

6.5.14

Rutin Bulanan

Baru berkesempatan mengadap blog :p

Tengahari ke hospital untuk ambil bekalan ubat bulanan. Deno terlewat seminggu, lupa nak ambil di farmasi hospital.. Sedar sebab tengok ubat dah makin berkurang... Hehe... Bila ambil ubat mesti lama sebab ubat banyak, pegawai farmasi tengok slip ubat mesti dia cakap  "ubat banyak lama kena tunggu ni..."

Takpe kak, dah biasa :)

bekalan setiap bulan

Nampak macam banyak tapi sebenarnya ubat deno ni dah berkurang! Alhamdulillah.. Biasanya bila ubat berkurang kesihatan pun stabil la kan? Hihi... Sekarang ni kena jaga sangat-sangat sebab cuaca panas, mudah sangat nak sakit. So, kalau nak hangout better pagi, petang atau malam. Macam hari ni kan keluar tengahari, balik tadi memang "pengsan" penangan cuaca sekarang ni..

Untuk next slip bekalan ubat nanti dapat time appointment dengan doktor akhir bulan ni :)


p/s: ubat dah jadi "candy"


6 comments: