Hati-Hati - Dayang Deno

17.6.14

Hati-Hati

Minggu ni selalu sangat dapat email yang mintak kita klik link..
Hari ni pula terima konon-konon daripada Maybank2u ~


Bila tengok betul2 bukan email daripada Maybank2u pun. Deno pun takde pulak buat doodle ke design ke, takde customer transfer duit...Semalam terima email konon daripada Yahoo mintak validate email,  siap warning kalau tak buat nanti email tak boleh bukak dah.. Tapi sebenarnya tipu, memang spam. 

Sekarang ni apa-apa email kita mesti hati-hati, tak boleh ikut je terus klik-klik apa diaorang suruh. Mesti baca betul-betul dan lihat daripada siapa sebenrnya. Sekarang kan banyak penipuan.


p/s: hati-hati

1 comment:

  1. Lagi2 bahagian bank. Lagi kena hati2 kan kak Deno. :) mujur kak Deno ni teliti orangnye.

    ReplyDelete