Kenapa Payung? - Dayang Deno

14.6.14

Kenapa Payung?

Alhamdulillah pprogram Walk-a-Payung berlangsung dengan jayanya semalam.. Fuh penat dan sakit badan, sakit kaki pun tak hilang lagi ni. Nanti deno share cerita ngan korang yer^^

Btw, deno dapat satu komen daripada bro Fairus mengenai Walk-a-Payung~


Ok bagi yang belum tahu Walk-a-Payung ialah :
Walk-A-Payung adalah satu program yang diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang Systemic Lupus Erythematosus, sejenis penyakit yang terjadi akibat gangguan oleh sistem imuniti badan yang menyerang tisunya sendiri. Ia juga bertujuan menyedarkan masyarakat bahawa pesakit mesti mengelak dari terkena matahari. Walk-a-payung juga bertujuan mengutip dana untuk aktiviti-aktiviti kebajikan bagi pesakit SLE

**Peserta berjalan dengan payung untuk memberitahu / menyedarkan orang ramai bahawa pesakit SLE mesti mengelak daripada terkena cahaya matahari. Ini kerana pesakit SLE snagat sensitif kepada cahaya matahari...

Deno ni pun kalau terdedah bawah cahaya matahari selama 5 minit pun dah boleh demam, boleh sakit... Pastu mula timbul rashes kat muka.. Lagi bahaya ia boleh buat SLE aktif kembali bila demam berlarutan dalam masa yang panjang... Kalau dah SLE aktif, ia boleh serang apa sahaja organ pesakit dan merosakkan organ pesakit.... Fuh lagi bahaya! Dalam kes deno, kidney dah rosak sebab SLE.. Sob sob.... Jom baca serangan SLE pada deno kat SINI


p/s: dulu selalu kena ejek sebab pakai payung masa ke kelas.. takpelah orang tak faham ~


7 comments:

  1. Moga Deno dalam keadaan baik2 saja. :) Sabar menjalani hari-hari yang mendatang. In sha Allah.

    ReplyDelete
  2. Baca dari mula sampai habis asyik angguk2 je kepala. Hm kesiannya kak. Semoga Allah permudahkan segalanya dan cepat sembuh k :))

    ReplyDelete
  3. begitu rupanya.. takpe la deno. biarlah org nak ejek ke apa. dia tak tahu sebab musababnya.

    ReplyDelete
  4. Oh..camtu rupenye. Ingat time hujan je perlu payung. Hihi. Kak deno pe kabar? Rindu ah.. :D

    ReplyDelete
  5. OOO.. SO, PESAKIT SLE TAK BOLEH KENA CAHAYA MATAHARI LANGSUNG KE?

    ReplyDelete
  6. oic baru fhm skit2 kenapa payung..baru fhm nih hehee tq deno :)

    ReplyDelete