Mission Accomplished! - Dayang Deno

15.6.14

Mission Accomplished!

Walk-A-Payung adalah satu program yang diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang Systemic Lupus Erythematosus, sejenis penyakit yang terjadi akibat gangguan oleh sistem imuniti badan yang menyerang tisunya sendiri. Ia juga bertujuan menyedarkan masyarakat bahawa pesakit mesti mengelak dari terkena matahari. Ia juga untuk mengutip dana untuk aktiviti-aktiviti kebajikan bagi pesakit SLE. 

xxxxxx

Unexpected! Itulah yang boleh deno katakan sebab tak sangka ramai yang join walaupun program ini julung kalinya diadakan di negeri Terengganu dan juga di Pantai Timur! Program ini dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Anua Sulaiman. Banyak penyertaan daripada pesakit2 SLE, kaum keluarga, orang awam dan juga doktor-doktor dari HSNZ! Memang awesome! Ramai yang support Walk-a-Payung! ^_^

Deno sebelum 7pagi dah sampai.. Ahaks^^ Rasa macam dah awal tapi bila sampai kat Taman Rekreasi Batu Burok tu orang pun dah penuh.. Masing-masing busy daftar. Deno hari tu busy jadi photographer tak bertauliah. Jalan sana jalan sini, berlari-lari.. Snap gambar sana, snap sini.. Fuh sampai hari ni kaki ni belum hilang lenguh-lenguh .. Sakit.. Harap2 dua tiga hari nanti hilang la sakit kaki ni^^ Takpe la semangat punya pasal.. Hihi.. Seronok tau, semua bersemangat! Terharu lihat semangat doktor-doktor kami yang sama-sama bertungkus-lumus menjayakan program ni.. They're amazing! :')

7.30pagi dah mula aerobic, deno buat sekejap je ~ Kali ini gambar deno kurang sebab my job amik gambar peserta je.. hehe^^ Kami mula ber"walk-a-payung" tepat 8am, semua bersemangat nak berjalan! Happy sangat lihat gelagat peserta, macam-macam! Hihihi :) Btw, we got this from president ~

Greetings  from Presiden Persatuan SLE Malaysia , Dr. Cheah

Thanks Dr. Cheah! Next time Dr. Cheah kena datang tau ... Hihi^^ Ok kita ringkaskan cerita, kita biarkan gambar "berbicara :)



gambar diambi tepat 7am..












pemeriksaan kesihatan percuma

Dr. Asmah bersama YB dan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu

rehat selepas penat berjalan hampir 2.8 kilometer^^

amboi Dr. Chong pun nak belon tu.. hihihi^^

abang badut

Pengarah Kesihatan Negeri terengganu : Datuk Dr Anua Sulaiman

Gimik perasmian




PSLEM TERENGGANU CHAPTER


Mission accomplished!

Alhamdulillah..... Program Walk-a-Payung Terengganu Chapter berlangsung dengan jayanya! TAHNIAH dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam program ini.. Diharap dengan program ini, kesedaran mengenai penyakit Lupus/ SLE akan lebih meningkat.. Insyaallah jika ada rezeki kita jumpa tahun depan pula ^_^


p/s: thanks for your support :)


4 comments:

  1. Baguslah nampaknya event ini mencapai matlamatnya ^^

    ReplyDelete
  2. kalau program ni ade dekat taiping akak nk join tau deno tnda support dgn pnyakit SLE ni :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...program nie berjaya dengan jayanya :-)

    ReplyDelete