Rumah Kotak Mainan - Dayang Deno

19.6.14

Rumah Kotak Mainan

Lama tak tengok keywords so tadi saja-saja tengok keywords apa yang paling tinggi kat www.dayangdeno.com ni.. Terkejut gak sebab biasanya yang tinggi pasal SLE/ Lupus tapi kali ni "rumah kotak mainan"


Ini kes entri rumah kotak mainan yang deno buatkan untuk anak-anak saudara deno last month. Rupanya jadi rating paling tinggi kat blog deno ni, kat fb pun paling banyak like. Ramai rupanya suka rumah kotak mainan.. Heeee... tak sangka pulak^^ Ingat tak rumah ni?



Ramai juga yang tanya buat macam mana, guna apa. Ada siap PM kat fb macam mana deno buat. Sebenarnya tak susah pun, deno hanya guna kotak terpakai. Then perlu ada tape, gam dan jugak gunting... Kotak tu siap boleh gunting kecik2 buat almari, buat pinggan, katil, meja, kerusi.. Pastu kalau ada mainan yang kecik2 tambah je la dalam rumah kotak tu..... Haaaaa kotak2 yang ada kat rumah tu daripada korang buang boleh buat rumah mainan siap ngan perabot lagi untuk adik/ anak/ anak saudara.. Terlebih rajin korang cat pulak, lagi cantik^^

Boleh tahan amik masa buat, deno pun penat sebab kita buat sorang. Huhu.. Kalau ada banyak kotak boleh buat tempat budak2 main masak tu.. dapur, almari, bakul, pinggan, semua guna kotak... Jimat kan tak perlu beli^^


p/s: alahai rindu zaman budak2 main rumah yang diperbuat daripada kotak :)


9 comments:

  1. Rajinnya Deno buat rumah kotak untuk anak-anak saudara! Menarik! :D Arol dulu pun pernah buat jugak masa sekolah rendah, mak ayah bantu sekali. Rumah kotak banglo 2 tingkat untuk subjek Seni tapi perabot tak banyak macam Deno punya. :)

    ReplyDelete
  2. herm.. boleh buat rujukan ni. nk cuba buat mainan kotak untuk anak sedara sepupu.. :D

    ReplyDelete
  3. Cantik sgt k.deno. Ana pun sampai save gambar ni. Huhu. Berminat, berkenan, semua ade la.

    ReplyDelete
  4. dulu kecik2 suka main mcm ni.. pastu perabot dalam rumah tu buat guna plasticine.. hehe.. rinduu

    ReplyDelete
  5. perghh kreatif sungguh depa noooo

    ReplyDelete
  6. Cantik la dik. Nak ajak qila buatlah nnt

    ReplyDelete