Bestfriend

I Wish You Were Here

July 31, 2014,5 Comments

Every year family deno buat "open house" pada raya ketiga. Tahun ni yang tak sangka my bestfriend since 2005 di SMKSS ada datang.. Rinduuu!! Happy plus terharu sangat-sangat! Bila diaorang datang mula la teringat BFF sorang lagi ni--->> ayucandy 

Tadi dalam banyak2 gambar deno suka yang candid ni.. Tak ready lagi sebenarnya tapi kak hanna dah snap! Deno tegak je,  dah macam nak nyanyi lagu negaraku pulak! Hihihi :p

madi : dayangdeno : lina 

Bila dengan kawan2 as usual deno paling kecik kat situ.. Untung gak kecik2 macam ni sebab still dapat duit raya dari mak2 sedara.. hehehe...^^ Tiba-tiba deno terbayang BFF sorang lagi, sweet AyuCandy ada kat dalam gambar ni, cukup kami 4 orang macam dulu-dulu .... :')

I wish you were here AyuCandy ~


p/s: hari paling penat sebab tetamu luar biasa ramainya tahun ni.. fuu ~

5 SLE Supporters :):

Personal

Dia Datang Raya

July 31, 2014,1 Comments

-gambar hiasan-

Tak jangka pun dia nak datang.. Ingatkan gurau je, rupa-rupanya datang betul. Okey mesej sikit je, terus dia jumpa rumah. Segan plus malu .. Macam tu la deno bila ada kawan baru.. hihi^^

Dia datang petang, masa tu semua saudara yang datang dah balik dan  dia ngan kawan dia je. Orangnya baik... Jap cakap ngan my mum, jap ngan kakak, jap ngan deno. Gilir-gilr berbual, macam tu la tadi.. ..heee..~ Btw, terima kasih pada *awak sudi datang beraya ~


p/s: "dia" ialah customer yang tempah design kad raya dengan deno yang tinggal di Terengganu ~


1 SLE Supporters :):

Personal

Bila Dah Penat

July 31, 2014,0 Comments

Kesian blog..
Bila dah raya sampai blog pun tak berupadte..
Busy sangat  la katakan, hahaha :p

Raya pertama dan raya kedua, sdeno tidur awal.. Belum pukul 10 dah lena dah, CAPD malam belum buat tapi dah lena. Penat sangat-sangat! Setiap kali raya memang macam ni, terlampau penat plus dengan cuaca panas. Makin lembik rasa badan ni dah macam pisang penyek.. haha :p

CAPD pun lupa pun buat lewat. Nasib baik la my sis kejutkan, kalau tak terlepas la.. Pukul 2.30am baru buat! Ish3... Mana boleh tak buat kan, nanti effect kesihatan pulak. Macam ni la bila dah terlampau penat.. 


p/s: mujurlah kaklong kejutkan.. ^^


0 SLE Supporters :):

Hari Raya

Salam Aidilfitri

July 28, 2014,3 Comments

Betapa sibuknya bila nak hari raya..

Hari ni, seharian handphone, laptop dan segala gadget deno tak usik.. Bila semua bekumpul, semua rasa seronok sebab kami lima beradik kembali berkumpul setelah beberapa bulan tak berjumpa.. Deno la yang paling excited.. !
jom ambil e-card  di atas from deno.. *no watermark* klik untuk saiz sebenar dan save :)

Sangat excited! Malum aje la tahun ni first time raya ada abang ipar nombor 3 yang super sporting macam abanglong dan abangngah sebab tahun lepas deno beraya di hospital. Alhamdulillah walaupun  rasa kurang sihat, deno berjaya lawan tak sihat tu Ramadan tahun ini.. Syukur sangat-sangat! :')

Kesian juga ada beberapa orang rakan Lupus/ SLE yang beraya di hospital tahun ni.. Ada yang baru keluar ICU, ada yang SLE relapse.. Hmmm, dayang doakan korang semua cepat sihat ya.. Boleh rasa perasaan raya di hospital macam mana, pagi raya memang sayu dengar takbir raya.. T_T

........................

Di kesempatan ini deno nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan deno ingin mohon maaf sekiranya sepanjang perkenalan kita di alam maya ini deno ada buat silap dan salah dengan korang yang mungkin deno tak sedar... Maaf ya... (◕‿◕✿)



p/s: semoga keluarga mangsa tragedi pesawat #mh17, #mh370 dan penduduk di Palestin tabah dalam menghadapi dugaan Allah hari yang mulia ini....


3 SLE Supporters :):

Anak Patung Hidup

Cari Hantu?

July 25, 2014,5 Comments

Cari hantu di  www.dayangdeno.com ?


Keyword yang paling femes kat sini untuk minggu ini ialah cerita patung chucky yang seram plus ngeri tu.. Sejak awal bulan lagi, bila deno tengok keyword yang paling femes mesti orang cari cerita hantu.. Baru-baru ni siap ada orang search kat sini "hantu deno".. Errr, bila deno jadi hantu? Hihi.. Macam-macam keywords!^^^^

Ini mesti kes hari tu ada entri cerita hantu dan filem patung Chucky! Err.. Filem tu memang ngeri, ngeri tapi nak tengok jugak! :p


Citer Chucky ni dah lama kan tapi still orang tengok sampai la sekarang.. Semua siri Chucky deno dah tengok, yang last punya citer je belum tengok.. Nak takut sangat pun tak sebab dah tahu patung tu, budak yang lakonkan.. Hihihi ;p


p/s: tengok boleh percaya jangan ^^

5 SLE Supporters :):

Iklan Hari Raya

Deep

July 25, 2014,2 Comments

Deep...



Terkesan.. Hati tersentuh lihat iklan ni .... :')


2 SLE Supporters :):

Facebook

Salam Jumaat

July 25, 2014,8 Comments





p/s: salam Jumaat semua ~


8 SLE Supporters :):

Kad Raya

Kad Raya Daripada Blogger

July 24, 2014,7 Comments


Hari ni dapat dua lagi kad raya daripada blogger ^_^ Bertambah koleksi kad raya blogger deno, kad raya tahun lepas pun masih ada, elok lagi deno simpan.. Ahaks deno suka kad raya! Boleh buat koleksi .. hihi^_^

Kali ni deno dapat kad raya daripada 6 orang blogger, jom kita terjah ! :

1- http://www.duniashida.com
2- http://www.irrayyan.com
3- http://greenhousera.blogspot.com
4--http://www.mialiana.com
5- http://sallysamsaiman.blogspot.com
6-http://ainimrashihah.blogspot.com

Terima kasih semua! Selamat hari raya juga daripada Dayang Deno :)


7 SLE Supporters :):

Design Kad Raya

Kawan Lama

July 24, 2014,6 Comments

Tempahan design kad raya daripada kawan lama.. Kawan sekelas semasa form4 dan form5 di SS Kuala Terengganu^^

#copyright dayangdenodesign

Ezanie. 

Boleh dikategorikan nakal juga dulu sampai ada satu peristiwa yang sampai sekarang pun tak boleh lupa... BFF deno pun mesti ingat peristiwa tu sebab BFF ini la jadi tempat mengadu.. Tapi itu zaman sekolah, budak lelaki biasa la nakal tak habis-habis! Kalau boleh masa tu nak dushh dushhh je kan budak2 lelaki ni, kuikuikui... 

Tapi sekarang semuanya dah matang, bila tengok gambar pun dah boleh jadi bapak budak! Saya je tak besar2 kan Ezanie..Hihihiii... Jangan maraaa haaa Ezanie :p Btw, dia tempah design kad raya untuk family katanya.. Kesian tak dapat balik beraya coz on duty, Ezanie kerja atas kapal dan sekarang pun masih belayar...

Untuk awak, sabor yer... Takpe kerja tu kan satu ibadah...^^ Awak, selamat berhari raya di perantauan ... :)


p/s: nak siapkan doodle encik Ezanie ni, nak doodle katanya.. buatkan aje la kang tak pasal-pasal nanges budak tak boleh balik beraya ni


6 SLE Supporters :):

Boiler ELBA

Penggemar Air Panas

July 24, 2014,7 Comments


Boiler rosak!! Memang tak boleh takde boiler kat rumah sebab kami satu family penggemar air panas... Terus ajak my mum cari boiler baru!

Boiler sebelum ni ni TOSHIBA dah berkhidmat 4 tahun, akhirnya ia rosak dan tak boleh diguna lagi.. Kali ni kami decide ambil jenama ELBA, menepati ciri-ciri yang kami nak,  air maksimum hingga 5 liter, harga pun ikut bajet kami iaitu under dua ratus.. Boiler baru ni hanyalah RM149^^ Insyaallah harap yang ni tahan lama juga. Sebagai penggemar air panas, boiler ni penting sebab air panas pasti sentiasa tersedia.. ^_^


p/s: dah selamat pun guna boiler ni^^


7 SLE Supporters :):

Perdana Menteri Malaysia

Selamat Hari Lahir Perdana Menteri

July 23, 2014,7 Comments


I would like to wish our beloved Prime Minister YAB Dato' Sri Najib Razak a Happy Birthday! May Allah swt bless you always .... 

Semoga segala urusan dipermudahkan...  ^_^

..........

Bangga dengan PM kita berjaya membuat rundingan dengan ketua pemberontak.. Bukanlah satu tugas yang mudah untuk membuat rundingan pemberontak, lebih2 lagi ketuanya.. Usaha mendapatkan kotak hitam dan membawa balik jenazah ke Malaysia berjaya... Alhamdulillah dengan pertolongan Allah swt dan juga seluruh rakyat Malaysia.. PM, kami sentiasa di belakang anda :')


#mh17
#prayformh17
#pray4mh17



p/s: syabas PM! :')


7 SLE Supporters :):

Personal

Tidur Duduk

July 23, 2014,7 Comments

Alkisahnya semalam.. Penat sangat agaknya....


Sebenarnya dah ngantuk sangat2.. Mata ni dah rasa macam tak boleh bukak, tapi teringat janji ngan dik Syira nak join GA tu, plus deno  ni kalau busy selalu lupa... jadi mengantuk pun "bulatkan" mata join GA tu.. heee...

Yang lawaknya semalam, duk join folo like semua tu, boleh tertidur sambil duduk, hahaha.. Tak pernah macam tu, agaknya penat sangat semalam sampai boleh tidur sambil duduk... Kepala elok je lurus, macam duk buat kerja tapi tidur.. kuikuikui.. Last2 tidur kat sofa, konon sekejap je la nak lelapkan mata. 

Tapi, tak sekejap pun. Bangun tadi pun coz my mum kejutkan sahur..  :p


p/s: kepenatan melampau semalam ~

7 SLE Supporters :):

Doa Malam Lailatul Qadar

Lailatul Qadar

July 23, 2014,2 Comments



Waktu Lailatul Qadar dan Tanda-tandanya tanda-tanda terjadinya malam Lailatul Qadar menurut beberapa riwayat :
 1 - hujan tidak turun pada Malamnya
 2 - panas matahari pada keesokkan harinya berkurangan sedikit
 3 - cahaya matahari pada esok paginya putih tidak bercahaya dan kelihatan agak mendung sedikit
 4 - perasaan pada waktunya (waktu lailatul Qadar) tenang dan tenteram

Sebahgian ulamak berpendapat bahawa yang lebih diharapkan waktu lailatul qadar adalah pada malam2 ganjil 10 akhir bulan ramadhan iaitu malam ke 21, 23, 25, 27 dan 29

Ubadah bin ashamit berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

 " carilah lailatul qadar itu malam-malam sepuluh yang akhir yang ganjil, yaitu malam 21, 23, 25, 27 atau 29 atau malam terakhir (30) . Maka barang siapa yang bertepatan bangun dan solat malam kerana iman dan mengharap pahala, diampunkan dosa-dosanya yang lalu dan yang akan datang " - hadis riwayat at thabrani

 Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud :

 '' jaga-jagalah (intailah) malam lailatul qadar itu pada malam yang ganjil diantara sepuluh malam yang terakhir dari bulan ramadhan '' hadis riwayat bukhari Imam ahmad meriwayatkan ertinya :

 '' barang siapa yang ingin mangintai lailatul qadar, hendaklah berjaga-jaga pada malam ramadhan yang ke dua puluh tujuh '' Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu mengatakan bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

 "Carilah Lailatul Qadar pada malam sepuluh yang terakhir dari (bulan) Ramadhan. Lailatul Qadar itu pada sembilan hari yang masih tersisa, tujuh yang masih tersisa, dan lima yang masih tersisa." hadis riwayat bukhari  و حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى قَالَ قَرَأْتُ عَلَى مَالِكٍ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رِجَالًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْمَنَامِ فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرَى رُؤْيَاكُمْ قَدْ تَوَاطَأَتْ فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ فَمَنْ كَانَ مُتَحَرِّيَهَا فَلْيَتَحَرَّهَا فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ

 Hadis riwayat Ibnu Umar Radhiyallahu 'anhu : ia berkata:Bahwa sekelompok orang dari sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bermimpi melihat lailatulkadar pada hari ke tujuh yang terakhir. Kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Menurutku bahwa mimpi kalian pasti bertepatan dengan hari ke tujuh terakhir, maka barang siapa yang ingin menantinya, maka hendaklah ia menanti pada hari ke tujuh terakhir (bulan Ramadan) - hadis riwayat muslim

 Cc:Ustaz Muhammad Hamdan Al Pekani


2 SLE Supporters :):

Giveaway

Giveaway Ramadhan Raya by Syira Lokman

July 23, 2014,7 Comments

klik banner


due date : 4 Ogos 2013 @ 6am

7 SLE Supporters :):

Funny

And Women Always Win ..

July 22, 2014,8 Comments

Terjumpa satu video.. 
Iklan komersial sebenarnya..
Don't make mess with your wife coz she'll win all the time! hahaha





ps : santai ~

8 SLE Supporters :):

Tempahan

Dah Macam YB!

July 21, 2014,21 Comments


Sebenarnya gambar original tak bersongkok, rambut smart lagi, berpacak
Tapi En.Amir nakkan gambarnya bersongkok... 
Bila letak songkok dah nampak macam YB En. Amir ni.. hihi^^
Yang Berhormat muda ........^_^


p/s: fuh buat keje laju2 nak cuti raya pulak nih^^


21 SLE Supporters :):

Tempahan

Sikit Je Lagi

July 20, 2014,7 Comments


Masih belum selesai dengan kad raya
Jarang dapat customer lelaki
Sekali dapat jadi satu cabaran
Fuh semangat-semangat!
Sikit je lagi .....


p/s: dah berkumandang lagu raya


7 SLE Supporters :):

pantai batu burok

Tak Bagus Tak Bagus

July 20, 2014,4 Comments

Semalam berbuka bersama my parents, kakngah and Adam Khaleef.. Kami decide berbuka di Pantai Baru Burok, kesian juga Adam Khaleef tak pernah lagi Ramadan kali ni dia berbuka di luar bersama cikcu dia ni haa... hihi^^


Bila dah 10 Ramadan terakhir ni, ramai orang berbuka di luar.. Kat pantai ni pun ramai, ramai family berbuka kat sini^^ Haaaa... Alkisahnya bermula, masa nak berbuka puasa tu Adam Khaleef cakap tak bagus

Deno hairan tanyalah apa yang tak bagus? Dia cakap..

"Tak bagus la orang tu bukak puasa minum air gas.. tak bagus tak bagus.."

Ohhh rupanya dia nampak ada satu family belakang family deno tu, diaorang berbuka dengan air bergas/ air berkabonat. Family kami tak minum air tu, bawak air siap2 dari rumah. Baguslah Adam Khaleef ingat tak bagus minum air bergas. Dia ingat sebab selalu pesan kat dia air tu tak bagus.. heee..


p/s: tetiba teringat upin ipin^^


4 SLE Supporters :):

Medicines. Ubat-Ubatan

Ubatku Berkurangan

July 19, 2014,9 Comments

Nampak tak perbezaan dia? Nampak sikit kan.. heeee^^


Stok bulanan ni ambil kat hospital hari khamis baru ni.. Ubat kali ni berkurangan, semuanya kerana Ramadan. Kan deno jadi BP low, rasa macam nak pitam tu kan.. My doctor kurangkan 2 jenis ubat.. ^_^

TAPI

Lepas Ramadan kena amik balik 2 jenis ubat tu... Huhuhu... Sabar je la^^


p/s: ubat ohh ubat


9 SLE Supporters :):

Segmen

Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com

July 19, 2014,3 Comments


Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com bermula pada hari ini sahaja, 19 Julai 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

20 blogger yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan akan menerima kad raya dari Mia Liana. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Julai 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

3 SLE Supporters :):

Kad Raya

Akhirnya ...

July 19, 2014,9 Comments


Akhirnya settle.. Tinggal nak pos je^^

Boleh tahan la jugak tangan lenguh menulis alamat. Lupa.. Konon nak pos semalam.. Mana boleh! Terengganu Jumaat kan cuti.. Ahaks^^ Susun comel je kad raya ni, sebab bentuknya dalam bentuk poskad. Tak terlalu besar.. Pada semua, blogger atau bukan blogger, korang amik e-card hari raya nanti kat blog deno ya...^^

Nak print untuk semua tak mampu. Sabau je la... Btw doakan kad ni selamat sampai ke tangan tuan masing-masing.. In Syaa Allah ~


p/s: tahun ni paling banyak kot.. heee^^

9 SLE Supporters :):

Personal

Allah Ada

July 19, 2014,8 Comments

Alhamdulillah rezeki...

Itulah yang selalu disebut bila dapat tempahan untuk design. Walau tak sehebat designer lain coz deno takde pun basic AD tapi sebab minat punya pasal,.. Syukur seadanya ~

WIP

Tipulah tak pernah rasa nak kerja.. Rasa nak kerja macam kawan-kawan sebaya. Sahabat UiTM dahulu ramai dah kerja .. Ada yang kerja dengan bank, ada yang jadi auditor di audit company, ada jadi cikgu. Kami semua student accounting.. Fatin sambung ACCA, macam my sis Dayang Hanna.. Si fatin tu memang bijak daripada dulu, selalu tanya kat dia bila ada masalah.. hihi^^ Si Bad pulak jadi DJ kat THR, kerja kat Astro, Hidayah pula dah jadi auditor kat audit firm and kak Aziah dah jadi accountant kat Maybank. Hebat betul diaorang, dari dulu memang dah nampak otak power semuanya..! *rindu korang weyyy!*

Deno habis belajar stay kat rumah coz kekangan kesihatan, cari rezeki dengan lappy nih. Inilah yang dah tertulis rezeki deno dengan freelance walau tak banyak macam orang lain, deno syukur. Korang kerja setiap bulan masukk kan.. Hehe... Alhamdulillah, Deno tahu Allah plan terbaik untuk deno.. 

Jangan sedih, Allah kan ada :')


p/s: rezeki di mana-mana ~

8 SLE Supporters :):

Aisyah Pulanglah

Pulanglah

July 19, 2014,4 Comments

Seikhlasnya rasa sangat sedih.. terkejut...
Masih terasa sayu dengan kejadian menimpa MH17..

Sebak tatkala mendengar lagu "Pulanglah" daripada Aisyah...
Mengenangkan keluarga yang ingin pulang berhari raya..
Namun.. Allah sayangkan mereka...



Al-fatihah buat mangsa beragama islam dan takziah buat semua mangsa..

#prayformh17
#mh17

4 SLE Supporters :):

Susu

Susu Segar

July 18, 2014,19 Comments

Jarang jumpa dah sekarang susu ni.. Boleh pulak my sis, kak obiey post gambar susu segar ni kat group whatsappp da' dayangs.. Perghh terliur tau! Susu ni selalu gak minum zaman budak-budak!


Macam-macam perisa.. Oribiginal pun ada, tak silap ada jugak perisa strawberi kan? Hmm setakat hari ni kalau ke bazar tak jumpa pulak susu ni.. Pernah jumpa dadih segar je, ermmm tetiba anak tekak ni teringin minum susu ni...


p/s: pernah minum susu ni??

19 SLE Supporters :):

Malaysia Airlines

Pesawat MAS MH17 Terhempas Di Ukraine

July 18, 2014,2 Comments

Masih dalam terkejut, tergamam.. Kejadian yang tak disangka, kita masih lagi terasa dengan kehilangan MH370, terbaru pula dengan berita Pesawat MAS MH17 yang terhempas.. Adakah benar?

Mulanya deno pun tak percaya, mungkin khabar angin? Tapi bila lihat di Astro Awani, di twitter Perdana Menteri kita, di laman-laman sosial... Benarlah ..



Menurut sumer, Malaysia Airlines (MAS) dijadual mengadakan satu sidang media pada pukul 4 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang ekoran laporan dari Pusat Kawalan Udara di Ukraine yang mengesahkan pesawat MH17 terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)  dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia.

Pesawat Boeing 777 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (masa Amsterdam) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat (hari ini)

Pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.

Memetik sumber industri penerbanangan, pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan pesawat membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.



p/s: doakan yang terbaik...


2 SLE Supporters :):

Malaysia Airlines MH17

Ya Allah.. MH17

July 18, 2014,3 Comments

Sangat mengejutkan...  Speechless...






Ya Allah... 
Dugaan di dalam bulan Ramadan, 
Dugaan buat keluarga yang terlibat
Dugaan buat Malaysia ..... 
Takziah dan al-fatihah

#MH17
#prayforMH17


3 SLE Supporters :):

Masakan Kampung

Tetap Terbaik!

July 16, 2014,15 Comments

Hari ni dah 18 Ramadhan.. Dayang Deno beru pertama kali post gambar menu berbuka.. Ahaks^^ Kami satu family sepanjang Ramadhan ni tak pernah lagi berbuka di mana-mana restoran lagi... Seronok berbuka kat rumah, masakan sendiri ~


Nampak simple kan.. tapi WOW nikmatnya alhamdulilah.. Itu lah kan, moden macam mana pun menu berbuka puasa,  memang tak boleh lawan masakan kampung... Bak kata orang Ganu .. "terbaikkk bohh!! "

Ahaks^^


p/s: tak sabar nak tunggu semua kakak/ abang ipar/ anak-anak buah balik.. anak buah deno 3 orang je tapi kalau dah bergabung boleh meletup riuh macam sepuluh orang.. hihi^^


15 SLE Supporters :):

Segmen

Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...

July 16, 2014,10 Comments

http://www.bubblynotes.com/2014/07/segmen-raya-2014-bubblynotes-dengan.html
Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas ini dibawakan khas untuk uolss bersempena dengan Syawal yang bakal menjelma beberapa minggu jer lagi ni. ^_^... Dalam masa yang sama kira2 macam Blog E-Card dari Bubblynotes.Com kepada uolss jugaklah... Tak dapat or tak sempat nak hantar Kad Raya pakai pos, pakai Blog E-Card pun boleh juga ye tak??? Janji ucapan sampai... Sebab kalau nak diikut2kan iolss nak ajer hantar Kad Raya pada semua readers Bubblynotes yang selama ini sudi datang menjenguk dan membaca entri2 Bubblynotes.Com selama ini... Dalam masa yang sama segmen ini bertujuan nak rapatkan lagi silaturahim sesama weolss semua, follow memfollow serta blogwalking. Semua blogger tak kira baru atau lama, famous atau tak, retis atau tak, glam atau tak adalah dijemput untuk memeriahkan segmen ini. 10 pemenang akan dipilih oleh Pakcik Random.Org dan kesemua pemenang yang terpilih akan disenaraikan di dalam Bloglist Segmen Bubblynotes.Com bagi menggantikan Bloglist Segmen yang terdahulu. 

"Tarikh Segmen: 12/7/2014 sehingga 19/7/2014"

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com dan ADD TO CIRCLE G+ Farah Waheda Wahid
2. Buat entri bertajuk Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas... 
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.
Credit to MiaLiana.Com
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen entri ini. 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Random.Org. 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/7/2014 yang mana kemudiannya akan dimasukkan terus ke dalam senarai bloglist pemenang segmen. 

10 SLE Supporters :):

Design blog

Tempahan : Full Design Life Is Beautiful

July 16, 2014,10 Comments


Personal Blog
Full edit and design
Theme : Purple, pink and white
Link : http://mummyayu.blogspot.com

COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com


p/s: mucho gracias Mummy Ayu... ^^ Mummy Ayu yang sangat sweeeeetttt !

10 SLE Supporters :):

Design blog

Tempahan : Blog Eryna Health Care

July 15, 2014,4 Comments


Business Blog
Full edit and design
Theme : Pink, green and white
Link : http://erynahealthcare.blogspot.com/

COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com


p/s: terima kasih kak Fiza percaya dayang^^

4 SLE Supporters :):

Doodle Art

Kesian ....

July 15, 2014,10 Comments

Kesian my artbook tu, semenjak duamenjak ni tuan die busy.. Baru lukis sikit dalam tu, tak sampai 5 helai pun.. Hari ni pulak stress, release stress melukis ~


#doodleart
#doodle 
#dayangdenodoodle


10 SLE Supporters :):

Segmen

Pemenang Segmen Kad Raya DayangDeno

July 15, 2014,27 Comments


Terlewat pula publish.. Busy sket hari ni, huhu...Sebelum tu deno nak minta maaf sebab tak dapat beri semua kad raya ni, kad ni limit coz deno print pun tak banyak.. Maaf ya? Kosong-kosong...! ^^

Ok jom semak nombor korang kat SINI :)

Random.org :
95
56
14
112
115
69
25
71
87
24

Kepada penerima kad raya di atas, sila hubungi deno (nak alamat) sebelum/ pada 18hb Julai  dan jangan lupa berikan link penyertaan dan nombor link ya :)
FB : Blog DayangDeno
Email : pinky_deeno@yahoo.com


p/s: pada yang tak dapat jangan sedih ya, semua peserta akan dapat e-kad daripada deno^^


27 SLE Supporters :):

Hutang

Hutang

July 14, 2014,5 Comments


Tulislah walaupun nilainya kecil




5 SLE Supporters :):

Kad Raya

Kad Raya Dah Sampai!

July 13, 2014,21 Comments

Designed by Dayang Deno l Printed by Shida Ridzuan

Alhamdulilllah kad raya yang deno tempah print dengan kak Shida Ridzuan selamat tiba petang tadi. Ini kali kedua deno menggunakan services daripada kak shida dan hasilnya memang memuaskan! Kad raya ni dalam bentuk poskad, saiz 800 x 560px ^_^


p/s: i love doodle! *tetiba*

21 SLE Supporters :):

Family

Kena Lempang

July 12, 2014,6 Comments

Semalam berbuka di rumah my kakngah.. Then bermalam terus sebab nak luang masa dengan Adam Khaleef *my nephew^^

Adam Khaleef *gambar terbaru

Adam Khlaeef la paling happy coz cikcu tidur kat umah dia.. Semalam tidur pun dengan cikcu ni haaaa.... Tapi satu je la, ganas betul tido si Adam Khaleef. Adoii semalam  cikcu kena "lempang", haha.. Bangun sahur tadi tengok2 kaki dia pulak atas badan cikcu.. Berapa kali entah cikcu ni kena dush dush dek Adam Khaleef.. Berpusing 360darjah.. Nasib baik cikcu ni tak jatuh katil.. Sabar je la anak buah cikcu nih :p


p/s: ketiga-tiga anak buah ganas bila tidur.. hihi^^


6 SLE Supporters :):

Iklan Raya 2006

Jangan Buat Emak/ Ayah Macam Ni!

July 12, 2014,8 Comments

Iklan raya Petronas tahun 2006 yang sangat mendalam maksudnya.. Menginsafkan kita.. Pengajaran untuk kita semua, mesti korang pun ingat kan ..






**sayangi orang tua, hargai mereka.. siapalah kita tanpa mereka



8 SLE Supporters :):

Family

Tak Tahan

July 11, 2014,5 Comments

Lama tak bercerita pasla Adam Khaleef kan^^ Adam khaleef dah belajar puasa .. Tapi akhirnya..


Maybe sebab penat berjalan masa shopping baju raya.. Ahaks^^ Adam Khlaeef tahun ni berumur 6 tahun dan mula berlatih puasa.. Alhamdulillah nampak dia semangat nak puasa, tapi tak paksa kalau dia larat.. Biasa yang dia mengadu hanya dahaga^^

Tahun depan dah 7 tahun Adam Khaleef, sekejap je dah beso anak buah cikcu.. Nak dukung pun tak boleh dah.. heee^^


p/s: hari ni berbuka di rumah mykakngah


5 SLE Supporters :):

Segmen

Segment : Sally nak bagi kad raya!

July 11, 2014,2 Comments

Walaupun dah masuk era komunikasi pantas, tapi Sally tetap rasa yang kad raya tu sangat la best! Hahahaha...so, sempena Hari Lebaran yang akan tiba ni...Sally nak bagi kad raya kepada 20 orang yang bertuah! Kalau rasa nak kad raya, jangan lupa join ye!

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/07/segment-sally-nak-bagi-kad-raya.html

  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, Follw Instagram Sally (Kalau ada) dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet
  2. Buat satu entry bertajuk Segment : Sally nak bagi kad raya!
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  5. Sally akan gunakan khidmat Uncle Random.org untuk pilih ye...

    Credit to : Mialiana.com

    Segmen ini akan berlangsung dari 11/7/2014 sehingga 16/7/2014 (10pm)

2 SLE Supporters :):

Design Kad Raya

Kad Raya Maksu

July 11, 2014,13 Comments

My maksu tempah design kad raya doodle dengan deno, maksu nak grey theme ~

family maksu 

Maksu nak bagi kat anaknya ifa, cousin deno yang sekarang belajar di Jepun. Tahun ni tahun pertama dia kat sana, jadi tak balik raya .. Btw, beberapa hari lepas ada chatting dengan ifa, katanya sahur kat sana pukul 2pagi! Berbuka pukul 7lebih macam tu.. Alahai sian ifa, takpe ifa itulah dugaan di perantauan kan :)

**take care ifa san ^^


p/s: tahun ni raya tak cukup seorang sepupu


13 SLE Supporters :):

Photo

16 Gambar Keindahan Di Bulan Ramadan

July 11, 2014,9 Comments

Istanbul, Turkey

Beijing, China

Karachi, Pakistan

Berlin, Germany

Tehran, Iran

Sarajevo, Bosnia

Lagos, Nigeria

Nablus, Wast Bank

Tehran, Iran

Jakarta, Indonesia

Kuala Lumpur, Malaysia

Sanaa, Yamen

Herat, Afghanistan

Allahabad, India

Washington, DC


#pray4gaza


9 SLE Supporters :):