Resipi Kuih Cara Berlauk - Dayang Deno

3.7.14

Resipi Kuih Cara Berlauk

Antara kuih kegemaran deno bila tiba bulan Ramadhan ialah Kuih Cara Berlauk! Ada inti daging, besttt! Kalau nak pedas letak cili api.. Syok tau! ^^

Ok deno nak kongsi resipinya .. nanti bolehlah cuba ya:)


xxxxx

BAHAN-BAHAN

Bahan-bahan inti:
1- 1 cawan daging kisar
2- 1 labu bawang besar (potong dadu)
3- 1 ulas bawang putih (cincang halus)
4- 1 sudu makan rempah kurma
5- 1 sudu teh minyak
6- Garam secukup rasa
7- Daun bawang (hiris)
8- Cili merah (hiris)


Bahan untuk kuih cara:
1-2 cawan tepung gandum
2- 1 cawan santan
3- 2 cawan air
4- 1 biji telur
5- Garam secukup rasa
6- Pewarna kuning



CARA-CARANYA :

Untuk inti:
1- Tumis bawang dan rempah sehingga wangi / naik bau..
2- Masukkan daging dan garam.. Kacau dan biarkan mendidih hingga kering.
3- Angkat dan sejukkan.


Untuk kuih:
1- Adun semua bahan untuk kuih cara hingga sebati dan tapis.
2- Sapu rata acuan bahulu dengan minyak masak dan panaskan.
3- Tuangkan adunan ke dalam acuan. Masukkan sesudu kecil inti yang telah disediakan.. *Atas korang nak letak banyak mana, macam deno suka banyak.. kat bazar sikit je.. tak puas!

4- Taburkan hirisan cili merah dan daun bawang. Tutupkan adunan dengan penutup periuk.
5- Bila bahagian tepi dah berwarna kekuningan bolehlah angkat!^^



p/s: cuba jangan tak cuba ^^

19 comments:

  1. cik nur suka sangat kuih nie...g bazaar mesti beli :-)

    ReplyDelete
  2. my favourite...thanks for sharing deno...semangat ni nak buat...blom dapat lagi puasa ni...^_^

    ReplyDelete
  3. sedapnya..best jugak ni kalo buat sendiri..terima kasih resepinya :-)

    ReplyDelete
  4. Alahai sedapnya , nanti balik kampung nak cuba la buat. Dok sorang tak seronok nak buat.. tak feel.

    ReplyDelete
  5. kalo CT letak daging ada semua wakakaka.. suka daging tanak pedas sangat.

    ReplyDelete
  6. Wah. Mcm ni cra buat dia. Antara kuih feveret nih

    ReplyDelete
  7. Cuba? unlce cuba beli kat pasar ramadhan je la... hehe

    ReplyDelete
  8. Uncle Gedek apa barang beli suruhlah mem buat dah ada resepi tu hehe

    ReplyDelete
  9. my favourite kuih....nak buat....macam tak der masa je....hihi

    ReplyDelete
  10. my favourite kuih....nak buat....macam tak der masa je....hihi

    ReplyDelete
  11. Wah feveret kita. Boleh try buat kat umah ni :)

    Tiey singgah & klik nuff awak :)
    My recent post : Cpuv Ke-6: IKEA sale 2014

    ReplyDelete
  12. Adudu..sedapnye kuih ni. T_T

    ReplyDelete
  13. sedap cara berlauk nih..:)
    rajin kak dayang..hehehe..

    ReplyDelete
  14. akak suka kuih nie..orang panggil talam berlauk

    ReplyDelete
  15. adam tak suka sangat makan kuih ni hukhuk

    ReplyDelete