Salam Aidilfitri - Dayang Deno

28.7.14

Salam Aidilfitri

Betapa sibuknya bila nak hari raya..

Hari ni, seharian handphone, laptop dan segala gadget deno tak usik.. Bila semua bekumpul, semua rasa seronok sebab kami lima beradik kembali berkumpul setelah beberapa bulan tak berjumpa.. Deno la yang paling excited.. !
jom ambil e-card  di atas from deno.. *no watermark* klik untuk saiz sebenar dan save :)

Sangat excited! Malum aje la tahun ni first time raya ada abang ipar nombor 3 yang super sporting macam abanglong dan abangngah sebab tahun lepas deno beraya di hospital. Alhamdulillah walaupun  rasa kurang sihat, deno berjaya lawan tak sihat tu Ramadan tahun ini.. Syukur sangat-sangat! :')

Kesian juga ada beberapa orang rakan Lupus/ SLE yang beraya di hospital tahun ni.. Ada yang baru keluar ICU, ada yang SLE relapse.. Hmmm, dayang doakan korang semua cepat sihat ya.. Boleh rasa perasaan raya di hospital macam mana, pagi raya memang sayu dengar takbir raya.. T_T

........................

Di kesempatan ini deno nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan deno ingin mohon maaf sekiranya sepanjang perkenalan kita di alam maya ini deno ada buat silap dan salah dengan korang yang mungkin deno tak sedar... Maaf ya... (◕‿◕✿)



p/s: semoga keluarga mangsa tragedi pesawat #mh17, #mh370 dan penduduk di Palestin tabah dalam menghadapi dugaan Allah hari yang mulia ini....


3 comments: