August 2014 - Dayang Deno

31.8.14

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2014
August 31, 2014 8 Comments

Selamat menyambut hari kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia!!
"Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta"

Sama-sama kita doakan agar negara kita yang tercinta ini sentiasa dilindungiNya
dan kemanan negara kita kekal buat selama-lamanya... 

:')

#MalaysiaMerdeka
#merdeka57
#SayaSayangMalaysia
#disinilahirnyasebuahcinta

Reading Time:
Nombor Berapa
August 31, 2014 2 Comments
Biasa bila masuk emergency..
Kalau kite sakit kan doktor mesti tanya tahap kesakitan nombor berapa..


Deno bila tak tahan terus bagi nombor 10
Tu maknanya memang dah sakit sangat-sangat ...
Pernah sakit sampai menangis.. Itu memang dah terlampau sakit
Biasa boleh tahan lagi.....

Pernah sesak nafas sakit sampai tak dapat bercakap last2 tak sedar apa..
Rupanya doktor "hantar" kat planet marikh.. hahaha :p


p/s" kenal pasti tahap kesakitan anda ^^



Reading Time:
Ranking Alexa #1
August 31, 2014 7 Comments
Dulu pernah sekali je update mengenai ranking alexa ni..
Ni baru nak mula balik... heee...
Lama benar rasanya tak tengok rank blog

Errrr..



Bila tengok ranking blogger Mialiana, Hasrul Hassan, Eradz.. Maintain je, memang terbaik!^^ Dalam hati kecik ni teringin jugak, tapi apakan daya tuan empunya blog ni busy memanjang. Kesian blog pun dianaktirikan.. hahah.. Nampaknya kena usaha lebih sikit :p

Aim nak blog rank lebih baik, insyaallah satu hari nanti. Kalau global tu rasa macam susah je kan.. hihik^^ Harap impian ini akan menjadi kenyataan :)



Reading Time:

30.8.14

Esok Dateline
August 30, 2014 3 Comments
Pejam celik pejam celik esok dah dateline!
Ada satu je lagi belum hantar


Bos baik sangat.. Sepatutnya submit akhir bulan 6 baru2 ni... tapi bos sangat bertimbang rasa, semua busy dengan artwork  jadi bos tangguhkan sehingga akhir bulan ni iaitu esok.. Deno dah siap awal dah, dah submit lama dah  cuma ada satu task je lagi belum buat iaitu untuk profile^^

Insyaallah malam ni hantar^^


p/s: tetiba rasa excited ^^

Reading Time:
Kenduri
August 30, 2014 3 Comments
Semalam serba pink :)

Sekarang musim kenduri kan.. 
Sepupu deno berderet-deret kahwin
Yang semalam ngan hari ni si kakak dan adik
Then bulan 9 dan 10 nanti pun ada lagi 
Seronok pulak tengok pelamin cantik2  :)


p/s: my sis balik hari ni.. weeeee...^^ 

Reading Time:

28.8.14

Dah Macam Main Masak
August 28, 2014 8 Comments
Bila tiba waktu dressing lepas capd... Erkk ok my "laziness" selalu datang.. 
Ehem miss dayang jangan malas-malas, nanti doktr babab! :p


Kadang-kadang dah rasa macam main masak.. hihi^^
Kita main...  campak gauze, tuang iodin secukup rasa *ada cara yang betul yaaa
Then pegi cuci tangan 7 step selama 5 minit, bersih2!
Ingat.. hygiene diutamakan! 
Opss..! Sebelum tu  jangan lupa wearing your masuk hokeyy


Reading Time:
Segmen BlogWalking bersama RedBellas
August 28, 2014 21 Comments
klik banner

Support segmen dari blogger Red Bellas. Jom kita support segmen blogwalking Read Bellas, di samping mengeratkan ukhwah dan meningkatkan trafik blog.. weeeee^^



Due: 16 September 2014




Reading Time:
Bila Hujan Lebat
August 28, 2014 7 Comments
Kenapa www.dayangdeno.com tak berupdate ni...
Kesian my supporters datang entri sama je...
Tak patut.. tak patut....

Alkisahnya hujan lebat, berserta angin kencang dan petir
Blackout... Semalam pun blackout
Kesan hujan lebat line tenet deno ni merah
Dua hari merah.. Merahhhh je

Akhirnya tadi ia bertukar kuning
Means? Dah okey la... hihiiii
Harap ia terus kekal macam tu...


p/s: lega lega lega, dapat sambung design^^ 



Reading Time:

26.8.14

Segmen Blogwalking Pink Ladies 2# : 48 Hour Marathon
August 26, 2014 12 Comments
Klik banner

Perempuan dan pink tak dapat dipisahkan. Deno sendiri pun minat pink... Dari budak-budak sampai sekarang, masih minat pink. tak dapat berpisah... hihi^^


Reading Time:

25.8.14

Terapi
August 25, 2014 19 Comments

Diri kita memang tak boleh lari daripada stress

Tak boleh lari dari perasaan sedih, geram dan kadang2 rasa macam nak makan orang tu sebab geram kan.. Hihiiii... Kadang2 bantal pun boleh jadi tempat lepas geram

Deno.. Bila stress and deno rasa deno tak boleh nak luah kat sape2, deno akan ambil pensil, ambil artwork book then mula lukis. Tak kisah lukis apa pun.. Bila mula melukis stress deno akan hilang. Dah jadi macam salah satu terapi buat deno  .. Maybe terbawak-bawak habit melukis sejak zaman budak.. Almaklum la deno duk hospital pun melukis kejenye :p


p/s: lukisan kat atas deno buat pagi tadi^^

Reading Time:
Hampir Bulan September
August 25, 2014 11 Comments


Counting days....

Empat bulan lagi...  kita dah nak masuk tahun baru.. 
Seperti tahun-tahun yang lalu, aim deno tetap sama
Aim deno awal tahun untuk tahun ni ialah ZERO ward..
Since tahun1999, sehingga tahun 2013 ... setiap tahun admitted
Sekarang dah nak masuk bulan September, harap aim tahun ni tercapai...
Insyaallah :)


Reading Time:
Promote Bloggers #Part6
August 25, 2014 14 Comments
Reading Time:
Tergoda
August 25, 2014 4 Comments

Ini kes tengok CH AFC, Razif dalam rancangan Best In The World. Boleh pulak dia makan blueberry cake yang gebu, lembut.. Tergoda betul! Apa lagi terus cari kek kat Secret Recipe.. Tak tahan dah.. haha.. Last makan kek chococote ni last month masa birthday anak buah ^^

Macam biasa, favourite deno Chocolate Indulgence^^ Dapatlah makan kek puas2, heeee... Makan sepotong ni pun dah kenyang sampai ke malam :)


p/s: alhamdulillah^^


Reading Time:

24.8.14

Errr ....
August 24, 2014 4 Comments
6am..

My mum bersantai buat bekpes..
Anakanda ni pun sekali la...
Almaklum ler anak bongsu ni je yang duk umah :p

Duk borak-borak tetiba my mum tanya ................


And i was like.... 

*bunyi cengkerik* 
And then terus deno tergelak.. 
Tetiba je dapat soklan cepumas 
Hihihi ... bonda.. bonda ....
Ini pun bila teringat rasa nak gelak balik :p


p/s: errr


Reading Time:
Glitter?
August 24, 2014 4 Comments

Let it go..
Let it go..

Ops! Itulah doodle inspirasi daripada Frozen, mula la sambil buat sambil nyanyi. Alkisah dua hari lepas  dapat tempahan daripada customer untuk dijadikan sticker semasa birthday anakandanya. Doodle ala-ala Elsa macam dalam citer Frozen tapi bertudung :)

Haaaa amik sekali dengan glitter uolls.. Sebenarnya tak la glitter sangat, boleh la kan...^^


p/s: sambung nyanyi.. can't hold it back anymore.. let it go.. let it go...

Reading Time:

23.8.14

Risau
August 23, 2014 8 Comments

Ma risau, ma susah hati. Ma cakap ma risau kat deno duatigapat hari ni.

Kenapa my mum risau? Alkisah kes deno kurang makan. Selera nak makan kurang, deno makan nestum, makan roti sekeping dua. Entah. Tak lapar. Hari ni deno just minum nestum secawan. Deno rasa okey je, cuma semalam badan panas sket... 

Ma risau, anakanda ni biasa je. Biasa la deno, kadang2 pelik sket selera, next week ni okey la.. Heee...


p/s: please jangan risau ma, adik sihat


Reading Time:

22.8.14

Tempahan : Blog Nia Emkay
Malaysia Berkabung
August 22, 2014 6 Comments

Hari ni hari berkabung untuk seluruh rakyat Malaysia
Hari bagi memperingati mangsa-mangsa #MH17.
Semoga keluarga mangsa tabah dengan dugaan ini dan salam takziah buat seluruh keluarga mangsa ....

#MH17
#takziahMH17
#MalaysiaBerkabung
#MH17dalamkenangan


Reading Time:

21.8.14

Berderet-Deret
August 21, 2014 2 Comments

Tadi duk kira-kira kenduri sepupu... Ramai sepupu kawen ni, berderet-deret... Tarikhnya semua ada dalam bulan ini, bulan Septermber dan bulan Oktober. Minggu ni, busy la rumah ayahngah sebab next week dah majlis... Kira total sepupu kawen, banyak gak hadiah nak beli ni^^


p/s: memang musim kawen eh sekarang..?


Reading Time:
Promote Bloggers #Part5
August 21, 2014 14 Comments
Reading Time:
Art Kufi From BFF
August 21, 2014 6 Comments
Lama deno tak share cerita bff deno kan, my beloved AyuCandy :)


Deno dapat hadiah Art Kufi daripada Ayu Candy! Yeay! Cantik kan..... Setiap art yang Ayu buat mesti cantik, dia memang terkenal dengan bakatnya sejak zaman kami sekolah.. Arghhh rinduuu!!! :')

Kalau dulu korang boleh melawat blog candygirl nih, tapi sekarang ayu dah private blog. Hanya deno boleh lepak kat blog Ayu Candy and dapat tengok awan bergerak yang ayu buat kat blog die... hehe.. Memang special coz tak pernah deno jumpa blog yang ada awan bergerak cantik macam tu, blog ayu je ada ^^ Haaa tertinggal cerita kami? Klik SINI ^^


p/s: and she is my bff :)

Reading Time:
Malam Ni
August 21, 2014 2 Comments
Alahai tak tahu macam mana nak buat, mood nak buat design ke laut.. 
Entah-entah dah sampai ke laut dalam. 
Takde idea, feel nak buat design pun entah ke mana. 
Semua lari.. tak larat nak kejar...  :p
Entah kenapa semua kerja tak jadi, ni baru on laptop. Siang tadi tengok laptop pun menyampah.. haha.. Ni kes rindu kat kakaks, rindu bff... rasa nak naik KL tapi tak dapat green light daripada abah. Abah jarang nak bagi anakanda bongsu travel sesorang..Risau sangat die.. Hihi^^

Malam ni belum mula design blog kot, esok la.. Rasa macam... Ermm.... Malam ni just lukis2 sambil duk nengok movie^^


p/s: harap petang esok tak hujan, bolehlah jadi mermaid ^^


Reading Time:

20.8.14

Bila Petang
August 20, 2014 4 Comments

Semenjak dua menjak ni, petang je mesti hujan..

Pagi ok, matahari terang.. Tapi bila dah nak masuk pukul 4 petang, mula gelap, dah mula guruh. Deno rasa dah masuk 5 hari kot macam ni. Petang mesti hujan. Alhamdulillah sejuk sikit coz sekarang ni panasnya melampau dan pelik kan. Sekurang-kurangnya sejuk sikit, basah sikit rumput-rumput... tanah.... :)


p/s: tempat korang hujan tak?


Reading Time:
Wordless Wednesday : It's Okey
Tu Je
August 20, 2014 5 Comments

Al kisah petang tadi yang tak larat

Kepala pun rasa berat je.. Seharian just minum Nestum, tu je boleh telan. Then ubat. Ubat pun lewat.... Tadi abah belikan makanan, baru boleh telan. Entah kenapa badan ni selalu buat hal dua tiga hari ni.. Maybe coz HB deno low, huhu.. Baru ni HB (hemoglobin) deno 7 je.. Tu pun dapat ceramah dari doktor HB low sangat, pernah HB deno 5, nasib baik tak admit wad.. haha :p

Alhamdulillah sekarang rasa okey sket^^


p/s: ma pun pelik deno tido awal semalam.. hihi :p


Reading Time:
Berpulut Kuning
August 20, 2014 6 Comments
Last 2 days ma and abah buat pulut kuning.. Baru nak upadte, muehehe... Perghhh banyak gak deno  makan, maklum la dah lama tak rasa pulut kuning. Memang best, lain kali boleh request ma buat lagi^^

bahagi pulut pada jiran2 dan saudara-mara

My mum and abah memang nak bahagikan pulut kuning pada jiran2 dan saudara-mara... Bukan dalam majlis je boleh ada pulut kuning kan..kan.. kan... Kadang2 breakfast pun ada ^^Pulut kuning and gulai ikan tongkol serta telur. Kadang2 ada gak orang buat makan ngan gulai daging, deno semua boleh.. dah namanya pulut memang suka makan dengan gulai^^ 

**Ehem2.. Kaklong, kakna, kak obi di sinun jangan jeles yer.. Muahahaha *gelak kejam kat kakak di kl :p


p/s: sekali-sekala buat pulut jamu jiran dan saudara mara ^^


Reading Time:

19.8.14

Jom Support Lupus Awareness .. bah :)
August 19, 2014 5 Comments
Walk-aPayung! Weeeee... Kali ni Sabah Chapter!!^^ Wahai orang-orang Sabah... Jom semua kita support Lupus Awareness dengan menyertai Walk-a-Payung! :)

Jom luangkan baca masa baca info Walk-a-Payung from my friend @ Sabah :)



Persatuan SLE Malaysia, Sabah Chapter will be holding Lupus Day Awareness and a walkathon with opened umbrella, called the Walk-A-Payung (WAP) on Saturday, 20 Sept 2014 at 7.00 am to 4.00 pm

The WAP will flag off within thevicinity of UMS KK, where about 4000 UMS students and about 350 participants inclusive of patients, their families members and members of the public will walk a distance of about 1.5km with opened umbrellas to create awareness that SLE patients have to avoid the sun. There will be a Talk on SLE, exhibitions of informative posters and display of video about SLE, health screening by UMS medical students, blood donation campaign. The PSLEM WAP is a healthy and fun program that brings together patients, family members, friends and people from all walks of life to walk towards recognition of the existence of SLE. Donations to Persatuan SLE, Sabah Chapter are welcome and are tax exempted. Please join PSLEM Sabah Chapter in celebrating the 1st WAP and to mark the remarkable biggest crowd of participants ever walking in uniformed color of T-shirts and umbrella. Registration fee of RM50 & above will get a purple color T-shirt and a UV protection umbrella. For registration, please contact Jean Chan hp 012-8133338. Please contribute towards a charity project. 


Your kind support is very valuable. Thank you very much

PSLEM Sabah
Email : pslemsabah@yahoo.com


p/s: support Lupus awareness :)

Reading Time:
Art From Budoxe Lee #Part3
August 19, 2014 3 Comments
Weeee... Dapat lagii...!
Bertambah koleksi art daripada Budoxe Lee untuk deno^^


Comey kan, Lee lukiskan deno tuuu... Hihik^^ Art trade bersama Lee. Kenapa takde kaler? Sebabnya tema kali ni memang just macam ni. Kalau korang terlepas, bleh tengok art yang deno lukiskan Lee kat SINI :)

Thanks Lee for this art^^


Reading Time:
Tempahan : Blog Story Nadya
Bila Abah Tak Sihat
August 19, 2014 3 Comments
Abah jarang.. Jarang sangat tak sihat. Abah macam tu la, orang yang sangat cool dan suka buat lawak dengan anak-anak.. Nampak garang, tapi anak-anak je tahun ayahanda macam mana.. Heee^^

Sesuai sangat jadi polis dulu, muka serius. Orang yang baru kenal semua cakap abah garang tapi .... Hikhik abah saya ni orang yang paling penyayang hokeyyy ^^


Al-kisah abah tak sihat 5 hari lepas.. Bermula la kisah abah kurang sihat, demam dan sakit2 sendi. Kesian abah demam on and off, then jadi tak larat. Abah pun lesu, biasa paling lama demam pun 2 hari pastu dia mesti okey balik. Kali ni lain.. Risau tau!

Tapi macam tu la demam on and off.. Pagi okey, bila nak petang demam. Anak-anak dah risau, my mum lagi la risau. All kakak kat KL semua dah risau, maklum la musim denggi kan sekarang... Tapi macam tu la, walaupun ke klinik abah tetap tak sihat. Risau sangat terus bawak ke hospital. Terus ke emergency

Lama jugak abah jumpa doktor, sejam lebih kot.. Alhamdulillah takde apa.. Lega sangat-sangat, just ambil ubat je. Dia jarang tak sihat, bila abah tak sihat risau sangat-sangat!

Ahaks teringat masa kat emergency, borak ngan abah, biasa adik je masuk emergency terus naik wad, hihi.... kali ni abah, nasib baik tak serius.. Hihik ;p


p/s: selepas 5 hari alhamdulillah abah okey dah^^ 


Reading Time:

18.8.14

Artline Style
August 18, 2014 7 Comments

Sebelum ni deno biasa lukis doodle macam ni dalam versi digital, guna software.. Kali ni doodle in artline style... Just guna beberapa jenis artline dan saiz, then siap! Kena praktis gak jari2 ni guna pensil dan artline nanti duk guna "tikus" je, tak pasal2 keras jari :p


p/s: art is fun

Reading Time:
Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com
August 18, 2014 28 Comments

Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 18 Ogos 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Reading Time:
Doodle Family Kak Farah
August 18, 2014 5 Comments

Last buat doodle family masa Hari Raya Aidilfitri.....

Ini doodle family terbaru tempahan daripada kak Farah :) Kak Farah inginkan doodle family yang berpakaian raya... Deno nak siapakan segera coz petang nanti nak g swimming pulak @ Pusat Akuatik Kuala Terengganu, dah seminggu lebih tak pegi.. Huhu hari ni kena pergi jugak! :p


p/s: berenang itu sunnah 


Reading Time:
Promote Bloggers #Part4
August 18, 2014 23 Comments
Reading Time:
It's Ok

17.8.14

I Wonder

16.8.14

 Migrain Menyerang
August 16, 2014 6 Comments
Sebelum ni macam biasa, boleh tahan..
Tapi hari ni sakitnya lain..

Migrain ni kan biasa sakit kuat kat sebelah  kepala je kan.. Tapi petang tadi dah jadi sakit dua2, kiri kanan sakit berdenyut, memang tak jadi buat kerja.. Badan pun jadi tak larat. Fuh nasib baik tak melarat, pernah kena migrain sampai admit hosp.. huhu^^ Sekarang ni kalau migrain deno tak amik ubat apa dah.. Just letak minyak angin, then tidur.. Alhamdulillah memang menjadi dan berkurangan..^^


p/s: nasib baik tak melarat ^^


Reading Time:

15.8.14

Saya Sayang Malaysia
August 15, 2014 9 Comments

Anda dari negeri mana?
Jom ambil dan viralkan sempena kemerdekaan negara kita :)

^_^

















kredit to admin

#SayaSayangMalaysia
#merdeka57

Reading Time: