Bebel Lewat Malam... - Dayang Deno

4.8.14

Bebel Lewat Malam...

Anakanda bongsu setia di sisi ayahanda dan bonda tercinta...


Eceh dah macam kiasan orang lama-lama kan.. Btw sebenarnya all my sister dah pulang ke KL berkerja..Tinggalah adinda bongsu... Nasib baiklah ada sorang my little nephew **Adam Khaleef yang tinggal kat Terengganu jugak.. Hujung minggu minggu dak kecik tu datang la main ngan cikcu die ni^^

Diriku bersama ma dan abah.. Adinda bongsu pun kerja, berkerja mengadap laptop ! Buat design sampai naik juling mata.. hihi^^ Btw esok deno dah mula design. Ops, sekarang pun dah mula sebenarnya... 

. . . . . . . . . . . . . . . . . 

Tadi deno ditugaskan buat flyers untu Majlis Hari Raya nanti. Baru je tahu tadi, jadi memang kena siapkan jugaklah coz Dr. Asmah nak print esok..

Alhamdulillah suara dah pulih.. Dari suara Bumblebee, ke suara Optimus Prime.. Sekarang dah dapat balik suara Dayang Deno, itulah penangan raya... Macam mana suara tak hilang, setiap rumah serve ais je...huhu

Esok deno ke hospital lagi, tapi bukan sebagai patient. Deno ditugaskan jaga booth Lupus/ SLE di klinik MOPD, Pusat Rawatan Harian, HSNZ.. Korang yang ada kat Terengganu jom ler, booth kami bukak pukul 9am^^

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang SLE/ Lupus jom la.. Bleh jumpa deno sekali kat situ, haha... ^^


p/s: Lupus, learn about it ~


2 comments: