September 2014 - Dayang Deno

30.9.14

Berniqab
September 30, 2014 6 Comments

Kali ni tempahan doodle berniqab pula^^

Doodle ni inspirasi daripada koleksi jubah-jubah dalam bisnes Busana Muslimah Kak Dila... Ada beberapa jubah yang kak Dila ingin deno lukis dalam bentuk doodle. Cantik jubahnya, bertemakan bendera Palestin .. Bukan jubah je, sarung lengan pun sama :)

Ada beberapa lagi doodle perlu disiapkan... Insyallah esok settle, then boleh sambung design blog :)

COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com
Instagram : @dayangdeno
Facebook : Dayang Deno Art

Reading Time:
Lupus Fact (2)
Yeay Nasi Lemak!
September 30, 2014 7 Comments

Tajuk entri macam tak pernah makan nasi lemak..! Hahah :p
Bukan apa...  Maklum aje la nasi lemak makcik tu sedap
Sepanjang duk sini jarang kakak sempat beli, hari ni sempat pulak dia...
Plus deno memang jarang makan nasi lemak untuk bekpes.. heeee^^

Nasi lemak yang jenis simple, hanya sambal ikan bilis dan telur rebus. Tanpa lauk tambahan tapi super duper sedap paling sedap part pedasnya tu.. Fuhh bila beli awal2 dapat makan panas2 kan bertambah la sedap... Deno rasa nasi lemak ni paling sedap kat area Bandar Sri Damansara ^_^


**jarang2 update awal pagi sebab lappy memang dah tutup, hari ni terlebih rajin pulak :p


Reading Time:
Giveaway Baik Punya Anjuran Sweet Mom Blog
September 30, 2014 2 Comments
klik banner 



Saya suka Sweet Mom Blog kerana banyak info2 kesihatan :)

Hadiah :
  • Hadiah tempat pertama Vaucer Jaya Jusco bernilai RM 50.00 + Free Gift
  • Hadiah tempat kedua Vaucer Jaya Jusco bernilai RM 30.00+ Free Gift
  • Hadiah tempat ketiga Vaucer Jaya Jusco bernilai RM 20.00+ Free Gift

Tamat : 2 Oktober 2014
Reading Time:
ESR
September 30, 20140 Comments
Kali ni deno nak berkongsi mengenai ESR.


Biasanya my doctor akan buat blood test iaitu FBC untuk full blood count. Dalam tu termasuk pelbagai jenis count termasuk ESR untuk kita tahu sama ada SLE aktif atau tidak :)

. . . . . . . . . . . . . .


CRP,  C3, C4, LDH , RP/LFT , AST/ALT , VBG , FBC  , CSF FEME

FBC ( Full Blood Count )
**ni nak count darah merah, darah putih, platelet dan lain2


ESR  (Erythrocyte Sedimentation Rate )
Test ni mengukur berapa pantas cell darah merah jatuh ke bawah tube darah
ESR ni biasa nya akan di ukur bsama2 C3,C4 n CRP ( C-Reaction Protein )

Macam mana nak tau bacaan ESR kita normal atau tak?

  • lelaki bawah 50 tahun      < 15 mm/jam
  • lelaki atas 50 tahun          < 20 mm/jam
  • wanita bawah 50 tahun    < 20 mm/jam
  • wanita atas 50 tahun        < 30 mm/jam

**Jika ESR lebih daripada 20, it means SLE aktif.. If SLE aktif, doctor biasanya akan naikkan dos ubat untuk stabilkan kembali pesakit dan "slow" kan SLE daripada aktif. Almaklum je la, kalau SLE aktif, ia boleh menyerang apa sahaja organ pesakit dan boleh bawa kerosakan kepada organ tersebut. Paling bahaya ianya boleh membawa maut...  SLE, it's unexpected!


p/s: untuk mendapat penerangan yang lebih lanjut, deno suggest korang bertanya pada doctor ya... ini yang deno tahu dan faham melalui my doctor kat IPHKL dulu^^


Reading Time:

29.9.14

Good Friends
Kira BMI
September 29, 2014 7 Comments
Dah lama tak check BMI.
Biasa check tru online je...
Last deno check tahun lepas
Senang je tru online letak tinggi dan berat

My BMI...  Errr....


Still underweight... Memang tak dapat dah nak capai target my dietition nak berat 40kg tu.. Memang takat ni je berat. Hihik :p

Korang pun boleh check BMI kat >> SINI << :)


Reading Time:
Segmen Blogwalking Bersama Bazlia Amoza
Luang Masa
September 29, 2014 3 Comments
Kesian anak buah deno ni
Weekend baru dapat sama2 lama
Waktu sekolah pun bukan lama ..
Jarang dapat luang masa ngan cikcu dia sorang nih.
Nak buat macam mana, balik sekolah mesti duk child care..
Petang baru dapat jumpa.. Semalam kaklong bawak kitaorang kuar jejalan^^

sama beso je kan :p

Bila kuar memang kami jalan berdua.. Dah nampak macam adik-beradik, sama tinggi jejalan berpimpin je tangan. Cuma cikcu ni pakai mask. Almaklum aje la cikcu mudah sakit bila duk kat ramai orang, doplohpatjam ngan mask bila keluar :p

Tahun depan dah darjah nam budak nih, makin tinggi ikut mama papa die. Cikcu pulak umo 25 sama beso ngan anak buah darjah 5. Macam mana tu... Hihihi :p


Reading Time:

28.9.14

Support Local Artist/ Designers
September 28, 2014 9 Comments
Ramai juga yang join kempen ni..

"Support Local Artist/ Designers"

Mula tu deno tak perasan kat group Doodle Malaysia, then nampak ramai yang buat. Bro Faiz, salah seorang doodler otai kat group pun ada ajak join. Apa lagi kan... Amik kertas A4, amik Artline 7.0... SIAP!

I support Local Artist/ Designers

Sebenarnya dah siap semalam lagi, tapi rasa segan.. Hihik... Almaklum la semua otai kan kat situ...... Terasa kecikkk sangat diri ni.. 

Tapi bro Faiz cakap join je. Bro Faiz cool and humble sangat walaupun dia sangat awesome! Heeee... Syok tau masuk group Doodle Malaysia ni coz ianya 1Malaysia. Apa yang paling best semua otai friendly dan sporting. Memang best and I love it! ^_^


Reading Time:
Promote Bloggers Lagi
September 28, 2014 10 Comments

Promote bloggers lagi? Yup! Tapi kali ni hanya untuk bloggers yang mempunyai followers below 1000 yang dua hari lepas deno mintak link kat page DayangDeno. Untuk entri Promote Bloggers yang biasa deno buat tu, deno buat next time ya ^^ Ok, jom kita terjah kawan2 kite ni^^


http://mrpolie.blogspot.com/
http://d-sweetblackcurrant.blogspot.com/
http://jnjikita.blogspot.com/
http://meinnameisthazrina.blogspot.com/
http://wani-siulatbuku.blogspot.com/
http://cahayaalammaya.blogspot.com/
http://nia-emkay.blogspot.com/
http://ehhzafirah.blogspot.com/
http://kumahuitu.blogspot.com/
http://www.mayangbakingmadness.blogspot.com/
http://www.misihamil.com/
http://smilingsafieqa.blogspot.com/
http://fatihahfazlin333.blogspot.com/
http://www.ummihealthy.com/
http://www.nooraziemah.blogspot.com/
http://caramudahhamil.com/
http://ceritamayapersada.blogspot.com/
http://www.delimazamrud.my/?m=1
http://natikah1997.blogspot.com/
http://terriblelyou.blogspot.com/
http://aniesaahmad.blogspot.com/
http://www.dhiyaafraabella.com/
http://www.djmgroup.com.my/
http://thesunshinesgirl.blogspot.com/
http://aadhirahfarhana.blogspot.com/
http://adna2029.blogspot.com/
http://www.lindosh.com/
http://aqilahsigadisnovel.blogspot.com/
http://qaseh-delima.blogspot.com/
http://eiynasiblogger.blogspot.com/
http://aimanliyanasamat.blogspot.com/
http://zatyjupiter.blogspot.com/
http://www.labahlabahkenit.blogspot.com/
http://ddiamondvitshop.blogspot.com/
http://www.macammacamproduk.blogspot.com/
http://geeazielove4eva.blogspot.com/
http://cammylia.blogspot.com/
http://mommiesafiyyah.blogspot.com/
http://najaha-abdillah.blogspot.com/
http://www.lahcollection.blogspot.com/
http://strawberrysgurls.blogspot.com/
http://ummi2m2s.blogspot.com/
http://realiticikpin.blogspot.com/
http://nazatulanis92.blogspot.com/
http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/
http://uminaemah.blogspot.com/
http://myownlifemyself.blogspot.com/
http://bluepinkiey.blogspot.com/
http://isyapurple.blogspot.com/
http://supplementandyou.blogspot.com/
http://www.prettymommythoughts.blogspot.com/
http://www.cekgunorazimah.com/
http://www.suesopian.com/
http://blognajwazulkefli.blogspot.com/?m=1
http://www.zukidin.com/
http://duniazumal.blogspot.com/
http://www.norazua10.blogspot.com/
http://inlove-wanda.blogspot.com/
http://whatever-ville.blogspot.com/
http://amad-jalanan.blogspot.com/
http://www.ibuhana.com/
http://hidayahbtmohamad.blogspot.com/
http://abdulwalidali.blogspot.com/
http://www.mummysupplementshop.blogspot.com/
http://wan-sarah.blogspot.com/
http://myimpiannaad.blogspot.com/
http://alia-ali-ahmad.blogspot.com/
http://www.sihatgojes.blogspot.com/
http://pixiecandygirl.blogspot.com/
http://kakikerja.blogspot.com/


Jom kita jadi blogrunner.. eh? :p


Reading Time:

25.9.14

The Versatile Blogger Award
September 25, 2014 5 Comments

Deno nampak ramai juga blogger yang buat entri berkenaan The Versatile Blogger Award ni. Tak sangka deno pun salah seorang yang kena tag. Deno ditag oleh Mrs A. Salah seorang blogger newbie tau... Jom kita terjah Mrs. A!^^

x x x x x x


7 fakta mengenai DayangDeno:

1- SLE LN Stage IV patient
2- Sangat sangat sukakan warna pink
3- Suka melukis
4- Suka senyum :)
5- Peminat tegar tudung bawal
6- Peminat tegar Nick Vujicic
7- Geli dengan cicak


x x x x x x

Ok mari kita lihat siapa yang kenaaaa.... :p


Syarat2 untuk VBA ni senang je..
1. Ucap terima kasih kepada sesiapa yang telah memilih blog u ollss...
2. Letakkan link blog mereka
3. Tulis 7 fakta tentang diri anda
4. Pilih 15 blog yang anda follow dan calonkan kepada VBA


p/s: tiada paksaan untuk blogger yang jadi mangsa tag deno.. hehe.. 


Reading Time:
MAMA
September 25, 2014 6 Comments
Photo: Layan citer MAMA @HBO 431

Ini kali ke tiga tengok filem MAMA

Malam ni ada pulak kat CH HBO 431. Syok jugak layan cerita seram malam-malam ni.... Tapi deno rasa dah tak berapa seram pulak citer ni sebab dah banyak kali tengok. Sarah Aina ni asal ada hantu "mama" je rapat ngan cikcu ni... hihi

Kadang2 usik anak-anak buah macam Lily panggil MAMA.....

Ingat tak cara Lily panggil MAMA dia.. "mama.... mama... mama...."


Reading Time:
Naruto
September 25, 2014 5 Comments

Alkisah sorang kakak tempah gambar Naruto

Tapi kali ni lain sket sebab nak Naruto yang pakai topi graduation. 
Baru sempat share sebab sebelum ni entri autopublish je .....
Amacam jadi tak Naruto? Cuma dia baru graduate ... hihik :p


Reading Time:
Ranking Alexa #2
September 25, 2014 4 Comments
Hampir sebulan selepas deno update ranking alexa..
Baru nak tengok balik perkembangan blog dayangdeno..
Kalau korang terlepas boleh tengok kat SINI

Untuk hari ni ranking alexa my blog :)


Sumber : SINI

Korang pun boleh check ranking alexa blog kat SINI

Alhamdulillah ada improvement sikit. Excited bila tengok ranking makin baik walaupun baru sikit.. Heeee...  Thanks to my mentor kak Mia Liana^^

Minggu ni tak berapa nak sihat, semua entri pun pun autopublish je.. hehe .. Mujurlah sekarang dah okey... :p Errmmm dah capai target ranking alexa bawah 2000. Sekarang ni target bawah seribu pulak. Harap dapat la capai target.. hehe.. Thanks jugak kat korang yang selalu datang and support dayangdeno :)



Reading Time:
Feeling Better
September 25, 20141 Comments

Seminggu ni yang kurang sihat..

Memang rasa tak best sebab tahun ni rasanya adalah tahun paling sihat deno rasa, tak macam sebelum ni. Then tetiba demam macam tu .. Hampir seminggu jugak. Memang risau sebab salah satu tanda SLE flare ialah demam.. Alhamdulillah syukur tak melarat  cuma yang dua hari lepas tetiba jadi demam panas melampau. Naib baik kan deno tak admit hospital :)

Hari ni dah rasa lebih baik. Tapi belum mula designing, masih dalam mood rehat. Insyaa Allah dalam duatiga hari lagi boleh sambung. .. Terima kasih korang yang mendoakan dayangdeno!! (。♥‿♥。)


Reading Time:
Ada Hikmahnya....
September 25, 2014 8 Comments

Allah bagi kita sakit ada sebabnya
Deno dah lama tak sihat macam baru-baru ni..
Biasanya kalau tak sihat pun sekejap je
Bila tak sihat dapat deno rehat, badan betul2 rehat .....
Semua kerja deno hold dulu.. Dah macam dapat MC dari majikan
Alhamdulillah customer faham.... :')

Cuba bayangkan kalau deno ada majikan
Perkerjaan yang sentiasa memerlukan deno di sana
Plus ramai yang tak faham dengan SLE/ Lupus 
Then tiba-tiba jatuh sakit yang memerlukan cuti panjang
Tentu susah kan bila orang tak faham
Bahaya bila patient stress cozz SLE mudah flare
Deno pun kadang-kadang teringin nak berkerja macam kawan2 satu kampus dulu
Tapi bila difikirkan balik semua ini ada hikmahnya kan....
Allah dah aturkan yang terbaik  :')


#autopublish


Reading Time:
Wordless Wednesday : Let Go

24.9.14

Wordless Wednesday : Lupus Fact
Wordless Wednesday : And Teacher Says ...
Wordless Wednesday : Dulu Dan Sekarang
Wordless Wenesday : I Don't Look Sick
Baru Sedar
September 24, 2014 6 Comments

Alkisah semalam..

Deno kurang sihat, badan lesu.. 
Memang "pengsan" lepas telan ubat..
Entah macam mana sampai deno lupa nak makan..
Balik dari hospital yang deno ingat deno telan ubat .. Tu je
Deno baru sedar deno tak makan apa-apa sejak subuh sampai la pukul 9.30pm
Yang hairannya bangun petang tak rasa lapar....
Deno sedar tak makan pun baru je.... Tu pun masa kakak duk minum kat dapur
Then terus cepat2 makan roti....hihi....  Macam mana la boleh lupa makan
Seharian perut kosong :p

Reading Time:

23.9.14

Alahai Ayahanda Bondaku Sayang
September 23, 2014 8 Comments

Risau

Alkisah semalam yang high fever tu.... 
My abah and ma risau .... risau sangat
Pukul 11 am tadi dah fly and dah ada pun kat sini 
Biasa anakanda bongsu demam sikit pun dah risau
Demam kuat lagi la risau sebab biasanya bila demam panas deno admitted 
SLE pun mudah flare bila demam on adn off macam sebelum ni
Macam semalam doktor nak tahan tapi deno taknak... hehe :p

Alahai ayahanda bondaku sayang .... Adik tak apa-apa ♥ ♥ 

x x x x x x x x


**Itulah ibu dan ayah kan .....................


Reading Time:
Terpaksa Ke Hospital
September 23, 2014 10 Comments
Alkisah semalam 3 am


Sebelum tu dalam 10.30pm tu dah rasa sejuk. Demam dah datang balik, badan rasa sejuk tapi suhu badan makin naik. Deno check suhu badan dah naik ke 38.3. Memang rasa tak best badan....

Sebelum tidur telan dulu ubat. Masa nak tidur pun susah sebab rasa sejuk je last2 terlena. Tapi dalam 3am macam tu, deno jadi sejuk melampau sampai menggigil. Badan dah panas sangat, check lagi suhu badan dah 39.9! Bahaya coz kalau orang jenis tak tahan dah boleh sawan atau pengsan kan

Kaklong dah risau, tepon ma ngan abah.. Terus ke hospital..... Ada buat blood test and doktor nak tahan masuk wad tapi deno taknak! Hehe.. Deno cakap takpe bagi ubat then deno monitor sendiri demam. Mujurlah doktor tak paksa. Yeay! Bagilah ubat apa pun dayangdeno boleh telan.. Heeee^^

Harap2 lepas ni semakin sihat ...^^


x x x x x x x x


**Ramai rakan Lupus yang tanya kot2 my SLE active. Tapi deno rasanya tak, fuh mintak dijauhkan!! Ini sekali sekala encik demam nak datang berkawan ngan deno kot.. Nak bagi deno rehat.. heeee :p


Reading Time:

22.9.14

Faham
September 22, 2014 9 Comments
Sememang awal-awal deno dah inform kat page DayangDeno.

Deno tak boleh rushing, biasanya kalau customer nak cepat2 deno tak terima ,, Faham kan deno macam mana, dengan CAPD lagi, penat jugak buat CAPD ni sebab 4 kali setiap hari.... Kadang2 tak sihat yang tiba-tiba

Macam sekarang ni demam yang .. ermm deno rasa boleh lah^^


Mujurlah boleh dikatakan 90% customer dayangdeno faham dengan dayangdeno macam mana. Diaorang takde push2, nak cepat, marah...

Kebanyakannya akan minta deno buat biasa je.. Jangan stress... Itulah yang buat rasa  speechless dengan customer sebab diaorang faham. kadang2 lewat siap, tapi diaorang cool je. Itu yang buat rasa terharu sangat...

Ada juga customer yang dah jadi macam kakak, sampai sekarang masih berhubungan. Pengalaman kena buli dek customer pun ada cuma tak la ramai .... Tapi deno dah lupakan pun. Buat apa simpan dalam hati kan^^

Kadang2 tak sihat tapi siapakan jugak sebab rasa kesian kan. Lama tunggu. Macam sekarang ni ramai yang faham, deno hargai sangat :') Thanks to all my beloved customer^^


**thanks jugak korang non stop datang melawat dayangdeno... insyaa allah dayangdeno pergi kat blog korang ya :)


Reading Time:
Lama Tak Buat Fb Cover
September 22, 2014 15 Comments
Dah berapa bulan eh, lama tak buat FB Cover ......


Dapat order daripada Kak Dila.. Kak Dila bisnes busana muslimah. Mula tu memang no idea, almaklum sebab lama tak buat fb cover ni. Biasa buat untuk diri sendiri punya fb je^^

Dah beri gambar pada Kak Dila and she like it! Alhamdulillah walaupun lama tak buat, Kak Dila approved. Sekarang nak buat profile picture pulak. Sori Kak Dila sebab lewat.... Pagi tadi memang tak bukak lappy langsung....

Hari ni dah boleh settle :)


Reading Time:
Dua Kali!
September 22, 2014 4 Comments
Hari ni hari ke tiga demam.


Dah mula risau. kenapa demam belum sembuh. demam on and off. Telan ubat ok la kejap, then demam balik. Sebelum ni pun demam sehari dah sihat dah, ini tidak.... Kaklong pun dah risau

Ni pun baru lepas makan ubat. Apa yang deno risaukan ni... Sebelum ni dua kali deno mimpi masuk hospital sebab sakit! Errr .. Ini yang tak best ni

Mula la fikir bukan-bukan.
Harap2 mimpi tu just mainan tidur... kan

Hihiiiiii :p


Reading Time:

21.9.14

Tak Suka
September 21, 2014 6 Comments

Sebenarnya semalam lagi, lepas majlis tahlil tu rasa tak sedap badan je. Kakak pun cakap badan macam panas tapi deno tak layan sangat sebab siang tu ok je...

Tak suka bila demam sebab mesti sekali ngan joint pain. Ni pun bernafas rasa hangat je.... Tak larat tapi bolah tahan lagi. Harap esok ok la ni, sekali sekala tak sihat maybe sebab badan nak suruh rehat kan..

Nak rest jap sebab nanti nak sambung designing.. Adehh la kesian customer coz designer diaorang ni macam ni.. Almaklum la badan kalau letih melampau mudah demam. Huhu nasib baik jugak diaorang faham :')


** Dah telan ubat ^^


Reading Time:
Giveaway 2014 Mialiana.com
September 21, 2014 11 Comments


Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....
Reading Time:

20.9.14

Roti
September 20, 2014 19 Comments
Biasa kan ramai di antara kita breakfast dengan roti canai, nasi lemak, nasi minyak, kuih muih, macam-macam kan.. Deno duk sini jarang2 sebab kakak busy, busy sangat.. Kalau dia free sket dapatlah rasa^^

Ingat tak nasi lemak sedap tu,baru dua kali rasa sepanjang duk sini, breakfast biasa makan roti. Stok roti slice memang wajib ada :)


Buatlah macam mana pun roti tu... Paling senang just sapu peanut butter atau jem strawberi tu. Kadang2 buat roti celup telur. terlebih rajin goreng telur buat benjo. Itulah breakfast. Tak pun cicah roti ngan nescafe.

Kadang-kadang kan, boleh je sehari tu just makan roti sekeping. Deno pun hairan kenapa tak rasa lapar.. Nasib baik la my mum takde kat sini, kalau tak dia pulak yang risau walaupun anakada ni ok je..... hehehe

**Nasib baik diri ni peminat roti, hari2 makan roti pun takpe ^^


Reading Time:
Segmen : Saya Sayang Blog Saya
September 20, 2014 13 Comments
http://www.ayuinsyirah.my/2014/09/segmen-saya-sayang-blog-saya.html
>> KLIK <<

Segmen ringkas

Mudah je cara nak join
Nak tahu> Korang klik banner kat atas :)


due date :  10pm @ 30/9/2014


Reading Time:

19.9.14

Your Own Choice

18.9.14

Doodle Style Baru
September 18, 2014 27 Comments

Jarang kan deno lukis doodle macam ni....

Doodle ni inspirasi dari Vlogger Karim Metwaly
He is an Arabic yang tinggal kat New York
Paling suka dengan video INI :)

Btw doodle ni spontan deno lukis.. 
Tak jadi sangat pun lagi2 part beard tu.. perlu banyak practise
Tapi walaupun style baru, doodle dayangdeno yang biasa tu tetap ada....
Ni just suka2 je :)


Reading Time:
Jerebu?
September 18, 2014 3 Comments
Petang-petang santai, cuaca hari ni cerah.


Cuma deno aje la tak boleh nak teman anak buah duk main kat luar sebab sekarang ni jerebu. Jerebu yang tak kuat, masa keluar ngan my sis pun nampak sangat cuaca tak bersih.. 

Risau sebab last year admit hospital sebab jerebu jugak. Sebelum tu deno kat KL seminggu, balik Terengganu terus admit. Raya pun kat hospital.. Sabo je la ..

Sebenarnya boleh kalau nak keluar tapi perlu dalam bangunan, kalau nak jalan2 kat luar kena pakai mask. Kaklong lagi la risau, kalau tak pakai mask siap kena ceramah panjang lebar lagi sebab mudah sakit. Lagi2 Lupus patient yang sensitif, mudah sangat jatuh sakit..

Korang pun jaga diri tau :)


Reading Time:

17.9.14

Segmen Blogwalking Lestari
Siti & Sally The Sisters Closet Dress Giveaway!
September 17, 2014 2 Comments
Sempena pembukaan butik online yang dijalankan oleh Sally dan juga kakak, kami dah sepakat untuk menghadiahkan sehelai dress yang akan dipilih secara rawak untuk pembaca blog Sally..So, girls...what you waiting for..?


  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, Follow Instagram Sally (Kalau ada + optional) dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sisters Closet
  2. Tolong klik SITI - SALLY - THE - SISTERS - CLOSET - DRESS - GIVEAWAY
  3. Buat satu entry bertajuk Siti & Sally The Sisters Closet Dress Giveaway!
  4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  6. Sally akan gunakan khidmat Uncle Random.org untuk pilih ye...Hanya SEORANG PESERTA yang akan dapat sehelai dress.
  7. Giveaway akan berlangsung daripada 16th September 2014 - 19th September 2014
Credit : Mialiana.com

Reading Time:
Stand Strong And Unstoppable
September 17, 2014 2 Comments
Finally deno dapat kesemua buku Nick Vujicic, complete 4 buku.. Yeay!


Sebelum ni deno dah ada dua buah buku Nick Vujicic.. Buku berkisarkan tentang hidupnya plus ada banyak nasihat dan memberi inspirasi. Macam-macam cerita tau.. Dari dia mula dilahirkan sehinggalah sekarang, semuanya memberi inspirasi pada kita. Memang tak rugi baca buku dari Nick Vujicic ^^

Teringin sangat nak jumpa Nick masa Nick datang Malaysia pada 23 May baru-baru ni tapi belum ada rezeki... I adore him! Selain buku, Nick pun ada lagu.. Boleh dengar lagu Nick Vujicic "Something More" yang memberi inspirasi kat SINI :')


Reading Time:
Tertukar
September 17, 2014 2 Comments



Inilah akibat bila makcik dan anak saudara sama 

Kalau masa dia kecik2 senang la, sekarang dia pun dah darjah lima, sama besar dah ngan cikcu ni haaa... Dia sama tinggi ngan deno, sama kurus, rambut sama panjang. Perangai pun lebih kurang je, hahah... Kalau duk bersama kat mana2 mesti kaklong tertukar yang mana satu anak, yang mana satu adik.

Bezanya cuma cikcu ni pakai spec.. Hihik.. Sekarang rambut memang betul-betul sama panjang. Plus rambut kami ni lurus je, memang selalu orang dalam rumah ni tertukar... Hihik..


p/s: jap je baso anak2 buah ni

Reading Time:
Again
September 17, 2014 3 Comments

Okey... again...

Baru je citer dapat kids meal ...
Semalam masa kuar ngan my sis kaklong and kakna
Sebelum tu singgad kat Chicken Rice Shop
Errr dapat lagi menu macam ni
Menu untuk kanak-kanak
Alahai ..... Comel je menu ni
Menunya macam story book ... Nice ^^


Reading Time:
Wordless Wednesday : Hope

16.9.14

Sambung Kisah Empat Sekawan
September 16, 2014 10 Comments
Masih belum selesai...
Deno baru selesaikan slide ke 14...
Nak sampai ke slide 48 semput jugak ni.. hihik :p


Masih dengan kisah empat sekawan iaitu Ahmad, Ahdab, Darwish dan Darwisha. Arabic Learning untuk kanak-kanak. Setiap slide ada kisah yang berlainan antara mereka dan deno buat based on story Kak Lina. Boleh tahan jugak mencabar, satu slide pun bukan sekejap.. Lenguh ngadap lappy nih... =.=

Buku 6 dan 7 belum mula. Itu pun belum tengok berapa slide... Erm nantilah habiskan buku 4 dan 5 ni dulu kan^^


p/s: makin bertambah buku, makin banyak pulak slide dia... fuhh


Reading Time:
Selamat Hari Malaysia
September 16, 2014 3 Comments

Selamat Hari Malaysia buat semua rakyat Malaysia!

Marilah sama-sama kita mendoakan agar negara yang kita cintai ini sentiasa
dilindungiNya dan kekal aman sampai bila-bila... :')


p/s: selamat bercuti

Reading Time:

15.9.14

Dayang?
September 15, 2014 6 Comments

Gambar ni dari my bro in law, abangngah

Abangngah ke Langkawi baru2 ni.. Outstation sana..
Dalam banyak2 gambar .. Gambar kata atas tu yang menarik perhatian deno
Boleh pulak dia snap gambar tulisan "DAYANG" tu je....
Al maklum la my kakngah pun "Dayang" kat depan.. Kakngah : Dayang Ella
Apa lagi kan bila ke sana bergambar sakan la kan.. hihik :p


p/s: ermmm tak pernah ke sana... abangngah cakap best :)

Reading Time:
Bila Weekend
September 15, 2014 5 Comments

Ahaks cerita last saturday...
Macam biasa tiba weekend mesti hangout ngan kakna
Semua keje kan.. weekend laa nak dating pun ..
Tapi bab paling letih bila tunggu kakna shopping... Adehhh la ..
Nasib baik adinda ni penyabar orangnya... hehehe


Reading Time:

14.9.14

Kids Meal?
September 14, 2014 11 Comments
Alkisah masa hangout dengan my sis, kak hanna.
Ok kak hanna ajak lunch kat Chilis.. Deno ikut je..
Baru je duduk terus deno dapat menu ni .... Errr..


Terus tergelak.. Hihi dapat kids meal lagi! Ops lupa, saya masih kanak-kanak bawah umur... kikiki.. Mula la feeling jadi kanak-kanak ribena ^^.

Paling suka ayat kat menu tu : It's as easy as  A B C! :p



Reading Time:
Simple Segmen By Ainim Rashihah
September 14, 2014 3 Comments
Assalamualaikum...

Hari cuti begini, Ainim nak buat simple segmen khas buat pengikut dan juga pembaca blog AinimRashihah.blogspot.com. Segmen ni kita main klik klik je tau.

Syarat segmen pun mudah sesangat.
1 - Buat satu entri dengan tajuk "Simple Segmen By Ainim Rashihah"
2 - Terbuka untuk pengikut dan pembaca blog ini. Kalau belum, sila follow dulu ya.
3 - WAJIB klik setiap link 'This' di bawah ini.
4 - Copy coding yang diberi ini, dan paste ke HTML. Dah siap ikut semua step, Tinggalkan URL            penyertaan di kotak komen dibawah ini ya.

Segmen ni berlangsung sampai hari Ahad, 14 September 2014, jam 8pm je ya. Dah nama pun simple segmen kan. Selamat bersegmen semua.
Reading Time:
Tempahan : Blog Furmon