Terpaksa Ke Hospital - Dayang Deno

23.9.14

Terpaksa Ke Hospital

Alkisah semalam 3 am


Sebelum tu dalam 10.30pm tu dah rasa sejuk. Demam dah datang balik, badan rasa sejuk tapi suhu badan makin naik. Deno check suhu badan dah naik ke 38.3. Memang rasa tak best badan....

Sebelum tidur telan dulu ubat. Masa nak tidur pun susah sebab rasa sejuk je last2 terlena. Tapi dalam 3am macam tu, deno jadi sejuk melampau sampai menggigil. Badan dah panas sangat, check lagi suhu badan dah 39.9! Bahaya coz kalau orang jenis tak tahan dah boleh sawan atau pengsan kan

Kaklong dah risau, tepon ma ngan abah.. Terus ke hospital..... Ada buat blood test and doktor nak tahan masuk wad tapi deno taknak! Hehe.. Deno cakap takpe bagi ubat then deno monitor sendiri demam. Mujurlah doktor tak paksa. Yeay! Bagilah ubat apa pun dayangdeno boleh telan.. Heeee^^

Harap2 lepas ni semakin sihat ...^^


x x x x x x x x


**Ramai rakan Lupus yang tanya kot2 my SLE active. Tapi deno rasanya tak, fuh mintak dijauhkan!! Ini sekali sekala encik demam nak datang berkawan ngan deno kot.. Nak bagi deno rehat.. heeee :p


10 comments: