Rindu - Dayang Deno

10.10.14

Rindu

Sunyi ...

Waktu macam ni, sunyi.... Sunyi sangat ..
Tiba-tiba terbayang sahabat dunia akhirat deno : Ayu :')
Terus klik blog gulagulaberacun miliknya
Sekarang blog ayu dan private, hanya sahabatnya yang dapat baca...

ayu

Kami banyak persamaan, kami suka pink, kami suka kucing, kami minat art, kami anak bongsu, kami lahir bulan mei, ibu kami guru, bapa kami polis..  banyak lagi persamaan kami.....

Ayu, satu-satunya sahabat yang bagiku benar-benar sahabat... Kukenal pada awal 2004 di SMKSS Kuala Terengganu. Bermula saat itu, kami menjadi sahabat. Sahabat yang sangat akrab.

Rindu.. Rindu yang hanya Allah tahu. Bila ingat awak Ayu, air mata jernih ni mudah menitis. Saya tak tahu kenapa bila lihat gambar awak, hati saya mudah tersentuh.. Mudah pecah kolam air mata saya ni. Awak terlalu baik ayu, sangat baik. Jika dikenang zaman kita belajar sama2, waktu susah senang, awak sentiasa ada... Sampai sekarang pun, awak sentiasa ada walaupun kita jauh

lama kita terpisah, tapi awak sentiasa "dekat". Tiap kali saya ada masalah, awak sentiasa ada.. Ya Allah.. Air mata ni suka mengalir bila saya terkenangkan awak.... Saya rindu, sangat rindu. Saya ingin jumpa awak, peluk awak erat-erat!

Mungkin kalau kita berjumpa, saya tak tahu apa akan jadi. Mungkin "banjir". Saya luah kat sini pun dah lenjun baju saya

Tiada. Tiada lagi saya jumpa sahabat sebaik awak..

Kadang-kadang saya takut sangat, takut kehilangan awak.. Kerana saya tiada lagi sahabat yang benar2 sahabat seperti awak dalam dunia ini

Tadi  tiba-tiba datang pada saya wajah awak. Niat nak tutup laptop terbantut. Terus saya bukak blog awak, fb awak... Saya lihat satu2 gambar awak, rindu sungguh... T_T

Ya Allah.. Kenapa saya sedih sangat ni .. Saya tak tahu, tiba2 perasaaa ni datang..Entah kenapa pagi air mata ni laju sangat mengalir. Mungkin inilah dikatakan rindu seorang sahabat, semakin saya lihat gambar awak, semakin laju air mata ni

Ya Allah, kumohon agar Kau jaga dan lindungilah sahabatku Ayu Nurhaslina di sana.. Hanya dia sahabatku, benar2 sahabat .....

Ayu, kita bersahabat buat selama-lamanya... Lillahi Taala ...


**Dear awak, thanks for being my bestfriend and thanks for coming into my life.. *hugsss* :')



11 comments:

  1. Saya doakan semoga persahabatan Deno & Ayu hingga ke syurga. insyaAllah. amin :)

    ReplyDelete
  2. Klau jd Ayu mesti dah terharu ni. Hehe

    ReplyDelete
  3. npe deno? kwn deno ni kat mn??

    ReplyDelete
  4. indahnya tali persahabtan yang penuh dengan kasih sayang.

    ReplyDelete
  5. deno ada seorang sahabat yang baik..alhamdulillah..semoga persahabatan kalian kekal selamanya

    ReplyDelete
  6. Terharu dengan entry ni. Sebak :') InsyaAllah, persahabatan kita hingga ke syurga. Amin! Hugs!

    ReplyDelete