Salam Aidiladha 2014 - Dayang Deno

5.10.14

Salam Aidiladha 2014

For the first time in my life..
Raya Aidil Adha kat Damansara 


Sebulan stay rumah kaklong, sebenarnya nak balik awal tapi kebetulan next week cousin kahwin kat Kuantan. Plus abah risau deno balik sorang naik bas, fuh susah nak dapat green light dari abah kalau deno sorang2... Then baru2 ni kan tak sihat, lagi la abah and my mum risau.. Tu pun deno takmo masuk wad.. Haha :p

Tapi alhamdulillah deno dah okey sekarang^^ So, deno terus je duk umah kaklong sampai cousin deno kawen next week. Nanti balik Terengganu dengan abah ma dari sana ^_^

Ermmm, first time dalam sejarah hidup deno... Deno tak beraya kat Terengganu. Kakak kat sini tak dapat balik beraya, jadi beraya dengan family kaklong and sekali ngan kakhana.

Rasa janggal pun ada, almaklum tak pernah raya korban kat sini. Tapi tadi kaklong and abanglong ada buatkan rendang ayam, kuah kacang, nasi  himpit. Tadi pun ada beli lemang

Berbeza kat Terengganu kan, malam raya mesti ada saudara datang bawakkan lemang, tak perlu beli macam kat sini. Lemang yang dapat pulak biasa panjang2! Sini pendek sket..

Tak sama tau kemeriahan kat Terengganu, kat sini pun macam sunyi sebab ramai jiran balik kampung kan..

Tadi abah pun call, my mum buat nasi tomato untuk raya esok!! OMG!! My favourite....! Kalau nasi tomato my mum, deno yang kurang selera makan boleh makan banyak. Alahai rugi tak dapat makan, bukan selalu ma buat nasi tomato.. Terbayang-bayang ayam masak merah my mum tu, daging masak kurma...... fuh!

Perghhh duk menaip ni pun dah kecur rasanya, terliur sangat2! Biasa kat Terengganu selepas ke masjid, semua berkumpul kat rumah nenek, makan-makan, sekali dengan sepupu duk berkumpul. Deno ada sorang je nenek, satu-satunya nenek.. Then, sampai ke petang jiran-jiran,  beberapa orang kampung datang dengan daging lembu korban....

Lain, sangat lain dengan suasana kat sini..

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha
Maafkan segala salah dan silap ya.....


8 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidil Adha!! :)

    ReplyDelete
  2. Memang berbeza sgt. Huhu. Salam AidilAdha kak Deno. Balik nanti jgn lupe rekues nasik tomato. Hahaha.

    ReplyDelete
  3. dah follow blog dayang deno . nanti follow blog saya erk lpas ni .. tQ

    ReplyDelete
  4. salam aidiladha deno
    hehehehe pengalaman beraye kat tpt org mmg tak same...

    ReplyDelete
  5. Salam Aidiladha!

    jom jumpa lagi Deno...last time sebelum balik terengganu :P

    ReplyDelete