She's Gonna Be Alright - Dayang Deno

17.12.14

She's Gonna Be Alright

Image result for alone girl"

17 December, da date that i'll never forget.. 

Alhamdulillah it's have been 16years Lupus and me. Sekejap je masa berlalu kan. 17 December.. Result biopsy menunjukkan deno mengidap Lupus or Systemic Lupus Erythematosus (SLE) class IV. And it's sad when my doc masa tu Dr. Lim Yan Ngo beritahu abah and ma, dayang hanya ada 5 tahun untuk survive.. Yes, sedih sangat. Even masa masa tu deno berumur 10 tahun, deno faham apa maksud doktor bila doktor cakap deno hanya ada masa 5tahun. 5 tahun untuk hidup, 5 tahun untuk buat apa yang deno suka. Tapi abah ma tak pernah give up dengan deno. Syukur alhamdulillah.. selepas 16 tahun dengan izin Allah, serta doa dari semua deno masih di sini.


Ma dan abah orang yang sentiasa ada di sisi deno. Mula2 sakit, 4 bulan di Institut Pediatrik... Tak sangka 4 bulan di sana. Macam-macam dah rasa, kena tebuk tu jangan cakaplah. Bila nangis sebab tak tahan sakit, ma mesti minta deno sabar. Yes deno tahu semua tu untuk kebaikan deno kan. Wad KK1, banyak kenangannya. Deno femes sebagai robot kat situ sebab all the wayar and tiub kat leher. Kepala keras je even berjalan coz takut that wayar tertarik. Memang teruk rasanya with all the treatment. But teruk-teruk sakit masa tu, deno masih bertuah Allah berikan masa 10 tahun sihat sebelum sakit. Tak seperti baby Chong Ko Hong. Masih ingat baby Chong Ko Hong, he's my very bestfriend di Wad KK1. Baby yang sakit sejak lahir, but he is very strong. Even dengan wayar berselirat kat tubuh dia, dia suka ketawa and senyum. Chong Ko Hong akan ketawa bila nampak deno, maybe sebab deno yang macam robot? Yes i'm a robot with da wayar and tiub kat leher dan badan... **Masih terbayang2 baby Chong Ko Hong... macam mana agaknya dia sekarang, deno harap dia membesar dengan sihat dan menjadi orang yang berjaya .. :')



Thanks to Kopi Soh, my new friend @doodle malaysia coz bagi peluang pada deno untuk donate my art for da kids yang nasibnya quite similar dengan deno, sakit di usia kanak-kanak.



It's not easy .. Deno tahu rasanya berbulan-bulan di hospital with all da painful treatment. It's sucks. Dulu deno habiskan banyak masa di katil dengan melukis, melukis ialah aktiviti harian deno selain ubat and other treatment.  I hope da kids will be happy with all da art:)



Banyak kenangan di KK1. Pernah rasa give up, Tuhan sahaja tahu. Pernah suatu hari keluar juga semua apa yang terpendam dalam hati, basah my mom with all my tears. Hari tu rasanya bengkak mata sebab menangis. Masa tu sedih, hopeless, give up semua ada... Tapi Alhamdulillah deno redha and terima sakit ini.



16 years with Lupus..



Lupus, it's INVISIBLE. Why it's invisible illness? Sebab memang orang tak nampak dengan mata kasar. "Dia" bersembunyi di dalam badan patient. Bahayanya bila "dia" aktif, "dia" boleh serang apa sahaja organ patients. Kemudian terjadilah kerosakan pada organ-organ yang boleh mengakibatkan kematian. Once SLE aktif dah macam war, kita kena fight!



SLE pernah attack my kidney, otak, sendi, kulit, jantung and darah. Kesan dia memang teruk. In my case kesan paling teruk ialah kidney, both of my kidney rosak sebab SLE. That's why deno perlu treatment dialisis (CAPD) setiap hari untuk ganti my kidney yang rosak. Satu lagi, bila dah invisible.. Hmm it's hard to explain to someone who has no clue, its a daily struggle being pain or feeling sick on the inside while you look fine at the outside. Itulah.. Dulu, selalu kena sindir, orang ejek, dimalukan di depan kelas, macam-macam! Cikgu pun tak faham. Yes, orang susah nak faham. Orang nampak deno normal macam orang lain tapi orang tak pernah nampak macam mana patient terbaring di hospital, terbaring di icu. Orang hanya tahu judge. Hati ni kalau boleh nampak, dah banyak sangat luka  dan parut sebab mulut orang. Dari zaman sekolah rendah, sehingga universiti mulut orang memang tak boleh tutup. Sabar..



Lupus patients bukan  perlu kuat untuk berperang dengan sakit tapi perlu kuat dengan orang ramai. That's why kebanyakan Lupus patients ni kuat sebab bukan dugaan sakit je, tapi dugaan dengan orang persekitaran yang tak faham.



Tahun ni deno rasa tahun paling baik, deno rasa lebih baik. Kalau tak sihat pun, tak teruk sangat. Rasa syukur walaupun dengan CAPD yang memenatkan setiap hari dan semua ubat yang perlu deno ambil seumur hidup.. I am blessed for having such a loving & supportive family. Deno nak achieve target tahun ni zero ward. If so, means deno dah pecahkan rekod coz sebelum ni. Sejak tahun 1999 - 2013, every year deno masuk wad sebab sakit teruk. Kali terakhir ditahan di ward ialah tahun lepas, malam raya admitted. Raya pun kat hospital, sedih betul. Kesian my family, pagi Hari Raya Aidilfitri tu semua berkampung kat hospital. Ermm it's a few days left sebelum masuk tahun baru kan. Deno harap deno ZERO ward and kekal sihat. In syaa allah!



Thanks to my beloved abah, ma and all my kakak : kaklong, kakngah, kakobie, kakna yang sentiasa ada, yang sentiasa layan and jaga adik bongsu yang nakal sorang ni. Tak lupa thanks to all my doctors, nurses and friends yang sentiasa support DayangDeno. May Allah bless all of you.,Lillahi Ta'ala :')

. . . . . . . . . . . . . 



She looks into the sky

And all the tears are dry

She kiss her fears goodbye

She's gonna be alright ~~





6 comments:

  1. u will be alright :D
    hehe ingat tak apa yg qila ada send dkt ig tu ekekeke

    ReplyDelete
  2. Deno seorang yang tabah dan kuat! Ramai lagi yang sokong deno kat luar sana :)

    ReplyDelete
  3. People will say anything they want, but it won't hurt us,
    not if we don't let it come in and destroy our soul.

    You are one strong girl,Deno.
    and I know you will stay strong...forever :)

    ReplyDelete
  4. Sye takkan tau kalau tak kerana post Allie. T^T. Kuatkan semangat.

    ReplyDelete
  5. Nice blog ..
    I come from Indonesia, please visit my web www.kreasimelati.com

    ReplyDelete
  6. Kak Deno kena kuat..bertahan selagi boleh bertahan.Aja-aja fighting!

    ReplyDelete