Design blog

Tempahan : Cheery Merry Dream Shop

February 28, 2014,7 Comments


Business Blog
Full design
Theme : Soft pink, pastel colour
Link : http://mairamanja87.blogspot.com

COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com


p/s: thank you kakmaira percayakan deno :)



7 SLE Supporters :):

Personal

Lambat

February 27, 2014,2 Comments

muka tension buat kerja

Very the g... r.... r.... and r!!!

Amboi slownya line mengalahkan siput! Tapi update jugak walaupun merangkak-rangkak! :p Tadi pun buat blog customer menguji kesabaran.. Akhirnya siap juga! Nanti deno share ya.... *tersengih sebab berjaya siap* :)



p/s: broadband maxis ni selalu macam ni.. hmmm lambatnya P1 balik.....

2 SLE Supporters :):

Lupus

Rashes??

February 27, 2014,3 Comments


Rashes??? Beware on it becoz it might be Lupus ...

Deno terjumpa artikel SLE ini di dalam Majalah RAPI.. Lupus sangat bahaya jika dipandang ringan, sometimes tanda-tandanya dah ada tapi kita tak sedar pun, deno pun dulu macam tu.... Jadi, deno nak share dengan korang lebih banyak tanda-tanda SLE, jom klik link ini -->> Gejala SLE


p/s: deno SLE Lupus Nephritis Class IV since deno berumur 10tahun

3 SLE Supporters :):

Muhasabah Diri

Syukurnya Aku...

February 26, 2014,7 Comments

Sedih tengok kisah adik Lily Syuhada di Bersamamu @ TV3 tadi... Dia ada tumor dan hilang penglihatan selepas operation... Deno teringat pula kenangan deno pada akhir 2012.. my SLE aktif dengan ESR 120 ++

Satu ketika betapa sakitnya badan ni sampai kepala pun sakit.. Lebih sakit dari migrain, berdenyut-denyut. Sangat-sangat sakit.. Bila sakit kepala dah hilang, sebelah kepala membengkak, tak tahu kenapa. Sebulan di hospital.. Selepas discaj, deno ditransfer ke pakar surgical. Bila diperiksa, doktor cakap ada kuman dalam kepala (di bahagian bengkak) dan doktor suggest untuk operate... Perasaan masa tu hanya Allah tahu betapa takutnya diri ini sebab di klinik SOPD, semua patient yang buat operation di kepala duduk di atas wheelchair, ada juga yang lumpuh...



Then ada seorang akak tu, anaknya baru 3 tahun, dia jumpa doktor sama dengan deno. Masa tu deno pun hairan kenapa pandangannya kosong, hanya ke depan dan dia duduk di atas wheelchair juga.. Bila dia jumpa doktor barulah deno tahu dia juga hilang penglihatan akibat operation di kepala akibat tumor, sama dengan adik Lily Syuhada.. kesian sangat dengan akak tu, deno pun tengok ada sorang MO masukkan jarum dalam kepala akak tu sedut cecair dalam kepala, deno nampak sebab masa tu deno pun dalam bilik doktor tu... Masa tu, selera makan terus hilang bila tahu doktor nak operate kepala deno.. Terbayang akibat yang macam-macam... Tapi abah minta tangguh 2-3 minggu dahulu sebab nak cuba berubat tradisional..


Alhamdulillah selepas 2 minggu bengkak di kepala makin surut.. Bila ke hospital semasa nak buat ct scan, doktor cakap tak perlu buat dah... Alhamdulillah lega sangat-sangat sebab operation tak jadi, syukur sangat-sangat...! Tadi bila lihat adik Lily Syuhada dalam Bersamamu, deno teringat kenangan kepala hampir dibedah.... 

Ya allah syukurnya aku......


p/s : semoga adik lily Syuhada tabah dalam menjalani kehidupan yang akan datang...........


7 SLE Supporters :):

Doodle

Nantikan!

February 25, 2014,7 Comments

Alhamdulillah ...

Kerja urgent deno dapat siapkan juga, kerja penting sebab ianya melibatkan event yang agak besar juga. Mula-mula deno dapat offer rasa nervous, segan pun ada sebab deno biasa-biasa sahaja.. Nak kata designer hebat jauhlah..Tapi alhamdulillah diaorang beri kepercayaan pada deno :)

Event bulan 5 nanti :)

Do not copy/grab/crop/edit my artwork. Any action without permission is strictly prohibited.
 Thank you for your cooperation.



p/s: nantikan ya.... deno akan share dengan korang event tu, korang pun boleh join :)


7 SLE Supporters :):

CPUV

Selepas Dua Bulan

February 25, 2014,5 Comments

Selepas 2 bulan, baru dapat CPUV daripada mr. nuffnang :) Lama menanti barulah timbul setelah 3 kali menghantar tiket kepada mr. nuffnang.. Terus dapat dua^^


Harap-harap after this lebih banyak iklan nuffnang melekat di www.dayangdeno.com kan^^ Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai iklan LANEIGE Serum Intense dan INTI 2014 Cycle 2, klik je... Jangan segan-segan ya^^

kalau aku kaya...... hari-hari hari raya..... *nyanyi*

5 SLE Supporters :):

Family

Ketawa Macam ...

February 25, 2014,4 Comments

Al-kisahnya bermula bila deno bermain dengan anak buah , si Adam Khaleef.. Dah 6 tahun pun tahun ni, means bercakap pun petah, kadang-kadang dia suka buat lawak dan apa lagi, cikcu tergelak besar la...Tiba-tiba Adam Khaleef cakap : "cikcu ni ketawa macam girl la....."

...... *bunyi cengkerik* ..... 

and i was like .......


p/s: *bunyi cengkerik lagi*


4 SLE Supporters :):

Berat

Dah Naik!

February 25, 2014,1 Comments

Kalau jumpa dietition, mesti kena ceramah free sebab berat tak capai target... Takat tuuu je, dari tahun 2012 target my dietition nak capai berat 40kg, tapi tak capai lagi... Tapi akhirnya berat deno naik juga 2kg :p


Alhamdulillah dah naik walaupun masih underweight, bertambah la jugak isi badan ni.. Hihi^^ Apa nak jadi la.... Anak buah yang darjah 5 tu pun beratnya dah mengalahkan cikcu... Ish ish ish...


p/s: alhamdulillah ada improvement!^^


1 SLE Supporters :):

Farmasi

Sabarlah....

February 24, 2014,7 Comments

Biasanya selepas jumpa doktor, terus ambil ubat.

Biasa la kan kalau hari klinik, patient memang ramai.. Kalau kat farmasi tu, memang penuh la tempat duduk tu dan confirm menunggu pun lama kan. Macam deno ubat banyak, pharmacist kat kaunter awal-awal dah cakap...

"lama sikit ya dik sebab ubat banyak"


Deno dah tahu orang ramai, menunggu lama pulak kan.. Jadi prepare apa-apa yang patut. Deno sangat tak berkenan dan rasa tak patut la bila ada di kalangan kita (bukan semua) yang merungut dan mengata macam-macam pada pharmacist yang berkerja kat situ... Kadang-kadang ada perkataan yang tak patut diucapkan! Lebih-lebih lagi bila baca di wall fb, mengucap panjang deno...Inilah manusia, sikit-sikit marah, merungut, tak sabar... Kita bukannya tahu orang yang bekerja tu macam mana, tak menang tangan nak buat kerja, tak rehat, mungkin ada yang tak makan.. Siapa tahu kan...

Sabarlah...... Kita kan dah tahu memang pesakit setiap hari bertambah, pesakit pun ramai, bukan ita sahaja yang nak ambil ubat-ubatan tu. Deno sendiri pernah tunggu hampir 2 jam untuk ubat deno tapi takde sampai nak marah-marah maki semua.

Bosan menunggu, nak marah?? Alahai takkan ini pun kita nak marah-marah... Yang ada tablet gadget bagai tu, bawa la.. Sambil tunggu boleh main Minions^^ Macam deno yang takde smartphone dan gadget, deno bawa buku dan majalah untuk dibaca. Sambil tunggu ubat tu, sambil membaca. Best kan? Dapat juga faedah :)


p/s: sabar itu separuh daripada iman ^^


7 SLE Supporters :):

Hospital

Low

February 24, 2014,3 Comments

Fuh!

Berdebu blog www.dayangdeno.com ni... Macam ni la bila line bermasalah, dengan segala kerja tertangguh, dengan blog terabai sekejap, macam-macam! Ini pun deno datang ke libry jap sebab ada kerja penting kena submit.. Sabau je la.. Haaaaa btw, deno nak story cerita kat hospital baru-baru ni......

Macam yang deno dah agak, memang my HB (hemoglobin) low! Tersangat low.. Sebelum ni dah naik ke 10 ++, kali ni HB deno hanya 7.3 , patut la muka pun nampak pucat then selalu rasa letih.. Bukan setakat HB je low, my calcium pun sangat sangat low! Ish ish ish... 

So, my beloved doktor.. (dr. salmi) increasekan my ubat! Adoiiii bertambah lagi ubat deno, dah la ubat sebelum ni berbakul-bakul, tambah pula ubat baru. Then satu hal lagi, perlu blood test again for da next 3 weeks sebab dr. salmi nak tengok result terbaru.. Erk, terpaksa bagi darah lagi kat "dracula", dah la HB low.... Tak suka! Tapi nasib baik tak perlu admit hospital untuk tambah darah...hiks^^



p/s: sorry guys belum dapat balas jejak..... =.'=


3 SLE Supporters :):

Hospital

Ops!

February 19, 2014,11 Comments


Last 2 days dah ke hospital, awal pagi esok ke hospital lagi!!

That's me! Hospital kan rumah kedua, memang tak hairan selalu ke hospital kan.. hihi^^ Btw, esok deno ke hospital sebab appointment dengan doktor. Dah 2 kali tangguh jumpa doktor, kali ni dah tak boleh dah... Hihi, nervous pula coz bulan ni deno pucat sikit .. Deno rasa HB deno low la.... =.=


p/s: esok nak tengok result darah, harap2 result okey^^


11 SLE Supporters :):

Tempahan

FB Cover Simple

February 19, 2014,4 Comments

Adik Anis Munirah, bagus muda-muda dah berbisnes! Anis ialah seorang Shaklee Independent Distributor, semalam Anis order cover fb yang simple^^

 Hasilnya Anis suka, thanks adik :)


COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com



p/s: ramai kan berbisnes Shaklee sekarang :)


4 SLE Supporters :):

Wajah

Wajah

February 19, 2014,8 Comments

Dipetik dari kata-kata sebuah buku mengenai wajah..


p/s : allah tahu kita rindu...


8 SLE Supporters :):

Contest

Pertandingan Menulis Cerpen Pendek Anjuran Rafina Mimi Abdullah

February 18, 2014,6 Comments

Kenangan Itu


Tahun 2003

Aku merenung keras ujian Sejarah yang diberikan oleh cikgu.. Rasa sebak kembali lagi, hati aku bagai dihiris-hiris.. Terkenang peristiwa yang berlaku di sekolah tengahari tadi...


xxxxx


SMK Sultan Sulaiman


"Dayang! mari ke depan!" Cikgu memanggil aku dengan muka yang yang serius dan suara yang lantang. Satu kelas tersentak, terkejut dengan suara cikgu yang kuat. Mendengar namaku dipanggil, aku bangun dan berjalan perlahan ke meja cikgu.. Aku rasa tidak sedap hati, lebih-lebih lagi melihat renungan cikgu pada aku.. Jantung aku berdegup laju..

"Awak tengok result awak ni!"cikgu menunjukkan kertas ujian bulanan Sejarah padaku. Tercatat markah yang rendah dan aku tahu markah tersebut menunjukkan aku gagal. Namun aku tak terkejut.. itu sudah aku jangkakan kerana beberapa minggu ini, aku jarang ke sekolah kerana masalah kesihatan aku..

Aku diam.. aku hanya tunduk merenung kertas ujian aku.. Aku tidak berani memandang wajah cikgu yang merenung aku dengan renungan tajam seperti singa yang mahu menelan mangsanya!

Tiba-tiba...

"Awak ni belajar ke tak? Orang lain  boleh lulus kenapa awak gagal?!"

"Awak buat apa? Kalau result macam ni, baik awak tak payah ke sekolah! Buang masa saya je ajar awak!!" Lantang suara cikgu memarahi aku..

Aku tergamam. Aku rasakan seperti ada batu besar memhempap atas kepalaku.. Aku tak sangka aku akan diherdik sebegitu rupa di hadapan rakan-rakan sekelasku.. Aku tunduk,  mataku terasa hangat namun aku tabahkan hati supaya tidak menangis di hadapan cikgu dan rakan-rakan..

"Sudah! Pergi duduk tempat awak!" 

Aku berjalan perlahan ke arah meja.. langkahku rasa lemah sekali.... Aku duduk.. mengetap bibir.. menahan air mata.. Namun ada juga titis jernih mengalir perlahan di pipiku... 

"Awak okey...?" tiba-tiba rakan karib di sebelahku menegurkan..

"Saya okey.. tak apa.. terima kasih.." aku tersenyum tawar 


....................


Loceng waktu rehat telah berbunyi.. semua rakan-rakan keluar mengisi perut lapar.. aku...?Aku keluar dan berlari ke hujung bangunan kelas... di tempat yang tiada pelajar..

Aku duduk di satu sudut.. Terngiang-ngiang kata-kata cikgu pada aku.. Aku rasa terhina..Tak pernah aku rasa sebegini! Air mata yang aku tahan-tahan sejak tadi akhirnya mengalir laju membasahi pipiku.. Ya allah, aku sangat sedih! 

"Dayang......." tiba-tiba ada satu suara yang aku kenal menegur aku dari belakang...

aku menoleh ke belakang.. rupa-rupanya adzian ada mengekori aku..
"Kenapa ni dayang... awak fikir pasal tadi lagi?" adzian bertanya kepadaku

"Awak........" aku mengetap bibir menahan tangisku.....

"Saya ni bodoh ke? Teruk sangatkah saya? Tak layakkah saya belajar?!" Esakku makin kuat.. bertalu-talu soalan yang bermain diminda aku, aku luahkan pada sahabat karibku itu..

"Dayang.... kenapa cakap macam tu....? Awak tak bodoh... kalau awak bodoh, kenapa dulu masa UPSR awak dapat 5A? kalau awak bodoh, kenapa awak dapat belajar di sini? Tak baik awak cakap macam tu...." adzian membantah kata-kataku..

"Habis tu.. kenapa cikgu sanggup kata saya macam tu? Tak bolehkah cikgu cakap baik-baik dengan saya? Saya ditengking di depan kawan-kawan... Tak pernah saya rasa terhina macam ni... Kenapa orang susah nak faham? Bukan saya tak mahu belajar! bukan saya malas... saya... saya...." aku kehilangan kata-kata.. aku rasa sangat sebak apabila ingat kembali kata-kata cikgu

" Awak..... mungkin cikgu terlalu marah tadi... Saya tahu, awak banyak sakit beberapa minggu ni, awak pun banyak tak datang ke sekolah sebab sakit kan...? Sebab tu awak tak dapat nak beri perhatian penuh dalam pelajaran, awak sabar ya..." tambah adzian sambil menghulurkan beberapa helai tisu kepada aku..

"Dah la... jangan menangis.. jangan fikirkan sangat hal tadi, nanti awak stress pula.. Kalau awak stress lagilah susah, nanti  tak pasal-pasal awak sakit... risau saya nanti! " adzian menasihati aku.

"Dayang.. awak jangan bimbang saya ada... baiklah! saya sebagai bestfriend forever awak berjanji dan berikrar  akan sentiasa menyokong dan menyayangi awak sampai bila-bila! Percayalah!" Adzian tiba-tiba memberi tabik hormat yang lagaknya seperti seorang inspektor polis! 

Dalam tangis, aku tergelak kecil..Hati aku sedikit terubat dengan nasihat dan gelagat sahabat karib aku ini.. Adzian, sahabat aku sejak tingkatan1..

"Ish.. nakal la awak ni adzian..." aku tersenyum

"Haaaaa.... kan comel senyum macam tu... " lalu Adzian menghulurkan sebungkus roti padaku..

"Tak apa la awak.. saya tak lapar..." aku menolak kerana seleraku kurang sejak peristiwa di kelas tadi.

"Awak tak lapar atau...... ha! kalau awak tak makan nanti saya report pada ayahanda awak! makan ya? " Adzian memaksa aku makan.. aku tahu dia risaukan aku.. Esakku sudah makin perlahan...

"Hmmm... baiklah tuan puteri.. patik ikut sahaja..."aku mengambil bungkusan roti sambil bergurau dengannya.. aku mengikut sahaja kehendak dia.. sebenarnya aku rasa bersalah kerana menyusahkan dia dan membuat dia risau..

"Awak.. terima kasih kerana menemani saya dan faham saya.. terima kasih juga kerana menjadi sahabat saya.. saya sayang awak!" lantas aku terus memeluk adzian.. aku rasa sangat terharu mendapat seorang sahabat sepertinya...

Adzian juga memeluk aku dengan erat.. Kemudian dia meleraikan pelukan dan memandang tepat ke arahku..

"Saya juga begitu.. terima kasih awak kerana menjadi sahabat saya.. Saya sayang awak.. Kalau awak sayang saya, janganlah menangis lagi..  janjilah dengan saya yang awak akan jaga kesihatan awak dengan baik, okey?"  nampak keikhlasan di raut wajahnya..

"Baiklah awak........" aku terseyum kembali....



xxxxxx


Tok tok tok!

Lamunan aku terputus dengan bunyi ketukan pintu bilik.. tanpa sedar, air mata aku mengalir..

"Adik... adik... buat apa tu... jom makan!" abah mengetuk pintu memanggil aku untuk makan..

"Ya abah!!! sekejap! nanti deno keluar! " aku membalas dari dalam bilik... cepat-cepat kusapu sisa titis jernih di pipiku

Dalam kesedihanku, aku tersenyum.. aku bersyukur, aku mempunyai sahabat sebaik dia...




6 SLE Supporters :):

Family

Mulut Cium?

February 18, 2014,12 Comments

Alkisahnya bermula apabila my nephew, Amca ( 7years old) nak bercerita tentang ikan.. Tiba-tiba dalam cerita dia, dia cakap ada ikan mulut cium!
Mulut cium??? Apa tu......!

Akhirnya faham jugak rupanya mulut cium tu ialah mulut muncung! Dia cakap mulut cium sebab dia tak tahu perkataan "muncung" tu...

Bagus juga kan, ada juga idea dia nak bagi kita faham. Dia ada idea cakap mulut cium sebab dia dah biasa kena cium dek makcik-makcik dia kot... hihihi


p/s: mulut cium

12 SLE Supporters :):

Ayu Candy

Hey Bestfriend!

February 17, 2014,11 Comments

Well..... Macam biasa bila rindu, deno akan lukis dia dan deno bersama :)

she + me

Hey bestfriend! I miss you darling! 

You will always be MY BESTFRIEND for now, tomorrow and forever ... :') 
*hugs*



p/s: doodle ketiga kita, nanti saya bagi kat awak ya ^_^


11 SLE Supporters :):

Blood Tube

Enam je...

February 17, 2014,5 Comments

Sebelum ni 10 blood tube, kali ni 6 blood tube :)


Nurse tengok sekali dah geleng kepala sebab urat halus sangat, cari punya cari last-last nurse pilih urat lengan kiri sebab walaupun halus, boleh nampak uratnya..

Deno dah minta nurse ikat ketat-ketat supaya urat timbul, senang nak inject kan... Mula-mula darah keluar okey je, then jadi slow.. Nurse dalamkan lagi needle, boleh tahan juga"sedap" rasanya... hehe.. Alhamdulillah barulah darah keluar dengan lancar, happy deno sebab inject sekali je untuk 6 blood tube :)


p/s: harap2 result darah okey^^



5 SLE Supporters :):

DayangDeno

Wish Me luck!

February 16, 2014,12 Comments

Wish me luck! ^_^

Hari ni dayangdeno ke hospital lagi.. 9am nanti ke sana. Macam biasa, sebelum jumpa doktor mesti buat blood test dahulu.. Harap-harap kali ni kurang dari 5 tiub botol.. Sebelum ini 10 tiub! Risau sebab urat halus, taknak kena cucuk banyak kali... huhu :p


p/s: next week jumpa doktor pula^^

12 SLE Supporters :):

yahoo mail

Yahoomail Dan LOVE

February 15, 2014,12 Comments

Setiap hari open yahoomail Semalam nak email gambar pada cousin, baru deno perasan ada icon ❤  ( LOVE ) ! Hari ni pun still ada.... Baru deno ingat semalam kan Valentine's Day, patut la ada icon love tu.....



p/s: macam-macam kan... :)

12 SLE Supporters :):

Personal

Alahai ..

February 14, 2014,5 Comments

5 bulan lagi, genap 14 tahun deno dan CAPD... Entah kenapa kebelakangan ni rasa malas nak buat tu, rasa penat... alahaiiiii.....

Memang CAPD perkara wajib, kalau tak buat nanti sakit kan.. Tapi itu la, kadang-kadang i feel really tired! Then mula la buat lambat sikit.. Hihi.. Tapi sekejap je, pujuk siri sendiri supaya rajin ! ^_^


p/s: perasaan "malas" tu kadang-kadang datang :p


5 SLE Supporters :):

Scooter

Excited! Serius Excited!

February 14, 2014,9 Comments

Excited! Serius Excited!

Bayangkan scooter deno pada tahun 2001 yang disimpan di dalam stor rumah, tahun 2014 baru dikeluarkan masih elok dan tak berkarat! OMG! 13 tahun disimpan, tahun ni baru jumpa balik... hihihi... Excited sangat sebab dulu cari tak jumpa!

tahan kan? 13 tahun tak digunakan tapi masih elok! tak berkarat pun ^^

Masa kaklong hadiahkan tu, deno sakit dan berbulan-bulan tinggal di hospital ( Institut Pediatrik ). Jadi untuk kurangkan rasa bosan, kaklong hadiahkan scooter ni.. Deno ingat lagi, dengan tiub kat leher, dengan branula kat tangan, deno main scooter di ruang lapang Institut Pediatrik ground floor (ruang otw to canteen). 

Sesiapa yang pernah ke Institut Pediatrik mesti tahu ruang tu, memang sangat luas .. Nak main basikal pun boleh...  wahhhhh rindunya Institut Pediatrik!!! ^^


p/s: selepas 13 tahun, baru jumpa balik scooter ni... elok lagi :)


9 SLE Supporters :):

Family

Home Sweet Home

February 14, 2014,2 Comments

Sebulan di kl, rindu dengan rumah di Terengganu.. Suasana kampung yang tenang, bunyi burung, angin sepoi-sepoi gitu... Itulah keunikan rumah di kawasan perkampungan :)

Sampai kat rumah peluk cium ma abah macam bertahun tak jumpa! Hihihi.. Nak buat macam mana, deno tak pernah berjauhan macam tu.... Sejak sakit abah jarang bagi "greenlight" pergi bercuti lama-lama.. hehe :p

Cuaca kat sini baik, redup.... Best petang macam ni bermain beriadah dengan anak-anak buah :)



Plan nak ke taman tapi hari ni hari jumaat, manusia ramai ,, terpaksa cancel... Jadi esok je la ke taman, hari ni beriadah di "taman" depan rumah tok abah (my dad) :)


p/s: anak-anak buah balik kl lusa... alahai.....


2 SLE Supporters :):

Doodle

Next Week

February 14, 2014,10 Comments

 i miss you la bestfriend....

Alhamdulillah selamat sampai di Terengganu awal pagi tadi :)

Dah call nurse, deno tangguh jumpa doktor sebab dah lewat sampai.. Blood test pun belum buat lagi, jadi next week jumpa doktor. This sunday baru buat blood test.... 


p/s: exhausted seharian

10 SLE Supporters :):

Segmen

Giveaway 5K Dunia sebenar Shida

February 14, 2014,9 Comments

Assalammualaikum, peace upon you.
http://www.duniashida.com/2014/02/giveaway-5k-dunia-sebenar-shida.html
Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah :
Kategori Blogger : 
Kategori Onlineshop :

9 SLE Supporters :):

Cure Lupus

No Matter ....

February 12, 2014,12 Comments


✿ ✿ ✿ HOPE ✿ ✿ 


LUPUS..
learn about it

>> click here <<


p/s: seorang demi seorang rakan Lupus telah "pergi"... but i don't wanna lose hope ..


12 SLE Supporters :):

LUPUS fighter

Al-Fatihah Buat Dia...

February 12, 2014,15 Comments

Dapat berita terbaru di Group SLE (Lupus) Support Malaysia.. Salah seorang rakan SLE baru sahaja "pergi"....


Seorang demi seorang Lupus fighter "pergi"... Mati itu pasti, cuma kita tidak tahu bila masanya.. Semoga kami, pesakit Lupus diberi kekuatan dalam menjalani kehidupan yang akan datang...

Kepada En. Mohd Nor, semoga tabah dan sabar dengan ujian ini... Semoga rohnya dicucuri rahmat


p/s: al-fatihah


15 SLE Supporters :):

Umum

Terkenang Kata-Kata Pensyarah

February 11, 2014,12 Comments

Entri ini tercetus bila baca satu artikel..

Dilema cikgu zaman sekarang..

Tak boleh rotan nanti cikgu saman,
Tidak boleh marah nanti ibu bapa buat laporan polis,
Tidak boleh suruh berdiri atas kerusi, nanti ibu bapa jumpa pengetua..
Tak boleh tegur sikit, entah-entah mak ayah pula bantai cikgu.....

xxxxxx 

Deno terkenang kata-kata pensyarah deno ...

"Saya kadang-kadang kesal... Bila kita lapor pada ibu bapa yang anaknya ponteng kelas, suka lawan cikgu, nakal.. Boleh pula si ibu marah-marah kat cikgu cakap buat cerita.. Yang si ibu cakap anaknya baik, paling sopan di rumah, hormat orang tua... Ibu bapa pun perlulah selidik, anak-anak kadang-kadang ada pelbagai watak.. Contoh kat rumah dia Si A, di sekolah dia bertukar jadi Si B dan di luar pula dia Si C.. Jangan cepat menghukum cikgu.... "



p/s:  zaman deno sekolah dulu-dulu, pelajar kena rotan atau berdiri kat luar kelas tu memang perkara biasa.. denda berdiri atas kerusi pun ada! kalau kena bantai dek cikgu disiplin sebab murid buat salah, mak ayah pula ke sekolah ucap terima kasih kat cikgu ... tapi sekarang better cikgu hati-hati, silap haribulan kena saman...



12 SLE Supporters :):

Doodle

Doodle With Whisk

February 11, 2014,5 Comments

Muslimah doodle with whisk

Order from Ernini... Ambil masa beberapa minit fikir nak gabungkan green and light red.. Then, secara spontan i got an idea! Itulah kelebihan suasana sunyi pada waktu malam bila buat kerja melukis dan design. Malam kan sejuk dan sunyi..... i love that! :) 


COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com


5 SLE Supporters :):

Asian Food Channe

Menggoda Betul!

February 11, 2014,5 Comments

Cerita semalam....
Bila malam je bermulalah kerja.. Nak buat macam mana waktu malam sahaja idea akan datang sebab suasa yang tenang dan sunyi.. :)

Sambil buat kerja on channel AFC... Alahai boleh pula Chef Wan masak mi kari dan sambal udang petai!!! OMG! Sedapnyaaaaaaa........!



Terliur betul lebih-lebih lagi mi kari tu... Dengan kuah kari pekat, warna merah yang cantik.. Wah menggoda betul!


p/s: serius terliur



5 SLE Supporters :):

Selalu Ingatkan Diri

February 09, 2014,9 Comments



Selalu ingatkan diri.. Allah takkan bagi kita ujian kalau ianya bukan untuk kebaikan kita... Syukur seadanya setiap perkara yang berlaku atas kita..



p/s: SLE >>> learn about it :)


9 SLE Supporters :):

Homework

Rindu la Pulak.....

February 09, 2014,7 Comments

Bila stay rumah kaklong, anak-anak buah sekolah rendah ada kat sini.. Cikcu ni tugasnya buakan sebagai "the nanny", ada juga tugas sebagai cikgu!!!

Seronok tau jadi "cikgu" ni sebab boleh lihat balik buku budak-budak sekolah rendah ni, buat kira-kira yang senang... hehehe^^ Deno ajar Kakak matematik ~


Yang seronoknya, bila anak buah siap buat, kita kan tolong check kan.. Bila ada salah mula la kita pot pet pot pet nasihat.. Bukan apa, budak-budak ni cuai, kadang-kadang sifir pun boleh tersilap! Mana tak cikcu risau, nanti dalam exam takkan nak tersilap kan...

Alahai rindu la pulak zaman sekolah kecik-kecik dulu.... :p


p/s: deno takde adik.. bila ajar anak-anak buah buat homework seronok pulak ^_^


7 SLE Supporters :):

Bigmac Burger

Potong Awal-Awal

February 08, 2014,12 Comments

Lunch tadi, kaklong tersilap order bigmac untuk cikcu ni ha.. Tahu-tahu je la deno kalau burger biasa pun makan tak pernahnya nak habis! Inikan pula bigmac, jadi awal-awal dah potong separuh ~


Separuh baru la habis makan kan... heeee^^


p/s: kalau kita tahu tak habis, better potong awal-awal supaya yang ada balance half lagi, orang lain dapat makan kan...? ^_^


12 SLE Supporters :):

Doodle

Doodle Illustration Noreen Han

February 07, 2014,19 Comments

Tempahan illustrasi doodle dah dibuka!!!

Sebelum ni macam tak berani nak ambil tempahan illustrasi ni, takut tak jadi... Deno tengok doodler lain semua buat cantik-cantik.. Deno pula masuk tahun ni baru 2 tahun dalam bidang ni =.=  Dalam 3 hari lepas, ada kawan tanya, so deno cuba.. Inilah hasilnya ~

Tak jadi 100% tapi bolehlah sikit-sikit.. Heeee :p




COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com



p/s: thanks kak noreen percayakan dayang :)


19 SLE Supporters :):

Family

You Did It Ifa!

February 07, 2014,13 Comments

Special entri for you --->> Iffah Adibah


You did it! Yeahhh!

Next month ifa pergi Jepun! Yeah i know it ifa! Ifa umur 4 tahun pun dah pandai membaca! You're amazing! Then, ifa terus berjaya dan berjaya since ifa darjah satu, ke UPSR, PMR dan SPM.. and then UM. You always got straight A sis! Bahasa Jepun pun always 100%! OMG! You're genius young lady! :)

It's a dream come true! Dulu  ifa selalu sebut nak ke Jepun kan? Ifa dah pergi Jepun masa study kat STF .. Sekarang ifa dapat belajar kat sana! You did it! I'm so proud of you sis! ^_^ Kakno doakan yang terbaik buat ifa dan semoga ifa berjaya di sana!^^ Take care tau!   *hugs*

bahasa jepun sikit untuk ifa  ~ グッドラック !! ^_^


p/s: she is my cousin^^


13 SLE Supporters :):

Design blog

Tempahan : Full Edit & Design I Love Akaun

February 07, 2014,19 Comments


Personal blog
Full edit and design
Theme : Orange, red and white
Link : http://www.cikgusila.com

COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com


p/s: bila buat blog mengenai akaun ni kan, terkenang zaman belajar.. stress belajar accounting sampai selalu masuk hospital sebab SLE aktif.. tapi stress pun bila terkenang balik, rasa rindu nak belajar acc, finance, tax, costing, audit, law...... zaman belajar adalah paling best kan?? *thank you kaksila sebab percaya deno :')


19 SLE Supporters :):

syukur

Dah Hilang

February 07, 2014,4 Comments

Syukur alhamdulillah :)
Penyakit 3 beradik yang deno alami selama hampir 3 minggu ni dah pulih :) Demam, batuk dan selesema dah hilang ...

Syukur sangat-sangat! Last year deno demam seminggu, then terus admit hospital sebab dah kena infection kat paru-paru. Kali ni tak melarat, lega sangat-sangat^^ Terima kasih juga pada yang mendoakan deno^^ Take care everyone :)



p/s: hari jumaat yang penuh berkat :)


4 SLE Supporters :):

San Francisco Extreme Chocolate

San Francisco Extreme Chocolate

February 06, 2014,3 Comments

Hangout with my sis, Dayang Hanna @ Mid petang tadi..

Lepas penat jalan, tekak dah merayu nak air. Ajak mek Starbuck pergi SF. Apa lagi kan minuman kegemaran deno, Extreme Chocolate di San Francisco! Super awesome!  Recommended :)


Ok..... Freeze!!! ^_^


p/s: saya suka chocolate!:p



3 SLE Supporters :):

Segmen

Segmen Jom Beramah Mesra

February 06, 2014,15 Comments

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran
Jam tangan 2x
Dress
Fridge magnet 2x

Segmen Jom Beramah Mesra dianjurkan oleh Yumida dan ditaja bersama blogger Mselim, Tri Globe DynastyBifa’s Vendor & Pena Bulu Ayam.

TAMAT: 21 FEBRUARI 2014 – Jam 11.59 malam

15 SLE Supporters :):

Design blog

Tempahan : www.bubblynotes.com

February 06, 2014,7 Comments


Personal Blog
Full edit and design
Theme : Pink, purple and white
Link : http://www.bubblynotes.com/

COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com


p/s: thank you kak farah for trusting me ^_^


7 SLE Supporters :):

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday : Kanak-Kanak Ribena

February 05, 2014,16 Comments

Bila cikcu dah macam kanak-kanak ~



Aina - Cikcu - Amca


16 SLE Supporters :):

Doodle

Tempahan : Doodle Kanak-Kanak Muslim

February 05, 2014,8 Comments

Dah siap! Doodle mata simple ... Kak farah nak doodle muslim kanak-kanak yang cute! Doodle kanak-kanak sekolah rendah, alhamdulillah lulus daripada kak farah! ^_^

Kanak-kanak muslim yang berkopiah dan berserban :)


Bila tengok doodle ni, teringat pula bila anak-anak buah boboy pakai kopiah... Cute kan budak-budak pakai koiah :)


p/s: terima kasih kerana percaya dayangdeno^^


8 SLE Supporters :):

Cuti-Cuti

Tugu Negara

February 05, 2014,9 Comments

Deno dan anak-anak buah ke Tugu Negara. Cuti sekolah Tahun Baru Cina kan, budak-budak ni nak pergi jalan-jalan. So, daripada duk main je kat taman, baik pergi tempat yang ada faedahnya kan.. Budak-budak ni belum pernah ke Tugu Negara, kemain excited diaorang dapat ke sana...

Amca, sampai kat sana dia la paling kuat menjerit nampak patung orang pegang bendera.. Dia juga yang berlari-lari dan sampai dulu, penat mengejarnya. Sampai je, terpaku dia kat depan tu.. Lama juga dia tercegat kat depan tu..



Ini first time diaorang ke Tugu Negara, deno pula kali kedua. Deno pun dah macam cikgu terangkan pada budak-budak ni tentang Tugu Negara.. hihihi.. Budak-budak ni, masa ni la nak bawa ke tempat macam ni. Biar dia menghargai  dan tahu pengorbanan pahlawan-pahlawan negara :)

Haaa.... Jangan tak tahu deno dengan mask pun nak tabik jugak.... hehehe... Dulu pernah buat kat sini semasa deno belum sakit, masa tu pergi dengan my parents. Wajib pakai mask, maklum je la tourist ramai, nanti sakit pulak.. Nampak ni, tabik dengan mask uollsss..... :p

macam selalu, cikcu simple sokmo :p

Dalam 6 petang kami beransur balik. Sebelum tu rehat makan aiskrim... Syok je makan aiskrim selepas penat berjalan .. :)


p/s: dah berapa kali korang ke Tugu Negara? deno dua kali plus yang ni ^_^


9 SLE Supporters :):