January 2015 - Dayang Deno

30.1.15

Oh FLu
January 30, 2015 6 Comments

Dah dua minggu flu .. Belum sembuh lagi. Nasib baik juga demam dan batuk dah sembuh.. Kalau tak confirm deno tak dapat buat kerja apa pun.. Deno kira ada la tiga gulung tisu dah abes.. huuu

Apa yang tak best tentang flu ni, rasa tak larat je kan.. Pastu ngantuk je, macam tu la dua minggu ni sampai sembab muka.. Sampai kawan deno pun tegur masa jumpa semalam, ingatkan doc tambah steroid tapi tak pun...  

Tapi itu la, tak larat pun malas layan sangat. Buat itu buat ini, pastu jadi pisang penyek sebab tak larat.... hihiii.. Grr tadi pun elok2 chat ngan kawan bleh tetido.. Ish3.. Next week nak jumpa doc dah, flu belum sembuh2, sah2 kena ceramah ngan doc.. hahahaa


Reading Time:

26.1.15

Ketuk-Ketuk
January 26, 2015 3 Comments

Adik main ketuk-ketuk
Main ketuk guna senduk
Adik jatuh lalu terduduk
Terduduk terus mengantuk

Awal ngantuk malam ni....
Nite .... zzZZZ

Reading Time:

24.1.15

Mini Giveaway By azhafizah.com
January 24, 2015 9 Comments
klik banner

Jom jom jom
mudah je cara penyertaannya
semudah A B C ... hehe ... cepat tau

due date : 31 Januari 2015
Reading Time:
Sejuk
January 24, 2015 4 Comments
Maybe dah sampai kot winter kat Terengganu ni.. huuu..
Sejuk baq hanggg.. Tengahari pun rasa dingin je...
Tak hujan, matahari ada, tapi dingin je..


Deno ni kena flu.. Act dah hampir seminggu gak flu ni, bila dha sejuk2 macam ni, lambat la nak baiknya.. Sekarang ditambah dengan batuk2 kucing.. Hehee... Batuk2 kucing la kan, batuk yang tak teruk sangat.. Baru2 batuk

Tempat korang macam mana? Sejuk tak? Tetiba rasa kat sini macam Terengganu Highlands ... Heee... Tak dapat bayang kazen blaja kat Jepun, sekarang 6 darjahcelcius.. Sini 22 je pun sejuk .. burrr


Reading Time:

22.1.15

Sad?
January 22, 2015 9 Comments

Korang nampak apa dalam drawing kat atas. Apa yang korang fikir bila lihat drawing ni? Seorang gadis yang terperangkap, kesian dia kan, tak dapat bergerak pun

Sebenarnya masa tu my feeling bercampur-campur. Sedih pun ada, geram pun ada, macam-macam la sebab satu perkara tu. Deno tak pernah pun kena macam tu. Amik sketch book, amik pen, terus lukis. Just folo the flow.

Betul la kan, kadang-kadang kan, emosi kita mempengaruhi apa yang kita lukis.


Reading Time:
Hari Ini Yang ....
January 22, 2015 3 Comments

Hari ni yang takde selera makan...
Takde selera langsung..
Korang percaya tak deno hanya makan biskut since pagi tadi...
4 keping biskut je.. Then kenyang
Entah la ke mana hilangnya my selera tu hari ni..


Heeeee "p


Reading Time:
Kejap Kejap
January 22, 20151 Comments

Lama kot tak aktif update blog macam sebelum ni. Act deno baru baik demam.. Demam on and off.. Macam biskut chipsmore, kejap2 sihat, kejap2 demam. Deno pun hairan.. huuu..

Ni baru aktif buat design blog balik, mak aiii beratur! Nasib baik my lovely customer faham designer diaorang ni macam ni.. Kesian kat diaorang .. Banyak kot perkara yang berlaku sepanjang beberapa minggu ni .. ^^

Malam ni nak sambung kerja yang ertangguh.. Macam ni la bila dah sihat, memang tak reti duk diam sampai lewat malam buat keje. Bila tak sihat, macam pisang penyek lembik badan .. haha!! :p


**hugs dari sini :)

Reading Time:

17.1.15

Projek Buku Buasir Otak: The Komik
January 17, 2015 8 Comments
Setelah lebih kurang 6 bulan merancang, mengumpul rakan pelukis, berbincang, berusaha, bertungkus lumus, bekerja keras, maka akhirnya terhasil juga projek komik sulung kami iaitu BUASIR OTAK: THE KOMIK

BUASIR OTAK: THE KOMIK merupakan koleksi himpunan komik2 pendek yang diterbitkan secara indie hasil kolaborasi 13 orang blogger dan pelukis amatur di dunia maya Internet iaitu AikaAujinzAzCeroDayang Deno,DeadayNazha AnuaPlain83Prince of NoobShada WentzThe SharkoxSyue Artz dan Yura Yu.

Buku komik setebal 162 muka surat ini mengandungi lawak yang tak berapa nak kelakar, sindiran dan sarkastik terhadap mentaliti dan sikap tipikal orang2 kita, asam garam kehidupan, kisah realiti yang berlaku dalam masyarakat kita seharian yang merangkumi pelbagai topik seperti isu semasa, berita, politik, sukan, hiburan, agama, teknologi, cinta, rumahtangga, kekeluargaan, pendidikan, persahabatan dan lain-lain.

Preview komik BUASIR OTAK: THE KOMIK:
















HARGA:
RM15 seunit

KADAR POS LAJU: 
RM6 (Semenanjung Malaysia)
RM10 (Sabah dan Sarawak)

COD: 
Hanya sekitar Cyberjaya, Putrajaya dan Puchong sahaja.

Memandangkan buku ini dicetak dan diterbit sendiri, maka

STOK ADALAH TERHAD!
SIAPA CEPAT DIA DAPAT

Untuk membeli hantarkan emel anda kepada:
princeofnoob[at]gmail[dot]com


credit : buasir otak
Reading Time:

14.1.15

Okey
January 14, 2015 9 Comments

Demam dah kurang, kesihatan pun bertambah baik... Even tak fully recover, tapi rasa okey :) Tak macam dalam seminggu ni.. Deno rasa macam pisang penyek dah.. Lesu sangat2.. Bangun pun sakit2 badan... Muka pun dah macam pau overcook.. 

Seminggu macam apaa entah, lembik je badan... Mujurlah makin baik.. Risau juga melarat.. Thanks korang doakan DayangDeno :)


**flying kiss untuk korang

Reading Time:

9.1.15

Pengsan?
January 09, 2015 14 Comments
Alkisah semalam yang "pengsan"


Semalam paling teruk kot.. Pagi semalam satu badan sakit.. Act dua hari lepas memang dah rasa sakit gila sendi ni.. Deno demam tapi tak kuat sangat... Semalam paling teruk rasanya, lepas dialisis **capd waktu tengahari, tertidur tak sedar apa pun... "Pengsan" terus! 

MasyaAllah deno terjaga pukul 6petang! Memang lesu sangat2 badan, tu pun paksa bangun even rasa lesu, takde tenaga .. Agaknya kakak tak kejut sebab nampak adik ni tak sihat.. Then tak sempat pukul 9pm, deno terlena lagi atas sofa.. Mata tak dapat nak bukak, lesu sangat2.. Nasib baik terjaga untuk Capd .. Harap hari ni tak jadi macam semalam, satu keje pun tak jadi bila jadi macam tu


**rupa-rupanya ramai juga rakan2 SLE yang admitted hospital.. 


Reading Time:

7.1.15

Wordless Wednesday : Be Kind
January 07, 2015 7 Comments
Be kind to yourself.. 
You're doing the best you can..
And that's enough 







Reading Time:

6.1.15

Holding Up
January 06, 2015 4 Comments

Semalam deno dapat mesej daripada seorang teman tentang SLE.. And she asked me...

"How you holding up?"

......

Deno percaya ianya sebab the power of Redha and dengan izin Allah... Kekadang kita terlupa, semua milik kita dari hujung rambut hingga hujung kaki adalah milik Allah termasuk kesihatan... Setiap yang terjadi ada hikmah di sebaliknya yang kita tahu tahu.. Hanya DIA yang Maha Mengetahui .....

Redha ertinya bahagia  http://bit.ly/TM3VSz



Reading Time:
Hope
January 06, 20150 Comments

Selamat pagi..

This week quite struggle with my joint pain and demam on and off.. Sekarang cuaca dah tak macam sebelum ni, cuma sejuk tu memang ada.. Dalam rumah pun selalu ngan sweater and stokin...  Dah macam Terengganu Highlands rasanya... huu ~~

Terima kasih korang yang sentiasa datang, doakan dan support deno.. Even kebelangan ni deno jarang update blog and singgah blog korang.. In syaa Allah deno akan sampai ke blog korang... Harap kesihatan deno akan berterusan positive and harap SLE tak aktif... :)


Nah korang... **flying kiss dari sini


Reading Time:

4.1.15

Fairy-Tale
January 04, 2015 7 Comments
**art yang siap limanam hari lepas

Hanya dalam art
Apa pun kita boleh jadi
Tak kira apa kita lukis..
Mengikut imaginasi masing2

Macam art kat atas ni kan. Deno pernah berangan masa kecik2 dulu nak dress bunga-bunga macam princess dalam fairy-tale.  Dalam realiti tak dapat dress bunga macam tu. So, deno bayangkan aje.. Then siap princess ngan dress bunga-bunga ~


Reading Time:

3.1.15

Salam Maulidur Rasul 1436H
January 03, 2015 3 Comments

Salam maulidur rasul daripada Dayang Deno buat semua...
Sorry hari ni terlambat, baru  berkesempatan on lappy .. huhu

:)



Reading Time:

2.1.15

Sorry
January 02, 2015 13 Comments

When that feeling datang lagi
Air mata tak dapat ditahan-tahan
Aku biasa macam ni.. Yes dah biasa
Bila sedih aku akan sendiri
Menangis sendiri, inilah aku sejak dulu
Ajaibnya .. Bila aku puas nangis...
Aku okey... Aku okey.. 


Reading Time:

1.1.15

Mungkin
January 01, 2015 5 Comments

Baru berkesempatan update..

Baru berkesempatan on lappy... Alhamdulillah malam ni rasa okey.. Badan tak panas cuma sejuk memang tak hilang2.. Pagi tadi gigil kot, terlampau sejuk.. huhu..

Ermmm.. Kisah deno mimpi.. Tahun baru dan dapat mimpi aneh. Buat pertama kali deno mimpi baca Al-Quran bersama sesorang, tapi wajahnya tak nampak.. Deno hairan sebab tak pernah dapat mimpi macam ni.. Apakah petanda Allah nak bagitahu pada deno? Atau mungkin ini ingatan DIA pada deno? Jangan lupa Al-Quran?? Wallahu'alam

Abah cakap mungkin Allah nak ingatkan deno.. Supaya jangan lupa Al-Quran dan jangan lupa mengaji setiap hari... Ya, deno yakin dengan kata2 abah.. Ianya ingatan Allah pada deno, jangan lupa Al-Quran. In syaa Allah tahun ni deno berazam nak khatam Quran banyak kali... Kita khatam sama-sama ya? :')


Reading Time: