April 2015 - Dayang Deno

29.4.15

Challenge Accepted
April 29, 20151 Comments
Act Dayang Deno dapat challenge daripada seorang kawan and challege ni dah lama tapi baru sempat buat. Siap juga akhirnya...


Stress sebenarnya. Pendek kata, art ni deno buat waktu stress. Bila stress,  deno perlukan something yang boleh buat deno lupa sekejap problem tu and this art really works!

Deno menggunakan drawing pen 0.1, 0.3, 0.6 and sharpie marker. Betul, bila fokus buat ni segala masalah kita lupa sekejap.. Otak pun rilex jap, kan?



Reading Time:
Dah 7 Tahun
April 29, 20151 Comments

Happy birthday to Adam Khaleef!!
Dah 7 tahun Adam Khaleef tahun ni...
May Allay bless you always and stay awesome Adam :)




Reading Time:
Pemenang Segmen Blogwalking #Part3
April 29, 2015 6 Comments
Firstly, dayangdeno nak mintak maaf banyak2 coz lambat update pemenang for my simple segmen .. Huhuu busy sikit.. Maaf ea? 

Okeh korang boleh tengok nombor kat SINI

Jom kita lihat siapa yang kenaaaa :)



Winner from dayang deno :

Number : 
21 *random doodle
10 *flower doodle

Pm dayangdeno kat -->> SINI


Winner from Rizal_paperbaghead :

Number :
5 *doodle zine
8 *doodle button badge
19 *doodle postcard

PM Rizal kat -->> SINI


**pemenang sila pm nama dan alamat.. dan jangan lupa sertakan sekali link penyertaan dan nombor link sekali :)


Congrats pada semua pemenang! :) pada yang kurang berjaya jangan risau, next time deno buat simple segmen lagi ya ^_^



Reading Time:

20.4.15

Dah Siap Doodle
April 20, 2015 15 Comments
Deno dapat sketchbook baru!

Sketch book tu plain je dia punya cover. Just ada sticker Art Garage. So, tangan pun gatal je la nak conteng. Geram pulak tengok ruang-ruang kosong ni kan. Masa ni deno ngan abah kat cafe. Tunggu my mom, so sementara tunggu tu sempatlah deno conteng sikit.



Haaaa dh siap!! Act deno plan nak buat penuh. Then peyakit malas dah datang. So... macam tu lah. Kita settlekan dengan doodle dayangdeno and si plappy duk melukis, done!



Reading Time:
The Nanny
April 20, 20151 Comments
Dah seminggu pun..

Seminggu Dayang Deno jadi The Nanny untuk hero Adam Khaleef *my nephew. Biasanya Adam Khaleef stay ngan pengasuh, tapi sebab makcik dia ni duk umah dia 2 minggu... Dia nak tinggal ngan cikcu dia je :p

Pic Adam Khaleef terbaru

Nasib baiklah Adam Khaleef tak nakal, degil sikit je.. Hahaa.. Biasa la budak-budak ni, ada la juge degil dia sikit2. Orang dewasa pun degil jugak kan.. Hehe.. But Adam Khaleef alhamdulillah baik and dengar cakap. Tadi dia pun dah settlekan homework... 

But.. bila time tengok tv and ada kartun favourite dia, takde chance la cikcu nak tengok movie.. huhuu... Takpe la bukan selalu ngan dia ^^


**2 minggu jadi The Nanny :p


Reading Time:
Segmen 12 Jam Bloglist #14 Mialiana.com
April 20, 2015 10 Comments

Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 20 April 2015, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #14 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Reading Time:
Tempahan : Wonderful Life Of Cput3

19.4.15

Tempahan : IntaNBerliaN
IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015
April 19, 2015 6 Comments
klik banner

Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)

TARIKH TUTUP : 30 APRIL 2015

Reading Time:
Giveaway www.dianarashid.com And Geng
April 19, 20150 Comments
klik banner

Mudah je cara join ...
 due date : 28 April 2015

Good luck semua and dirisendiri jugak :p


Reading Time:

17.4.15

...

16.4.15

Please Understand
April 16, 2015 12 Comments
SLE/ Lupus.. it's complicated

Hmm orang susah nak faham. Banyak kali explain tapi orang susah faham sebab nampak normal macam orang lain kan? Dan susah orang nak percaya... Cuba faham, please?

Image result for Girl alone"

Masalah orang kita, dia takkan percaya orang ada masalah kesihatan selagi dia tak nampak patient ni sakit, nazak or terbaring kat icu. Susah sangat bila orang tak faham. Lupus, disease still no cure dan patient bertahan dengan ubat and izin Allah SWT. Deno nak create awareness and nak orang lain aware tentang Lupus. Sebagai pengidap SLE/ Lupus ini, deno faham macam mana rasanya. Apa yang deno rasa sejak kecil lagi, sampai sekarang pun deno masih dengan all the treatment dan ubat.Yup maybe orang nampak dayang deno normal macam orang lain, sihat, nampak biasa kan? Tapi orang tak pernah nampak atas katil hospital, treatment, intubation, koma, hdu, icu, dengan oksigen macam ikan nak putus nyawa, tak boleh berjalan sebab joint pain yang teruk dan macam-macam lagi. Rasanya kalau deno cerita semua esok pun belum tentu habis apa yang deno pernah lalui dengan Lupus ni. 

Btw you know what.. Lupus, its a battle.

Diuji dengan Lupus di usia kanak-kanak, kenangan zaman kanak-kanak dan remaja tak seperti orang lain. Sedih tu jangan ceritalah. Tapi selalu ingat pesan my mom.. Perlu ingatkan diri ada orang sakit lagi teruk daripada kita. Deno pernah ada impian nak buat macam-macam. Tak perlu pergi hospital, tak perlu ubat berpuluh-puluh biji setiap hari, tak perlu dialisis, tak perlu kena cucuk, pendek kata tak perlu ada kaitan dengan hospital pun! Banyak perkara yang deno suka tapi tak dapat buat. Sejujurnya kadang-kadang terasa juga sikit. Tapi selalu cakap pada diri, muhasabah diri semua yang berlaku ada sebab, ada hikmah. Semua dah ada bahagian masing-masing Allah dah tetapkan, mungkin deno takde rezeki macam kawan-kawan yang lain tapi Allah berikan rezeki setiap hari bersama ma dan abah. Tak semua orang dapat rezeki tu kan?:) Normal la kan, kekadang datang juga rasa tak best tu lahaii.. Kadang-kadang datang juga rasa "down" tu.

Ada juga kawan mengadu bila orang tak faham macam-macam la cakap. Actually kan, memang stress sangat sangat sangat berhadapan dengan orang sekeliling yang tak faham. Boleh menangis seharian juga, pressure punya pasal. Dayang Deno ni jenis tak pandai nak marah or luah terus je macam tu kat orang. Apa-apa hal simpan aje. Satu lagi, Lupus patients tak boleh stress sebab nanti flare. That's why juga deno seboleh-bolehnya nak elak stress **deno suka melukis bila stress

Lupus patient ni bukan kena kuat nak lawan ngan sakit je, tapi kuat nak berhadapan dengan orang sekeliling yang tak faham. Hati ni, kalau orang boleh nampak, orang akan nampak banyak sangat luka and parut sebab orang yang tak faham and suka judge kami.. Maybe senang orang bercakap, tapi orang tak rasa apa kami rasa. Fuhh memang perit berhadapan dengan orang ramai ni.

You know what.. When you have an invisible illness, it's hard to explain to someone who doesn't has a clue. Its a struggle of being pain or feeling sick inside, when you look fine on the outside. That's why dayangdeno selalu bercerita tentang Lupus sebab nak orang faham Lupus patient. Sampai sekarang pun, ada yang masih tak tahu and tak pernah dengar pun Lupus. And satu lagi, Lupus still no cure. Yes semua penyakit ada cure kecuali mati, but apa yang orang tak faham ni.. Emm nak explain pun susah. Deno nak explain bagi faham pun orang taknak faham! Lupus ni kan, bila patient sihat, means Lupus tak aktif. Bukan Lupus tu hilang dari patient. Lupus stay, senang nak cakap Lupus stay dengan patient sampai bila-bila. "Dia" main hide and seek. But once Lupus aktif, sangat bahaya and boleh bawa maut untuk patients. Satu lagi tentang orang yang jual supplement, Lupus ni boleh rosakkan apa sahaja organ/ tisu manusia. Patient tak boleh sebarangan supplement, tapi kalau nak cuba juga perlu nasihat doctor.

Deno perhatikan penjual ubat or any supplement ( sesetengah je tau, deno bukan cakap semua yer) ada je yang suka sangat promote ubat katpada patients. Deno dah lama dan kenal  sangat Lupus macam mana, bukan semua supplement sesuai. Ada juga supplement or ubat luar hospital ni mengandungi hidden steroid. For your information, Lupus patient dah banyak ambil steroid. So, kalau ambil lagi mana-mana supplement tanpa nasihat doctor keadaan patient jadi makin teruk! What I notice kan, pengedar or penjual supplement ni tak mengambil tahu kesan patients. Seller bukan tahu pun patient tu macam mana.

Deno sendiri kadang-kadang tak tahu nak explain, coz kadang-kadang ada patient yang terdesak nak cuba. But in the end, Lupus flare teruk! Ada juga sesetengah supplement yang perlu patient stop ubat hospital. Oh NOOO! Ini yang paling deno takut bila dengar kawan-kawan stop sendiri ubat dari doctor sebab nak cuba product luar. Tapi itulah, mungkin ada yang teruja bila dengar "penawar" Lupus kan. Sedangkan bila patient tu sihat even bertahun-tahun pun, tu tandanya Lupus tu dia "off". Lupus tak aktif! Deno pernah dengar kes from my doctor sendiri, patient yang stop ubat hospital sebab cuba ubat lain. Then Lupus flare teruk, dia ke hospital dengan keadaan yang dah teruk and then tak dapat diselamatkan... Allahuakhbar kesian sangat. My advice to all my Lupie friend, SLE / Lupus is an auto-immune disease, hence whatever supplements you plan to take, please do consult with your respective doctor first. Dayang bukan marah tau, ni sebab dayang sayang korang :) 

Lupus ni, setiap patient berlainan, kesan, simptom, sakit, ubat, semua lain. Yang sama sikit je kot. Sebab tu juga ia digelar penyakit seribu wajah. Deno lain, kawan deno lain, yang sorang lagi, semua lain la.. Takde yang 100% sama. Dayang Deno ni, even dah 12 kali buat chemo, tak jadi apa pun. Lupus dalam badan deno ni lebih kuat, it's getting worse. Sampai doctor pun hairan. Memang setiap patient ni lain dan Lupus ni unpredictable!

Sebenarnya sampai sekarang pun my joint pain tak hilang 100%, memang sakit cuma deno buat tak layan sangat sebab deno tahu, nanti semua kerja pun tak jadi. Cuma kalau betul-betul tak sihat, deno akan silent sebab deno rest. Deno bukan nak menujuk-nujuk,  jauh la nak mintak simpati. It's just awareness dan nak orang tahu plus nak orang faham. Mungkin ada orang bosan, menyampah. But deno takkan stop sebab ramai kawan deno dah "pergi" sebab sakit ni. Ramai lagi di luar sana yang masih tak tahu tentang Lupus. Deno kesian kat kawan-kawan deno yang baru dapat Lupus ni, berhadapan dengan sakit,then terpaksa berhadapan dengan orang ramai yang tak faham. Deno dah lama dan deno tahu, faham macam mana rasanya bila mengidap Lupus yang invisible ni. Kalau tak faham apa kami rasa, faham tentang Lupus pun dah okey.




Reading Time:

15.4.15

New Sketch Book
April 15, 20151 Comments
New sketch book! This book from my friend^^ Kitaorang pernah jumpa kat doodle event @ The Bee last year. Ramai budak2 KLSN kat situ act... Thank you #manlee for this book! Hepiii... Then ada pulak logo KL Sketch Nation kat situ. Feeling kononnya jadi macam budak2 architecture, boleh buat urban sketch even realitinya saya hanyalah graduan course accounting... haha..  But serius urban sketch ni seronok, deno dah pernah sketch bangunan KTM . Klik >> SINI nak tengok ^^ hehehh


Sketch book ni deno guna just untuk sketch mana2 tempat deno pergi. So, sekarang pegi mana2 deno akan bawak buku ni and drawing pen 0.1. Oh ya, semalam deno baru tahu ada orang dah siap sketch dalam buku ni.. Siapa?? Orangnya ialah my nephew Adam Khaleef!! Aaaaa geram sebab tak sempat  deno rasmi buku ni, budak tecik dah conteng.. Nasib baik satu page je.. Lahaii bila dia jumpa tak tau la, tengok2 dah ada... Sabau je la..... 


*nanti deno share pic cover sketchbook ni yang deno dah siap doodle ^^

Reading Time:
Oh Lasagna
April 15, 20151 Comments
Teringin sangat
Fuhh this year belum makan lagi lasagna...
Ermm sedapnya..! Plus yang ada cheese banyak.. *pengsan

-google-

Fuhh ni kes chat ngan  my friend -->> Anugerah *she's an artist tau..  her drawing cantik^^ korang boleh melawat blog dia and folo sekali as support new blogger^^ Boleh pulak kitaorang berdiskusi and cakap pasal lasagna hari tu.. Fuhh menjejes ayaq liuq! Bila la agaknya dapat makan ni.. Nak buat sendiri lahaii tak pandai! Ermm bila nak ajak kakngah pergi ni... huhuu


**akak diana, bestnya kalau akak dekat, teringin rasa lasagna dari kakdiana!! sedapnyaaa T_T


Reading Time:
Dia Mula Dah...
April 15, 20150 Comments
Dia mula dah..
Bila my nephew *Adam Khaleef mula buat homework gini la jadinya...


Semua buku dikeluarkan even homework dia tak banyak pun.. Dia suka buku2 banyak macam tu. Then nanti cikcu dia ni sorang la yang kemaskan. Erk pas siap boleh pulak main teka-teki dalam bahasa mandarin.. Tak layan merajuk pulak nanti.. Haishh kemain dia buli makcik dia. Tahu la cikcu ni tak tahu bahasa tu.. Sabar je la ngan budak kecik comel sorang nih.. Ada juga kena cium sampai pengsan budak nih :p


Reading Time:
Baru Sehari
April 15, 20151 Comments
Baru sehari my mom and abah kat sana.. Rasa rindu pula :)


Actually parents deno ke KL ada hal.. @ weeks diaorang kat sana. Abah ajak ikut, tapi deno tak ikut lagi coz plannya akhir bulan Mei nak pergi sana... Huhuu... So, now deno stay ngan kakngah. Biasa waktu macam ni santai la ngan abah and ma. Hihik.. Hari ni santai ngan my nephew, cikcu jadi the nanny.. Cuma satu la problem, bila Adam Khaleef minta ajarkan bahasa mandarin and bahasa arab, mula la deno blur...Mana la belajar dulu dua bahasa tu.. Tahu sikit2 je..  Haish....


*jadi the nanny for 2 weeks

Reading Time:
Okey
April 15, 20151 Comments
-google-

Hari dah sihat, okey^^ Beberapa hari ni memang on and off kesihatan deno.. Dengan migrain lagi, bila migrain lagi la satu kerja pun tak jadi.. Then moody je.. Memang menguji kesabran betul. Satu kerja pun tak jadi.. But now alhamdulillah okey :) Rasa sihat, takde lagi migrain and badan tak panas.. Dah boleh sambung kerja yang tertangguh.. Fuhh seram tengok nak kena lukis banyak2 tu... Huhu.. 

But namanya kerja kan.. Rindu nak blogwalking n santai blog macam sebelum ni. Ermm nanti la akan ada satu hari deno nak ngadap blog je. Sekarang quite busy ngan illustration. Deno rest pun, deno lukis2... Blog kesayangan dayangdeno ni, targetnya nak update hari2, insyaaAllah^^ Terima kasih orang selalu singgah teratak dayangdeno ni.. Deno sayang korang sangat sangat sangat *love


Reading Time:

12.4.15

Rest
April 12, 2015 3 Comments

Macam nak demam
Huu i need a rest.... sekejap

**rasa nak makan lasagna pulak (pelik2 betul mengidam.. huhu)



Reading Time:

11.4.15

Conteng
April 11, 2015 4 Comments

Pic last two weeks act..
Just random conteng
Kadang2 waktu stress,
Pic sendiri pun boleh jadi mangsa

Konon robolism.. But robolism yang tak jadi


Reading Time:

10.4.15

Bertahanlah
April 10, 2015 2 Comments

Salam Jumaat semua^^

Bersantai Jumaat reading zine from my friend.. Kagum dengan penulisannya.. Deno minat sangat sajak tapi tak pandai nak buat.. huhuu.. So, deno kumpul banyak zine untuk dijadikan inspirasi.. Plus zine ni kadang2 ada nasihat dan peringatakan untuk kita kan... 

Apa yang deno suka tentang zine ialah perkataan yang unik dan ayat-ayat yang indah.... Amazing people with extraordinary talent :)


*nanti deno share siapakah gerangan penulis berbakat ini

Reading Time:
Alkisah Di Hospital
April 10, 2015 10 Comments
Dua hari lepas punya cerita ^^  Sebab tak berapa nak sihat, update blog pun macam takde mood je... Alhamdulillah hari ni rasa okey sket :)


Alkisah kat hospital... Act last week deno dapat call daripada kakak nurse. Dah sampai masa untuk tukar tenchoff **klik SINI nak baca tentang tenchoff :) Macam biasa, sampai masa kena tukar, so kena pergi hospital la kan. Ramai kawan tanya, sakit tak.. Errr... korang rasa? hehehe.. dah biasa dah, so jangan risau ya ^^

Sebelum turn deno kan, ada la sorang patient ni.. Dia punya tenchkoff macam kena infection kot. Tapi serius, deno ngeri deno tengok, first time dalam hidup tengok luka besar macam tu.. Adehh, memang takut.. Harap2 dia cepat sembuh la.. Nurse cakap deno punya okey, cantik ^^ Alhamdulillah.. Agak lama juga la kat hospital, memang mengantuk sangat.. Tapi masa buat tu memang tak dapat nak tidur, macam tu la.. Risau actually... hehe...Mungkin ramai rasa ngeri, tapi may be deno dah biasa.. Lama dah kan, dari deno kecik2 lagi..

Penat tu memang ada, tapi sebab dah biasa.. Kalau fikir penat, semua kerja tak jalan .. So.. buat macam tak penat je. Kalau memang betul tak sihat macam 'pisang penyek' tu, memang kena cuti la.. Nasib baik juga ramai customer faham Dayang Deno macam mana... huhuu .. Terima kasih... :)


Anyway.. Alhamdulillah, semua procedure okey je kat hospital... :)


**pagi ni hujan... 


Reading Time:

8.4.15

Hari Ni Yang Tak Best
April 08, 2015 4 Comments
Hari ni entah kenapa la...

Semua kerja macam  tak jadi... Setiap kali mula buat kerja, mesti rasa penat... and tertidur... Ada la tadi beberapa kali tertidur.. Sampaikan waktu message ngan kawan pun boleh tertidur macam tu je sebab rasa tak larat.. Rasa lesu semacam.. Arghh tak suka bila rasa macam ni, semua kerja tak jadi.. Tertangguh... Aduhaii geramm

Bernafas pun rasa tak best, macam tak selesa.. Act plan hari nak nak settlekan satu design, tapi satu apa pun tak usik.. Ermm nak bersantai lukis macam sebelum ni pun tak sempat.. Illustration aduhh banyak lagi nak siap ni ...Why la ngan badan hari ni yang lesu dan penat sangatt.. Ni pun rasa macam.. ermm harap esok okey la.. kan ..


**agaknya badan nak suruh rehat kot... hehe :p


Reading Time:
Ermm
April 08, 20151 Comments
-google-
Sometimes 

its hard to explain 

who doesn't has a clue

what i've struggling everyday


Well said...



Sabar je la dayang **pujuk diri sendiri.. huhuu



Reading Time: