Al-Fatihah - Dayang Deno

25.9.15

Al-Fatihah

Sungguh tak sangka..

-google-

Tok ayah, atuk yang berusia 75tahun, deno panggil atuk moden sebab dia mahir menggunakan handphone. Dia akan call deno dan message deno bila rindu, dan begitulah sebaliknya. Hari ni, bukan message macam biasa dia send kat deno, tapi berita mengejutkan daripada abang adik. Deno tak sangka langsung tok ayah akan pergi hari ini.. Message form Tok Ayah, bukan tok ayah yang tulis, tapi abang adik yang tulis inform tok ayah dah tiada.. Abang adik beritahu tok ayah sihat, dia pergi solat hari raya macam biasa je.. Tiba-tiba malam ni to ayah dah tiada.. Memang sedih sebab deno rapat ngan tok ayah walaupun tok ayah di Kelantan. Dah lama deno tak rasa sedih macam ni kerana kehilangan seseorang.. Last semasa arwah atuk deno meninggal, che.

Tok ayah, terbayang wajahnya yang cerah, janggut putihnya yang panjang, berkopiah, selalu senyum dan buat deno gelak. Dia selalu melawat family deno dengan motor lamanya dari Kelantan, travel sorang2. Even dia berusia 75tahun, dia kuat. Dia selalu usik deno dan buat deno gelak. Dia selalu speaking english dengan deno dengan loghat kelantan, dia comel, dia seorang yang sangat ceria. Bila dia datang umah dan bermalam, dia suka pasang lagu hindustan pagi2 sambil menyanyi sama.. Dia akan kejut deno dan kakak2 solat subuh dengan bunyi "jam loceng" buatannya iaitu dia akan buat bunyi jam sampai deno ngan kakak2 deno bangun.. deno satu family akan gelak2 subuh2 tu sebab bunyi "loceng" dari tok ayah,,, deno sakit di hospital, tok ayah orang pertama datang dari jauh untuk melawat deno, datang seorang diri dengan motor lamanya.. Hangat mata deno baca message dari abang adik namun deno tabahkan hati kerana Allah sayangkan tok ayah.. Apa buat deno sebak, deno akan rindu suara tok ayah, speaking english ngan tok ayah, rindu call dari tok ayah, message dari tok ayah... paling deno rindu, pelukan tok ayah.... Allahuakhbar sungguh deno tak percaya tok ayah dah tiada.. Rasa macam baru je deno jumpa tok ayah bermanja duduk sebelah tok ayah.... Hanya gambar tok ayah jadi pengubat rindu...


AL-FATIHAH 


7 comments:

  1. Alfatihah, salam takziah buat keluarga.. tabah ye deno

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah..
    Salam takziah buat Deno dan keluarga.
    Bertabahlah..

    ReplyDelete
  3. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
  4. Al-fatihah.. Semoga roh tok ayah dicucuri rahmat.. sabar ya :)

    ReplyDelete