Walk-a-Payung 2015 - Dayang Deno

19.9.15

Walk-a-Payung 2015

Walk-a-Payung again!! Opss! Hehe sorry excited pula...

Okeh, jom kita kenal-kenal dengan my "bespren not forever" dayangdeno si mr. SLE ni dahulu... hehehe :p

Haaaa... Jika di US ada Run for Lupus, di New York ada Walk for Lupus... di MALAYSIA kita ada Walk-a-Payung!!! Support Lupus!



Walk-a-Payung (WAP) 2015 Edisi Negeri Terengganu adalah event kali kedua diadakan di Terengganu. Alhamdulillah WAP 2014 yang lalu berlangsung dengan jayanya! Bila ingat-ingat kembali tahun lepas, fuhhh osemm!! Sambutan dari semua memang hebat!  :)

Okey.. Apakah Walk-a-Payung?

Walk-A-Payung adalah satu aktiviti outdoor yang boleh disertai oleh semua iaitu pesakit, ahli keluarga, pelajar, kanak-kanak dan juga orang awam. Setiap penyertaan akan diberikan sehelai t-shirt Walk-a-Payung, payung Walk-a-Payung dan juga cenderahati. Setiap peserta akan berjalan sejauh 2.5km - 3km dengan menggunakan payung. Aktiviti ini bertujuan menyedarkan masyarakat bahawa pesakit mesti mengelak daripada terkena cahaya matahari untuk mengelak daripada terkena radang pada kulit. Ia juga untuk mengutip dana untuk aktiviti-aktiviti kebajikan bagi pesakit SLE. Selain itu, program ini juga dapat mewujudkan hubungan erat di antara pesakit, orang awam dan juga pakar-pakar perubatan :)

Objektif Walk-a-Payung :

✿ Mewujudkan kesedaran dan pengetahuan kepada orang ramai tentang SLE
✿ Mengumpul ahli keluarga dan masyarakat bagi memberikan sokongan kepada pesakit SLE
✿ Memberikan pendedahan bahawa betapa perlunya pesakit-pesakit SLE menggunakan payung ketika cuaca panas.
✿ Mengumpul dana bagi membantu pesakit-pesakit SLE yang memerlukan bantuan kebajikan
✿ Mendekatkan pesakit dengan keluarga dan pakar perubatan agar mereka lebih bersedia  dengan ancaman dan risiko yang bakal dihadapi oleh pesakit SLE

xxxxxx

Tarikh : 2 Oktober 2015
Masa : 7.00pagi - 12.00tengahari
Tempat : Taman Rekriasi Batu Burok, Kuala Terengganu, Terengganu

xxxxxx

Aturcara Majlis
7.00am       : Pendaftaran peserta
7.30am       : Senamrobik
8.15am       : Majlis Perasmian
8.45am       : Taklimat Perjalanan
9.00am       : Walk-a-Payung bermula
9.15am       : Pemeriksaan kesihatan percuma
                  : Lawatan pameran
11.30am -
12.30noon  : Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah

xxxxxxx

Setiap penyertaan adalah hanya RM35 dan anda akan mendapat tiket. Tiket membolehkan anda mendapat baju -T Walk-a-Payung, payung Walk-a-Payung dan cenderahati. Walk-a-Payung dilihat akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pesakit dan keluarga, pegawai perubatan, kakitangan kesihatan dan juga orang awam :)


Haaaa.. Marilah kita semua support Lupus Awareness!! ^^ Jika anda berminat untuk menyertai kami, boleh hubungi dayangdeno atau kak rohafiza ya...  Jangan segan-segan tau:) Support Lupus Awareness, support Lupus patients ~

**FB : Dayang Deno
**FB : Rohafiza


p/s: i'm SLE Lupus Nephritis Class 4 :)

5 comments: