December 2015 - Dayang Deno

21.12.15

I Believe In You
December 21, 2015 10 Comments

Dear self...
I know you're doing the best you can
I believe in you.. I love you..


Love : me



Reading Time:
Takziah
December 21, 2015 4 Comments
sumber : fb

Baru dapat berita.... Seorang lagi SLE/Lupus fighter telah pergi mengadap Ilahi.. Alfatihah..... Takziah buat kerluarga arwah ..........................

Reading Time:

19.12.15

Kecik
December 19, 20150 Comments
Bila bergambar, mesti cikcu tenggalam uhuk2... 

Sekejap je rasanya masa berlalu, dah besar pun dua2... kakak next year naik form 1, adik pula naik darjah 3.. Wahai kakak and adik, cikcu rindu kamu2 dulu masa kecik yang kulihat umpama dua ketul ulat beluncas montel melompat-lompat inginkan cikcu dukung... 

Sekarang kamu2 pula nampak cikcu macam belalang kecik, sometimes kena buli dek kamu2... hihik... Tapi nakal2 kamu cikcu sayanggg :')

Reading Time:
AnisYee Beauty Shop
December 19, 2015 2 Comments

KLIK : 

Commisson from Anis.. Act agak lama deno tak melukis untuk facebook timeline cover, seronok pula melukis item2 detail untuk bisnes Anis^^ Alhamdulillah Anis suka :)

Terima kasih Anis percayakan deno :)



x x x x x x


Contact :
Instagram : @dayangdeno
Art fb : dayangdeno art
Blog fb : dayangdeno.com


Reading Time:
17 Tahun
December 19, 2015 3 Comments
Setiap tahun, deno takkan lupa tarikh 17 Disember sebab tarikh itulah dayang deno yang berusia 10tahun, didiagnosis dengan SLE Lupus Nephritis Class 4.. That time Lupus sangat rare, dan deno antara patient termuda.. Masa tu jugak, jarang kanak-kanak yang mengidap Lupus... Doc beritahu dayang hanya ada 5 tahun untuk survive......

google.com

Tapi, kuasa Allah.. Tiada siapa dapat menandingi kuasa Allah.. Semalam genap 17 tahun dayang deno bersama SLE/ Lupus. Followers blog dayangdeno tentu pernah baca kisah Lupus dan deno kan.. Mungkin ada orang yang bosan dengan entri deno dan Lupus, mungkinlah... But deno takkan berhenti coz deno nak orang faham dengan Lupus, and faham how patients struggle dengan Lupus. Yes, nak korang semua faham. Hati deno kalau orang boleh nampak, terlalu banyak luka dan parut sebab orang sekeliling. Itulah deno pun speechless.. Sekarang deno dah biasa. Just pujuk diri sendiri supaya sabar

Lupus, it's INVISIBLE. Why it's invisible illness? Sebab orang takkan nampak dengan mata kasar. "Dia" bersembunyi, "dia" bermain hide and seek. Bahaya bila Lupus ini aktif, "dia" boleh kacau apa sahaja organ dan kemudian terjadilah kerosakan pada organ-organ yang boleh mengakibatkan kematian. Once ia aktif, dah macam war. Pesakit perlu lawan, perlu kuatkan diri walaupun hakikatnya sangat lemah.

17 tahun bersama Lupus.. Sekarang impian deno cuma nak sihat, inshaa Allah. Moga tiada lagi wad, tiada lagi ICU. Just nak buat my daily dialysis treatment tu, jumpa doktor, makan ubat, melukis, buat apa yang deno minat. Even adakalanya terasa penat, letih tapi alhamdulillah I am blessed for having such a loving and supportive family. Thanks to abah, ma, all my sisters, family yang sentiasa ada, sentiasa melayan dan menjaga adik bongsu yang nakal ni. Tak lupa thanks to my doctors, nurses and friends for supporting Dayang Deno. May Allah bless of all you.. Amin ya rabb!

Doakan deno sentiasa sihat eh :)



Reading Time:

15.12.15

Bersushi
December 15, 2015 7 Comments
Oh sushi....


Bersushi hari ni..Act this is request by my niece.. Tadi buat sushi sama-sama dengan my niece, orang lain birthday nak kek besar, dia nak sushi and cupcake. Simple je sushi ni, bahan kat tengah2 dia just isi crab, sosej, timun jepun dan telur.. then sapu mayonis sket..  Makan cicah ngan kicap tu je hihik.. No need Jepun punya sos tu, sedap je cicah kicap kita tuuu :p

Home made lagi best kot, sebab kita boleh letak bahan banyak2 suka hati kita kan :)


Reading Time:
Birthday!
December 15, 2015 3 Comments
Me and my niece

Sekejap je my niece ni besar, this year dia darjah 6 dan dah dapat result pun baru-baru ni... Kami dah nampak macam kakak dan adik! Sarah Aina faham makcik dia ni sakit, dari dia kecik dia lihat deno keluar masuk hospital, icu, pegi hospital, teman deno amik ubat... macam-macam! Matang budaknya walaupun kadang2 dia pun buli cikcu dia ni haaa.. Uhuk2

To my lovely Sarah Aina... Happy birthday!!! Cikcu loves you so much!! May Allah bless you sayang... Be a good girl okey *love*heart emotic

Reading Time:
Drink and Doodle With Haziq
December 15, 2015 4 Comments
Tersebutlah kisah..**erkk dah macam cerita lama!! 

Plan dah lama nak jumpa my friend yang berbakat ni, Haziq namanya. Kenal ini orang osem di Doodict iaitu satu event doodle.. Haziq juga seorang doodler... First we met agak segan actually.. pendek kata semua deno segan bila deno jumpa kawan baru..hehehe.. But once jumpa, berbual dah macam lama kenal.. Plus he is very nice person.

Sementara dayangdeno di KL, dapatlah jumpa. Kami santai drink and doodle bersama-sama di The Curve, Mutiara Damansara.. Seronotttt! Kami bertukar doodle style^^


Tadaaaa...!!
Nampak simple artwork, almost 3 hours jugak nak siap coz detail


Lama juga kami berbual.. Mostly mengenai art.. Macam ni la bila doodler bertemu doodler, seronok bila dapat ilmu sket2 daripada Haziq.. Haziq more to abstrac punya style, and dayangdeno more to doodle flowers dan detail.. Thank you Haziq for spending time with me^^ Hopefully we will meet again, soon...

Inshaa Allah. 


Instagram : @dayangdeno
Instagram : @haziq.q

Reading Time:

14.12.15

Truly Friend
December 14, 20151 Comments

I miss her, so much. 

She is my truly friend, bestfriend, sahabat, dulu, sekarang dan sampai bila-bila :') Pernah dayang deno cerita mengenai dia.. Followers yang folo story dayang deno mesti kenal siapa dia.. Walau jauh rasa dekat sangat. Dah 9 tahun tak jumpa, but our friendship getting strong. Rindu, jangan cakaplah... Hanya doa dapat deno kirimkan...

May Allah bless you always..I truely, deeply love you sahabatku.. Lillahi Taala


Reading Time:
Pizza?
December 14, 2015 4 Comments
Dah lama kan dayang deno tak share commission


Tempahan doodle hijab girl with pizza. Doodle for her business, its been awhile dayang deno tak lukis macam ni. Now DD focus more on doodle art. Korang boleh tengok contoh doodle art di SINI . But, deno still buat tempahan doodle kartun2 macam ni. Kalau ada nak buat tempahan, just contact deno ya

To Siti, thank you percayakan saya untuk buatkan doodle untuk awak :)

xxxxx

Contact :
Instagram : @dayangdeno
Fb : dayangdeno
Fb page : dayangdeno.com
Art page : Dayang Deno Art


P/s : Do not copy/grab/crop/edit my artwork. Any action without permission is strictly prohibited. Thank you for your cooperation **Copyright Dayang Deno





Reading Time:

11.12.15

Giveaway Disember 2015 Cash RM500