Lupus

17 Tahun

December 19, 2015,3 Comments

Setiap tahun, deno takkan lupa tarikh 17 Disember sebab tarikh itulah dayang deno yang berusia 10tahun, didignose dengan SLE Lupus Nephritis Class 4.. That time Lupus sangat rare, dan deno antara patient termuda.. Masa tu jugak, jarang kanak-kanak yang mengidap Lupus... Doc beritahu dayang hanya ada 5 tahun untuk survive......

google.com


Tapi, kuasa Allah.. Tiada siapa dapat menandingi kuasa Allah.. Semalam genap 17 tahun dayang deno bersama Lupus/ SLE. Followers blog dayangdeno tentu pernah baca kisah Lupus dan deno kan.. Mungkin ada orang yang bosan dengan entri deno dan Lupus, mungkinlah... But deno takkan berhenti coz deno nak orang faham dengan Lupus, and faham how patients struggling dengan Lupus..  Yes, nak korang semua faham. Hati deno kalau orang boleh nampak, terlalu banyak luka dan parut sebab orang sekeliling.. Itulah deno pun speechless.. Sekarang deno dah biasa... Just pujuk diri sendiri supaya sabar..

Lupus, it's INVISIBLE.. Why it's invisible illness? Sebab memang orang tak nampak dengan mata kasar.. "Dia" bersembunyi, "dia" bermain hide and seek.. Bahaya bila Lupus aktif, "dia" boleh serang apa sahaja organ patients..Kemudian terjadilah kerosakan pada organ2 yang boleh mengakibatkan kematian.... Once SLE aktif, dah macam war, kita kena lawan Lupus

17 tahun bersama Lupus.. Hanya Allah tahu how i feel..

Sekarang, impian deno cuma nak sentiasa sihat, sihat selama-lamanya.. Takde lagi wad, takde lagi icu, seksa sangat rasanya... Just buat my daily treatment dialisis tu, jumpa doctor, makan ubat dan melukis, doodle ... Even dengan daily dialisis yang memenatkan, daily medicines.. Alhamdulillah I am blessed for having such a loving & supportive family..

Thanks to my beloved abah, ma and all my kakak : kaklong, kakngah, kakobie, kakna, abanglong, abangngah, abangfik yang sentiasa ada, yang sentiasa layan and jaga adik bongsu yang nakal sorang ni... And tak lupa thanks to all my doctors, nurses and friends yang sentiasa support DayangDeno.. May Allah bless all of you.. Lillahi Ta'ala :')

Doakan deno sihat selalu ya? Luv you supporters :')



You Might Also Like

3 comments: