Personal

Tersenyum

February 28, 2015,7 Comments


Waktu petang.. Angin sepoi2 bahasa...

Diri ini tersenyum.. Ada tergelak., Tiba-tiba serius .. Then tersenyum kembali.. Begitulah since tadi sebab satu blog ni... Blog seorang teman, baru lagi berkawan... Kenal pun melalui art juga^^ Sebelum ni deno ingatkan dia seorang yang serius, segan nak tegur... Tapi, rupa2nya dia sangat nice dan kelakar orangnya.. hihik  :)

Deno baru tahu dia ada blog, cuma sekarang dia tak aktif sangat sebab busy. Orangnya sangat kreatif, banyak betul kebolehannya yang Allah bagi... Subhanallah... Lama berhenti di blognya... Membaca dan terus membaca, melihat hasil lukisan, kata2 dan sajak2nya memang sangat hebat... Deno yang sedia minat sajak, boleh melekat lama di blog teman baru ini... 

He's soo amazing.. Diri ini boleh tenggelam di dalam cerita-ceritanya,, Kagum, sangat kagum.. Jarang deno rasa macam ni, betapa kata2 sajaknya penuh makna... Hati sangat terkesan..... Dia, manusia hebat..


7 SLE Supporters :):

Blogger

4000 Followers

February 28, 2015,7 Comments

Alhamdulillah...

Blog www.dayangdeno.com dah mempunyai 4000 followers! Tahun ni blog deno berusia 6tahun dan tahun ke 6 inilah deno dapat 4000 followers :) Sekejap je kan, rasa macam baru semalam belajar buat blog.. hihik^^

Act deno tak sedar pun bila dah sampai 4000 tu.. Tak sempat nak printscreen.. Aduhaii.. Apa2 pun, terima kasih korang yang sentiasa support Dayang Deno.. Even deno banyak bebel je dalam blog ni, just simple personal blog yang tiada apa2 istimewa.. terima kasih korangg!! *love*

Oh ya, followers ke 4000 blog deno ialah blogger Fara Nabilah! Fara merupakan blogger baru dalam dunia blog.. Apa lagi korang, jom kita terjah blogger --->> Fara! :D


*muahh nah tangkap flying kiss sorang satu! :D


7 SLE Supporters :):

Personal

Malu And Segan

February 28, 2015,0 Comments

Rasanya ramai kot yang tak tahu.. Dia macam tu.. huhuuu.. Act she is soo shy and penyegan punya manusia.. Siapa lagi kalau bukan  seketul manusia bernama Dayang Deno tu. Since kecik-kecik memang jenis penyegan giler.. Ish3.. *geleng2 kepala

Teruk betul... Act sampai sekarang penyakit segan, malu, low confident masih ada.. Uhuk2... Cuma sekarang dah kurang sket... All sebab my kakak.. Kakak la yang selalu push sebab adik bongsu ni yang malu + penyegan sangat -__-

Pernah join event.. Last year punya event.. First time jumpa ngan orang2 #KLSketchNation giler awesome and kami lukis sama-sama.. Segan giler sampai masa lukis pun gigil coz nervous.. Can u imagine sampai line yang lurus jadi tak lurus.. Nervous, awkward, seram sejuk.. Lagi2 if dengan kaum lelaki.. Mesti banyak pandang bawah je.... But nasib baik jugak kakak2 push adik ni supaya berani sket... Deno join event..

So, deno dapat satu pengalaman baru dalam hidup, supaya tidak terlampau malu and segan... She face her fears!!! 

Kadang2 geram ngan diri sendiri.. How la diri ni tak macam all my kakak 4 orang tu, berani je.. Tetiba adik bongsu sorang ni macam ni.. Ermm... lepas join event tu kan, macam ada semangat sket bila jumpa orang ramai, orang baru kenal.. Kalau tak, mak aiii memang nak kena debik sebab peyakit malu + segan ni... Hahaa!! Alhamdulillah penyakit ni dah kurang sket, boleh control even masih ada... Still dalam proses nak belajar.. Hihiiii...


**geram dengan diri sendiri.. thanks to all my kakak yang selalu push adik supaya berani


0 SLE Supporters :):

Denggi

Cancel

February 28, 2015,0 Comments

Terpaksa cancel

Ermmm makin teruk kan.. Setiap hari kat news, tv ada cerita pasal ni.. Online pun sama.. Denggi makin teruk kat Selangor..

Act sebelum deno rasa okey kot pegi kl.. Rasa macam okey kot. Tapi this week hari2 ada berita tentang kes denggi meningkat dengan drastik.. Setiap hari beratus-ratus kes denggi kat hospital.. Ada juga sampai meragur nyawa.. And denggi sekarang ni bukan denggi biasa, dah moden punya nyamuk sampai kesan dia pun lebih teruk... So, deno cancel dulu...

Bila dah reda baru pergi... Aduhaiii terpaksa hold nak shopping barang art kat sana....



0 SLE Supporters :):

Baru Nak Mula..

February 25, 2015,5 Comments

Hari ni my nephew duk umah
Biasa balik sekolah dia duk ngan pengasuh dia..
So, hari ni deno la jadi da nanny Adam Khaleef lepas dia balik sekolah.. hihik
It's 1am.. Baru mula bukak list my customer yang buat tempahan.. Siang tadi tak sempat nak buat pun.. Tadi pun keluar, Adam Khaleef lama sangat tak jalan2 ngan cikcu dia ni.. Rindu lettew... hihikkk..

Huuuu.. Baru nak mula :p



5 SLE Supporters :):

Cuaca

Panas Ekstrem Dijangka Melanda Malaysia

February 24, 2015,6 Comments


Malaysia dijangka akan mengalamai cuaca panas ekstrem bermula minggu depan.. Fuhhh sekarang pun terasa bahang cuaca panas, bila kena cahaya matahari sikit pun dah terasa perit kulit!


Menurut sumber

Bacaan suhu di beberapa bandar utama di Malaysia mulai 25 Februari ini mencecah 36 darjah Celcius dan boleh mencecah sehingga 38 darjah Celcius untuk negeri-negeri tertentu.
Suhu 38 darjah Celcius adalah bersamaan dengan suhu purata pada awal musim di Mekah, Arab Saudi dan cuaca normal di Malaysia adalah 34 darjah Celcius dan lebih daripada itu dianggap sebagai cuaca panas luarbiasa.
Sementara itu, Pakar Klimatologi dan Oseanografi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Fredolin Tangang berkata, cuaca panas di Malaysia waktu ini turut disebabkan oleh Monsun Timur Laut yang hampir berakhir.
Fuhh...Take care semua...

6 SLE Supporters :):

Terima

February 23, 2015,5 Comments

Setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza,, Masing2 ada bahagian masing , yang pasti Allah takkan uji melebihi kemampuan hambaNya... Sometimes we need to learn redha on what happened to us.. Everything happen for a reason and ada hikmahnya.. Trust Allah, setiap kegagalan, kesedihan, kedukaan kita, akan Allah ganti dengan kebahagian di masa akan datang... Just be patience.. In syaa Allah...

**belajar untuk terima/ redha kerna redha itu ertinya bahagia, hati dan jiwa pun akan tenang  :)


5 SLE Supporters :):

I Hope She Will Be Okey

February 23, 2015,2 Comments


Semalam baru berbual dengan seorang teman, sahabat baru juga act. Deno suka berkawan dengan dia. She's nice, periang... Sekarang dia di dalam masalah, dilema dan boleh dikatakan dalam keadaan sedih.. So, as s friend, I try to help her with my advice

Alhamdulillah seems like she will be okey. Ermm... Kita sebagai kawan, even baru kenal tak sampai setahun dan hanya berhubungan melalui laman sosial, juga terasa bila kawan kita dalam masalah kan... I hope she'll be okey.. .But as always, lepas tu deno pula rasa risau dan bimbang.. Kawan kita kan... Harap dia okey, lupakan masalah tu dan move on.... 

Be strong kawan


2 SLE Supporters :):

Forum SLE

Forum SLE/ Lupus 2015

February 21, 2015,1 Comments


Forum SLE kembali..!^^  Jom ke Forum Awam mengenai Systemic Lupus Erythematosus (SLE) ! Free of Charge! Semua boleh join... Orang awam pun boleh.. Meh la kenal2 ngan Lupus, so lepas ni takde lagi minion face bila sebut Lupus kan.. hihiiii :p Nanti bleh kita jumpa.....!

Kandungan ceramah :
  • Apakah penyakit Lupus/ SLE?
  • SLE dan Kehamilan
  • SLE dan Buah Pinggang
  • SLE dan cabaran yang dihadapi
  • Soal Jawab - pesakit dan doktor
  • Perkongsian pengalaman etc

Penceramah :

Pakar-pakar Rheumatology dan Nefrology daripada Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu

Tempat dan Masa

Tarikh : 22 Mac 2015
Masa : 8pagi - 3petang
Tempat : Auditorium, Pusat Rawatan harian, Hospital Sultanah Nur Zahirah

**free je
**makan disediakan


Sebarang pertanyaan boleh pm dayangdeno kat my fb : DayangDeno


1 SLE Supporters :):

Personal

Please Jangan Demam

February 21, 2015,1 Comments

Penat masih tak hilang ....
Sekarang i got swollen knee
Act semalam lagi dah sakit masa lukis tu.. tapi malas layan sangat
Hari ni makin sakit, nak bengkok sakit giler! Tengok2 dah bengkak ghupenye
Huuu biasa la kan, Lupus patient and joint pain tak dapat berpisah
Hari ni pun berjalan terhunjut-hinjut senget... hahahaa...
Ni rasa macam nak demam pulak.. Err.. Nak kena makan ubat cepat2!!
Please jangan demam, habis la nanti satu badan sakit....!
Harap duatiga hari lagi baik la my joint pain ni sebelum jumpa doc next week
Hihik.. Ok korang nah tangkap my flying kiss dari jauh sorang satu :)


**harap my sendi cepat baik^^


1 SLE Supporters :):

Doodle Art

Baru Sehari...

February 20, 2015,6 Comments

Alhamdulillah...
Selepas 4 hari bersama dan bertabah dinding.. hihik
Akhirnya doodle art kami siap di Kampung Cina, Kuala Terengganu :)

kak Nisa, Dayang Deno and Shaz

Kami mula melukis pada 16 Febuari 2015 dan siap pada 6petang 19 Febuari 2015. Sangat struggle nak siapkan art kami sebab permukaan dinding yang challenging... Bak kata Shaz, memang bertabah dinding betul! Hahahaaa!! Adoiii memang menguji kesabaran! Huuu semalam baru siap.. Berkampung kat situ, mula awal pagi, balik lewat malam.. 

Kami bersama 4 hari, lukis sama2, makan sama2, gelak sama2... Akhirnya siap semalam. Artwork kami betul2 di sebelah Restoran Tappers, Kampung Cina, Kuala Terengganu. Memang banyak Street Art kat situ, dan kami salah satu team yang melukis. Best sangat dapat melukis dengan Shaz and kak Nisa :')

Ermmm, baru sehari hari ni tak jumpa akakNisa and Shaz, rindu sudah my new fren ni...huhuuu.. akak Nisa and Shaz yang super amazing! Even ini adalah my very first time jumpa kakNisa and Shaz, rasa macam dah lama kenal and best sangat2 coz diaorang yang sangat nice! Dayang harap dapat jumpa and melukis bersama korang lagi.... In syaa Allah... And now, dayangdeno back to her life again... Mr. lappy and her, as always ~~

Our instagram :
Dayang Deno : dayangdeno
Kak Nisa : gulaguliart
Shaz : Nerdlessart


**hari ni jalan terhinjut-hinjut sakit kaki.. swollen knee.. agaknya sebab duduk lama and bangunduduk2 masa lukis tu... sakit giler hari ni nak bengkokkan lutut.. huuu patient Lupus dengan joint pain tak dapat dipisahkan.. hahahaa... ok nanti dayangdeno update gambar2 and story kami doodle art di Kampung Cina, Kuala Terengganu :)


6 SLE Supporters :):

Segmen

SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH

February 20, 2015,10 Comments

- klik banner -

due date : 28/2/2015

10 SLE Supporters :):

CAPD

Sabar Lebih

February 15, 2015,7 Comments


Kita kena sabar lebih...

My mom selalu cakap kita kena sabar lebih.. Apa yang tertulis dan ujian kat kita semua untuk kebaikan kita.. Tipu la kalau deno tak rasa sedih, iya la kan deno banyak kekangan nak buat apa2. Tak macam orang lain, boleh masuk kategori free nak buat apa2. I mean pegi jalan2 jauh2 ke, travel sorang2 ke.. Kerja.. Bersukan.. Buat aktiviti lasak.. Deno terhad, act dah masuk 15tahun dengan treatment ni, kekadang bosan plus penat.. Uishh sape cakap tak penat... Bangun tido, buat capd dulu, then tengahari, then petang, then malam.. Daily! Phewww.. Sebab tu jangan pelik kekadang deno ni tak sihat, sebab penat ngan treatment ni.. Kesihatan tak tentu.. Macam sekarang ni, alhamdulillah.. Bleh gedik2 joget main ngan abah ma.. Bleh lukis2 ^^ hehe... 

That's why la kena sabar lebih.. Banyak2 kena sabar, mungkin deno takde rezeki kesihatan macam orang lain, deno ada rezeki 24/7 dapat tengok wajah ma abah.. Tu pun rezeki kan.. Bleh lukis and blogging pun hepi^^ So, apa2 jadi kat kita pun, kita kena sabar lebih or sabar banyak2

In syaa Allah.. Allah kan ada :')


**thanks to all dayangdeno supporters and my customer yang faham ngan deno macam mana.. heee korang pun kena sabar ngan designer korang ni... sayanggg korang!


7 SLE Supporters :):

Laptop

Awal Pagi

February 15, 2015,2 Comments

Pagi2 ketung ketang ketung ketang
Then bunyi pulak  seseorang bukak peti
Then bunyi almari ditutup


Siapa lagi anakanda abah ma sorang ni la... Pagi2 dah buat nescafe  gold panas. Pagi2 dingin macam ni memang syok sangat minum nescafe panas2 berasap.. Dalam bilik ngadap lappy, buat keje sket2.. Fuhhh sekarang ni sejuk dia lain macam kan..

Best duk dalam bilik, kurang sejuknya ~~


#pagiiiii

2 SLE Supporters :):

Doodle Art

Paip?

February 14, 2015,6 Comments

Paip?
Kenapa kali ni paip?



Alkisah deno doodle paip.. Hahaa entah apa2 kan.. Act art ni macam-macam. Paip pun boleh, janji lukis. Agak juling jugak mata deno yang sedia empat ni dengan paip2 halus and kecik ni.. Ambil masa, tapi tetap nak siapkan.

Diktipah bukanlah tukang paip bertauliah dan bersijil, tapi kan bila siap memang rasa puas sangat2. Act ini last week punya artwork masa my fb problemos tu.. huuu :p

instagram : dayangdeno




6 SLE Supporters :):

Drawing

Opposite Attraction

February 14, 2015,3 Comments

Opposite Attraction
Last week Doodle Malaysia have a game
Try to do something outside your comfort
Sis Allie challenge me to draw *macho

And..... inilah hasilnya ~~



Adussss act deno jarang sangat lukis orang laki2 nih.. Bagi deno la.. Susah weyyy lukis kaum adam ni, biasa deno lukis gambar gegirl je kan. Tak pandai buat but i dare to do it! And itulah hasilnya!! Hahaaaa sorry tak macho, or dengan kata lain tak "jantan"... 

Lahaiiii banyak kali kt cuba, tapi tetap tak macho.. Kesian kan, itu je yang termampu.. huu ~~


**macho is jantan, hensem is like kucing siam - Anderson Ee 




3 SLE Supporters :):

Laptop

I Need Wacom

February 12, 2015,5 Comments


Keletihan.. Kelenguhan dah rasanya

Dah lama main lukis pakai tikuih ni ha.. Diktipah rasa macam nak kena tukar dah... Tukar cara lukis, tak pakai tikuih dah.. Penat sebenarnya.. deno buat ilustrasi kan, banyak kena buat.. Bila pakai tikuih ni naik lenguh tangan ni haaa... Huuu I need wacom!

Baru senang pakai pen je, laju je lukis kat pad tu.. Orang lain lama dah guna, deno baru nak cari.. Hahaaaa !! :D


5 SLE Supporters :):

Smile

Jangan Takut

February 11, 2015,6 Comments

Kenapa ada certain orang takut


Ada takut untuk untuk senyum.. Takut senyum coz takut nampak bambam/ chubby or pipi pau.. No need takut lorr. Senyum tu kan satu sedekah dan cara dapat pahala paling mudah... Deno ni haaa.. bukan setakat pau, dah pau over cook bila senyum.. Tak kisahlah pau ke, belon ke, bambam ke.. Yang pasti, senyum tu comel .. Orang tengok pun sejukk je hati kan :)

#jangan takut senyum



6 SLE Supporters :):

Sleep

Kann

February 11, 2015,8 Comments


Kekadang kita memang nak tido awal
Tapi bila baring tak lena2
Kann.. Selalu juga macam ni.. huhuu ~~

**jom share, apa korang buat untuk tidurkan diri yang tak boleh tidur? :)

8 SLE Supporters :):

Giveaway

GIVEAWAY BY EKINRAZALLI WORTH RM500 TO WIN!

February 11, 2015,6 Comments

klik banner

tamat : 28 Febuari 2015


:)

6 SLE Supporters :):

Giveaway

Giveaway 7 HARI by Syira Lokman

February 11, 2015,9 Comments


Pemilihan pemenang : pemilihan 100% secara random oleh Syira sendiri (penganjur) :)


Mudah kan? 
jom ramai2 memeriahkan Giveaway 7 HARI by Syira Lokman ^_^
InsyaAllah lepas ni mungkin ramai akan follow blog anda juga :)

Bersama merapatkan ukhwah ^_^


Mula :10 Februari 2015
Tamat : 16 Februari 2015


9 SLE Supporters :):

Tapir

Tapir Juga Cute

February 11, 2015,3 Comments

Last 2 weeks, team DoodleMalaysia lukis tapir
Macam-macam tapir.. hihiii


Deno lukis biasa2 je, guna Paint je... Deno punya superhero tapir.. Ekekekk.. Sian tapir kan, tapir haiwan yang ada kaler hitam putih macam panda juga, cute jugak tapi kurang dipedulikan.. Cian dia..

Siapa rajin kat sini?? Deno tag korang lukis tapir!! Heee Lukis la macam mana pun, janji tapir.. Hihiii.. Kakak2 abang2 yang ada anak2 bleh lukis ngan anak2, and then share kat blog. Kalau rajin, post sekali kat fb korang, hashtag tapirjugacute.. hihik^^

Suka suka je :D


#tapirjugacute


3 SLE Supporters :):

Personal

Masalah Telah Selesai

February 09, 2015,15 Comments

Alhamdulillah..

Lega sangat2 ... Act beberapa hari lepas facebook denoada je masalah.. Macam-macam jadik.. Tetiba last week, Nak login tak dapat.. Terkejut tiba-tiba jadi macam tu. Dah la sebelum tu kena banned 2 minggu, tiba2 jadi macam tu... Siapa tak susah hati kan.. Dengan order customer lagi, dalam message fb semuanya... Sedih..

Memang susah hati sangat2.. Hari ni alhamdulillah, masalah dah selesai.. Terima kasih blogger Sheda Ucu.. Terima kasih blogger Namia dapat settlekan masalah facebook deno... Terima kasih juga buat semua blogger dan kawan2 yang ambil berat... Lega sekarang.. Terima kasih korang!! *nah tangkap flying kis untuk korang


15 SLE Supporters :):

Sad

.........

February 06, 2015,8 Comments


Sedih..
Down..

#feelinghopeful

8 SLE Supporters :):

Design blog

Tempahan : Designer Cakes by Notti Netti

February 06, 2015,2 Comments

Business Blog
Designer Cakes & Cupcakes by Notti Netti
Theme : Brown and Pink
Link : http://nottinetticakes.blogspot.com/

COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com


p/s: terima kasih akak percayakan Dayang Deno ^^

2 SLE Supporters :):

Design blog

Tempahan : Blog Notti Netti

February 06, 2015,1 Comments

Personal Blog
Notti Netti
Theme : Dark brown + pink
Link : http://nottinettii.blogspot.com/

COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com


p/s: terima kasih akak percayakan Dayang Deno ^^


1 SLE Supporters :):

Design blog

Tempahan : Blog Niza Tasya

February 06, 2015,1 Comments


Personal Blog
Niza Tasya
Theme : Purple
Link : http://nizatasya.blogspot.com


COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com


p/s: terima kasih kak Niza percayakan Dayang Deno :)


1 SLE Supporters :):

Bonda

Ma

February 05, 2015,4 Comments

Ma..

Kita panggil ibu kita dengan panggilan"ma"


Ma tegas.. lebih tegas daripada abah.. tapi ma sangat penyayang.. ma kita best,  ma sporting, apa kita nak mesti ma support, ma bagi je greenlight.. tapi ada hadnya, ada sesetengah perkara memang tak boleh sebab kita sakit.. ma memang tak bagi kita bersukan, buat keje berat-berat.. kadang2 kita nak tolong kemas rumah pun ma tak bagi, tapi kita degil kita buat jugak.. heee sorry ma... ma pun selalu pesan, kita sakit tak sama macam orang sihat, kita kena jaga betul2 diri kita sebab kita mudah jatuh sakit.. kita sakit masa muda lagi, umo 10tahun kita dah sakit..

masa tu kita selalu marah-marah sebab semua perkara tak bleh buat.. masa tu kita pun selalu nangis ... kita duk dalam rumah je, kita tak boleh main kat luar.. then kita selalu kena pegi hospital.. tu buat kita sedih.. kesian ma dan abah kena sabar ngan kita masa tu.. tapi masa tu kite kecik lagi, kita budak lagi, masih kanak-kanak2 ribena lagi.. kite tak faham.. nasib baik sekejap je kita jadi macam tu, lama-lama kite boleh terima kite sakit bukan sakit biasa.. tak boleh nak jadi macam kawan-kawan yang lain, kita ingat ma pesan kita kena banyak sabar sebab orang sabar Allah sayang ... kan ma :')

kat hospital, ma and abah selalu jaga kita.. tapi banyak ma yang jaga kita.. hari2 ma tunggu and jaga kita kat hospital.. bila kita sakit ma tak boleh tidur, ma selalu tanya kita ... kita nak makan apa.. sebab kita memang susah makan dari dulu2 lagi.. ma sanggup masak atau belikan bila kita nak makan.. asalkan kita makan.. ma susah hati bila kita tak makan.. pernah satu ketika, kita makan nasi.. then ma senyum je sembil tengok kita makan.. bila kita tanya kenapa ma tengok kita makan, ma cakap "ma suka adik makan, ma rasa happy adik makan" .. kita rasa nak nanges masa tu jugak.... maafkan kita, ma.. kita selalu susahkan ma... T_T

kita tak lupa masa kita sakit teruk.. ma tak tidur jaga kita... kat ICU pun sama, kita memang tak bleh cakap masa sedar kat ICU tu... sebab ada wayar dalam mulut..badan kita penuh wayar.. kita nampak ma, abah tapi kita tak boleh cakap, tak boleh gerak.. sian ma.. kita banyak menyusahkan ma dangan sakit kita.. maafkan kita, ma.. kita pun taknak sakit macam ni, tapi Allah nak bagi kita sakit ni, nak uji kita... kita kesian kat ma dan abah ulang alik hantar kita ke hospital, dari kita kecik lagi.. then ma abah hantar kita ke sekolah sejak kita sekolah rendah sampai masuk U..  abah tak jemu hantar kita.. kita tak boleh tinggal kat asrama sebab sakit kita ni.. 

ma sentiasa support kita bila kita nak belajar.. ma tak halang, cuma ma risau bila kita kuat belajar, kita mesti jatuh sakit sebab kita tak boleh terlalu penat, kita tak boleh stress sebab sle mesti aktif.. tapi kita degil, kita nak dapat result terbaik so selalu tak cukup tido sebab study.. alhamdulillah akhir tahun 2012 kita tamat juga belajar selepas 4sem kita tangguh belajar sebab sakit.,, itu pun last sem kita amik exam kat hospital.. tangan sakit ngan jarum tapi gagahkan diri buat exam atas katil.. masa tu kita nanges sampai bengkak mata sebab sakit, plus sebab kita risau .. kita sekarang kerja kat umah, kerja sendiri je.. sebab susah kita nak kerja ngan orang.. kita buat  rawatan capd, 4 kali pulak tu setiap hari... dah 14tahun kita ngan rawatan tu.. orang bukan senang nak faham kita.. kita pun selalu sakit2, sakit yang tak tentu masa.. zaman belajar pun kitalah student yang paling banyak MC... ma lebih senang hati anak bongsu ma ni ada kat rumah.. senang if ada apa-apa berlaku kat kita...

kita faham.. apa2 je nasihat ma kat kita semuanya untuk kebaikan kita..  sebab ma sayang kita.. sampai hari ini kita masih bersama ma, ma ada depan mata kita hari-hari.. kita nak tidur, ma ada,, kita bangun tidur ma dah siapkan makan.. kita suka main dengan ma, kita suka geletek ma, kita peluk-peluk ma, kita cium ma.. yang paling best kita main game lawan dengan ma score siapa paling tinggi.. ma memang best, ma selalu buat kita happy :)

ma..adik bersyukur adik dapat seorang ibu seperti ma, adik bersyukur dilahirkan sebagai anak ma. berkat sokongan dan doa ma, adik masih di sini .. terima kasih ma atas segalanya..


Ya allah.. ku mohon padaMu berikanlah aku kejayaan, murahkan rezekiku, berikanlah kesihatan yang berpanjangan kepadaku, panjangkan umurku agar dapatku balas jasa bondaku yang tercinta dan dapatku jaga bondaku suatu hari nanti... amin.


selamat hari lahir bondaku..
tiada apa dapat adik berikan selain doa buat ma tersayang..
adik cinta sayang ma till jannah ...... you're so amazing ma :')

p/s: hari ni birthday my mom 


4 SLE Supporters :):

Hurmmm

Ermmm

February 04, 2015,5 Comments

Ermmm...


Sedihnyaa... Baru plan nak fly kl end of this month.. Tetiba kaklong tak benarkan coz Selangor paling tinggi kes denggi. Abah pun tak benarkan.. deno baru tanya abah. Then...

"Abah tak saran la adik pegi.. bahaya.. ermm nanti la bincang ngan ma"

Hwaaaa... Act dari bulan January deno nak pegi tapi deno hold dulu.. Ni nak pergi tapi kes denggi pulak banyak kat sana. Deno pun nak soping barang2 art kat ArtFriend.. Maklum aje kat Terengganu ni susah nak dapat barang2 art, takde kot... Plus this year belum lagi pegi umah kaklong.. Deno rindu kakak2 kat sana.... Macam last year, awal Januari deno dah pegi.. Sebulan lebih jugak duk umah kaklong.....

Lahaiiii abah plishhh... Jap je -_-


** Info kes denggi terkini  -->> http://idengue.remotesensing.gov.my/idengue/index.php

5 SLE Supporters :):

Respect

You Can Adore.. But Do Not Steal

February 03, 2015,3 Comments

Art by mt doodle friend: Lydia Rayyan


Act art dayangdeno telah diambil tanpa kebenaran.. Itu pun dayangdeno terjumpa sendiri.. Rasanya kalau tak jumpa, sampai kiamat pun tak tahu.. Ingatlah even orang lain tak tahu.. Allah tahu.. Please, respect my artwork, her artwork, his artwork .. 

Thank you

3 SLE Supporters :):

Personal

Banned

February 03, 2015,5 Comments

Tersebutlah sebuah kisahhhh....

Satu malam yang dingin.. Mood hepi2 tetiba mood down.. Jatuh tergolek mood deno.. Rupa-rupanya deno dapat tahu kena banned!! OMG!! *nanges

Ada orang report ke? Deno tak tahu kenapa deno kena macam tu, yang pasti apa2 group kat fb ni deno tak boleh post. Bukan post aje, komen pun tak boleh.. Sadiss sungguh! Huuu apa salahku, apa dosaku.. Dua minggu lebih jugak dibanned.. Deno tak pernah pun spam orang ke, gaduh ngan orang ke... Huu.. Hari ni baru boleh.... :')

Kalau bloggers perasan, dayangdeno lama tak post kat group kan.. Itulah puncanya... Begitulah kisahnya.. 

Sekian 

5 SLE Supporters :):

Milo

Milo

February 03, 2015,5 Comments

Banyak betul minum milo..
Kekadang no need makan
Minum milo dah konyang :p


Dari kecik suka milo.. Kekadang nescafe.. Kekadang teh ais. Tapi milo ni macam2 bleh buat .. Kekadang makan biskut and roti cicah milo.. Kekadang buat milo pekat2 then amik biskut cicah, konon2 macam cicah coklat. Then paling best amik roti slice tu, letak milo, konon2 ganti jem. Pehhh dap2. Milo pun guna buat kuih.. Kekadang buat air milo then letak dalam peti untuk keraskan, konon2 aiskrim milo... Kekadang lepas gian ratah milo, Letak milo dalam cawan, tambah air sket pastu makan macam tu je.. Heee tapi tak boleh buat selalu.. 

Milo oh milo.. Minuman wajib sebelum pi sekolah ^^

5 SLE Supporters :):

Personal

Nak Ke Hospital

February 02, 2015,5 Comments



Pagi nanti deno nak ke hospital
Harap semuanya okey 

:)

5 SLE Supporters :):

Segmen

Segmen Bloglist By ciksepet.com

February 02, 2015,4 Comments

 
klik banner

1. Buat Entry bertajuk "Segmen Bloglist By ciksepet.comlink kan dengan entri ini
 2. Follow Blog ciksepet.com
3. Masukkan dalam Bloglist kalian.
4. Komen dan letak URL blog kalian di entri ini. 

4 SLE Supporters :):

Segmen

Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN

February 02, 2015,17 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Mac-April 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 31 Januari 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 28 Februari 2015, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 



  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Mac-April dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Mac 2015.
SENARAI PESERTA
Kredit untuk Kak Mialiana
                                                    

17 SLE Supporters :):

Hurmmm

February 01, 2015,2 Comments

Terkezut jugak tadi


Godek2 satu page doodle ni.. Satu2 gambar deno tengok.. Sekali satu gambar tu, kat bahagian komen tu artwork deno!! Ohmaiii deno baru je lukis semalam, belum post kat DM lagi.. Baru sangat2.. Deno baru post kat wall fb deno.... Lahaiiii terkezut plus geram.. 

Fuhhh sabar2 pikir positip jap..... hurmmm 



2 SLE Supporters :):

Hospital

Paksa

February 01, 2015,1 Comments

Kena paksa..  Dari dulu lagi.. huuu
Sampai sekarang pun kena ma abah bising dulu baru pegi makan..
Hahaaaa :p


Ingat pulak zaman deno tecik2 dulu.. Bila admitted hosp je, mesti kena ceramah ngan doc sebab tak makan... Iya la kan, ubat masuk, tapi tak makan... Macam mana nak ada tenaga.. Then doc bagi pilihan, nak makan or nak doc pasang ryle tube?

Memang ngeri dengar ryle tube.. So, masa tu memang paksa diri makan even hanya sekeping roti or biskut... Pandai doc nak suruh kita makan.. Huu... Beberapa tahun lepas, pernah 'terpaksa' minum susu Nepro yang pekat giler tu ...  :p

Ermmm, tetiba ingat kat Dr. Lim, apa khabar agaknya my doc tu ya ...


**rindu pula kat nurse and doctor2 kat Wad KK1.. lama kat situ  :')


1 SLE Supporters :):