Fight

Till The End

September 30, 2015,4 Comments


Quite tough this few weeks....

Its hard when she heard her friends passed away... day by day.. especially because of Lupus.. She try to be strong but sometimes she can't... Its okey to cry sometimes, and just let go... but please promise me that you won't give up, be strong and fight till the end...

Inshaa Allah :')



4 SLE Supporters :):

Lupus

Al-Fatihah

September 30, 2015,5 Comments

Sehari dua ni, banyak dengar berita sedih dari kawan-kawan.. teman seperjuangan Lupus fighter telah pergi mengadap Ilahi... Sedih, sebak semua ada...


Paling sedih bila dapat tahu Kak Ros, antara pengidap Lupus yang paling lama bertahan.. Dia lebih banyak dugaan, hari tu last tengok pic kak Ros di atas katil hospital, dia senyum... Tiba-tiba dapat tahu kak Ros dah tiada.. Terkejut plus tak percaya...

Memang sedih sangat, 26tahun kak Ros berjuang dengan Lupus... tetapi Allah lebih sayangkan kak Ros.. AL-FATIHAH

5 SLE Supporters :):

D odle

Hantu

September 29, 2015,8 Comments

Tak pernah deno lukis hantu...

Biasa bila lukis hantu, kawan akan cakap comel. Sebab tu malas nak lukis hantu.. But last week I challenge myself untu lukis hantu. Google pic hantu, and jadikan model untuk lukis. Deno lukis menggunakan pensil warna LUNA.

First buat, tak menyeramkan.. Rasa macam tak jadi act..Pastu terus siapkan... Deno tak puas hati hasil dia, tapi..... ermm bolehlah miss hantu kan.. huhuu.. Siang2 tengok macam biasa je, tak seram. Lewat malam sesorang tengok, seram juge...




**need more practice

8 SLE Supporters :):

Sketch

Spontan Sketch

September 29, 2015,1 Comments



Spontan je... Seminggu dua ni rajin sangat sketch guna tab samsung ni, guna jari pun rasa okey.. Cuma comot sikit la sebab tak pakai pen. Quick sketch for Uncle Gedek :)

Harap uncle suka :)



1 SLE Supporters :):

Samsung Galaxy Tab 4

First Time

September 29, 2015,3 Comments

First time join, first time menang

Honestly tak terlintas langsung kat fikiran akan menang sebab ramai peserta hebat, ada otai2.. Itu pun deno tahu selepas kawan deno beritahu..... Feeling bila kita melukis tempat awam, depan orang ramai is.... nervous!! Yes, it is. Sambil doodle kita akan dengar macam-macam komen, ada positive, ada negative.. But once dah buat tak layan semua tu, teruskan doodle :)

Alhamdulillah first place dalam Pertandingan Melukis tu.. Deno ada kongsikan story pertandingan tu kat >> SINI 


And first time juga.. Ada tab sendiri. Mungkin korang dan orang2 lain dah ada tab kan, ipad, tab galaxy yang perlbagai jenis tu kan.. Deno tak ada tab, biasa lukis2 digital pun just pakai paint sai je, lukis menggunakan mouse. Kali ni dapat tab, dapatlah deno lukis and terus upload. Cuma tab ni takde stylus. Deno sketch semuanya guna jari, its quite hard act guna jari... Tapi seronok jugak ^^

Thank you Perpustakaan Negeri Terengganu for this Samsung Galaxy Tab 4, alhamdulillah :)


3 SLE Supporters :):

Segmen

Segmen Jom Tambah Follower

September 29, 2015,25 Comments

>> klik banner <<

Mudah sahaja, cuma folo jmbelog dan nyatakan jumlah Followers blog anda :)

Followers : 4083

25 SLE Supporters :):

Segmen

Segmen Blogwalking Ceria Bersama Anizz Annisa

September 29, 2015,6 Comments

- klik banner -

Syarat2 simple nama anda dan jebis blog :)

Nama : Dayang Deno
Jenis blog : Personal 

Tarikh tutup : 
30 september 2015 jam 6 petang

6 SLE Supporters :):

positive quotes

Pesan Brother Joel

September 27, 2015,3 Comments

Brother Joel Rizal

Deno kenal di dalam #DoodleMalaysia^^ Sahabat dari jauh, Australia.. tapi terasa dekat kerna saling berhubungan. Kebaikan internet begitulah kita akan dapat berhubungan walaupun jauh. Tapi kita mesti pandai menggunakan internet supaya ia tak bawa keburukan pada kita, kan.

Seperti biasa, brother Joel pasti lukiskan cute meoww but kali ini bersama quotes :)


Terima kasih brother Joel Rizal :)


3 SLE Supporters :):

KL Sketch Nation

Bertemu Founder Of KL Sketchnation

September 26, 2015,4 Comments

Finally we met!! :D

Honestly I never expected dapat bertemu dengan founder of KL Sketchnation, Mr. Ahmad Hakym Akmad Hilmi. Korang yang dalam bidang architecture mesti tak asing dah bila dengar sketch kan....

KL Sketchnation, its an open community of sketching enthusiasts out and about in Kuala Lumpur. Waktu mula-mula kenal KL Sketchnation melalui seorang kawan di instagram, Azmil and since that, deno perlahan-lahan cuba sketch dan faham what sketch is, urban sketch, stroke. Maklum sahajalah student accounting, manalah tahu semua tu.. Tahu accounting sahajalah kan.. hehehe... Tapi minat punya pasal selalu tengok sketchers punya artwork di instagram. Kalau korang tengok sketch2 from KL Sketchnation, memang speechless. Apa yang buat deno paling inspired, sketchers punya stroke tu.. love it!! Macam-macam stroke, berbeza setiap sketchers tapi ada juga yang sama.. Oh ya, last year deno pernah join kawan-kawan from KL Sketchation @ The Bee, Publika. Story korang boleh click >> SINI 

Deno selalu juga ikut perkembangan KL Sketchnation di instagram^^ Bukan sketch sahaja yang buat deno kagum, story Hakym pun sama ... and sekarang Hakym di Manchester continue his Master :)

Hakym

Act agak lama juga plan nak jumpa.. Tapi masing-masing dengan masa yang agak limit.. plus Hakym juga agak busy dengan event KL Sketchnation. Biasanya KL Sketchnation akan buat sketch walk every two weeks tak silap deno.. Deno agak segan, coz deno takde basic sketch and semua sketchers hebat2 tau... Inshaa Allah satu hari nanti join...  Aaa segannn!! :p

Last week, dua hari sebelum Hakym berangkat ke Manchester, spontan plan nak jumpa.. Plus deno pun nak pass  GarajKomik pada Hakym, abah free dapat hantarkan.. so dapatlah jumpa Hakym. Bila dah confirm nak jumpa Hakym, nervous!! Hahaa deno memang macam ni, bila nak jumpa kawan baru je nervous. Nervous, takut, segan semua ada... Tapi redahh je hihi^^  And Hakym, finally we met :)


thank you Hakym sketch my potrait! :D

salah satu sketch yang deno paling suka!!

He's very nice, humble and friendly person.. Hilang nervous deno hihii.. Sempat juga deno dapat story from him dan berbual-bual even sekejap je jumpa. Inspiring sangat2!! Deno dapat juga lihat sketch2 Hakym dalam sketch book... Banyak sangat! Aaaa sukaaaa plus excited dapat pegang and lihat depan mata sendiri sketch dari Hakym.. Aduhh geram nak culik satu sketch book tu! Geram cantik semuanya, how la Hakym buat stroke macam tu geram tau

GarajKomik with it's new owner. thank you Hakym for supporting!

And... GarajKomik selamat sampai kepada tuan baru, Hakym.. Soo hapy dapat jumpa Hakym. Next time, ada rezeki kita sketch sama-sama pula ya... Anyway, thank you Hakym, its a pleasure dapat jumpa Hakym :)

Hopefully kita dapat bertemu lagi.. Inshaa Allah :)

x x x x x x

KL Sketchnation

Ig : klsketchnation
Ig : kymiflario


4 SLE Supporters :):

Doodle Art

Full

September 26, 2015,3 Comments

I love flowers!


Deno gemar buat doodle bunga yang full satu page, tu pun bila rajin.. hehe... Selalu je doodle bunga-bunga... Pastu buat detail, pastu siap. Saiz sketch book hanya A5 tapi nak siap satu artwork penuh tu makan masa berjam-jam juga.. Kalau free, dapatlah siapkan terus.. Kalau buat sikit-sikit, lambat juga nak habis... huhu

Artwork kat atas deno buat last month semasa di JPN untuk renew passport. Tahu je la kan ramai orang, so sementara tunggu sempat deno doodle separuh.... and balance deno siapkan di rumah :)

x x x x x

Instagram : @dayangdeno
Fb art page : Dayang Deno Art
Fb blog page : dayangdeno.com


3 SLE Supporters :):

Garaj Komik

Get Your Garaj Komik!

September 26, 2015,4 Comments

Sebelum ni deno pernah update mengenai Garaj Komik kan... 

Deno collab dengan beberapa orang kawan di dalam Garaj Komik. Story masing-masing ada style masing-masing... Deno more to cerpen act... And kami semua lukis cover sendiri, but dalam Garaj Komik story kami collab...

And.... this is cover doodle by Dayang Deno :)


Boleh order dengan deno terus kalau korang nak ya :)

Do contact me at :
EMai : pinky_deeno@yahoo.com

#garajkomik
#supportocalatist



4 SLE Supporters :):

Doodle Art

Artwork Untuk Iffah

September 26, 2015,3 Comments

Artwork untuk cousin deno, Iffah..

Translate bahasa di atas : Iffah Adibah

Iffah, 5 tahun lebih mudah daripada deno dan dia belajar di Jepun. Dua tahun Iffah kat sana and last month Iffah balik.. Rindu my cousin yang kecik comel tu, tapi orangnnya pandai dan fasih bahasa Jepun!Iffah sebulan di Malaysia dan akan kembali ke Jepun beberapa hari lagi.. So, deno takde apa nak bagi kat Iffah, just buatkan artwork untuk Iffah... Awal2 tanya Iffah how nak tulis nama Iffah in Japanese..

Deno tulis pun nervous coz bahasa Jepun kan, kalau kita silap tulis sikit pun nanti jadi nama lain, maksud lain... But, bila maksu baca (ibu Iffah) dia cakap betul deno eja nama Iffah dalam Japanese! **Act maksu dan ayahsu deno pun tahu bahasa Jepun sebab dua2 belajar di Jepun dulu

Deno berjaya tulis bahasa Jepun dengan betul  and Iffah pun suka.. hihik.. Iffah akan kembali ke Jepun lusa, deno dah siapkan awal2 artwork untuk Iffah dan artwork ni dah selamat bersama Iffah... :)  To dear iffah, kakno doakan Iffah berjaya kat sana ya... and nanti balik.. buat balik kitkat cheese yang baru2 ni tu banyak2 ya, sedappp.. **tak malu ni hahahhh


Ifa san!!  グッドラック !!  ^_^


3 SLE Supporters :):

Doodle Malaysia

Santai Petang

September 26, 2015,12 Comments

Last week punya story! :D

Plan untuk bertemu kawan-kawan. Dua hari sebelum bertemu, memang dah janji and plan dengan kawan-kawan untuk bertemu di The Curve. Semuanya jejaka2.. Aduhaii sejujurnya deno sangat segan, tapi bak kata kakhana ,deno mesti berani bertemu kawan-kawan. Act agak nervous sebab salah seorang kawan yang selama ini hanya berhubung melalui maya, akan datang bersama Redza.. Deno pernah update mengenai master realism Redza Izlan. Kalau korang terlepas boleh klik kat-->> SINI

Bila kami berempat dah bertemu, apa lagi chatting and doodling la kan.. Errr, deno ada lukis sikit je, tetiba "art block" bila kawan-kawan sampai! Heee... Act agak segan and awkward mula-mulanya bila bertemu my new friend, Fakhrul Naim namanya ~~

ini orang osem

Mula-mula memang awkward.. Tapi macam deno pernah cakap sebelum ni, socializing with art people is different! Mula-mula rasa macam awkward, rasa segan sket.. pastu hamik ko gelak2 berbual macam dah lama kenal.. Plus ini Mr. Naim asyik buat deno nak gelak je.. haha!! Sabau2  :p

And macam biasa la.. kita lukis ~ ~

kiriii.. otai realism....  kanannn... sketch 


jejaka2 doodler : hazizy, redza, naim

Terima kasih Mr. Naim yang lukiskan satu artwork untuk saya, love it! Next time buat lagi ya :) Redza... macam biasa sifu realism, arwork memerlukan masa untuk siap! Hurmm cuma kali ni tak dapat spend masa lama sket coz dah lewat petang...

my artwork yg spontan

Deno pun tak sempat nak berikan artwork pada kawan-kawan coz artwork deno detail, tak sempat siap...Next time kena lukis dulu half, then bila jumpa baru sambung, baru sempat siap! Biasa artwork detail amik masa sikit.... Huhuu..

To Mr. Naim next time jumpa hang kena lukis besau2 penuh satu page tu! Ini satu paksaan hokeyy.. hahahaa! **gelak kejam.

Anyway, I'm having so much fun with you guys!! Inshaa Allah.. till we meet again.. :)

xxxxx

Ig : dayangdeno
Ig : fakhrulnimasri
Ig : redzaizlan
Ig :  jijsquall


12 SLE Supporters :):

APD

Rindu

September 26, 2015,1 Comments


Tadi deno lihat-lihat pic lama... Terjumpa pula pic kat atas ni, pic mesin APD..

Pic kat atas ni semasa deno admitted dua bulan di hospital.. Masa tu heart problem sebab SLE and setiap hari dialisis dengan mesin dalam pic kat atas tuu.. 

Alahai rindunya my APD machine tu... Actually guna mesin senang sikit, just buat dalisis sekali sehari, tak macam sekarang ni 4times daily.. Dulu deno pernah pakai mesin ni, mesin ni banyak berjasa pada deno.. Pergi mana-mana mesti bawa mesin tu..... Tapi itu dulu la.. Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, deno terpaksa kembali kepada dialisis yang dibuat 4 times daily... Huuu penat tau 4times daily ni.. Tapi takpelah...

Redha :')


**deno dialisis kerna SLE 

1 SLE Supporters :):

Doodle Art

Doodle At HUKM

September 26, 2015,0 Comments

Pergi mana-mana memang tak boleh tinggal sketch book and pen.. Sementara tunggu doctor pun boleh.. Dah biasa bawa sketch book kat hospital..


Tak sedar kejap je dah nak penuh bunga-bunga dalam sketch book tu. Sambil-sambil bercakap ngan kakak, tangan laju je doodle.. Tengok-tengok dah siap.. Korang pun boleh doodle tau, coz doodle is conteng apa sahaja :)

Doodle di mana-mana ~~


0 SLE Supporters :):

Just Doodle!

September 26, 2015,6 Comments

Tersebutlah kisahhh....

Huish dah macam penglipur lara pula.. Ahaks :p Alkisah pada 12 September 2015 yang lalu, deno join pertandingan melukis keluarga di Perpustakaan Negeri Terengganu anjuran Kerajaan Negeri Terengganu sempena Hari Kemerdekaan. Deno dapat tahu pertandingan ni daripada kawan melukis di Terengganu, rasa nervous coz deno tak pernah join pertandingan melukis dengan orang awam yang ramai kan.. 

Tapi, masa tu join coz just for fun, more to experience actually.. Malam sebelum tu dah siap2, tengok-tengok, pilih-pilih senjata mana nak bawak.. My war weapons! :p


Awal pagi dah sampai kat library.. Library pun belum bukak pun lagi.. Ramai juga, okeh nervous.

Nampak pulak semua bawak kaler yang macam-macam, ada watercolor, ada crayon, ada pastelcolor, ada pensel warna.. Dayang Deno? Hanya marker warna hitam.. Huhuu, plan memang nak doodle je.. Dalam rules pun takde bagitau wajib kaler.... Paper A3 size, dah berdebar takut tak siap.

Bila dah mula, okeh speed doodle!!! Sehati Sejiwa theme :)










Fuhhh memang penat giler doodle non stop.. Part detail bawah tu aduhaii, lenguh tangan! Part bawah sahaja deno ambil masa 2 jam 30 minit, part atas deno buat laju2 belasah je setengah jam. Alhamdulillah deno siap on time. Dapat juga touch up sikit2 doodle2 mana patut.. Dah siap baru boleh duduk... Deno berdiri je masa lukis...

Thank you very much abah ma support deno!! My friends Syed and Ismat pun datang support.. Huuu act makin nervous bila kawan datang.. Haha!! Tapi sebab masa dah suntuk, teruskan doodle sampai siap! Kawan2 tunggu sampai siap deno lukis.. Thanks koranggg!! :D

my two friends **Syed dan Ismat 

And..... Honestly rasa macam tak percaya bila deno diumumkan sebagai pemenang tempat pertama! Tempat pertama?? Errr... biar betul! Deno tengok ramai lagi yang hebat, colorful, cantik, siap ada abang2 otai lagi... Deno buat doodle je kot? Just doodle! First time dalam hidup deno, and first time menang.. Alhamdulillah rezeki :)



Alhamdulillah.. terima kasih pada semuaaaa yang support Dayang Deno! Muahhhh **nah tangkap my flying kiss sorang satu! ^_^



6 SLE Supporters :):

Sarah Aina

Seperti Adik-Beradik!

September 25, 2015,0 Comments


Last week

Girls day out. Hanya deno dan anak buah, Sarah :) Just two of us. She is da only niece I have.. Sekejap je masa berlalu, baru je rasanya deno dukung dia masa dia tecik, nampak dia lari-lari dengan skirt. Sekarang dah besar... Dh habis UPSR baru-baru ini... and dia pun  dah lebih tingi dari makcik bongsu ni haaa... Bila berjalan berdua dah seperti adik-beradik :)

0 SLE Supporters :):

Personal

Al-Fatihah

September 25, 2015,7 Comments

Sungguh tak sangka..

-google-

Tok ayah, atuk yang berusia 75tahun, deno panggil atuk moden sebab dia mahir menggunakan handphone. Dia akan call deno dan message deno bila rindu, dan begitulah sebaliknya. Hari ni, bukan message macam biasa dia send kat deno, tapi berita mengejutkan daripada abang adik. Deno tak sangka langsung tok ayah akan pergi hari ini.. Message form Tok Ayah, bukan tok ayah yang tulis, tapi abang adik yang tulis inform tok ayah dah tiada.. Abang adik beritahu tok ayah sihat, dia pergi solat hari raya macam biasa je.. Tiba-tiba malam ni to ayah dah tiada.. Memang sedih sebab deno rapat ngan tok ayah walaupun tok ayah di Kelantan. Dah lama deno tak rasa sedih macam ni kerana kehilangan seseorang.. Last semasa arwah atuk deno meninggal, che.

Tok ayah, terbayang wajahnya yang cerah, janggut putihnya yang panjang, berkopiah, selalu senyum dan buat deno gelak. Dia selalu melawat family deno dengan motor lamanya dari Kelantan, travel sorang2. Even dia berusia 75tahun, dia kuat. Dia selalu usik deno dan buat deno gelak. Dia selalu speaking english dengan deno dengan loghat kelantan, dia comel, dia seorang yang sangat ceria. Bila dia datang umah dan bermalam, dia suka pasang lagu hindustan pagi2 sambil menyanyi sama.. Dia akan kejut deno dan kakak2 solat subuh dengan bunyi "jam loceng" buatannya iaitu dia akan buat bunyi jam sampai deno ngan kakak2 deno bangun.. deno satu family akan gelak2 subuh2 tu sebab bunyi "loceng" dari tok ayah,,, deno sakit di hospital, tok ayah orang pertama datang dari jauh untuk melawat deno, datang seorang diri dengan motor lamanya.. Hangat mata deno baca message dari abang adik namun deno tabahkan hati kerana Allah sayangkan tok ayah.. Apa buat deno sebak, deno akan rindu suara tok ayah, speaking english ngan tok ayah, rindu call dari tok ayah, message dari tok ayah... paling deno rindu, pelukan tok ayah.... Allahuakhbar sungguh deno tak percaya tok ayah dah tiada.. Rasa macam baru je deno jumpa tok ayah bermanja duduk sebelah tok ayah.... Hanya gambar tok ayah jadi pengubat rindu...


AL-FATIHAH 


7 SLE Supporters :):

Hari Raya Aidil Adha

Salam Aidil Adha 2015

September 24, 2015,4 Comments


Sketh laju2 guna jari semalam

Selamat Hari Raya Aidil Adha :)



4 SLE Supporters :):

Walk-A-Payung

Walk-a-Payung 2015

September 19, 2015,5 Comments

Walk-a-Payung again!! Opss! Hehe sorry excited pula...

Okeh, jom kita kenal-kenal dengan my "bespren not forever" dayangdeno si mr. SLE ni dahulu... hehehe :p

Haaaa... Jika di US ada Run for Lupus, di New York ada Walk for Lupus... di MALAYSIA kita ada Walk-a-Payung!!! Support Lupus!



Walk-a-Payung (WAP) 2015 Edisi Negeri Terengganu adalah event kali kedua diadakan di Terengganu. Alhamdulillah WAP 2014 yang lalu berlangsung dengan jayanya! Bila ingat-ingat kembali tahun lepas, fuhhh osemm!! Sambutan dari semua memang hebat!  :)

Okey.. Apakah Walk-a-Payung?

Walk-A-Payung adalah satu aktiviti outdoor yang boleh disertai oleh semua iaitu pesakit, ahli keluarga, pelajar, kanak-kanak dan juga orang awam. Setiap penyertaan akan diberikan sehelai t-shirt Walk-a-Payung, payung Walk-a-Payung dan juga cenderahati. Setiap peserta akan berjalan sejauh 2.5km - 3km dengan menggunakan payung. Aktiviti ini bertujuan menyedarkan masyarakat bahawa pesakit mesti mengelak daripada terkena cahaya matahari untuk mengelak daripada terkena radang pada kulit. Ia juga untuk mengutip dana untuk aktiviti-aktiviti kebajikan bagi pesakit SLE. Selain itu, program ini juga dapat mewujudkan hubungan erat di antara pesakit, orang awam dan juga pakar-pakar perubatan :)

Objektif Walk-a-Payung :

✿ Mewujudkan kesedaran dan pengetahuan kepada orang ramai tentang SLE
✿ Mengumpul ahli keluarga dan masyarakat bagi memberikan sokongan kepada pesakit SLE
✿ Memberikan pendedahan bahawa betapa perlunya pesakit-pesakit SLE menggunakan payung ketika cuaca panas.
✿ Mengumpul dana bagi membantu pesakit-pesakit SLE yang memerlukan bantuan kebajikan
✿ Mendekatkan pesakit dengan keluarga dan pakar perubatan agar mereka lebih bersedia  dengan ancaman dan risiko yang bakal dihadapi oleh pesakit SLE

xxxxxx

Tarikh : 2 Oktober 2015
Masa : 7.00pagi - 12.00tengahari
Tempat : Taman Rekriasi Batu Burok, Kuala Terengganu, Terengganu

xxxxxx

Aturcara Majlis
7.00am       : Pendaftaran peserta
7.30am       : Senamrobik
8.15am       : Majlis Perasmian
8.45am       : Taklimat Perjalanan
9.00am       : Walk-a-Payung bermula
9.15am       : Pemeriksaan kesihatan percuma
                  : Lawatan pameran
11.30am -
12.30noon  : Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah

xxxxxxx

Setiap penyertaan adalah hanya RM35 dan anda akan mendapat tiket. Tiket membolehkan anda mendapat baju -T Walk-a-Payung, payung Walk-a-Payung dan cenderahati. Walk-a-Payung dilihat akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pesakit dan keluarga, pegawai perubatan, kakitangan kesihatan dan juga orang awam :)


Haaaa.. Marilah kita semua support Lupus Awareness!! ^^ Jika anda berminat untuk menyertai kami, boleh hubungi dayangdeno atau kak rohafiza ya...  Jangan segan-segan tau:) Support Lupus Awareness, support Lupus patients ~

**FB : Dayang Deno
**FB : Rohafiza


p/s: i'm SLE Lupus Nephritis Class 4 :)

5 SLE Supporters :):

Lupus

Sampai Sekarang

September 19, 2015,3 Comments

Cakap-cakap mengenai Lupus..

Ada yang bertanya.. kenapa dayangdeno selalu bercerita tentang SLE or Lupus?


Itulah.. May be ada yang dah boring, tapi deno tak.. Coz sampai sekarang pun masih ada yang tak pernah dengar pun SLE/ Lupus tu apa. Deno just nak crate awareness, coz deno faham sangat SLE/ Lupus mana.. How Lupus effect and change whole my life but orang tak faham..

Susah orang nak faham invisible chronic illness coz bila dah invisible, luaran patient orang nampak macam biasa je kan.. Tapi orang tak tahu macam mana Lupus patient struggle hari2 dengan rasa sakit, tapi orang tak faham.. Itulah susah nak explain... Orang akan nampak patients biasa aje kan, but once SLE aktif, admitted, ICU and .... speechless.. Tiba-tiba deno teringat rakan SLE, adik Nurul yang sampai sekarang hanya terlantar atas katil, asalnya dia aktif kat sekolah.. Ermm...

Orang tak nampak how patients bila patiets admitted, ICU dan sakit teruk.. Deno dah rasa semua and. hanya family yang tahu bila deno di hospital macam mana. Thats why Lupus perlu awareness, nak orang sedar ada disease lain iaitu Lupus yang orang tak tahu pun.. Lupus, help us to spread awareness and find a cure for Lupus..


**learn more about Lupus.. Kat sidebar kanan blog dayangdeno tu haaa, klik aje mana nak... :)


3 SLE Supporters :):

3D

3D

September 08, 2015,8 Comments


Alkisah buat 3D kononnya

Pic kat atas hasil drawing selama 2 jam. Dah nampak macam perigi buta! Act deno tak puas hati sangat coz dia senget sket and lubang tu tak nampak macam okey sangat.. Sepatutnya lebih gelap tapi sebab guna pen je, puas dah tengeh gitulah hasilnya.... And bahagian tepi dia tu, puas dah touch up, tapi begitulah paras rupanya... hehe

Thanks kawan2 yang sentiasa support dayangdeno dalam arts and blogging  **love :)



8 SLE Supporters :):

Niece

Good Luck!

September 08, 2015,0 Comments


My niece Sarah Aina akan menduduki peperiksaan UPSR esok. Tadi call Sarah, berikan dia kata-kata semangat untuk esok. Semangat suara Sarah tadi.... Inshaa Alllah semoga Sarah dapat buat dengan baik, cikcu believes you Sarah!

And kepada semua calon UPSR 2015, good luck! :)



0 SLE Supporters :):

Lupus

Biasanya Macam Ni

September 03, 2015,3 Comments


Kan...

Biasanya macam nilah wajah orang bila deno sebut Lupus.. Hihik.. Sekarang pun aada lagi yang pelik dan berkerut bila deno tanya what Lupus is.... 

3 SLE Supporters :):

Cerpen Kenangan

Kenangan Itu # 13

September 02, 2015,7 Comments

Yr 2001

"Okey dayang, sekejap lagi dialisis kan.. Rehat cukup-cukup" pesan Dr. Lim lantas berlalu.

"Terima kasih doktor..."

Aku berterima kasih pada doktor dengan senyuman tawar. Sebenarnya aku tiada mood kerna aku masih demam, tapi sebagai tanda terima kasih pada doktor yang banyak berjasa pada ku, aku tidak lupa untuk senyum padanya setiap kali dia datang untuk melihat keadaan aku. Aku sayang Dr. Lim.

Aku hanya menjamah sekeping roti dan secawan milo. Entah mengapa seleraku hilang, aku bagaikan tiada nafsu untuk makan. Bila dipaksa barulah aku makan, itu pun kerna aku perlu makan ubat dan perutku tidak boleh dibiarkan kosong.

Makin hari, aku semakin kurus. Berat aku juga semakin susut.. Bagi aku, dah boleh mengalahkan cicak! Cicak pun aku rasakan tak kurus seperti aku ni! Hurmm... Tiba-tiba ingat pula aku pada kakak-kakak aku, apa khabar agaknya kakak-kakak kesayanganku ....

Ku lihat kanan kiri lenganku, bengkak dan lebam kerna bekas dicucuk jarum. Sedih pula aku lihat lengan aku, dah tiada rupa lengan..

"Kesian betul wahai kau lengan, tuan kau ni pun satu, kenapa tak kuat sikit" aku mengomel sendirian sambil aku gosok dan belai perlahan-lahan lenganku

Aku kembali baring..

Ku renung kipas di siling.. Melihat ia berputar, umpama masa yang terus berlalu.. Berbulan-bulan aku di sini, kesihatanku pula semakin hari, makin merosot. Banyak masa kuhabiskan dengan rawatan, namun tidak ada pula perubahan padaku.

Steroid bertambah, ubat-ubatan lain juga bertambah, harapan aku untuk pulang awal dari hospital nampaknya tinggal harapan.. Dengan keadaan aku sekarang yang terpaksa melalui rawatan heamodialisis, satu tiub dipasangkan di leher aku. Pada mulanya agak sakit, pedih.. Selepas beberapa hari, aku dah okey denga tiub tersebut.

Sebenarnya, aku tidaklah faham sangat.. Apa yang aku faham, aku perlu menjalani rawatan ini memandangkan keputusan darah aku tidak baik, dan penyakit aku iaitu SLE sekarang sangat aktif...

Aku ada terdengar Dr. Lim memberitahu abah, SLE telah meyebabkan buah pinggang aku gagal berfungsi sepenuhnya. Rawatan chemo iaitu cyclophasphamide yang aku jalani setiap bulan pun tak memberi kesan dan doktor terpaksa menghentikan rawatan chemo tersebut. 

Sekarang, inilah pengganti kepada rawatan chemo tersebut, heamodialisis. Rimas sungguh aku dengan tiub di leher aku ni, aku nak tidur agak susah.. Aku berjalan dah macam robot, nak menoleh ke kiri dan kanan pun perlu perlahan-lahan, sangat tidak selesa... Hurmm

Mujurlah di Institut Pediatik, wadnya berlainan dan selesa. Satu katil untuk penjaga/ ibubapa dan satu katil untuk pesakit, katil bersebelahan. Tidak seperti hospital lain yang katil hanya disediakan untuk pesakit. 


xxxxx


Sebenarnya, inilah kali kedua aku dengan rawatan heamodialisis. Pertama kali dulu, ketika aku mula-mula didiagnose dengan SLE, iaitu dua tahun yang lalu.

Ngeri pula bila diingat kembali, 4 bulan di hospital... Seksanya rawatan hanya Tuhan yang tahu, macam-macam telah aku rasa, kadang-kadang aku rasa seperti bahan uji kaji, sejujurnya aku pun hairan kenapa aku masih tak sembuh walaupun telah banyak rawatan aku lalui....

Aku cemburu dengan rakan-rakan yang bersama satu wad dengan aku, seorang demi seorang telah dibenarkan pulang. Aku? Bila aku boleh pulang? Aku rindu, rindu nak pulang ke rumah di terengganu, aku rindu nak ke sekolah... Aku rindu segalanya..

Mataku aku terasa hangat lagi......

Aku tak suka rasa ini tapi.....

Allah.... aku ingin sembuh.. aku rindu... aku ingin pulang... aku tertanya-tanya sampai bila aku di sini? sampai bila aku perlu melalui semua ini lagi? 


xxxxx


"Amboi dayang, jauhnya termenung... jom ke bilik HD?" ajak kak Amalina menghentikan lamunan aku

Kak amalina, nurse yang kuanggap seperi kakakku sendiri. Dia sangat baik hati dan penyayang..


"Abah mana? Nak tunggu abah?" tanya kak Amalina

"Ermm abah ke kantin tadi, takpelah kak... Jom" baru aku ingat abah ke kantin sebentar tadi.. Ermm lama pula abah ke sana. 

Aku turun dari katil dibantu oleh kak Amalina. Dia sedia maklum aku agak lemah, dengan badan yang semakin melidi, tanaga aku agak kurang. Tapi mujurlah aku dapat juga berjalan walaupun perlahan.

Turun dari katil, aku lihat baby Chong Ko Hong berdiri di pagar katil tersenyum comel dan bercakap pelatnya.. Dia menegur aku... Walaupun aku tak faham, aku gembira melihat kanak-kanak kecil itu menyapa aku.

"Bye bye Chong Ko Hong, kakak nak pergi dialisis sekejap ya" aku senyum

Kami seperti kawan baik di dalam bilik ini, dialah kawan aku walaupun dia masih bayi yang baru pandai berjalan. Aku kenal baby Chong Ko Hong semasa aku mula-mula didignose dengan SLE. Dia sakit sejak dilahirkan dan dia di hospital lebih lama daripada aku. Dia bayi paling comel dan tabah pernah aku jumpa. Aku kagum dengan ketabahan bayi sekecil itu.. 

Aku yang berusia 12tahun ini pun tak tahan dengan pelbagai rawatan yang menyakitkan, apatah lagi dia baru berusia setahun. Kuat betul si kecil Chong Ko Hong.

Aku berjalan dipimpin kak Amalina, perlahan-lahan dan gaya jalanku umpama robot... Tambahan dengan tiub dileherku, hujung tiub diikat di kepala. Tidak termasuk jarum di tangan kanan dan kiri aku ini, agak rimas sebenarnya. Setiap pergerakan aku mesti berhati-hati.

 Di sini, semuanya kanak-kanak, dari usia satu sebulan hinggalah sebaya aku. Kadang-kadang aku rasa seperti alien diperhatikan kanak-kanak kecil yang lain.. Agaknya mereka pelik melihatkan apa yang terikat di kepala aku.. Aku tersenyum sendiri.....

Ermm.. hari ni hanya dua pesakit yang menjalani rawatan HD dan aku adalah salah seorang pesakit tersebut. Aku terus duduk di salah sebuah kerusi empuk yang disediakan. Aku tarik selimut tebal yang disediakan,  menunggu kak Amalina menyediakan keperluan rawatan.... 

Aku hanya memerhatikan kak Amalina melakukan kerjanya, ada jarum, ada kapas, gauze, ubat, air ubat.. Yang lain aku pun tak pasti, cuma aku tahu rawatan ni membolehkan darah aku keluar dari badan dan dimasukkan ke dalam mesin untuk dicuci.. 

Itulah yang mama aku terangkan pada aku, semasa Dr. Lim buat keputusan rawatan ini untuk aku. Bila aku fikir-fikirkan, hebat betul orang yang mencipta mesin dialisis ini ya..

"dayang, meh akak pakaikan mask untuk dayang"

"dayang  jangan gerak-gerak tau.. akak nak pasang ni" pesan kak Amalina.

"okey kak" aku pejamkan mata. Seram pula bila melihat alatan di atas meja, tambahan dengan jarum yang besar tu, bertambah seram aku. 


xxxxx


"Adik... sayang abah!" tiba-tiba abah muncul, lantas mencium aku

"Eh abah rupanya... abah ke mana lama sangat, cakap ke kantin je.. lama deno tunggu..." aku memuncungkan mulut tanda merajuk.

"Abah terjumpa kawan tadi, terrrlajak pula berbual.. Soriii" abah tersengih dan buat muka comel

"Adik ni haaa abah beli milo ais deno dinosourous aummm!!" usik abah sambil menunjukkan sebungkus milo ais

Aku yang berpura-pura merajuk kembali gembira.

"Yay! Thank you abah i love you!" bulat mataku melihatkan milo ais yang telah lama aku idamkan. Biasanya ketika waktu dialisis, doctor memberi kelonggaran pada aku untuk makan dan minum apa yang aku suka.

"Haaa hepi tu, hepi juga... Jangan minum banyak sangat ya, dayang tak boleh minum air banyak-banyak tau" tegur kak Amalina tersenyum.

"Hehe.. baiklah" sememangnya aku mempunyai limit untuk minum air. Air aku disukat setiap hari untuk memastikan badan aku tidak "overload" dan aku tidak mengalami sesak nafas. Apabila buah pinggang tidak berfungsi, cecair dalam badan tidak dapat dikeluarkan seperti orang yang sihat.

Alhamdulillah, dapat juga menikmati milo ais, minuman kegemaran aku sejak aku kecil,. Aku senyum, tanda puas hati. Aku tak minum banyak, sekadar melepaskan keinginan aku. Aku lihat abah tersenyum sama, aku tahu abah akan gembira apabila melihat aku senyum.

"Adik ada rasa nak makan apa-apa tak? Nak roti atau nestum? Abah buatkan?"

"Taknak.. takpe dah kenyang" aku menggeleng sahaja. Aku masih kenyang dengan sekeping roti yang aku makan pagi tadi

"Betul?"

"Betulll... " aku senyum

"Okey adik rehat ya...."
"Nanti abah datang, abah nak call ma"

"Okey abah..."

Sejuk sungguh....  Suhu bilik yang sejuk pula umpama mendodoi aku....


xxxxx


Aku terjaga..

Aku menggosok-gosok mataku.. Rupa-rupanya aku masih di sini. Aku selalu berharap suatu hari aku terjaga dari lena, aku berada di rumah. Tapi itu hanyalah harapan yang aku sendiri tak tahu bila akan menjadi kenyataan

Kulihat jam di dinding. Jam menunjukkan pukul 12 tengahari, bermakna dua jam aku terlena.. Masih berbaki dua jam rawatan heamodialisis aku. Beginilah aku setiap minggu,, rawatan ini dilakukan tiga kali seminggu dan masa setiap rawatan adalah 4 jam setiap sesi.

Sepi bilik ini. Yang kedengaran hanya bunyi mesin yang sekejap-sekejap bising, dan sekejap-sekejap diam...

Tak sabar sungguh aku untuk habiskan rawatan ni.. Mungkin bilik ini sepi, tapi fikiran aku tak pernah sepi dari memikirkan apa akan terjadi pada aku pada hari-hari yang akan datang... Apa akan  aku lalui lagi, adakah rawatan yang lebih teruk? .

Aku juga risau, tak lama lagi aku akan menghadapi peperiksaan UPSR. Adakah aku dapat menduduki peperiksaan tersebut? Sempatkah aku?

Allah......

Mataku terasa hangat lagi......


xxxxx


"Ok dah.... Dah boleh balik bilik.."

"Abah dayang, dayang dah siap dah" beritahu kak Amalina pada abah

Aku terlena lagi.. Segalanya telah siap semasa aku terjaga dari lena. Badan aku rasa lemah, sendi-sendi aku rasa sakit, aku rasa teramat penat.

Beginilah keadaan aku setiap kali rawatan selesai, seluruh badan aku terasa lemah sehinggakan aku tak mampu untuk berjalan. Aku tak tahu bagaimana dengan orang lain, tapi beginilah aku apabila selesai rawatan. Adakah sebab aku hanya berusia 12tahun?

Aku lesu, lemah sahaja aku rasanya..

"Adik.. abah angkat adik ya"

Aku mengangguk perlahan, mataku pejam. Sungguh lemah aku rasakan sehinggakan nak bercakap pun aku tiada tenaga...Abah mengangkat aku ke bilik, dan perlahan-lahan abah baringkan aku di katil...

"Adik rehat.. sekejap lagi ma sampai, adik tidur ya" beritahu abah

"Abah keluar sekejap"

Aku hanya menganggukkan kepala tanda faham


Aku penat... aku ingin rehat.........



p/s: pada tahun 2001, my SLE flare teruk.. my kidney totally rosak becoz of SLE/Lupus


**related entry : deno and SLE


7 SLE Supporters :):