Demam

Makin Naik

February 15, 2016,14 Comments

Makin naik pula suhu badan


Malam ni naik ke 38.4, sejuknya jangan cakaplah. Dah rasa macam musim sejuk, orang lain biasa sahaja.... Dugaan minggu ni dengan demam, tapi takdelah ke klinik atau hospital, hanya ambil paracetamol untuk kurangkan panas badan, dan rehat..

Duhai badan sila cepat sihat ya ..... 


*Sekarang musim tak sihat dengan cuaca yang tak menentu.... take care semua :)


14 SLE Supporters :):

Personal

Sejuk

February 13, 2016,0 Comments

Sejuk je... Dah beberapa hari asyik rasa sejuk walaupun cuaca panas.


Sebenarnya dalam minggu ni selalu sahaja rasa sejuk. Last week migraine, muntah... Mudah sangat dapat migraine, depressed pun dapat migraine.. Bila dah migraine mula la demam datang. Hari ni rasa sejuk sahaja macam hari-hari yang lepas, sejuk sampai ke tulang. Siang berbungkus, malam berbungkus, tidur sahaja sebab tak larat. Nasib baik terjaga untuk dialisis. Tadi check suhu badan, dah naik ke 38. Demam lagi.....

Dah makan ubat... Harap-harap esok lusa tiada lagi rasa sejuk dan tak sihat. Amin.

0 SLE Supporters :):

2 am

February 13, 2016,1 Comments


True.. coz waktu siang memang saya tak dapat focus untuk melukis, biasanya mesti tak dapat buat, tiada idea, artblock. Tapi ajaibnya waktu dingin pagi dapat saya buat artwork dengan tenang, idea juga banyak.. Yes, it's my favourite hour ^^

1 SLE Supporters :):

Personal

Jujur

February 13, 2016,0 Comments


Kadang-kadang .... orang suka ikutkan perasaan marah, perasaan tak puas hati, perasaan apa-apa sahajalah.. Bila terlalu ikutkan perasaan, secara tak sengaja kamu telah menonjolkan sikap sebenar kamu.. Contohnya kamu adalah orang yang disayangi ramai, orang yang sangat baik, sopan, bercakap pun lemah lembut dan segalanya baik tentang kamu.. Tapi sebab sedikit salah faham, kamu kurang ajar dan bercakap buruk2 pada orang tanpa kamu bertanya baik2.. Di situ kamu telah tunjukkan sikap sebenar kamu.. Elakkan bersikap seperti ini, jadilah orang yang benar2 jujur. Diluar diri kamu baik, di dalam hati kamu juga baik. Jadi orang yang baik2, inshaa Allah... Semua orang akan doakan yang baik2 buat kamu.

**Buat "kamu" yang telah menghina saya, tak mengapa saya maafkan. Malah sy lebih bersyukur kerna Allah telah tunjukkan pada saya... the real you :) 


0 SLE Supporters :):

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday : Keep Going

February 11, 2016,2 Comments





2 SLE Supporters :):

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday : Sabar

February 11, 2016,4 Comments



4 SLE Supporters :):

Buasir Otak The Komik

Kawan

February 10, 2016,3 Comments

Pelukis : Dayang Deno

LIKE OUR PAGE : 
FB : Buasir Otak The Komik

Kawan itu bukan sesuatu yang hanya wujud bila kau rasa kau perlu saja, yang bila kau rasa kau dah tak perlu kau boleh buang macam sampah.

Hormatilah dan hargailah kawan anda sebagaimana anda mahu kawan anda menghormati dan menghargai anda.


3 SLE Supporters :):

Personal

Indeed

February 10, 2016,2 Comments


Let it go

Let go of the people who hurt you.
I believe Allah wants us to be nice to people
And we also have right to do the right thing.
And as I am the owner of my own life
I know what is right for me.

2 SLE Supporters :):

Alhamdulillah

February 10, 2016,3 Comments


Allah wrecks friendships before they wreck you.
Alhamdulillah for the people in my life right
now and for the people that are no longer in it.


3 SLE Supporters :):

Allah Tahu, Allah Kenal Kamu.. Cukup

February 10, 2016,9 Comments


Sangat tough actually for this week.. Sebab perkara kecik, sebab saya tegur silap kamu.. saya cakap baik2, takde cakap buruk pun.. kalau kamu terasa, tak bolehkah beritahu secara elok? Ini tidak, kamu besar2kan kamu cakap sy macam2, nak buat pada kamu itu ini yang tak pernah ada dalam kepala saya.... Saya tidak seteruk sehina itu nak buat orang macam tu. Saya ada agama, saya ada maruah.. Saya tahu batas2.. Walau saya hanya cari rezeki sikit2 dengan melukis, saya tak sehina itu nak buat apa yang awak cakap. Ayah ibu saya turut terasa kamu cakap macam tu, apatah lagi saya. Saya simpan semua message kamu, kamu cakap saya macam2.. Semua message yang negative pada saya. Sedih saya Allah sahaja tahu, hati saya dipijak dilenyek sesuka hati. Saya jadi demam, migraine, muntah sebab kamu cakap sy macam tu.. Ada kamu tahu? Sy diam, sebab saya taknak hal berpanjangan... Saya dah lega bila kamu dah ok.. Tapi tiba-tiba kamu serang entah apa-apa.  Tak boleh ke sabar? Pagi tadi saya memang sy niat dan plan nak hubungi kamu, sebab kamu dah ok.. Tiba-tiba saya sekali lagi kena... Teruk betul ya saya di mata kamu kak? Seminggu ni saya nangis sebab kamu... Saya call sebab nak settle, kamu block msg, call semua kamu block. Sy call kamu guna phone lain, boleh pula. Kenapa lari? Kenapa letak phone bila dengar suara saya? Dalam message boleh pula cakap macam2 pada saya? Kamu cakap... hmm biarlah saya simpan je...  Kalau saya sejahat macam kamu anggap saya tu, dah lama saya sebarkan nama kamu pada orang, tapi saya masih sabar dan diamkan. Sy  ni, letak diri sy paling bawah sebab nak settle dengan kamu, walaupun kamu message kata macam2 pada saya. Saya sabar, tapi kamu melampau. Cukup, cukuplah. Saya dah penat... Allahuakhbar tak pernah rasa sedih macam ni...

Sy ikhlas berkawan dengan kamu kak, kerna Allah Ta'ala. Tapi macam2 kamu cakap sebab ikutkan marah kamu... Ikutkan perasaan.. Saya diam sebab nak ketenangan sekejap, kamu dah cakap macam2.. Fikir negative pasal saya. Takpelah.. Ada hikmah perkara ni jadi, Allah nak saya jauhi kamu. Mata ini masih hangat, tapi takpelah... Allah tahu....

Sabarlah dayang... Sabar.. Allah tahu kamu, Allah tahu hati kamu, Allah kenal kamu dayang..  cukup.

9 SLE Supporters :):

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday : Oh Allah

February 04, 2016,2 Comments



2 SLE Supporters :):

Oh Fluffy

February 02, 2016,0 Comments


Fluffy takde.. rindu tau

0 SLE Supporters :):