July 2016 - Dayang Deno

31.7.16

Jangan
July 31, 2016 3 Comments


Satu pesan Dayang, kalau kita berkawan, biarlah ikhlas. Jangan kamu baik bila kamu perlu sahaja. Bila kamu dah tak nak, kamu buang macam sampah

Jangan.


Reading Time:
Walk-A-Payung 2016
July 31, 20160 Comments

Persatuan SLE Malaysia's Walk-A-Payung (WAP) is a 3km walkathon where everyone walk with umbrellas to raise awareness about Systemic Lupus Erythemotosus. WAP also raises funds for PSLEM'S free counselling and for needy SLE patients who have to undergo hip replacement or operations due to their steroid medication.

Walk-A-Payung 2016 : Walkathon, The Family Carnival Edition at Central Park, Bandar Utama. There will be lots of activities for children, performances and food trucks & stalls. Let's create awareness about #SLE. #Lupus All are welcome! #charity

Date : 7 August 2016
Time : 7am - 12noon
Venue : Central Park, Bandar Utama, Selangor

You can now register online. Or call us at (03) 7957-7672 or visit our website http://lupusmalaysia.org

Support Lupus Awareness :)



Reading Time:

16.7.16

Amin..
Teringin
July 16, 2016 2 Comments
Rojak super sedap!

Scroll gambar dalam phone... tiba-tiba terjumpa gambar beberapa bulan lepas (gambar di atas), waktu makan rojak di Damansara. Rojak yang sangat sedap!

Teringin makan rojak tu lagi... Inshaa Allah next two weeks kita bertemu wahai rojak sedap

Reading Time:
Nenek Dari Turki
July 16, 2016 3 Comments

Nenek dari Turki

Kisahnya deno dan family dah nak balik ke Malaysia dari Jeddah sewaktu mengerjakan umrah.. Sementara tunggu beg kat luar, sempat deno makan biskut.. Cuaca agak panas.. kebetulan ada seorang nenek dan suaminya... Deno tawarkan biskut pada nenek tu.. Mula2 nenek tu segan, tapi deno bagi je.. Nenek tu makan jugalah biskut.. kami berbual.. Rasa kelakar sebab kami dah macam ayam itik bercakap, nenek cakap bahasa dia, deno bercakap bahasa melayu kita... Last2 tahulah deno, nenek dan suaminya dari Turki.. Walaupun tak faham dia cakap, deno angguk2 sahaja sambil tersenyum... Masa tu teringat juga nenek kat kampung. Sempat jugalah abah amik gambar.

Selepas dah terpisah, boleh pulak jumpa lagi waktu nak naik flight. Macam dah lama kenal dia peluk deno erat2 sambil cakap something, deno tak faham tapi deno senyum sahaja dan ucap selamat tinggal pada nenek..

Tiba-tiba pula teringat nenek dari Turki hari tu :')
Reading Time:

14.7.16

Salam Aidilfitri 2016
July 14, 2016 9 Comments
Raya kan sebulan hehehe


Rasanya masih belum terlewat untuk Dayang Deno mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!!

Baru ada kesempatan update teratak kecik deno ini :) Meriah deno lihat sambutan hari raya kawan-kawan, alhamdulillah... ^^

Walaupun terlewat hampir seminggu, deno ingin juga mohon maaf jika ada kesilapan Dayang Deno sama ada sengaja atau tidak sengaja.. 

Mungkin deno tidak sedar jari-jari ini laju menaip ada mengguris hati... Mana tahu kan.... Deno minta maaf ya? 

Kosong-kosong! :)


#loveandhugs

Reading Time:

2.7.16

Sayang
July 02, 2016 6 Comments
 
Klik gambar

Seronok je bila anak buah hugs kita.. Plus deno takde adik, anak buah sahajalah jadi penghibur teman main, gaduh, gusti.. ehehe :) 

Reading Time: