Nenek Dari Turki - Dayang Deno

16.7.16

Nenek Dari Turki


Nenek dari Turki

Kisahnya deno dan family dah nak balik ke Malaysia dari Jeddah sewaktu mengerjakan umrah.. Sementara tunggu beg kat luar, sempat deno makan biskut.. Cuaca agak panas.. kebetulan ada seorang nenek dan suaminya... Deno tawarkan biskut pada nenek tu.. Mula2 nenek tu segan, tapi deno bagi je.. Nenek tu makan jugalah biskut.. kami berbual.. Rasa kelakar sebab kami dah macam ayam itik bercakap, nenek cakap bahasa dia, deno bercakap bahasa melayu kita... Last2 tahulah deno, nenek dan suaminya dari Turki.. Walaupun tak faham dia cakap, deno angguk2 sahaja sambil tersenyum... Masa tu teringat juga nenek kat kampung. Sempat jugalah abah amik gambar.

Selepas dah terpisah, boleh pulak jumpa lagi waktu nak naik flight. Macam dah lama kenal dia peluk deno erat2 sambil cakap something, deno tak faham tapi deno senyum sahaja dan ucap selamat tinggal pada nenek..

Tiba-tiba pula teringat nenek dari Turki hari tu :')

3 comments: