Hari Itu - Dayang Deno

5.8.16

Hari Itu

Kisah hari itu...

Sewaktu saya admitted selepas balik dari umrah, saya satu wad dengan seorang makcik, cukuplah sekadar sayang kongsikan nama makcik tersebut sebagai L. Kesian makcik L, sebelah kakinya dipotong dan matanya tak nampak. Hidupnya bergantung pada satu-satunya anak lelaki dia.. Setiap hari jugalah saya buat dialisis, sekali dengan makcik L. Baik orangnya, ramah, saya pun suka berbual dengan dia...

Kisah pada suatu pagi, saya dah siap awal pagi turun ke unit nefro untuk dialisis. Bila naik wad , makcik L belum turun pun. Rupa-rupanya anak lelaki makcik L lewat hari tu... Biasanya kalau ada penjaga, memang pesakit akan turun ke unit nefro sendiri.. Sebab dah lewat, nurse nak bawa turun tapi masalah sikit sebab makcik L berbadan besar. Nurse tak larat nak angkat makcik, kesian makcik.. Kat wad pula takde pula mana2 nurse lelaki, kadang2 ada.. Tiba2 kebetulan ada sorang doktor lelaki datang, tanpa disuruh pun, doktor tolong angkat makcik ke wheelchair. Lelaki kan, mesti kuat... Tiba-tiba pula saya rasa terharu, lihat doktor betapa dia ambil berat pada pesakit... Tanpa diminta tolong dia datang tolong makcik untuk duduk di atas wheelchair. Itulah doktor, memberi khidmat tak kira siapa, orang tua dianggap seperi ibu bapanya, budak2 dianggap seperti anak-anaknya, pesakit-pesakit dianggap seperti saudara sendiri...

Alhamdulillah sepanjang saya sakit sejak kecil, semua doktor baik2, doktor dah macam family.. Alhamdulillah syukur..

3 comments:

  1. sepanjang sakit, pernah jumpa doktor yang marah2 & tak nak beri kerjasama so my perception on doctors quite different. but lots of my friends yang jadi doctors. so it depends la. :)

    ReplyDelete